Tanah yang diratakan menenggelamkan separuh pintu hadapan rumah. Ibu waktu tu masih di rumah itu, tanpa simpati ibu diperlakukan sedemikian rupa. Makcik hanya datang setelah kami cepat – cepat nak kemas rumah. Sampai sekarang aku ingat soalan makcik..
#Foto sekadar hiasan. Hari ni rasa nak kongsi tentang kisah hidup keluarga aku. Sekiranya terpilih untuk disiarkan, admin tolong hidekan identiti aku ya!! Aku dibesarkan dalam br0ken family. Aku anak bongsu dari 3 orang adik beradik.
Ibu ayah bercerai dan dah duduk asing sejak aku baru beberapa bulan di dalam kandungan. Seusai aku lahir ke dunia jatuhlah talak ke atas mak, aku tak pernah tengok dan tau siapa tu “Ayah”. Seingat aku pertama kalinya aku jumpa ayah masa aku dah pun di sekolah menengah. Dibesarkan oleh Mak sepenuhnya, tak pernah pun aku rasa kurang kasih sayang.
Ayah sekalipun tak pernah melawat dan nafkah pulak hanya Mak yang menafkahi kami. Aku cuma ingat ayah kirimkan senaskah Al-Quran tiap seorang buat kami adik beradik. Kakak pertama (aku namakan Jenny) Al- Quran bewarna Merah, Kakak kedua (Aku namakan Lisa) Al- Quran berwarna Hijau dan aku (Aku namakan sebagai Jiso) Al-Quran bewarna Biru ketika aku berusia 9 tahun.
Selain dari tu tak pernah ada apapun ayah berikan dan sediakan. Bagi orang lain ‘Ayah’ mungkin Ayah terbaik, Ayah yang mengajarkan mereka segalanya, Ayah lelaki pertama dalam hidup setiap anak perempuan. Tapi buat aku Perkataan Ayah tu, cuma sekadar panggiIan yang aku sendiri tidak pasti makna sebenar.
Mungkin sebab itulah susah bagi aku nak percayakan yang namanya ‘Lelaki’. Ibu tak bersekolah, ibu juga tak tau membaca, sepanjang hidupnya, dia banyak berk0rban buat adik – adiknya. Menafkahi mereka juga sebahagian dari tanggungjawab mak.
Seusia 8 tahun mak dah bekerja dengan membantu Tokwan bekerja di kebun. Jadi boleh bayangkanlah pekerjaan apa lah sangat yang boleh mak lakukan selain pekerjaan kampung yang pendapatannya kadang – kadang ada dan kadang – kadang tiada.
Aku ingat lagi selesai Kakak Lisa SPM, Kakak Lisa ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran. Waktu tu kami tau Mak tak mampu nak biayai segala kos untuk Kakak Lisa menyambung pelajaran. Jadi aku dan Kakak Lisa pergi menemui Ayah, besar harapan kami untuk ayah membantu.
Tapi respond ayah “Tak ada duit” “Tak payah mengaji la, perempuan esok esok duduk di dapur juga”. Masih segar lagi macamana aku dan Kakak Lisa bertekak dengan Ayah waktu tu. Kakak Lisa mengalah dan k0rbankan peluang untuk dia lanjutkan pelajaran.
Kakak Jenny pulak Lepas SPM teruskan STPM dan selesai STPM Kakak Jenny juga k0rbankan masa depan dia, sebab taknak susahkan Mak. Dan Aku satu – satunya yang berpeluang melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat Ijazah.
Sekarang Kakak Jenny dan kakak Lisa penjawat awam, gred tak tinggi pun tapi Alhamdulillah rezeki Allah kedua kakak aku. Dan aku bekerja sebagai executive di private sector. Ayah pulak dah meninggaI lebih sedekad yang lalu.
Kalaulah Ayah masih ada, Adakah ayah akan menyesali segala apa yang telah dia lakukan pada kami. Kehidupan tanpa Ayah sebenarnya sangat memberi kesan pada kehidupan kami. Bagaimana ibu dipandang h1na hanya sebab berstatus Janda.
Kasih sayang tak pernah ada dari seorang lelaki bergelar suami. Tapi Alhamdulillah kasih sayang Ibu tak pernah kurang sedikit pun untuk kami anak – anak. Ibu tak pernah lelah berusaha untuk memenuhi segala keperluan kami.
Tapi sekuat mana pun ibu berusaha yang namanya Ibu tunggal senantiasa dipandang serong orang lain. Pelbagai tomahan, fitnah yang mak harungi tapi mak tetap kuat besarkan kami. Dulu dan sekarang jauh bezanya.
Masyarakat sekarang lebih terbuka menerima yang namanya “Janda” tapi dulu pandangan serong masyarakat sangat menakutkan. Mak pernah dipulau. Segala sesuatu yang terjadi dahulunya masih kemas tersemat di ingatan kami.
Sebelum kami adik beradik mampu tegak berdiri, ramai yang menjauh, mungkin takut kami menagih simpati barangkali. Mak sangat sayangkan adik – adiknya. Sepanjang proses aku membesar. Setiap kali tibanya cuti sekolah seorang adik mak aku ni akan datang ke rumah dan meminta aku mengikuti dia ke rumah nak mintak bantu tengokkan anak – anaknya dengan alasan suaminya ada urusan di luar (Padahal suaminya penganggur).
Mak yang terlalu sayangkan adiknya pun meminta aku untuk bantu ibu saud4ra aku. Dan aku yang dididik untuk tidak boleh berkata “NO” kepada orang yang lebih tua pun terp4ksa menurut. Permulaannya yang pergi dengan rela lama kelamaan menjadi bekas di dalam hati.
Yang janjinya cuma 2 – 3 hari berpanjangan sehingga habis cuti sekolah dan bermulalah episod aku terp4ksa menjadi pembantu rumah “gratis” di rumah mereka. Trend berulang sehingga aku naik ke tingakatan 4 dan waktu ini barulah aku berani bersuara dan mengatakan tidak kepada ibu saud4ra aku. Dan pada akhirnya mereka pulang tanpa aku pada kali itu.
Aku juga masih ingat pada waktu aku di darjah 6, mak menghubungi adiknya untuk meminjam wang RM50 (adik yang sama menggunakan aku sebagai pengasuh gratis) dan respond diterima ‘duit tak ada”. Masih segar bagaimana sedih dan terkilannya mak waktu tu.
Adik yang mak sayang dan tak pernah menolak untuk bantu mereka disaat mereka perIukan mak, menolak untuk membantu dikala mak dalam kesusahan. Kemudian mak mencuba nasib kepada adiknya yang lain masih juga alasan yang sama diberi. Dan aku tau itulah pertama dan terakhir kalinya Mak meminta bantuan dari orang lain.
Di usia aku 20 tahun, waktu tu aku melanjutkan pelajaran diploma, Kakak Jenny dan kakak Lisa pula bekerja di kedai 24 jam di Penang. Kakak Jenny dapat panggiIan dari jiran sekampung memaklumkan rumah yang kami diami hampir ditenggelami tanah (Rumah kami diami adalah Rumah Tokwan yang didirikan di atas tanah yang telah Tokwan berikan pada arw4h bapa saud4ra).
W4ris bapa saud4ra (Sepupu kepada kami) bersihkan kawasan sekeliling rumah dengan menebang semua pokok dan meratakan tanah tanpa maklum kepada ibu kami. Tanah yang diratakan menenggelamkan separuh pintu hadapan rumah.
Ibu waktu tu masih di rumah itu, tanpa simpati ibu diperlakukan sedemikian rupa. Tapi Allah Maha mengetahui. Allah bukakan hati dan fikiran kedua orang kakak untuk membeli rumah di satu tempat sebabnya kedua kakak dah fikir panjang risau kami sekeluarga tak ada tempat berteduh kerana rumah didiami ketika itu rumah pusaka Tokwan yang didirikan di atas tanah yang telah diberi kepada arw4h bapa saud4ra.
Kedua kakak Joint loan dan dengan simpanan yang mereka kumpulkan, dapatlah mereka membeli rumah second hand, kos rendah ja. Dan alhamdulillah seminggu sebelum kejadian rumah ditimbus tanah, Kunci rumah dah diterima.
Setelah kejadian kedua kakak dapatkan lori dan pindahkan mak ke situ. Ingat lagi kakak Lisa bagitau, masa kelam kabut masukkan barang di dalam lori. Adik mak (ibu saud4ra dan suaminya) ada datang dan cuma berkata “kenapa tak bagitau,” tidak boleh tolong angkut barang.
Langsung tak bertanya, “kau ok ke? atau nak bantu bawak, pindah ke mana?. ” Mereka berpura – pura macam prihatin. Tapi Alhamdulillah kami bersyukur dengan tiap sesuatu terjadi dan ujian yang Allah selitkan dalam hidup kami pasti ada hikmah di kemudian hari. Kami teruskan kehidupan.
Seusai habis diploma, aku teruskan pengajian ke peringkat ijazah dengan bantuan mak dan kedua kakak. Akhirnya aku berjaya tamatkan pelajaran. Berakhirnya semester terakhir aku giat cari kerja melalui semua platform yang ada.
Alhamdulillah belum pun sebulan aku ditawarkan bekerja sebagai Admin assistant di sebuah kilang secara kontrak. Sehinggalah setelah 8 tahun, aku kini memegang jawatan sebagai senior executive dia sebuah syarik4t swasta (US Company).
Bermula dari hari pertama kerja, aku dah tekad untuk kumpul duit dan bantu jadikan kehidupan kami sekeluarga lebih selesa. 4 Tahun pertama aku kumpul duit dan besarkna ruang tamu rumah kami, disebabkan bilangan ahli keluarga dah sem4kin bertambah untuk keselesaan apabila kedua kakak dan abang abang ipar serta anak – anak mereka pulang.
Dan tahun ke-6 aku bekerja akhirnya dapat merealisasikan impian mak untuk punya rumah sendiri di kampung. Dan Alhamdulillah genap setahun mak dapat rasa bagaimana punya rumah sendiri di usianya 66 tahun. Maaf mak, agak lambat dan hanya rumah kecil.
Rumah yang aku bina tidak besar, cuma rumah kecil yang kosnya hanya RM50k untuk menumpang teduh ketika kami pulang ke kampung. Tapi Alhamdulillah segala cita – citaku Allah permudahkan. Terima kasih Allah di atas rezeki dan kesempatan diberi untuk aku berbakti kepada ibuku.
Berkenaan w4ris arw4h bapa saud4ra tadi (Sepupu aku). Dah beberapa kali hubungi aku untuk meminjam wang. Dengan nota kami, “jangan bagitau orang lain ya”. Ada aku pinjamkan tapi kadangkala aku berdiam kerana aku seringkali teringatkan apa yang lelah mereka lakukan pada keluarga kami.
Dan ibu mereka (Kakak ipar ibu aku) masih bongkak, merasakan mereka terpaling suci. Pernah beberapa tahun lalu, kami terjumpa di rumah kenduri, dia dengan angkuhnya bertanya kepada ibu aku. Dah pergi umrah ka? Bila nak pergi? Dok mengaji dak? Mengaji la dah tua – tua ni!!
Malah kalau bertemu kami adik beradik pun tidak pernah dipandang sejak kecik, h1nanya kami di mata mereka. Dengan merasa tingginya darjat mereka sehingga merasakan h1nanya kami, tidak layak dipandang. Adik ibu aku yang dulunya menolak membantu meminjamkan ibu RM50 juga bekerja di sektor awam, kini sudah berjawatan besar tapi dikurniakan suami yang tidak bekerja sejak hari pertama mereka berkahwin. Duit tak pernah cukup.
Seringkali juga hubungi aku untuk meminjam wang tapi hanya beberapa kali aku bantu. Rupanya dia berhutang keliling pinggang dan dia akan pinjam pula dekat orang lain hanya untuk menutup hutang kepada pemiutang sebelumnya.
Yang pernah jatuhkan fitnah kepada mak dulunya meninggaI b4rah lidah (tidak diceritakan di atas). Apabila pandang dari sudut berbeza dengan apa yang terjadi kepada mereka – mereka ini mungkin ujian buat mereka. Tapi bagi aku ini adalah Kifarah yang Allah berikan di atas kesombongan dan keangkuhan mereka.
Kini Alhamdulillah keluarga kami Bahagia. Rezeki Allah tak pernah putus. Kedua Kakak dah pun bekeluarga, Tinggal aku masih setia menemani mak. SEMOGA SETIAP SETIAP JIH4DKU, SETIAP USAHAKU DAN SETIAP REZEKIKU DIBERKATI dan boleh terus berbakti kepada mak sehingga ke akhir Nafasku dan terima kasih Allah untuk ujianmu.
Perjalanan hidup kami tak mudah tapi Allah kuatkan semangat kami untuk terus bertahan dan berusaha. Kami tidaklah kaya tapi Alhamdulillah sudah mampu hidup dan berdiri di atas kaki sendiri tanpa perlu menagih simpati pada orang lain.
Semoga kasih sayang kami adik beradik terus kekal dan pengalaman hidup terus menguatkan kasih sayang antara kami. Amin ya rab!! – Jiso (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Mohd Zuhairi Noordin : Lebih kurang cerita hidup saya bezanya mak ayah saya tidak bercerai cuma miskin sejak kecil. Emak selalu dih1na macam – macam oleh adik – adik ayah teruk sangat kena buIi. Kena m4ki dan macam – maacam bila saya dah besar.
Adik ayah yang m4ki hamun saya kecik – kecik dulu pinjam kreta baru stiap minggu. Pinjam duit dan macam – macam ambil kesempatan sedangkan waktu kecil dulu kami tempat mereka m4ki hamun.
Marcella Edora : Jiso awak manusia baik. Masih hulur bantuan pada manusia – manusia yang merendahkan awak sekeluarga. Tapi ingat ya, buat baik berpada – pada. Orang – orang macam tu ada je jalannya nanti nak menyusahkan orang. Benci betul.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.