Kalaulah aku boleh mengandung macam madu aku, mesti aku bahagia

Suami buat keputusan untuk bawa madu tinggal sebumbung. Bila wanita tu masuk bilik, dia merungut bilik untuknya kecil dan dia mahukan bilik yang besar iaitu bilik aku dan suami. Satu hari dia mengadu rantainya hilang lalu menuduh aku. Suami berang dan terus naik tangan kepadaku tanpa siasat. Tiba-tiba anak perempuan madu turun..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum min.

Terima kasih kalau publishkan cerita ni. Aku suri rumah sepenuh masa. Baru 3 tahun mendirikan rumahtangga.

Aku kahwin masa umur 20 tahun. Suami pilihan keluarga yang dianggap peIindung yang terbaik untuk aku.

Suami umur 34 tahun. Dia tak pernah tolak permintaan aku. Aku dengan dia bahagia je.

Aku masakkan untuk dia, tunggu dia balik kerja. Aku memang bahagia dengan dia.

Takda sebab untuk aku menyesal dijod0hkan dengan orang aku tak pernah jumpa pun sebelum disatukan.

Dia lelaki yang baik min. Dia selalu hiburkan hati aku. Tapi, aku tak mampu bagi apa dia nak.

Semua orang yang berkahwin mesti nak ada baby kann.

Dia selalu suruh aku check guna prenancy test, bila tak ada rezeki aku nampak muka dia agak kecewa. Aku kesiankan dia min.

Aku cuba untuk penuhkan semua yang dia nak, Cuma satu tu je aku masih gagal.

Tapi kita kena percaya dengan rezeki Allah. Lepas 8 bulan, suami ajak aku check dekat klinik, kot-kot ada pape ke.

Aku memang agak rasa didesak tapi aku faham dia memang teringin nak anak. Jadi aku ikut je cakap dia.

Bila doktor cakap aku tak subur, dia memang down min. Kalau aku mandul, aku tak tahu lah apa reaksi dia min.

Aku cuba tenangkan dia, aku cuba bagi kata – kata semangat kat dia yang dia masih ada peluang ada baby, cuma kena usaha lebih.

Tipu lah kalau aku tak sedih. Isteri mana je yang tak nak mengandung min. Tapi aku kena sabar and hadap, memang tu rules hidup.

Hujung tahun 2017, suami aku jadi dingin. Takda g4duh takda apa, dia tiba – tiba tak nak bercakap dengan aku.

Aku cuba bagi dia ruang, mungkin dia tertekan dengan kerja. Aku buat macam biasa, tanya dia nak minum apa, makan apa.

Urutkan dia bila dia balik kerja. Hidang air terus bila dia balik, aku cuba jaga em0si dia. Satu malam tu, dia panggil aku.

Dia cakap dia nak berbincang aku memang rasa takut masa tu sebab kelakuan dia pelik sebelum ni.

Dia tanya aku, “yang akan terima kalau abang benarkan orang lain masuk dalam keluarga kita? “.

Aku agak was – was nak jawab sebab aku kurang faham. Aku tengok mata dia, aku cuba faham apa dia maksudkan.

Dia jelaskan lagi min, kali ni memang jelas sangat. Dia cakap dia nak kahwin dengan perempuan yang dia dah berkenan.

Aku spechless sebab aku tak tahu dia bergurau atau serious masa tu.

Aku tanya dia, kahwin dengan orang lain sebab aku tak boleh bagi zuriat ke.

Aku soal dia macam – macam min sebab aku dah cuba yang terbaik untuk kami berdua. Aku berusaha.

Aku pergi buat treatment, pergi berurut dengan bidan, cara tradisi0nal modern semua tu.

Aku cuba bagi dia faham, Cuma perlu usaha sikit je lagi.

Ada orang lain kahwin bertahun – tahun pun belum dapat zuriat tapi dia cakap dia tetap dengan keputusan dia. Aku Cuma diam.

Tak tahu nak cakap apa. Aku naik atas, masuk bilik. Aku terus tidur min. Biar p4ksa mata tidur sambil nangis.

Tapi aku tak nak fikir semua tu, aku harap benda tu Cuma mimpi. Keesokan paginya, dia bagitau aku dia tak balik rumah 2 minggu.

Dia nak uruskan hal kahwin. Dia memang dah nekad and tak fikir apa aku rasa dah min.

Aku mengaku dia mampu kalau nak kahwin lebih dari sorang Cuma aku takut aku tak mampu nak berkongsi kasih.

Seharian aku fikir benda tu, aku kena redha kalau Allah dah tetapkan macam ni. Aku text suami aku, “abang uruskanlah hal kahwin tu. Yang terima semua ni”.

Sedih jangan cakap lah min, memang sedih. Aku rasa gagal jadi isteri yang baik untuk dia.

Tarikh perkahwinan suami aku dengan madu aku dah tiba selesai semua tu diorang pergi honeymoon dekat luar negara aku cuba bagi dia ruang, aku cuba faham.

Aku langsung tak bagitau mak ayah aku pasal ni. Aku tak nak mak ayah aku pertikaikan kenapa kena kahwin lagi sorang.

Aku Cuma tunggu dia balik je min. Aku duduk sorang kat rumah, sunyi je. Aku rindu suasana yang dulu.

Lepas je balik dari honeymoon, suami aku tak balik rumah. Dia duduk dekat rumah second wife dia sampai 2 bulan.

2 bulan tu langsung tak jenguk aku, tak call aku, tak text aku. Aku call dia selalu reject, aku text dia bluetick je.

Bahagia betul dia dengan second wife dia sampai tak ingat kat aku. Aku Cuma mampu tengok status whatsapp dia je min.

Rindu memang rindu tapi aku kena tabah dengan semua ni.

Aku masih ingat lagi, kali pertama dia bawa second wife dia datang rumah aku cuba tunjuk yang aku okey aku sambut kedatangan dia masa tu aku agak terk3jut sebab ada 2 orang budak lelaki dengan perempuan dengan dia.

Rupanya perempuan tu janda anak dua. Mungkin suami aku suka dekat anak – anak dia, pada pemikiran aku.

Aku masak dan kami lunch sama – sama.

Lepas je makan, cuci pinggan semua, suami panggil aku. Second wife dengan anak – anak dia ada sekali.

Suami aku cakap kami akan duduk sebumbung. Anak perempuan dia akan bersekolah dekat sini.

By the way anak perempuan dia umur 12 tahun, yang lelaki pulak baru je 4 tahun. Second wife dia umur 29 tahun.

Aku iyakan je bila dia cakap wife dengan anak – anak duduk sini.

Bila dah bawa masuk beg semua, dah tengok bilik. Second wife, kak ida je aku panggil, dia mula merungut dekat suami cakap bilik dia kecil.

Dia tak suka bilik tu, tambahan anak dia dua orang. Bilik atas Cuma ada 2, kat bawah ada satu bilik tapi kecil.

Bilik tu kitaorang buat letak kotak – kotak kosong je.

Kak ida bagitau suami, dia cakap dia nak duduk bilik besar. Bilik besar tu bilik aku dengan suami.

Aku Cuma tengok muka suami. Suami suruh kak ida sabar, buat sementara waktu ni duduk dulu bilik satu tu.

Malam tu suami pesan jangan tidur dulu. Aku tunggu je suami dalam bilik. Suami masuk, and duduk sebelah aku.

Dia suruh anak – anak dia duduk dalam bilik tu. Bilik ni dia suruh kak ida duduk.

Aku tanya dia, aku nak duduk bilik mana, tak kan aku nak pindah bilik. Aku kecewa betul malam tu, dia suruh aku duduk kat bilik bawah.

Depan dia jugak aku nangis, sebab aku rasa hanya disebabkan aku tak boleh bagi dia zuriat dia buat macam ni.

Berubah macam ni. Dia kisah keselesaan kak ida dengan anak – anak dia je, keselesaan aku macam mana?

Aku kena buang dalam rumah sendiri ke? Aku agak em0si and pertikaikan semua tu.

Kak ida ketuk pintu, panggil suami. Suruh teman dia tidur kan anak – anak.

Malam tu jugak aku kemas barang – barang aku, pindah bilik bawah. Aku sendiri kemas bilik tu sorang – sorang.

Dah pagi tu, kak ida pindah masuk bilik tu. Nampak bahagia kat muka dia. Aku diam je, anggap ni mungkin takdir aku.

Aku cuba faham dan terima hak1kat bukan aku sorang je dalam hati suami aku sekarang ni.

Dah 2 tahun lebih kak ida dengan anak – anak duduk dengan aku dan suami.

2 tahun lebih ni jugak lah aku dibuat macam orang gaji. Aku yang masak, aku yang kemas rumah, aku yang buat itu buat ini.

Sejak kak ida ada, suami tak pernah ajak aku keluar. Dia selalu keluar dengan kak ida, anak – anak je.

Aku selalu duduk rumah sorang – sorang, sedih sorang, merajuk kena pujuk diri sendiri. Suami tak pernah tanya aku okey ke tak.

Tiap bulan memang dia bagi nafkah, tapi kasih sayang, perhatian semua tu macam mana pulak?

Kadang aku menyesal sebab tak dapat bagi dia zuriat, kalau tak mesti aku bahagia macam kak ida.

Kak ida sekarang ni mengandung 5 bulan.

Mesti seronok bila kita mengandung, suami pulak ada teman kita, manjakan kita, layan kerenah kita, seri0us aku teringin sangat.

Tapi apa yang kita nak, tak semestinya tertulis dalam jalan hidup kita. Suami selalu marah aku kalau aku tak buat apa kak ida suruh.

Hanya di sebabkan dia mengandung, semua benda aku kena buat walaupun kemas katil dia. Aku cuba tak ingkar apa suami cakap.

Kak ida depan suami memang baik, bila di belakang aku je faham.

Aku tak tahu sekarang ni aku ke atau kak ida isteri pertama, sebab selalunya second wife selalu jadi sasaran tapi kali ni entah lah.

Pernah sekali kak ida mengadu kat suami rantai dia hilang. Hadiah ulang tahun perkahwinan diorang.

Suami angin jugak lah sebab sebelum ni tak pernah pulak barang hilang dalam rumah ni.

Kak ida cakap aku ada masuk bilik waktu pagi lepas suami pergi kerja.

Suami terus pandang aku, macam aku ni pulak yang ambil padahal aku ambil baju kotor je kat atas. Suami terus tengking – tengking tanya mana rantai tu.

Berkali – kali aku cakap tak tahu, aku tak ambil pun.

Suami marah sangat, tangan dia hinggap kat pipi aku. Tu pertama kali dia naik tangan.

Aku berdiri situ je sambil pegang pipi aku. Suami terus marah – marah aku.

Anak perempuan kak ida turun panggil suami. Dia cakap dia ambil rantai tu.

Dia pinjam nak main model – model. Aku terus lari masuk bilik sebab aku tak nak tengok semua ni.

Boleh je cari barang tu dulu sebelum cakap ada orang ambil. Sekarang ni aku masih diperlakukan macam tu.

Hanya dianggap orang gaji je. Suami tak pernah luang masa untuk aku, tak pernah sambut tarikh penting dengan aku.

Bila ulang tahun perkahwinan ke birthday ke mesti dia raikan kat luar, tapi bukan dengan aku.

Aku pernah tunggu dia balik sebab nak celebrate ulang tahun perkahwinan kami, aku siap buat kek.

Masak makanan favourite dia. Tapi last – last aku makan sorang. Potong kek sorang.

Takda pun dia minta maaf sebab lupa ke apa ke. Sejak hidup dalam situasi macam ni, aku tak rapat dengan suami.

Dah macam mula – mula kenal dulu. Bila dia rapat jadi malu sangat. Macam orang luar dah.

Sekali sebulan je dia teman aku, tu pun untuk laksanakan batin.

2 bulan lepas, aku dengan suami g4duh besar. Dia marah – marah, tengking aku, tuduh aku buruk kan kak ida dekat jiran – jiran.

Padahal aku langsung tak pernah cerita apa – apa kat orang luar pasal hal dalam rumah.

Suami tuduh aku lagi, cakap aku dengki sebab suami lebihkan kak ida.

Aku cuba pertahankan diri aku, aku cakap aku tak buat semua tu.

Suami tak endah apa aku cakap. Lepas je g4duh dia terus ajak kak ida dengan anak – anak balik rumah ibu dia.

Sampai seminggu lebih dia tinggalkan aku sorang. Masa aku sorang – sorang tu lah aku nangis. Aku rasa tertekan sangat.

Aku tak ada tempat mengadu. Aku tak boleh biarkan diri aku di buat macam ni.

Aku kena fikir yang aku berhak bahagia. Aku nekad nak tuntut fasakh dekat mahkamah.

Aku minta izin suami keluar rumah. Aku pergi sorang uruskan benda tu. Aku berterus terang yang aku tak dapat perhatian suami lepas dia kahwin lagi.

Selesai semua tu, suami dengan kak ida pun dah balik rumah, semua macam biasa.

Suami sibuk dengan kak ida dan anak – anak je. Satu malam, aku panggil suami masuk bilik. Suami duduk sebelah aku sambil pandang muka aku.

Aku rindu saat tu, lama dah dia tak tengok aku macam tu. Aku pusing badan kat arah dia.

Aku cakap kat dia, aku minta dia lepaskan aku. Lepaskan aku dengan cara baik. Kita settle kan benda ni elok – elok.

Suami agak terk3jut, dia tanya kenapa tiba – tiba nak dilepaskan. Aku cakap,

“Saya kena fikir diri saya jugak. Kalau awak lepaskan saya awak tak kan rugi apa – apa. Awak tetap masih ada isteri dengan anak – anak. Awak tak kan rasa kehilangan. Keluarga bahagia awak masih ada walaupun saya dah tak ada lagi “. Dia mula menangis min. Aku tak tahu lah kenapa dia sedih.

Aku tepuk – tepuk bahu dia, suruh dia berhenti nangis. Aku tak nak orang tahu hal ni.

Sekarang ni pun aku dengan suami masih buat macam biasa.

Aku agak takut tiba saatnya aku akan dilepaskan.

Doakan aku mampu t3mpuhi semua ni. Sekian.

Komen Warganet :

Afierul Aini

Saya nak nasihat awak seperti anak saya, boleh kan? Sebagai seorang mak, saya nak awak bahagia nak, walau awak tak ada zuriat itu bukan bererti awak kena jadi h4mba seorang lelaki. Awak juga wanita biasa yang ada hati dan perasaan, tak semesti nak ada anak je boleh bahagia. Percaya la nak perancangan Allah itu maha hebat, tiada siapa pun yang tahu apa yang akan terjadi hari esok,. Move on, melangkah la demi hati dan perasaan mu nak yang perlu kau jaga, kerana engkau juga perlu bahagia seperti orang lain. Nikm4ti la hidup ini selagi Allah masih diberikan waktu untuk bernafas di muka bumi ini dan hargai la dirimu sendiri nak, InshaAllah nak.

Nazira Mohamed Nor

Untuk si adik yang membuat luahan ni, kuatkan semangat adik untuk mulakan hidup baru, mungkin ambil masa sedikit untuk bangun berdiri kuat. Jika ada rezeki jod0h lain selepas ni, inshaAllah adik akan rasa untuk mengandung dan mempunyai anak sendiri. Terkadang Allah uji tak bagi zuriat dengan pasangan sebab nak tunjuk perangai pasangan tu macam mana. Sekiranya isteri muda bertepuk tangan bahagia melihat keruntuhan rumah tangga adik dan suami, adik harus tunjuk kuat di hadapan mereka. Jadikan ejekan mereka satu titik semangat buat adik, tunggu laa selama duduk satu rumah semua adik yang buat, bila adik melangkah keluar dari keluarga tu nanti, barulah nampak kelemahan si isteri muda pada mata bakal bekas suami adik nanti. Terus kuat, solat jangan tinggal.

Nabilah Bee

Tabahnya diri awak, kalau saya memang tak akan mampu bertahan dah. Dia bawak masuk je isteri kedua dia saya angkat kaki terus. Lebih baik undur diri, bawa diri dan rawat hati dari kita bertahan berharap pada sesuatu yang tak pasti. Ramai orang yang tak subur mampu dapat zuriat. Semua takdir. Bukan salah awak kalau Allah lambat bagi awak zuriat.

ZaZa Aimie

Berk0rban boleh tapi jangan kita yang terk0rban. Perasaan kita, kasih kita, hidup kita. Beri ruang pada diri sendiri, buat apa berk0rban pada yang tak tahu hargai, sampai ke tahap tu peng0rbanan. Kalau akaklah, boleh jalanlahh. Tapi tak semudah tu jugakan untuk tinggalkan orang yang benar – benar kita sayang. Salute akak pada awak.

Reen Kay

Move on la awak. Keputusan yang tepat. Kalau tunggu memang awak la yang kena jaga madu tu dalam pantang. Kena jaga baby. Eeeee….. please la. Jangan hina diri sendiri serendah tu. Baik kerja jadi org gaji tempat lain. Dapat juga gaji senang juga hati. Ini dia sedap – sedap dalam rumah tu awak pulak jadi h4mba abdi dorang. Suami awak nangis sebab fikir siapa la pulak nak uruskan rumah tu lepas ni. Kena kuat. Dah bercerai boleh je mulakan hidup baru. Lama sangat awak dera diri sendiri.

Apa kata anda?