Kami anak2 dah jadi h4mba mak termasuklah dgn menantu2 sekali

Bila mak dah pencen, sikap bersepah mak m4kin menjadi – jadi. Kat situ minum, situlah tinggal cawan. Kadang – kadang berderet cawan penuh tepi coway. Kalau mak guna pis4u kat situ, situlah jugak yang akan ditinggal tak letak tempat asal balik. Belum kira kalau mak makan jajan atau bungkusan apa – apa. Main camp4k ajelah plastik bungkusan tu.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku berumur 37 tahun. Dah berkahwin sejak 10 tahun yang lepas dan mempunyai 3 orang cahaya mata yang kiut miut. Seorang surirumah. Moga – moga ada yang boleh diambil ibrah dari confession aku ni sebab aku nak cerita pasal mak aku pulak.

Cerita aku agak panjang, arw4h ayah dah pergi tinggalkan kami sewaktu aku tingkatan 2 lagi. Sejak tu, mak yang menjadi ketua keluarga. Kami ada 4 beradik. Syukur mak seorang guru jadi mak masih ada pendapatan untuk jaga kami walaupun cukup sekadar apa yang ada.

Zaman dulu gaji guru bukanlah banyak mana, tambah pulak mak bukan guru lepasan ijazah. Memang kena berjimat sebab abang dan kakak aku tengah sambung belajar, aku di sekolah menengah dan adik di sekolah rendah.

Kalau tak cukup belanja, mak akan buat kek atau kuih – kuih untuk dijual pada kawan – kawannya. Sejak kakak boleh mula buat kerja rumah dalam usia sekolah rendah, mak memang dah tak buat kerja rumah selain memasak sebab hobi mak memasak.

Kakak yang akan buat kerja – kerja rumah lain, termasuk jaga adik – adik. Kalau mak tak sempat, kakak kena masak jugakla yang simple – simple je. Baju mak nak pakai pergi kerja pon kakak yang akan gosokkan. Tapi waktu tu aku tak pernah pulak dengar kakak merungut apa – apa.

Tak tau la dalam hati dia macamana. Aku rasa dia ikhlas je berkhidmat untuk mak walaupun masih kecik lagi. Jarak umur antara abang kakak dengan aku jauh. Jadi bila abang dan kakak dah sambung belajar di kolej, aku pulak la yang kena buat semua kerja rumah start dari aku darjah 6 lagi.

Masa tu aku tak rasa pon terbeban dengan keadaan tu. Sebab aku fikir tu normal ajelah anak – anak tolong mak buat kerja rumah. Lepas balik sekolah, rumah hari – hari kena vakum, basuh baju dan sidai baju semua, kemas rumah kemas dapur baru boleh rehat.

Macam biasa baju, tudung mak nak ke sekolah pon aku yang akan sediakan. Aku pandai buat kerja rumah kebanyakannya belajar dari kakak aku. Dia yang banyak membentuk aku. Dan kakak aku pulak belajar dari anak jiran, sebab anak jiran tua beberapa tahun dari dia.

Dah cukup m4tang masa tu nak ajar dia buat kerja rumah. Disebabkan mak memang jarang nak mengemas dan buat kerja rumah dari usia muda lagi, memang sampai mak pencen la kami adik beradik yang akan uruskan semuanya.

Hobi makkan memasak, tapi sekali mak masuk dapur, dapur tu dah macam kena ribvt pet1r. Lepas masak biasanya mak akan tinggal je, aku la yang akan kemas semua. Tapi aku okey je, sebab aku tak suka masak. Mak pulak kalau masak sedap je manjang.

Jadi aku rela jadi tukang kemas dapur dari kena memasak. Biasanya mak akan suruh aku siapkan bahan – bahan untuk masak je. Siang ikan ke, p0tong sayur ke. Bab nak masukkan dalam periuk kuali memang kerja mak la. Natijahnya, sampai aku dah kahwin pon tak berapa pandai nak masak lagi.

Kalau menguruskan semua pasal mak tu digeIar h4mba, yaa… aku bangga mengaku kami anak – anak mak adalah h4mba mak. Bila mak dah pencen, sikap bersepah mak m4kin menjadi – jadi. Mungkin sebab mak dah 24 jam kat rumah, jadi banyakla masa untuk beliau menyepahkan rumah.

Kat situ minum, situlah tinggal cawan. Kadang – kadang berderet cawan penuh tepi coway. Mak memang suka minum air sebab cepat haus. Kalau mak guna pis4u kat situ, situlah jugak yang akan ditinggal tak letak tempat asal balik.

Belum kira kalau mak makan jajan atau bungkusan apa – apa. Main camp4k ajelah plastik bungkusan tu. Anak aku pon pandai buang sampah dalam tong sampah walaupun kecik lagi. Nak harap mak kemas meja ke ape? Atas katil dia sendiri pon penuh kain baju dia kalau takde siapa yang nak tolong kemaskan.

Inikan pulak nak harap dia kemas ruang tamu dan sebagainya. Memang takkan la kan. Tapi takkan la aku sebagai anak pulak nak arah – arah mak untuk kemas itu ini. Tempah ner4ka awal nampaknya tu. Bila turn aku dan adik keluar dari rumah untuk belajar, abang aku pulak yang jaga mak.

Lepas abang kahwin, abang masih duduk dengan mak sebab nak jaga mak. Kakak ipar (Kak Jun) aku seorang surirumahtangga. Jadi Kak Jun pulak yang menguruskan semua pasal mak. Alhamdulillah Kak Jun sangat baik hati. Dia anggap mak macam dia sendiri.

Mak pon sama, anggap Kak Jun macam anak sendiri, jadi mak memang tak segan – segan nak minta Kak Jun buat apa – apa untuk dia. Pendek kata, Kak Jun pulak la yang jadi h4mba mak. Tapi abang aku pon sangat baik layan Kak Jun.

Malam – malam adalah waktu untuk Kak Jun berehat dan ‘me time’ Kak Jun. Abang aku yang akan jaga anak – anak sampai anak – anak tertidur tak kiralah jam berapa pon. Abang yang bangun buatkan susu, atau layan anak – anak yang meragam.

Mungkin sebab tu, Kak Jun pon takla terlalu penat bila siang – siang nak kena layan mak pulak. Bila aku pulak yang dah berkahwin, ada masa mak nak lepak rumah aku sampai berbulan – bulan. Aku sorang je anak mak yang duduk jauh dari mak (negeri sebeIah, 5 jam perjalanan).

Jadi kalau mak datang rumah aku, memang dia akan duduk lama. Masa awal – awal aku berkahwin dan mak datang duduk dengan kami, suami aku agak susah nak sesuaikan diri. Suami aku ni sejenis s4kit mata kalau tengok menda bersepah – sepah.

Dia bukanlah pengemas, tapi dia tak suka sepah. Haa… acane tu. Kalau dia amik satu barang, dia akan simpan balik tempat asal. Nak suruh dia mengemas rumah ke apa, memang berat sikit. Tapi dia takkan sepahkan rumah. Gitu fiI0sopi hidupnya.

Memang terbalik sangat dengan per4ngai mak. Bila ada mak kat rumah kami, memang str3ss la dia. Mak suka makan buah, kalau mak kupas buah kat ruang tamu, kat situlah tinggal kulitnya siap dengan pis4u kupas kulit tu sekali.

Kalau buah tu jenis yang punya biji, merata – rata la biji tu jadinya. Bab cawan pon memang la dah merata – rata. Lepas tu pulak biasalahkan habit kebanyakan mak – mak sedunia, bila nak masak itu ini barang tak cukup kejap – kejap kena pergi kedai beli barang.

Kalau masa aku duduk dengan mak dulu – dulu memang kerja aku la yang asyik kena pergi kedai beli barang. Kadang – kadang sehari sampai berkali – kali. Asyik tak cukup barang je. Sabar ajelah. Ada suatu hari tu, mak suruh suami pergi beli minyak masak walaupun semalamnya baru je lepas beli barang dapur.

Suami balik dari beli tu dia bawak 2 botol minyak masak besar. Hahaha.. PerIi ke ape. Mak okey je tak terasa pon kot dan aku gelak – gelak je la tengok per4ngai laki aku tu depan mak. Tapi bila masuk bilik, memang ishtihar per4ng la dengan suami.

Bagi aku agak biadap untuk buat camtu. Kenapa layan mak macam tu, panjang tazkirah aku bagi kat dia. Tapi tak lama pon kitorang berg4duh, malam tu dah salam – salam semula la. Selalu kalau suami str3ss rumah bersepah, dia duduk je berkurung dalam bilik.

Dan aku pulak kena sentiasa aIert untuk pastikan keadaan selalu terkawal. Kena selalu kutip cawan, dan barang – barang yang mak sepahkan. Penat bila mak datang rumah aku?? Memang penat. Bukan senang nak jadi orang tengah nak kawal keadaan supaya suami dan mak baik – baik saja.

Tapi tu masa awal – awal dulu la. Sekarang suami dah aIah b1sa tegaI biasa. Adalah jugak beberapa kali kami berg4duh pasal mak, tapi takdala nak melarat – larat sampai terfikir nak bercerai berai ke ape. Siang g4duh, 2 jam kemudian okey dah.

Aku selalu nasihatkan suami, kita ni ada anak – anak. Dia suka ke kalau anak – anak layan dia macam mana dia layan mak. Biasanya kalau bagi ayat macam ni, tak lama lepas tu dia akan insaf. Haha. Bila aku dah ada anak lagi mencab4r.

Nak kena sentiasa aIert sebab takut mak sepahkan cawan ke, pis4u ke, mende – mende kecik ke, takut anak aku kutip dan main atau masukkan dalam mulut mende – mende yang bah4ya. Kalau anak – anak aku yang letak barang merata aku boleh la nak marah – marah.

Tapi kalau mak yang sepahkan, takkan nak marah – marah mak macam anak kecik kot. Bila kami balik rumah mak pulak, mak suka ajak kitorang jalan – jalan balik kampung dia (dekat negeri sebeIah). Bukan senang nak bawak orang tua berjalan.

Kejap – kejap kena berenti. Nak k3ncing la, nak b3rak la, haus la, lapar la, nak singgah beli buah tangan tepi jalan la. Sebijikla macam bawak anak – anak aku sekarang ni. Solat kena awal waktu, masuk waktu je kena berenti cari masjid atau mana – mana tempat solat.

Bab ni bagusla kan. Kalau takde mak, anak – anak ni suka Iagho kan. Suka nak tangguh – tangguh solat. Orang tua pulak biasanya hati sangat sensitif. Cepat terasa walaupun depan kita tak tunjuk. Pernah je mak mengadu pada aku mak terasa dengan sikap anak – anak yang lain.

Padahal hal tu cuma hal kecik je. Aku agak kalau mak terasa dengan aku, mesti mak cerita jugak kat adik beradik yang lain pulak. Kadang – kadang mak minta hantarkan ke sana ke sini pagi – pagi. Minta teman mak pergi fisi0 atau appointment hospitaI berjam – jam.

Minta teman dia beli barang – barang dapur. Walaupun suami aku seorang yang cerewet, tapi dia banyak ajar aku adab dengan mak. Aku kadang – kadang malas juga bila mak ajak ke mana – mana. Lebih – lebih kalau ajak teman pergi kenduri kawan – kawan mak.

Kadang – kadang kalau mak ajak beli barang dapur, aku cuma hantar depan kedai dan tunggu dalam kereta. Kalau nak beli barang – barang berat je baru aku turun sekali tolong angkat barang. Tapi suami aku tak pernah menolak apa – apa permintaan mak.

Kalau mak suruh bangun awal nak pergi mana – mana, memang dia turutkan aje. Walaupun penat drive baru sampai dari jauh pon tak hilang lagi. Dia yang akan pimpin tangan mak bila mak nak lintas jalan atau keluar dari kereta. Dia yang akan buka dan tutupkan pintu kereta untuk mak.

Dia akan marah kalau aku biar mak turun gi beli barang sorang – sorang. Walaupun yang dia layan tu mak aku, bukannya aku, tapi aku yang rasa sweet dan r0mantik sangat. Lepas adik yang dah kahwin, giliran adik pulak yang tinggal serumah dengan mak.

Abang dan Kak Jun dah pindah ke rumah yang mereka beli sejak sekian lama. Suami adik pulak seorang yang jenis easy going. Dia layankan ajelah setiap permintaan mak. Bila mak dah sem4kin dimamah usia, mak dah tak masak pon.

Kalau mak nak makan apa – apa beli aje la kalau adik tak masak. Tiap kali adik balik rumah ada pegang apa – apa, dia mesti tanya beli apa tuuu.. Selalunya mak order je nak makan apa, pandai – pandai la adik cari. Dan mak cepat lapar.

Kalau dah lapar, tak boleh tunggu – tunggu kena usahakan la jugak cari apa – apa untuk alas perut. Kalau dulu mak terer masak, sekarang sesekali masak kadang – kadang tak jadi. Masin la, tawar la. Nak harap mak buat kerja rumah?

Penyapu pon mungkin dia dah tak kenal. Mesin basuh rasanya dah berkurun dia tak pernah guna. Bila adik balik kerja, kadang – kadang rumah bersepah dari ruang tamu sampai ke dapur. Kat ruang tamu, ada tudung dan beg – beg kelas mak.

Kat meja makan, penuh pis4u cawan dah guna. Kalau mak memasak, dapur bersepah sinki penuh dengan bekas – bekas, periuk belanga. Belum kira, minyak la garam gula yang tumpah sana sini. Tapi adik pergi je berehat dulu. Nanti dia rajin, baru dia kemas semua.

Kalau time tu aku ada kat rumah mak, aku la yang akan setelkan semua. Biasa kalau aku balik rumah mak, dalam penat – penat baru sampai tu aku akan kena kemas bilik untuk kami tidur dan cuci toilet. Kalau dapur dah macam teruk sangat, aku kemas la dulu mana – mana yang boleh.

Segan dengan suami sebenarnya. Tapi walaupun penat aku still happy je nak balik rumah mak. Kalau nak diikutkan mak bukannya tak larat mana pun, sebab mak aktif masuk kelas mengaji la, pegi berselawat la, solat berjemaah tu tak tinggal.

Kelas mak tu nak kena naik tangga pulak. Kalau pagi – pagi, memang mak takda kat rumah dah ke sana ke sini. Kadang – kadang pergi rombongan sampai ke negeri lain untuk dengar ceramah dengan kawan – kawan mak. Bizi mengalahkan aku pulak. Haha.

Kadang – kadang mak balik kelas terk3ncing dalam seluar berciciran tak sempat masuk tandas. Akulah yang kena cuci semua. Takkan nak harapkan orang tua tu yang kemas dan mop semua. Ye tak. Kisah hidup kami adik beradik dan mak ni aku saja – saja cerita je.

Bukan aku komplen dengan sikap mak yang sebegitu. Sebab terlalu banyak kebaikkan lain yang ada dalam diri mak. Mak penyayang, mak pemurah, mak lembut tutur bicara. Mak yang melahirkan dan membesarkan dan sediakan segala keperluan aku.

Aku syukur Allah jadikan aku anak mak. Bagi aku tak salah pun sebagai anak kita nak berbakti pada ibu ayah kita. Dulu entah macamana per4ngai aku masa kecik – kecik yang mak aku kena hadap. Per4ngai mak kita mungkin lebih kurang aje.

Dan bila aku dah jadi seorang ibu, sem4kin aku mengerti macamana besarnya peng0rbanan seorang ibu. Nak bawak anak dalam perut 9 bulan bukannya senang. Bila dah hujung – hujung kehamilan tu rasa nak cepat – cepat suruh baby keluar.

Tak selesa, tak boleh tidur, nak jalan mengah, s4kit ceIah keIangkang. Aihhh, macam – macam s4kitla ada. Time nak men3ran tu toksah cerita lah. Kadang – kadang aku fikir, s4kit beranak tu s4kitttt sangat – sangat tapi tak m4ti lagi.

Agaknya kalau s4kit sampai boleh m4ti tu macamana ek rasa s4kitnya tu. Takutnya m4ti nanti macamana la. Huhu. Belum cerita nak besarkan anak – anak lagi. Aku diuji dengan anak – anak aku sangat cIingy. Nak buang air pon kena bawak sekali masuk tandas.

Nak makan, nak solat susah. Kadang – kadang buang air pon separuh – separuh. Kena berenti dulu jap, nanti sambung lagi sebab anak dah meIalak macam apa kat luar toilet. Cita dan angan – angan aku kena letak tepi dulu. Aku teringin nak ke bersosiaI.

Nak masuk kelas apa – apa, at least aku tak terperuk kat rumah. Tapi demi anak – anak aku lupakan dulu hasrat aku. Kalau ada rezeki lebih, semua untuk anak, baju seluar kalau boleh nak beli yang cantik – cantik untuk anak. Segala keperluan anak – anak mesti nak lengkap.

Dalam sebulan, belanja untuk anak – anak melebihi belanja untuk diri sendiri. Kalau pergi makan kat kedai, kena fikir menu untuk anak dulu. Boleh share sekali nanti, kalau dibiar anak makan seorang tak abis membazir. Kalau anak teringin nak makan apa – apa, seboleh – boleh ingin nak tunaikan.

Duit dalam poket sikit takpe, janji anak – anak happy. Jadi aku rasa mak dulu pon macam tu masa anak – anak masih kecik. Kesian mak. Dahla besarkan anak – anak sorang – sorang. Tapi bila kita jadi anak, agak – agak sanggup ke kita nak berhabis duit ringgit dan berpenat leIah demi mak dan berk0rban untuk mak macam tu?

Nak bagi belanja bulan – bulan masih ramai yang berkira. Bukannya kita tak pernah dengar ada anak yang mewah serba serbi, tapi mak kat kampung hidup apa adanya. Beberapa minggu lepas mak aku pengsan buat pertama kali dalam hidupnya.

3 hari mak berada di wad tak sedarkan diri. Kami adik beradik bergilir – gilir jaga mak. Suami aku ambil cuti agak panjang untuk bawak aku balik jaga mak. Bila turn aku kena ke hospitaI jaga mak, suami akan jaga anak – anak di rumah.

Penat jaga orang s4kit ni lain macam sebab bercampur dengan pelbagai em0si sekali. Bila mak dah terIantar, bukan senang nak urus n4jis, nak bersihkan dan rapikan mak. Memang agak penat, balik rumah nak layan anak – anak lagi.

Walaupun aku berharap sangat – sangat mak akan bangun dan sihat seperti sediakala namun akhirnya Allah jemput mak untuk kembali kepadaNya. Tiap kali mengenangkan mak, hati ni terasa sebak (ni nak start mengalir airmata dah ni).

Bukannya tak redha, tapi rindu sangat. Aku rasa aku sanggup jadi h4mba mak sampai bila – bila, janji mak ada dengan kami. Bila mak dah takda, hilang sudah satu lubuk pahala untuk kami adik beradik. Hilang sudah seorang yang aku harapkan doa yang makbul asbab doa mustajab darinya.

Yang paling buat aku sebak bila aku selalu terfikir adakah aku pernah gembirakan hidupnya? Adakah aku pernah s4kitkan dan kecewakan hatinya? Adakah aku dah betul – betul manfaatkan semua peluang yang Allah beri sewaktu beliau masih hidup.

Aku dan adik beradik yang lain ada juga buat mak mer4dang dengan sikap kami. Masing – masing pernah je s4kitkan hati mak. Aku rindu, aku ingin dengar beliau sebut yang beliau redha akan aku, dan maafkan semua kesilapan aku padanya.

Walaupun itu semua hanya dalam mimpi. Aku bercerita bukan untuk bagitau cara kami adik beradik jaga mak adalah baik. Lagipun ujian kami kira sikit sangat sebab mak kami bukannya perIukan jagaan int3nsif dan kami tak perlu menanggung mak seratus peratus sebab mak ada pencen dia sendiri.

Apelah sangat dengan sikap mak aku tu. Masih ramai lagi anak – anak yang diduga lagi hebat dari kami. Masa aku jaga mak kat hospitaI haritu, anak pes4kit sebeIah katil mak aku sanggup berhenti kerja setiap kali mak dia s4kit dan dimasukkan ke ward walaupun sebelum tu dia pernah berkerja di syarik4t glc.

Sepanjang dia jaga mak dia, aku tak pernah nampak dia duduk rehat – rehat tengok henpon ke. Sepanjang masa dia tatap, dia rapikan mak dia. Walaupun mak dia dah terIantar tak sedarkan diri dah 18 hari masa tu, dia tetap menangis setiap kali menjaga maknya. Hebatnya dia.

Namun begitu, ada juga seorang pes4kit tua yang sentiasa menangis malam – malam. Bila aku risik – risik pada nurse, nurse cakap anaknya jarang datang tengok dia. Mungkin dia menangis sebab rindukan anak – anaknya. Aku berharap jika pembaca masih punya ibu ayah, fokuslah pada kebaikkan dalam diri ibu ayah dan berusaha untuk menjaga mereka.

Tingkatkan level cinta kita pada ibu ayah walaupun seburuk mana pon sikap dan keadaan mereka. Mereka itu juga ujian buat kita. Mereka bukan malaik4t mampu jadi baik sepanjang masa. Kita juga begitu, cuma kadang – kadang kita tak sedar.

Aku tau ada je ibu ayah yang sikapnya terlalu teruk. Tapi cubalah berusaha sebaik mungkin untuk kita menyantuni mereka selagi perintah mereka tak Ianggar syarak, tak membah4yakan diri dan beri impak negatif pada kesihatan mentaI kita.

Sikap buruk mereka biar Allah yang hitung. Setidaknya kita jalankanlah tugas kita sebagai anak sebaik yang mungkin. Bagi yang sedang diuji dengan ibu ayah yang sedang s4kit, aku doakan semoga Allah beri ketabahan dalam hati kalian semua anak – anak yang hebat.

Aku tau semua tu sangat susah untuk dit3mpuhi tapi syurga Allah tu memang mahal harganya. Semoga syurgalah tempat anak – anak yang berusaha berbakti untuk kedua ibu ayah. Aku rasa andai pahala jaga ibu ayah tu dapat dilihat seperti emas, mungkin baru anak – anak berebut – berebut nak jaga ibu ayah mereka.

Termasuk aku la tu. Huhu. Kadang – kadang kita tak sedar, peluang Allah bagi untuk kumpul pahala tu cuma di depan mata, tapi masa kita kat dunia ni tak hingin pun kita ambil peduli. Aku cakap ni untuk diri sendiri juga sebenarnya walaupun semuanya sudah terlambat.

Bila mak dah takda baru rasa nak sesal sebab dulu tipulah kalau aku langsung tak pernah merungut. Cuma bukan depan mak. Bila mak dah takda menyesal pon dah tak guna. Taktau banyak mana je yang sempat aku gembirakan mak.

Sekarang aku hanya mampu sedekahkan jika ada sedikit sebanyak pahala yang aku buat untuk mak. Akhir kata, marilah kita sedekahkan Alfatihah untuk arw4h kedua ibu bapa kita yang telah pergi. Semoga kita sem4kin bersemangat untuk berbakti pada kedua ibu ayah kita tanpa mengira wang ringgit dan penat lelah. Semuanya Allah akan kira nanti. Aamiin. – Daisy (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Minami Moon : Benda ni jadi positif sebab ada adik beradik yang KERJASAMA. Maksudnya tt tak terbeban buat sorang – sorang. Adik beradik faham dan tolong menolong, untunglah kalau dapat beradik yang jenis buat tak tau, letak semua tanggungjawab kat kau sorang. Benda ni boleh jadi masalah besar, jadi str3ss.

Zaujah Azmi : Baca perkongsian dari puan, rasa kasih yang mendalam untuk mak. Kasih seorang mak tak boleh dibeli dengan wang ringgit. Walau siapa pun mak kita, itulah hadiah terbaik yang Allah kirimkan untuk kita.

Selagi ada buatlah yang terbaik, agar tak menyesal kemudian hari. Mak – mak kita ni memang ada sifatnya yang tersendiri, yang kadang buat kita rasa nak berkecil hati. Kadang rasa macam dia tak sayang kita pun ada.

Tapi hakik4tnya dia bek0rban segalanya untuk kita. Dari dalam kandungan sampailah ke nafas dia yang terakhir. Rindu mak, sebak la pulak time menaip ni. Allahu, moga mak mak kita semua sentiasa di bawah lembayung rahmat Allah, aminn

Nor Jihah Abd Aziz : Subhanallah. Hebat anda dan adik beradik jaga emak. Bagus ada kemuafakatan dalam jaga emak. Betul, ambil peluang jaga emak, rasa keperitan, pahit, manis jaga mak. Bagi yang tak pernah jaga mak, ia tak mudah.

Ditegur dia menangis, dimarah nanti dia merajuk. Kalau tak ikut kehendak hati dah dia m0gok. Mengadu sana sini. Melihat mak menangis, aduh rvntuh jantung. D0sa ke aku menegur mak yang dah tua?

Ya Allah, niat nak pahala, apakah yang sebaliknya aku dapat? Menjaga anak, boleh marah boleh dicub1t tapi kalau menjaga ibu memang selalu kena istighfar, zikir dan mohon maaf dan ampun..

Mohamad Akmal Abdul Rahman : Salam sis, kes kita hampir serupa. Abah meningg4I masa saya dalam kandungan 9 bulan. Saya mempunyai 3 orang kakak. Zaman mak kerja memang kami terdidik untuk buat – buat kerja rumah dan memasak.

Mak kerja kilang jek, jadi kami berjimat bawa bekal. Kakak akan sediakan bekal mak dan adik – adik sebelum mak pergi kerja. Kakak – kakak juga didik basuh kasut dan baju sekolah sendiri seawal darjah satu.

Walaupun selalu kena kutuk dengan cikgu baju serupa tak basuh. Tapi saya bangga dengan diri sendiri. Tabiat bawa bekal sampai sekarang saya amalkan, dah terbiasa kot. Sekarang, kakak – kakak dah kawin, masing – masing ikut suami.

Saya pula kerja jauh dari mak.. Saya beli rumah di sini niat nak ajak mak duduk sekali sini tapi dia tak nak, tak biasa duduk bandar katanya. Doakan saya dapat kerja dekat area kampung atau lembutkan hati mak duduk dengan saya ye.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?