Kami miskin menumpang rumah mertua, satu hari ayah mertua halau kami. Suami nekad, gadai gelang saya, sewa rumah kondo mewah

Masa kena halau, suami terus berhenti kerja 24 jam. Suami minta gelang saya, dia gadai untuk sewa kondo mewah. Suami hanya ada SPM, dapat kerja kilang je. Tapi tetap nak duduk kondo mewah, nak tunjuk dekat orang yang dia mampu…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Saya sebenarnya menulis dalam keadaan runsing. Runsing macam mana nak buat suami saya faham tentang keadaan kehidupan ni. Alkisahnya macam ni. Saya dan suami mendirikan rumahtangga tak sampai setahun.

Saya anak yatim. Lepas kahwin saya ikut suami duduk rumah mak dia. Suami saya memang sangat baik. Cuma dia ada sikit baran ego dan tak nak mengalah. Suami saya enam beradik. Dalam rumah tu ada mak mertua, ayah mertua dan dua orang adik dia perempuan belum kahwin.

Yang lain dah kahwin duduk asing. Suami saya kerja kilang sebagai operator. Lepas kahwin saya tak kerja. Suami suruh duduk rumah ja.. Teman mak dia. Family diorang ni ada bisnes kecil – kecilan. So saya akan bantu bisnes tu la.

Awalnya semua ok ja. Satu hari suami g4duh apa tah dengan ayah dia. G4duh mulut mula bertukar jadi pert3ngkaran besar sampai tolak menolak. Akhirnya ayah dia halau dia keluar dari rumah. Suami pun ego kan, dia cakap dia pun tak kan jejak kaki lagi sini.

Dia kata dia mampu hidup sendirian. Saya terpinga – pinga masa tu. Tapi suami suruh kemas baju – baju ikut dia keluar. Saya dan mak dia pujuk – pujuk jugak la kan, tapi suami cakap, kalau taknak takpe. Duduk ja sini. Biar dia ja keluar.

Takkan la saya nak tingal suami pulak, saya ikut ja suami. Kami semua macam menangis. Tapi ayah dia cakap, kalau sapa nak ikut dia ikut ja. Ayah tak akan halang. Mak dia ada la pujuk – pujuk ayah dia, tapi ayah dia cakap macam ni. “Dalam rumah ni samada aku ada, atau dia ada. Tapi ni rumah aku.”

Saya sampai sekarang tak tahu apa punca mereka g4duh. Suami saya sampai sekarang tak nak buka topic tu. Kalau cakap pasal family dia ja, dia akan naik angin.. So saya akan diam ja la. Suami saya ada sebuah motor ja. Duit saving semua habis guna untuk majlis kahwin.

Dia cakap ayah dia 1 sen tak bagi duit untuk majlis. Hari tu kami tumpang duduk di rumah sepupu dia. Tapi sepupu dia cakap, sehari dua boleh la.. Kalau lama – lama susah la. Memang kami nak cari rumah. Saya ada satu gelang tangan padu.

Masa beli dulu pun 7k lebih. Suami mintak nak gadai dulu sebab nak cari rumah. Walaupun berat, saya terp4ksa bagi. Dah sama – sama susah kan. Oh ya, masa g4duh tu suami berhenti kerja 24 jam.. Kononnya tak nak duduk daerah tu lagi. Tak nak bersemuka dengan ahli keluarganya katanya.

Saya pujuk apa pun ibarat curah air ke daun keladi. Suami saya rasa apa yang dia buat ja betul. Kan sepupu dia cakap nak tinggal dua tiga hari boleh. So benda tu menjentik ego suami. Esoknya dia cakap dia dah dapat rumah.

Dia ajak saya keluar. Jauh sangat dari rumah mak dia. Ibarat dah sempadan negeri. Saya mula rasa pelik bila suami masuk dalam kawasan perumahan mewah. Rupanya suami sewa kondo mewah ala – ala homestay tu. Ada perabot lengkap.. Sesuai la untuk orang yang sehelai sepingan macam kami.

Bab security memang tip top la.. Kondo mewah kan.. Ada card, ada guard. Cumanya saya terkedu. Saya tanya abang kenapa cari rumah macam ni. Saya sampai tak berani tanya sewa berapa. Suami cakap kita nak duduk cepat, rumah ni ja available dan boleh masuk on the sport.

Dia cakap lagipun semua orang macam pandang rendah kat dia la apa la. Biar semua orang tahu kita duduk tempat mewah. Kononnya dia mampu duduk sini. Mampu hidup mewah. Saya tanya sewa berapa sebulan. Dia cakap 1800.

MasyAllah.. 1800? Emas padu saya gadai dapat 11 ribu. Dia bayar deposit rumah ni dekat 5ribu. Saya macam beng4ng la.. Kenapa macam ni sekali fikiran suami aku. Saya persoal pertikai banyak benda. Kita takde kerja, bulan – bulan seterusnya macam mana nak bayar sewa.

Dia dengan yakinnya jawab nanti kita akan dapat kerja la. Semalaman tu saya tak dapat tidur. Berdebar fikir masa depan. Mula dia cakap sementara nak dapat rumah lain kita sewa sini dulu la. Esoknya pagi – pagi kami dah keluar cari kerja.

Saya ada degree, suami spm ja. Suami macam nak kerja sama tempat dengan saya la. Sebab senang pergi balik kerja sekali. Tapi rata – rata pergi iv, saya ja orang ambik. Suami tak dapat kerja. Kalau saya nak grab, suami cakap nanti cari lagi.

Suami ajak cari kat kilang. Dah nak 3 minggu kami tak dapat kerja. Saya susah hati sangat – sangat. Fikir nak bayar sewa satu hal, fikir gelang tangan saya satu hal. Duit baki gadaian tu memang saya pegang. Kami cuba berjimat sebaik mungkin. Aircond semua tak pakai.

Lepas tu alhamdulilah, suami saya dapat kerja dekat satu kilang ni. Tapi saya pulak tak dapat. Nasib la suami dengar cakap saya untuk terima kerja tu. Gaji suami 1700. Ada satu company tu saya belum bagi jawapan. Mujur la rezeki saya, jawatan tu masih kosong.

Saya dapat kerja dalam pejabat. Gaji 2 ribu. Bila dah dapat kerja saya lega sikit. Cumanya perlu ke sewa mahal – mahal macam ni. Gaji saya dan dia lepas tolak semua, combine dapat dalam 3500. Tolak sewa 1800. Tingal 1700.

700 dia pergi bayar ke ar rahnu untuk tebus gelang saya. Baki 1k tu kami makan dan isi minyak motor. Memang la masih boleh simpan sikit sebab masih berdua. Nanti ke depan macam mana? Sedar tak sedar dah 7 bulan kami menyewa sini.

Suami macam takde hati nak keluar sini. Saya kata lebih baik cari rumah dalam 7 – 8 ratus ja. Simpan duit dan beli rumah sendiri. Suami macam tak nak.. Dia cakap ok apa duduk sini. Best. Lepas tu kita ok ja, boleh makan boleh hidup. Boleh menyimpan lagi dia kata.

Siap kata nanti lepas dah tebus emas saya, dia nak beli kereta pulak. Baru la orang nampak dia ada kemajuan hidup katanya. Eh hello, setakat nak tunjuk kat orang buat apa.. Sekarang ni dia macam bangga ja tau tak. Kononnya family dia akan nampak la dia tak hidup merempat macam kata bapak dia.

Selalu dok ulang – ulang tu ja. Memang dia nampak bahagia ja duduk sini. Cuti ja kat swimming pool. By the way, mak mertua selalu ja berhubung dengan saya. Ajak kami balik. Tapi suami tak nak. Semalam saya bagitau dia, saya ada cari rumah sewa lain.Habis kontrak ni kita pindah sana la.

Dia kata dia tak nak. Saya kata nanti tuan rumah naik sewa macam mana. Sekarang pun jenuh nak combine gaji bayar sewa. Dia kata takkan naik. Kononnya tuan rumah tu baik. Orang melayu. Saya kata, “abang sekarang kita berdua memang tak terasa.. Nanti kalau ada anak macam mana. Susu pampers, nak hantar pengasuh.. Kalau saya berhenti kerja, mana mungkin lepas bayar sewa. Sekarang pun saya kena topap.”

Dia cakap, kalau macam tu tak payah ada anak la.. Tak payah main.. Pakai k0ndom. Ya Allah geramnyaaa. Saya kata, ukur baju di badan sendiri. Dah saya str3ss, saya kata kat dia ok tak pe la. Awak duduk ja la sini.. Saya nak keluar. Tengok awak mampu urus ke tak.

Suami saya diam. Saya tahu dia dah terasa hati. Bukan niat saya nak Iukakan dia tapi saya nak dia sedar, ni bukan life kita. Dia hanya masuk bilik tak cakap apa – apa. Saya pulak jadi str3ss. Tapi dia hantar mesej kat saya. Mintak maaf kalau rasa menyusahkan.

Dia kata, dia ingat konon saya nak susah sama dengan dia. Berjaya sama – sama dengan dia. Tapi rupanya saya pun sama ja macam orang – orang lain. Dia kata lagi, dia sangka saya sayang dia selama ni, rupanya baru dia sedar saya tak sayang dia pun rupanya.

Tengok macam mana dia salah faham. Saya tegur sebab saya sayang. Dia kata, tau tak sejak duduk kondo ni la orang macam pandang tinggi kat dia. Konon dia mampu bagi isteri keselesaan. Sekarang kalau pindah duduk rumah murah, lagi orang akan mengh1na dia. Konon tak mampu bayar sewa la apa la.

Ada lagi la ayat – ayat dia. Tapi pendek kata, dia tetap tak nak pindah. Pagi hantar kerja pun dia diam ja. Tak bercakap apa. Saya pun keraskan hati jugak. Malam ajak makan, dia kata takpe la. Dia sedar dia makan duit saya.. Dia tak nak makan dah. Nanti orang mengata macam – macam dia kata.

Ya Allah str3ssnya. Perjalanan hidup ni bukan setahun dua. Kalau hidup sebab nak orang cakap baik – baik, ya Allah tolong la. Tak akan ada kebahagian. Macam mana la nak buat dia faham ya. Sekarang dia nak buat food panda. Kononnya dia cari duit untuk makan dia sendiri la.

Saya tak nak la keadaan macam ni lama – lama. Kami dah berbaik pun, dia masih berkeras tetap nak duduk sini sampai dia dah tak mampu menyewa dah. Dia siap cakap, satu ni ja dia mintak. Dia mintak saya faham dia suka duduk sini. Lain dari tu, apa pun saya mintak dia akan tunaikan. – Farah (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Marosidah Mior : Dear confessor, at least suami sis ada juga kesed4ran nak cari duit lebih nak buat food panda. Pendapat saya, layankan ajer, biarlah dia buat 2 – 3 kerja untuk dia bayar semua, biar dia feel susahnya cari duit tu dan lama – lama dia akan terfikir pasal sewa rumah tu.

Orang ego tinggi ni kadang – kadang kena bagi dia rasa dulu baru dia faham. Sementara tu sis pun kalau ada kelapangan carilah duit lebih utk diri sis. Simpan, jangan bagitahu dia, kot ada betul – betul em3rgency untuk diri sis, at least sis ada duit.

Tak boleh nak salahkan suami sis 100%, sebab dia dah dih1na oleh keluarga dia, siapa yang tak rasa sedih, tapi itulah, sedih – sedih pun nak berlagak macam ada duit. Takpe sis, mungkin dari situ dia nak usaha lebih. Bagus juga.

Dari part sis doakan dia banyak – banyak hidup sis pun senang nanti. Nanti bila dia buat foodpanda tu, mintaklah rm5 ke, rm10 ke, cakap untuk duit nafkah awak dan untuk saya doakan awak supaya dapat rezeki lagi banyak akan datang nanti, cakap kat dia macam tu. InsyaAllah sis pun kena yakin yang Allah akan lorongkan rezeki awak melalui suami awak. Dah, senyum sikit, ok..

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.