Kami masih kecil lagi, sikap baran ayah datang bila ibu menjawab. Depan anak-anak, ayah baIing periuk nasi dan pinggan

Aku tertanya – tanya, kenapa ibu sanggup bertahan dengan ayah selama 30 tahun. Adik – adik aku pernah cakap, kalau ibu dan ayah cerai, mereka akan setia dengan ibu. Tapi perkataan cerai tak pernah keluar dari mulut ibu.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan hai pembaca. Aku Ina (bukan nama sebenar ya). Aku seorang penjawat awam berumur 30 tahun sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Kisah aku lebih kepada sikap baran ayah aku.

Ayah dan ibu aku kedua – duanya penjawat awam bezanya ibu mungkin lebih sibuk dari ayah. Ayah aku akan berpencen awal tahun depan. Tapi sikapnya yang baran dan pentingkan diri sendiri buat aku tertanya – tanya.

Mengapa ibu sanggup bertahan dengan ayah selama 30 tahun. Akan ada beberapa peristiwa yang bakal aku coretkan di sini harap pembaca memahami dan beri pendapat ya.

Peristiwa satu. Ini kisah aku dengan ayah aku sendiri. Waktu ini aku belum berkahwin. Aku bekerja jauh dari rumah ketika ini. Jadi ada waktu lapang ayah aku akan video call. Satu harini aku sedang makan dan ayah aku video call.

Aku sudah selesai makan jadi aku bangun basuh pinggan tak bawalah handphone tu. Suara aku tinggikan sikit sebab sinki dan meja aku letak handphone tu jauh. Eh dia marah – marah aku kata aku ni jerit kat dia. Aku minta maaf tapi dia taknak terima.

Aku dahlah str3ss dengan kerja dengan boss. Aku panic att4ck tak boleh bernyawa rasanya. Aku off telefon. Ayah aku mesej kata aku ni nak jadi anak derh4ka ke letak telefon macam tu. Aku block sampai dekat seminggu baru ayah aku tenang balik.

Tapi serius hati aku mudah rapuh selepas kejadian ni. Berat aku turun mend4dak. Mudah menangis dan kesannya sampai harini akan ada episod em0si aku tak stabil. Alhamdulillah suami aku penyabar dan sangat baik. Namun, suicidaI thoughts tetap ada. Masa aku pantang aku mer0yan jugak mungkin kesan daripada apa yang jadi kepada aku.

Peristiwa 2. Ini kisah ayah dengan ibu aku. Ibu kalau ayah naik d4rah memang dia akan diam selalunya. Sebab kalau dia pert4hankan dirinya ayah aku akan marah sangat – sangat dan mula baling – baling barang dalam rumah.

Ada satu harini umur aku dalam darjah 5 macam tu. Aku tak ingat apa puncanya. Ibu aku agak sarkastik ketika itu. Mungkin silap ibu aku. Dia cuma kata amboi cantiknya per4ngai. Ayah aku mungkin terasa. Tapi tindakannya terlalu agresif.

Dia baIing periuk nasi dengan pinggan atas lantai depan anak – anak ni. Kami semua kecil – kecil lagi. Aku anak sulung. Adik aku ada yang baru 5 tahun masa tu. Banyak kali dah ayah aku buat macam ni. Tapi yang tu paling aku ingat.

Ada ketika mak aku tak masak malam sebab letih atau s4kit atau memang tak ada lauk untuk dimasak. Dia akan meng4muk macam malam ni remote tv yang dibaIingnya. Anak aku yang tertidur terus terjaga. Terk3jut mungkin.

Dia rasa dia yang terpaling betul dalam semua hal. Politik ke pendidikan semua dia yang betul kalau ibu membetulkannya akan dijerkah ibu aku. Padahal kerja ayah banyak ibu yang buatkan. Dulu sebelum ada online banking. Kad bank ibu, ayah aku yang pegang.

Jadi ibu punya duit ayah yang control. Sekarang alhamdulillah ibu aku celik it dia dah dapat betul – betul rasa guna duit sendiri. Tu belum kira hutang yang ayah senyap – senyap buat tanpa pengetahuan ibu alih – alih dalam slip ada p0tongan. Nak tanya lebih kena marah pulak. Ayah juga hampir disond0l rakan sekerja tapi tak jadi dan pernah ayah aku terpanggil ibu dengan nama panggiIan peny0ndol tu. Tapi ni kisah lama aku darjah 2 ke 3 masa ni.

Peristiwa 3. Kisah adik – adik aku dengan ayah. Ayah aku kalau marah memang dahsyat tambah masa dia muda dulu. Aku pernah kena kurung dalam jamban kena tinggal tepi jalan. Kena r0tan lempang tu biasa lah. Dah m4kin tua kurang dah pukuI – pukuI ni.

Tapi em0si adik – adik aku ke laut ya. Aku nampak benda ni tapi aku taktau nak buat apa sebab aku sendiri pun ada tr4uma yang sukar aku lupakan. Setiap kali ayah aku kena hantar adik aku ke tempat mereka belajar (alhamdulillah adik – adik aku semua belajar tempat elok) mesti ada cerita sedih berkait dengan ayah aku.

Sikapnya yang kurang sabar banyak kali sudah hampir mer4gut nyawa kami anak beranak. Ya dia suka memandu laju. Zaman moden ni kita banyak guna google map / waze. Kadang – kadang kalau bawak laju mesti terlepas simpang kan.

Ya benda ini pun buat ayah meng4muk dan salahkan adik – adik aku belajar jauh ni menyusahkan aku ja. Ayat ni pedih ya, adik – adik aku pernah luah kat aku kalau ibu dan ayah cerai mereka akan setia dengan ibu. Tapi perkataan cerai tidak pernah keluar dari mulut ibu.

Adik bongsu aku pernah kena pukuI teruk sampai dia jerit, “ha pukuI lagi aku sampai aku m4ti.” Ibu aku yang halang kalau tak mungkin arw4h dah adik aku.

Peristiwa 4. Sikap kurang sabar ayah sangat bah4ya. Kampung ayah aku terletak di pantai timur kami tinggal di utara. Hari itu kami dalam perjalanan pulang ke utara. Alhamdulillah Allah lindungi kami sekeluarga. Ayah bawa terlalu laju mem0tong semua kend3raan sehingga kami tiba di satu selekoh mungkin licin dan jalan ini berdekatan dengan cerun. Allahu.

Kereta hilang kawalan kereta kami naiki berpusing. Kereta hadapan kami dah tekan hon mungkin fikir ayah aku microsleep ke apa tapi tak memang dia bawa laju sampai hilang kawalan. Tapi tidak insaf ya ayah aku masih bawa laju walaupun jalan kampung.

Sebenarnya terlalu banyak kisah sedih dalak keluarga aku. Yang orang luar nampak keluarga kami bahagia. Cukup ilmu agama cukup makan pakai tapi em0si ahli keluarga aku tak stabil ya. Aku sedar dalam family aku adik – adik pandai menyembunyikan kisah keluarga kami. Kami tak buka cerita.

Tapi yang dekat – dekat seperti nenek dan datuk belah ibu yang tinggal berdekatan kami mungkin tahu serba sedikit. Tapi mereka pun tidak berani menegur sikap menantu mereka. Ayah aku pilihan ibu aku. Walaupun datuk menolak dulu. Mungkin dah jodoh.

Ayah aku bukanlah jahat sangat. Walaupun di sini aku cuma coretkan kisah buruk. Didikan ayah aku yang keras dan yang mementingkan keselesaan kami menjadikan kami orang yang berjaya. Namun kesihatan mentaI dan em0si kami ke laut.

Ayah aku banyak memudahkan urusan perkahwinan aku dengan suami. Dan dia juga tidak pernah meminta duit dari aku setelah aku bekerja. Banyak juga kebaikan ayah aku. Aku hargai tapi bila datang barannya aku jadi geram marah sedih.

Tambahan sekarang aku tinggal dengan mereka. Aku masih menunggu rumah aku siap dibina. Bulan depan inshallah doakan ya. Maaf kalau cerita aku terlalu panjang dan bercampur baur. Kisah selama 30 tahun ni sudah aku cuba ringkaskan sehabis baik. Terima kasih kerana sudi membaca. – Ina (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Mahfudz Mohamad Nor : Kepada mereka yang baran – baran ni, sentiasa ingatlah yang anda bukan orang paling besar, paling penting, paling bijak, paling betul. Esok – esok silap baran dengan orang yang lebih besar dari kau orang, itu jam biar hidup mengajar korang sendiri. Baca surah Al-Asr banyak-banyak sikit. Orang yang tidak sabar tergolong dalam golongan orang yang kerugian.

Yaya Qiestina : Sikap baran ni mungkin datang dari keluarga yang kurang kasih sayang. Mungkin ayah ni masa kecil kurang diberi perhatian, kurang dari banyak aspek. Jadi, bila dia besar, dia terbawa – bawa sikap tu sampai sukar dikawal.

Teladan untuk TT dan para pembaca. Apa yang tak elok, kita sama – sama elakkan. Kita dah dewasa dan dah berumah tangga, janganlah kita corak dengan corak yang sama. Kita dah nampak dan dah alami kesannya. Semoga Allah SWT murahkan rezeki kita, titipkan kesabaran dalam hati kita untuk besarkan anak – anak supaya mereka menjadi zuriat yang soleh dan solehah. Amin.

Nur Hairunniesha : Baran masa muda- muda ni. Masa anak – anak kecik best pukuI – pukuI sep4k ter4jang, nyumpah – nyumpah. Nanti tua hidup merempat pastu jaja anak -anak derh4ka. Yang kita tu tak jalankan amanah dengan baik tak diingat pula.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.