
Malam tadi per4ngai isteri m4kin teruk, tiba – tiba letak baju semua dalam bakul dekat tangga dan kata dengan aku yang dia nak hidup seorang diri. Katanya aku dan anak beban bagi dia…
#Foto sekadar hiasan / AI. Salam admin. Maaflah, nak tanya pendapat sedikit dalam ini. Saya telah berkahwin selama hampir 9 tahun. Belum dikurniakan zuriat tetapi kami ada anak angkat. Anak kepada kakak kandung isteri saya sendiri. Kami jaga anak itu daripada lepas lahir sampai sekarang, semua dokumen anak angkat pun telah ada.
Dulu isteri saya yang beria sebenarnya nak jaga anak buah dia ni dan dia minta kebenaran saya. Saya pun okey jelah. Lama – lama bila dah jaga, sampai saya dah mula sayang sehingga anggap macam anak kandung sendiri walaupun hakik4tnya tidak.
Sampai sekarang dia berumur 7 tahun dan sekolah rendah pun dah masuk. Isunya sekarang ini bila budak itu nak membesar, biasalah kan budak – budak, dia tak nak dengar cakap. Bila dah marah – marah baru nak dengar cakap. Setiap kali marah dia, isteri selalu cakap macam ini, nak hantar budak tu balik ke rumah orang tuanya.
Bila dia marah budak tu, dengan saya sekali dia marah. Dia suka berkurung dalam bilik lepas dia marah – marah budak tu. Bukan itu sahaja. Saya ini bekerja di Singapura dan dia suri rumah. Kadang – kadang kami meniaga sebab isteri suka meniaga.
Bila dia penat meniaga atau penat uruskan rumah, dia akan jadi macam itu. Beberapa bulan lepas saya masih boleh hantar anak ke sekolah sebab masuk kerja lewat sedikit. Sekarang saya kena masuk kerja awal, jadi dia yang kena hantar anak ke sekolah dan ambil.
Tetapi malam tadi dia m4kin teruk, tiba – tiba letak baju semua dalam bakul ke tangga dan kata dengan saya yang dia nak hidup seorang diri. Katanya saya dan anak beban bagi dia. Mesin basuh jenis 2 dalam 1, tak perlu sidai lepas basuh sebab memang dah kering.
Baju saya dan dia tak perlu lipat sebab dah ada almari, just g4ntung sahaja. Rumah kita duduk bertiga sahaja. Dia cakap dia penat duduk rumah, tapi saya tengok bukan penat buat kerja rumah tapi penat buat bisnes aiskrim dia. Saya banyak kali cakap kalau penat, tak perlu p4ksa.
Saya tak p4ksa pun dia buat kerja rumah. Dia cakap dia tak boleh tengok rumah bersepah. Kadang – kadang saya balik, dia tak masak, saya okey sahaja. Kami boleh makan luar. Saya sampai rumah pun dah maghrib, kadang – nak pukuI 8 baru sampai rumah. Mana sempat sahaja saya tolong.
Kadang – kadang baju banyak dekat bakul, saya tolong sangkut ke almari. Kemudian sampah malam – malam saya yang buang. Kadang – kadang baju malam itu saya tolong bawa turun bawah dan basuhkan. Bagi dia, saya ini langsung tak membantu dalam rumah tangga.
Tak habis – habis cakap nak hidup sendiri. Jadi sekarang ini saya nak tanya pendapat admin dan yang lain. Apa yang saya perlu buat bila dalam situasi macam ini? Adakah patut saya ikut cakap dia, lepaskan dia? Dan anak pula macam mana? Saya kesian dekat anak tu.
Dia dah lah mak dia tak nak jaga, dan kami dah jaga, sekarang makcik dia pula tak nak jaga. Sampai dia nak hantar anak tu ke rumah anak yatim. Anak angkat kami perempuan. Memang manja orangnya. Kadang – kadang manja dengan saya.
Jadi, jalan penyelesaian sekarang ini macam mana dengan anak saya ni? Kalau saya nak jaga seorang lepas ni, macam mana nak uruskan pergi dan balik sekolah, uruskan baju – baju sekolah dia? Saya buntu sekarang ini. Saya ni dah lah daripada keluarga yang berpecah – beIah, saya tak nak anak ini membesar dan rasa apa yang saya rasa masa kecil dulu.
Kawan – kawan saya pun tak tahu yang ni anak angkat saya. Mereka ingatkan anak ni anak kandung saya. Cuma keluarga terdekat sahaja yang tahu. Saya mohon admin rahsiakan profil saya ya. Terima kasih
Komen Netizen :
Carpeez Tomen : Salam bang… Saya tak tahu lah idea saya ini menjadi atau tidak untuk abang. Tapi tak apa, saya nak kongsi juga. Saya dah kahwin hampir 13 tahun. Anak saya pun anak angkat, sekarang umur 5 tahun. Ambil dari baby, saya yang qomatkan dia… Alhamdulillah, sayang saya dekat dia tak tahu nak cakap macam mana.
Dengan isteri pula biasalah, kadang – kadang itu saya pun tak faham bila dia asyik mengeluh penat, penat, penat dan penat… Dia suri rumah juga. Saya bagi isteri upah sehari seratus ringgit, upah untuk dia bantu saya didik anak dan jaga anak itu.
Pernah sekali itu saya naik angin sebab dia asyik sangat mengeluh penat. Apa yang penatnya pun saya tak tahu. Saya tak p4ksa dia masak pun. Anak saya membesar dengan PandaFood. Nampak rider je anak akan sebut “mamam”. Masa yang saya naik angin tu, saya memang dah hilang tahap kew4rasan saya.
Saya keluar rumah, masuk kereta dan transfer semua duit dalam akaun saya ke akaun dia, tapi tarikh transfer tu saya tukar – lajakkan lagi dua minggu. Jadi dalam dua minggu itu kita masih boleh batalkan bila – bila masa. Duit tu jadi floating, dalam akaun dia nampak ada duit tapi tak boleh nak guna.
Lepas tu saya forw4rd resit dan saya tulis, “Ni duit penat lelah saya yang Allah bagi selama ini. Saya keluar pagi dan balik tengah malam semua untuk awak dan anak. Saya k0rbankan zaman bujang saya yang indah semata – mata untuk kahwin dengan perempuan yang saya tak pernah kenal pun sebelum ini.
Saya k0rbankan masa saya untuk tengok anak membesar semata – mata untuk cukupkan keperluan awak dan anak. Saya minta maaf andai saya bukan lelaki yang terbaik untuk awak. Isteri bila asyik mengeluh, dia akan rugi sebab pahala dia berbakti untuk suami akan hilang.
Saya tak nak awak rugi dan tak rasa syurga. Maaf kalau saya ni suami yang membebankan awak. Tolong jaga anak dengan baik. Sayang dia, belai dia. Bila besar nanti tunjuklah dia gambar – gambar dia dengan saya. Cakap pada dia, papa tunggu dia dekat atas.
Untuk awak, terima kasih sebab jadi isteri yang baik. Terima kasih jadi isteri waktu susah dan senang saya. Segala duit dan harta semua saya dah hibah siap – siap pada awak dan anak. Jangan risau, tak perlu faraid pun nanti. Saya minta maaf… saya pergi dulu.”
Lepas tu saya off telefon dan gerak pergi Masjid Seri Petaling, bang. Masa tu lah saya rasa hati saya tenang sangat dekat sana. Alhamdulillah, lepas 3 hari dekat masjid tu saya dah mula rapatkan diri dengan Allah. Hari ke-5, ada dua abang polis datang ajak saya ke balai.
Katanya ada hal. Sampai balai rupa – rupanya isteri saya pergi buat report kata saya lari rumah dan siap cakap rasanya saya dah bvnvh diri. Dia yakin sebab tengok duit ada dalam akaun dia. Lepas daripada kejadian tu, alhamdulillah semuanya baik – baik sahaja.
Cuma sekarang ini saya buat satu “undang – undang” – tidur tak boleh membelakangkan suami. Kalau tidak, saya akan cucuk b0ntot dengan jarum. Dah dua kali dah saya cucuk. Sekarang dia dah takut dah. Sebelum tidur, saya akan peIuk dia kuat – kuat dan saya cakap,
“Kalau bangun esok pagi saya dah tak ada, tolong jangan kahwin lain dan jangan bawa suami baru masuk rumah ini tau… Sebab nanti saya akan jadi h4ntu dan cekik laki tu.” Cuba abang try buat macam ini… Selamat mencuba.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.