Kami akan buat sampai mereka bercerai biarpun nyawa kami habis

ekisahdotcom warning

Dulu sebelum kahwin adik, dia yang banyak bantu kami sekeluarga bagi duit. Tapi sekarang lepas kahwin dengan isteri dia yang tak sedar diri tu, adik boleh bagi RM300 je sebulan. Dah la tak bekerja, memang kami sekeluarga tak puas hati. Kami buat macam – macam cara nak pisahkan mereka tapi rupa – rupanya dia ada sak4… 

#Foto sekadar hiasan. Salam semua warga FB. Kesabaran aku ni dah tipis. Aku nak cerita sikit pasal adik aku yang merupakan anak no 3 (sulung lelaki) dalam keluarga. Aku ni anak no 2 dan yang sulung kakak aku.

Aku bengang betul. Macam – macam cara aku, kakak dan mak aku buat nak pisahkan dia dengan bini dia yang tak sedar diri tu. Kamu tau admin, adik aku tu semasa bujang menanggung keluarga, dia yang bekerja memandu jentera ayah aku dalam projek pembangunan dengan pendapatan sebulan boleh dapat RM6000 ke atas. Ayah aku pula tak bekerja, adik aku ni pandai cari duit dari zaman dia sekolah lagi untuk menanggung keluarga. Semuanya berkat ajaran ayah aku. Memang kami sangat perlukan dia dari segi duit. Biarpun kami sisihkan dia sebab dia tak boleh masuk kepala dengan kami (garang dan tak terima pendapat orang). Dia dah berkahwin selama 6 tahun masuk tahun ni. Dia kahwin bukan dengan perempuan pilihan keluarga. Kahwin pula dengan perempuan yang ada anak luar nikah (ketika berkahwin anak tersebut berumur 7 bulan).

Dari hari pertama lagi, perempuan tu masuk dalam keluarga, aku dan adik beradik yang lain semua tak berkenan sebab status dia tu lah tapi terp4ksalah buat buat suka sebab nak jaga hati adik aku tu. Dah la anak yatim piatu, ada hati nak tagih – tagih kasih mak ayah orang. Selepas adik aku tu kahwin, dia terus berhenti kerja dan tak memandu jentera ayah aku lagi sebaliknya bekerja memandu jentera majikan dengan gaji Rm2000 lebih. Dengan gaji banyak tu, dia bagi dekat mak aku bulan – bulan tak sampai RM300. Dengan alasan nak tanggung perempuan tu dan anaknya. Dahlah dia sanggup tak bagi perempuan tu bekerja sedangkan adik aku tu kena tanggung keluarga lagi. Memang aku, kakak, mak ayah dan adik beradik lain tak puas hati. Memang s4kit hati ni Allah jer yang tahu. Adik aku ni macam ikut je telunjuk perempuan tu. Manjakan dan sayang sangat perempuan yang tarafnya ha pikirlah sendiri. Patut perempuan tu kena lah kerja dan tanggung anak dia sendiri dan adik aku boleh lah kerja dengan ayah aku balik dan tanggung keluarga.Tapi disebabkan dia tak bekerja, kami satu keluarga takut nak bagi adik aku kerja pendapatan mahal macam bujang dulu sebab takut perempuan tu kikis duit dan harta kami.

Disebabkan perangai adik aku ni dah berubah kedekut nak bagi duit, aku, kakak dan mak aku jumpa bom0h asli sih1rkan rumahtangga mereka guna makanan dari awal perkahwinan mereka. Sih1r tu tak kena tepat pada sasaran, tapi tiap – tiap hari mereka berg4duh cuma tak bercerai cerai lagi sampai sekarang. Apalah ilmu yang perempuan tu guna. Kami tak putvs asa cari lagi bom0h handal. Rupanya perempuan tu ada sak4 keturunan penjaga lah sangat. Sak4 ni yang banyak ganggu kerja kami, bila kami hantar dia tepis. Patutlah adik aku tu ikut je kehendak dia. Dah ada anak 3 dah sekarang dengan adik aku. Aku pernah sih1rkan bagi dia susah bersalin kalau boleh nak bagi m4ti terus tapi kesudahannya selamat juga aku cuba nak jadi batu api tapi kesemuanya perempuan tu dapat tau dulu dan tak berjaya. Aku s4kit hati sangat adik aku banyak berubah semenjak berkahwin dengan perempuan tak semenggah tu.

Dia acah – acah nak berbaik dengan kami lah tapi sorry depan adik aku, kami boleh layan. Di belakang sorilah. Anak – anak dia yang 3 orang dengan adik aku tu pun tak teringin aku nak layan. Biarlah nak cakap anak sed4ra ke apa ke. Bertahun – tahun ni kami cuba nak h4puskan dia dari keluarga ni samada secara halus atau kasar tapi semua tak berjaya. Semenjak dia ada dalam keluarga ni, macam – macam benda buruk berlaku. kakak sulung aku 3 tahun dah kahwin tapi tak dapat – dapat anak susah nak mengandung. Adik aku yang perempuan mengandung luar nikah dan anak tu, kakak sulung aku yang jaga tapi adik yang laki ni dan bini tak guna dia tu tak tahu. Segala proses mengandung dan bersalin semua kami sorok dari adik aku tu. Sebab dialah, kami hidup susah terp4ksa bekerja cari duit sendiri sedangkan adik aku tu patut tanggung keluarga. Macam – macam lagi perkara buruk berlaku. Dengan peny4kit macam – macam datang. Banyak lagilah nak cerita.

Kehadiran perempuan ni memang menyusahkan kami sekeluarga. Entah badi apa dia bawak. Tapi kami tak putvs asa akan cari lagi cara nak pisahkan mereka. Sekarang kami cuba sih1rkan rumahtangga mereka melalui adik aku pula. Aku, kakak dan mak aku sih1r adik aku tu bagi dia jadi panas baran, kedekut dengan perempuan tu dan tak tolong perempuan tu uruskan rumah dan juga buat supaya adik aku tu sayang kat kami adik beradik macam dulu seperti bagi duit dan sebagainya. Tak lama lagi mesti bercerai punya lah. Dasar perempuan murah tak sedar diri. Kami akan buat sampai mereka bercerai biarpun nyawa kami habis. Allah maha mendengar.

Warga FB ada idea lain? sila beri cadangan. Terima kasih.

Tambahan: pernah kant0i bila perempuan tu pergi berubat, perempuan tu dan adik aku dapat tau kami yang hantar sih1r tu. LagiIah perangai adik aku tu berubah.

Komen Warganet :

Diana Jafar : Ya Allah, ya Tuhan andai Allah tu ada bersihkan la hati tt ni daripada kehitaman buat selamanya.. Adik Ipar tu yatim, dia tak tau ke anak yatim tu doa dia lagi berkat dari bom0h – bom0h ni. Allah selamatkanlah rumahtangga adik Ipar dia ni dari kakak Ipar yang hati sangat – sangat busuk.. (dasar tak sedar dri)

ربيعة عدانن : Eh ni confessions manusia ke set4n ni? Konfius sudah. Gaya tulis macam melayu, tapi takkan bukan agama Islam kot? Dalam tangga menunaikan nafkah seorang anak lelaki, tangga teratas dia perlu utamakan ialah nafkah kepada isteri dan anak – anak. Selepas tu baru mak ayah. Kau cac4t ke tak boleh kerja sampai semua nak berg4ntung pada orang? Main fb boleh, sihat lah ni tapi kesian otak cac4t.

Coretan Asmara : Tak baik berfikiran macam tu dek. Semua orang berhak hidup dan ada keluarga sendiri.. Sepatutnya bila dia dah nikah dengan wanita pilihannya awak dan ibu awak kena redha kerana itu jod0h dirinya. Terkadang perlu fikirkan itu haknya, awak dan ibu awak kena berubah untuk kebaikkan famili awak. Tak perlu ada hasad dengki sesama adik beradik. Hasad dan dengki ni akan makan diri sendiri satu hari nanti. Bertaubat, minta ampun dengan Allah. Adik awak tak ada pun sak4 yang awak katakan itu. Dalam hidup dia hanya bertawakkal untuk teruskan hidupnya. Selalu minta pertolongan Allah disetiap doanya, awak yang terlalu percayakan bom0h dah kenapa. Tidakkah awak tahu itu boleh mensyir1kkan awak dengan Allah. Kembali pada Allah dek, mungkin lepas ni segala awak rasa akan lebih baik dari sebelumnya.

Nurul Atika Moktar : 1) Mungkin adik ipar awak pernah buat silap, mungkin dia dah bertaubat tapi awak taktau. Kalau dia dah berubah, patut bimbing dia. Bukan terus mengungkit kesilapan dia.

2) Pakai sih1r. Jumpa bom0h itu ini, d0sa besar mensyir1kkan Allah.

3) Nak runtvhkan masjid, d0sa jugak tu.. dah la adik sendiri. Tak kesian kat adik ke?

4) Nafkah, adik lebih bertanggungjawab memberi nafkah pada isteri dan anak – anak dia, baru mak ayah,keluarga dia.

5) Kerja, Eh..kenapa yang lain tak boleh nak kerja? Kenapa nak harapkan adik sorang je? Amboi, canang cerita kat FB boleh je sihat elok tangan tu. Biaserr ni.

6) Anak luar nikah, punca awak sekeluarga tak terima dia. Adik awak mengandungkan anak luar nikah boleh pulak terima, macam takde pape?

7) Tumpang kasih sayang mak ayah – dia anak yatim piatu. Siapa lagi dia nak menumpang kasih kalau bukan mak ayah awak. Bila dah kahwin, mertua tu sama je macam ibu bapa sendiri.

8) Nak bagi susah bersalin kalau boleh m4ti, ajaI m4ut semua Allah yang tentukan bukan bom0h awak tu. Tak fikir ke kalau dia m4ti, apa jadi kat adik awak. Nak – nak dia tahu family sendiri yg sih1r. Ingat boleh baik semula macam takde jadi apa – apa?

Ain Mohd Aher : Ko ingat Allah nak tolong ko 1 keluarga? Bod0h punye orang, dasar pemalas. Nak harapkan orang, ni jenis tak boleh terima qada qadar Allah. Yang kakak sulung ko tak mengandung lagi, yang adik bongsu ko mengandung luar nikah. Nak cakap tu b4di daripada adik ipar ko? Set4n ape ko ni, bang4ng.

Apa kata anda?