Kali pertama aku tengok suami menangis selepas bertahun pendam perangai pilih kasih dari seorang mak..

Bilik Abang Afiq dekat kampung disediakan aircond, kalau mereka balik kampung, anak – anak aku langsung tak boleh makan makanan yang dihidangkan. Abang Afiq selalu pinjam duit dari suami, bila suami aku tak bagi pinjam dia akan mogok tak nak balik kampung. Jadi mak akan telefon menangis merayu pada suami bagi pinjam duit. Kemuncaknya bila anak bongsu kami demam panas..

#Foto sekadar hiasan. Tq admin andai disiarkan. Jujur, aku harap ada yang dapat ambil pengajaran terutama para ibu di luar sana.

Aku Ina, berkahwin dengan suamiku Hakim selama 4 tahun. Sepanjang tempoh perkahwinan 4 tahun, dah banyak kali suami makan hati dengan sikap mak yang pilih kasih.

Suami ada 3 orang adik beradik, dan dia anak kedua. Dia merupakan seorang yang pendiam dan sangat jarang marah atau tinggikan suara. Yang sulung Abang Afiq, sudah berkahwin dan kerja sebagai pegawai di bank terkemuka di Johor. Adik bongsunya pula sedang menuntut di IPTA Perak.

Abang Afiq, walaupun gajinya tinggi, namun seolah duitnya tak pernah cukup. Kerana isterinya seorang yang demanding. Suka berbelanja, suka travel dan suka tukar kereta atau perabot macam salin kulit. Natijahnya, dia akan usaha untuk pinjam duit dengan suamiku. Suamiku pula hanyalah pekerja biasa di sebuah syarik4t swasta. Gajinya hanya cukup – cukup untuk keperluan kami sekeluarga. Selebihnya dibuat simpanan untuk hal kec3masan.

Ibu mertuaku sangat melebihkan anak sulungnya dalam apa – apa hal. Saat Abang Afiq merajuk bila tak dapat pinjam duit dengan suamiku, dia akan mogok tak nak pulang ke kampung. Dan ibu pula akan berterusan memujuk suamiku supaya meminjamkan duit sambil menangis  -nangis. Hati anak mana yang tak akan lembut kalau mak dah merayu – rayu. Lalu dalam tak reIa, dia gunakan duit kec3masan untuk dipinjamkan pada Abang Afiq.

Seperkara lagi, Abang Afiq dan keluarga akan dilayan dengan sangat istimewa tiap kali mereka pulang ke kampung. Di bilik mereka disediakan aircond supaya isteri dan anak tak panas. Bangun tidur pukuI 9 dan segalanya dah tersedia. Cucu kesayangan pula dihidangkan dengan pelbagai pilihan kuih muih sehingga ayah mertua aku selalu membebeI sebab membazir katanya. Bila anak aku cuba dekat, nak ambil kuih – kuih tu, ditepisnya tangan anak aku dan kata,

“Allah hai… awak nihh, awak tu dah hari – hari duk sini, boleh beli sendiri. Bagi la diorang makan, jangan kacau! Pergi main kat luar sana!”, lalu keluarlah anak aku dengan muka sedih.

Aku pujuk lalu aku ajak mereka bermain di luar. Suamiku hanya memerhatikan saja dari ruang tamu. Aku tahu dia terasa, namun dia tak akan luahkan. Tidak bahkan pada aku. Cuma aku sebagai isteri, aku kenal setiap raut wajah suami.

Bila Abang Afiq hadiahkan mak baju kurung sempena Raya, mak akan canangkan hadiah pemberian Abang Afiq itu pada semua sed4ra mara. Bila ada yang memuji, “Alhamdulillah… boleh la juga pakai baju mahal – mahal ni sebab Along belanja. Kalau tak, takdenya nak merasa..” sambil jeling sinis pada suamiku.

Ye, suamiku hanya pekerja biasa bergaji biasa. Cuma apa yang dia tak tahu, duit baju kurung itu Abang Afiq pinjam dari suamiku. Suamiku hanya diam sambil menunduk. Teringat aku pada sepasang baju kurung yang suamiku hulurkan pada mak 2 minggu sebelumnya. Kemas tersimpan di almari agaknya. Sedangkan suami begitu teruja bertanyakan pendapatku tentang baju yang dibelinya.

Kemuncak semuanya, bila Abang Afiq minta ibu jagakan anak – anak mereka kerana dia perlu berkursus dan isterinya mahu ikut bersama. Mak turutkan saja dengan senang hati. Selang setengah jam, pasti dihantar gambar cucu – cucunya di Group WhatsApp walaupun Abang Afiq tak pernah bertanya.

Beberapa bulan selepas itu, ditakdirkan anak bongsu kami terkena demam panas. Paniklah kami untuk membawa anak ke hospitaI. Lalu suami decide untuk bawa anak sulung kami tidur bersama mak ayah. Kerana risau kami terp4ksa bermalam di hospitaI. Namun ayat Mak dari dalam bilik sampai hari ni aku ingat, “Lepas ni dah boleh jadi pengasuhlah aku nih. Nak kena jaga anak orang pulak! Habis bila yang aku nak rehat?!”. Aku dengar suara ayah menegur mak dengan keras, tapi takku dengar butir bicaranya.

Tanpa tunggu lama, suami heret kami masuk ke dalam kereta. Sambil tidurkan anak bongsu kami yang masih panas berbahang, tanganku mencapai tangan suami, cuba menyalurkan kekuatan padanya. Dan aku tiba – tiba terdengar suara kecil suami menahan tangis! Ya Allah, ini kali pertama dia menangis. Dia tewas, setelah bertahun lamanya dia memendam rasa.

Sehingga hari ini, dia tak pernah minta tolong mak untuk jagakan anak kami walau susah macam mana sekalipun. Abah juga pernah suarakan pada kami supaya tinggalkan anak – anak bermalam sehari dua, tapi suami menolak dengan lembut. Katanya, takut anak – anak menangis tengah malam nanti.

Dalam rasa kecil hatinya, dia tetap menunaikan tanggungjawab seperti biasa pada mak dan ayah. Langsung tiada beza.

Abang, ketabahanmu mengagumkan Ina. Abang suami dan anak yang baik, terlalu baik. Biar apa kata orang, Abang tetap insan paling baik Ina pernah jumpa. Tak pernah tinggikan suara pada kami mahupun pada mak ayah. Sentiasa bertungkus lumus dengan pekerjaanmu. Biar apa orang kata, Ina dan anak – anak bahagia bersama Abang. Semoga hati mak terbuka satu hari nanti untukmu, Abang. – CikSue

Apa kata anda?