Kami layan abg ipar macam raja. Sebelum dia pergi kerja mak hidangkan makanan, balik kerja mak hidangkan kopi

4 tahun saya dan mak jaga anak saud4ra, satu sen upah pun abang ipar tak bagi. Itu belum bab makanan, dia beli untuk dia je, baju anak dia pun saya belikan. Saya pelik kenapa mak layan abang ipar baik sedangkan..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua dan min mohon hide profile. Tulisan ni panjang mohon baca sampai habis, terima kasih. Saya dan family ni dah lama terasa hati dengan per4ngai abang ipar. Selama kakak belum berkahwin memang dia yang bawak mak ayah ke sana sini sebab dia ada kereta sendiri.

Masa dia beli kereta pun ada la dalam 10k ayah bagi dengan harapan dia bolehh tumpang sama naik kereta tu. Apa – apa pun memang dia yang uruskan urusan untuk mak ayah tapi bila dia dah berkahwin kami sekeluarga faham dengan keadaan dia dan saya yang ambik alih tugas dia bawak mak ayah sana sini dengan pinjam kereta dia.

Masa baru – baru kahwin dulu kakak memang dah cakap dengan suami kalau mak ayah perIukan dia tolong izinkan dia dan suami dia pun ok je cuma kena bagitau semua la contoh bawak pergi mana buat apa semua kena bagitau dia secara detail.

Mula – mula dia ok tapi lama – lama saya perasan bila mak ayah ajak kakak ke sana sini atas urusan penting dia macam mengelak. Dia kata pergi la dengan saya, dia sibuk. Masa tu mak ayah ajak dia pergi melawat ayah sed4ra kami s4kit.

Perjalanan ambik masa 2 jam kena lalu tol, saya takde kad tng, kakak je ada kami ajak la dia. Lagipun saya tak berani memandu di kawasan bandar sesak. Kakak mintak izin suami dia kata ok, suami dia bekerja tak dapat ikut la.

Kebetulan hari tu hujan lebat dan kena tunggu kakak balik kerja dulu. Kami sampai rumah pakcik pun dalam pukuI 7 petang. Tengah hujan lebat tak sempat masuk lagi dalam rumah, suami dia call tanya dah balik ke belum?

Kenapa tak balik lagi? Saya nampak mata kakak merah, tak tau lah suami dia cakap apa. Saya pun tak tanya lebih – lebih. Ada satu hari tu sepupu kami call, dia nak bagi buah – buahan dekat mak kebetulan kakak ada mak ajak la dia.

Suami dia kerja lepastu kakak tanya saya dia tak bagitau suami dia takpe kot sebab nak pergi sekejap je, saya cakap ikut suka la. Jarak perjalanan tu dalam 30 minit. Kami pergi tu takkan la nak ambik buah semata – mata, takde sembang tanya khabar sebab tu je la sepupu yang kami rapat.

Duduklah sembang – sembang, sekali suami dia call tanya pergi mana? Saya tak dengar lebih – lebih tak nak jadi penyibuk. Lepas cakap dengan suami dia, kakak ajak balik serta merta dia cakap suami dia marah keluar tak bagitau dia.

Mak saya malu dah sebab jadi depan sepupu kami kan. Sepupu pun marah jugak la, takkan nak mai rumah dia tak boleh. Tak lama dari kerjadian tu mak sed4ra yang sorang lagi pulak call ayah cakap tok sed4ra s4kit tenat, ayah nak pergi melawat ajak la kakak lepastu dengar suami dia cakap dekat kakak, “amboi tak nak ajak dia sama ke? Orang tu dah nak m4ti tak ajak dia lagi.”

Amboi mulut yang mak dia nak pergi mana – mana kakak saya yang bawak sebab suami dia takde lesen kereta. Nak bawak mak dia boleh tapi kakak nak bawak mak sendiri tak bolehh. Cuba dengan keluarga dia, adik beradik dia, bagi izin je kakak pergi.

Sekarang ni kakak nak keluar dengan kami kena rahsia – rahsia. Saya ni dah la takde kawan dari dulu ke mana pun dengan dia, dia pun dengan saya. Dah la makan minum abang ipar tu pun, mak saya yang masak. Kakak kerja kalau dia ada takpelah dia yang masak untuk suami dia.

Kalau suami dia nak makan makann yang moden, saya yang tolong masakkan sebab kakak tak reti. Cuba bayangkan dia balik kerja mak hidangkan kopi, dia nak pergi kerja kami tolong hidangkan makan tengah hari siap dengan kopi sekali.

Saya pernah tanya mak saya kenapa layan menantu baik sangat sedangkan menantu bertegur sapa pun tidak. Mak cakap takpelah dah dia duduk di sini dengan kita, kita layan la sebaiknya. Suami kakak tu bersembang dengan mak pun tidak kecuali hal yang penting, dengan kami adik beradik lain jauh sekali.

Bila kami bersembang gelak – gelak, dia cakap kami palau dia tak layan dia. Kami bersembang depan dia kot. Bab makan pulak, dia beli untuk anak bini dia je tu pun jarang sekali. Makan tu pulak tak pelawa kami langsung sedangkan kami buat apa – apa pelawa dia makan.

Saya ni pulak jenis suka buat kuih muih, pelawa je dia makan sekali. Memanglah dia beli sayur, ikan tapi cukup – cukup untuk dia makan sorang. Bab anak dia, saya yang mengasuh anak dia dari baby sampai sekarang dah 4 tahun.

Tak pernah pun bagi duit upah bukan nak berkira tapi apa salah kalau beli la apa – apa untuk menghargai saya dan mak jaga anak dia. Selama ni kakak bayar upah, tu pun sebab ayah sebut takkan tak hulur sikit sebab saya jaga semua makan pakai.

Baju anak dia pun saya yang beli bila kakak mintak duit suami, suami dia buat tak tau. Kakak beli guna duit dia sendiri beli makan minum untuk anak. Pampers dengan susu kakak yang beli. Duit nafkah kakak bagitau kena minta tu pun RM20 je bagi.

Mana tanggungjawab dia? Yang dia tau beli coklat keropok air botol yang masam – masam sampai anak hari – hari s4kit perut. Itu belum bab anak dia s4kit. Selama anak dia demam langsung tak peduli setakat beli ubat dekat farmasi. Anak merengek demam, s4kit perut tak peduli langsung.

Saya dengan mak yang jaga siang malam. Dia ada la balik jenguk sekejap lepastu tinggal anak dia sebab kejar duit 100k hasil jualan tanah mak dia. Konon nak sign surat penting. Mana ada orang sign tengah malam, bolehh je pergi esok pagi.

Dia tak balik rumah, tidur rumah mak dia demi 100k. Ayah jenis apa macam tu. Lepastu bila anak dia manja dengan saya, boleh dia cakap saya tak hormat hak dia sebagai ayah. Bila dia ada saya memang kurangkan bermain dengan anak dia tapi anak dia duk cari saya.

Yela dah saya jaga dari kecik kot. Lagi pulak kalau dia ada pun, dia biar anak dia main sorang. Dia layan tiktok dari pagi sampai dia pergi kerja. Hurmm.. Banyak lagi saya nak tulis tapi tak cukup ruang. Tolong beri nasihat yang berguna. Terima kasih

Komen W4rganet :

Siti Abdullah : Manusia berubah. Mungkin sebab keluarga awak banyak berg4ntung pada dia tu yang buat dia rasa diperIukan, rasa sombong? Lagipun bila dah kahwin suruh la diorang berdikari. Keluar tinggal rumah sendiri atau menyewa.

Bila tinggal bersama nampak la buruk kau buruk aku. Serba tak kena sana sini. Ataupun mungkin sebab dia penat layan karenah korang sekeluarga yang banyak mengatur nak pergi sana sini macam dia tu menantu bolehh diharap, jadi untuk mengelakkan benda tu berterusan jadi dia keluarkanlah rupa sebenar dia yang dia simpan selama ni.

Korang akan takut nak minta tolong dia dah. Kesimpulannya tak payah berharap pada manusia, nanti kecewa. Dan suruh diorang keluar menyewa tempat lain. Lepas tu layan macam dia layan korang.

Nur Aiman : Kenapa tinggal sebumbung? Keluarlah walaupun menyewa. Dah camni nampak yang buruk kat lelaki je. Maybe ada sebab tu kenapa dia jadi gitu. Orang luar tetaplah orang luar. Ada masa dia akan berkira atau akan letih asyaik tolong kita walaupun deposit kereta tu guna duit mak ayah awak. Kena berbincang balik tu.

Dia jadi nampak abang ipar je yang salah sebab dia masuk dalam keluarga tu, bukan asal dari keluarga tu. Of course akan nampak yang buruk. Tapi kalau bab – bab nafkah, ha tu aku tak tau lah nak cakap apa. Family awak ni pun macam busy body melalui penulisan awak lah. Entah ler. Rasanya nasihat dari aku kau halau jelah kakak ngan abang ipar tu duduk tempat lain. Haha.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.