Kami miskin tapi paklong ajak makan dalam mall. Bila sampai bil terkejuut tengok harga tapi paklong taknak bayar

Paklong orang kaya sebab kahwin dengan anak Dato’. Bila balik kampung mesti anak – anak dia taknak tidur rumah nenek, sebab panas. Ada tu kami keluar ramai   ramai bawa makan gerai tepi jalan terus buat muka. Tapi bila bawa makan dalam mall, kami plak terkejuut tengok harga. Paklong takde pun nak belanja..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. Terbaca confession tentang Sekufu Itu Penting. Nak kongsi jugak pengalaman kenapa sekufu itu penting. Bukan pasal suami isteri tapi aku dengan sepupu aku, dua – dua berbeza lifestyle dan sangat tidak sekufu.

Kami keluarga B40, orang kampung yang hidup serba sederhana manakala sepupu aku T20 dan setiap tahun melancong ke luar negara. Setiap kali jumpa sepupu aku ni, cara cakap pun dah berbeza. Kami macam biasa la cakap melayu siap dialek negeri.

Dia pulak cakap english cair macam mat saleh dengan keluarga dia. Nasib la pandai cakap melayu tapi melayu dia pun nampak la melayu jenis anak orang kaya. Ok pastu kalau bapak dia (abang ayah aku) bersembang sesama adik beradik dia sendiri pun kekok tau.

Orang B40 ni sembang macam biasa lah, ada lah topik politik sikit, ekonomi sikit, isu semasa. Tapi pakcik aku ni tak berapa nak masuk dan tak click untuk sembang dengan adik beradik sendiri. Yelah adik – adik dia mana belajar tinggi, dia seorang je anak sulung yang masuk universiti luar negara.

Dah tentu mentaliti dan pemikiran dia jauh ke depan dan lagi educated. Adik – adiknya punya pemikiran hanya sekadar level orang kampung je, sangat tak sekufu bab pemikiran. Pastu berkenaan dengan lifestyle pun beza.

Pakaian, kami keluarga B40 tak bolehlah korang nak expect pakai cantik – cantik. Baju pun baju lama, kadang – kadang dah lusuh pun masih pakai sebab nak beli baju baru tak mampu. Nak dapat beli setahun sekali pun mujur.

Kadang – kadang tiga tahun sekali baru boleh beli baju sementara cousin aku ni baju dia, kau tengok pun kau dah wow! Orang kaya lah katakan, sentiasa fashionable. Baju pulak semua nak yang branded tapi kira baju ni takde lah jadi isu sangat pun..

Yang jadi isu bila kami sama – sama keluar shopping bila balik kampung. Bila family aku ajak shopping di pasar, kedai runcit biasa, diorang macam buat muka nampak tak selesa. Sebab diorang dah biasa shopping dalam mall yang ada aircond.

Lepas tu bila nak makan gathering sama – sama, family B40 ni biasalah lepak restoran atau kedai makan tepi jalan tu, kami memang tak biasa makan dalam mall sebab tau tak mampu. Tapi jenis T20 ni mana nak makan kedai tepi jalan, diorang lagi prefer makan dalam mall.

Kami B40 ni ikut jelah, pastu lepas makan bila nak bayar bill, terkejuut tengok harga! Kalau diorang yang T20 ni jenis pemurah nak belanja takpelah jugak tapi T20 ni kadang – kadang jenis berkira dan kedekut macam paklong aku.

Kaya raya tapi nak belanja adik – adik sendiri pun berkira. Lepas tu tiap kali raya kami B40 ni biasalah tidur ramai – ramai, yang perempuan tidur dalam bilik ramai – ramai, yang laki memang tidur kat ruang tamu. Rumah kampung kan kayu, macam biasalah, siang – siang memang panas, malam – malam baru sejuk.

Sepupu aku orang T20 ni kalau balik kampung takdenye dia nak tidur sekali ramai – ramai. Seumur hidup aku dari kami kecil sampailah dah beranak pinak ni, diorang tak pernah tidur sekali dengan kami. Kalau balik kampung je diorang lebih memilih untuk tidur di hotel, dah petang atau malam baru lah nak singgah sekejap tunjuk muka.

Pastu hilang, rasa sangat jauh hubungan sepupu aku yang kaya ni dengan sepupu lain. Bapak dia anak sulung, tapi adik – adiknya sendiri rasa hubungan abang dan adik tu sangat jauh. Ayah aku banyak kali terasa hati dengan abangnya sendiri.

Dia kata, abang dia selalu pandang rendah kat adik – adiknya. Yelah dia sorang je belajar tinggi masuk universiti, adik – adik semua lepasan SPM je. Satu hari ayah aku dan adik beradiknya yang lain bukak cerita, dulu keluarga kami susah tapi atuk aku ni ada lah duit simpanan sikit..

Untuk paklong, atuk aku terp4ksa k0rbankan semua duit simpanan dia untuk hantar paklong aku sambung belajar dengan harapan bila dia dah berjaya, dia boleh tolong adik – adik dia. Tapi sangkaan atok aku meleset lagi – lagi selepas atuk dah jadi arw4h.

Bila paklong berjaya, kahwin pulak dengan keluarga kaya T20 jugak anak datuk, terus dia berubah. Dia balik kampung pun cuma pada hari raya je setahun sekali. Kadang – kadang tak balik langsung dalam 2 – 3 tahun barulah balik

Anak – anak paklong pun tak kenal sangat saud4ra beIah kami ni. Kalau sepupu beIah mak dia tu seminggu sekali mesti jumpa kat mall, atau sama – sama melancong ke luar negara. Kalau sepupu beIah ayahnya ni sebeIah mata pun tak berapa nak pandang

Yang paling terkilan, ayah aku dan makcik aku ni dapat je tawaran sambung belajar ke universiti tapi disebabkan atuk aku dulu takde duit dah, sebab duitnya semua dah habiskan untuk paklong, maka ayah aku dan makcik aku yang memang pandai ni terp4ksa k0rbankan impian untuk sambung belajar.

Akhirnya kerja kampung je menanam dan menoreh, padahal ayah aku ni dulu best student dalam kelas, lagi bijak dari paklong aku tapi apakan daya, itulah dugaan orang miskin. Satu lagi perkara yang tak sekufu antara kami ialah soal perkahwinan.

Kami ni orang kampung, biasa majlis kenduri memang buat kat rumah je tapi kami ni jenis ajak je ramai orang sebab suka nak menjamu orang. Tapi paklong ni macam biasalah, kalau kenduri kahwin anak dia je mesti buat kat hotel.

Masalah yang paling menyedihkan, dia ajak je adik beradik dia yang susah ni tapi dia hadkan kuota berapa orang je boleh datang. Adik beradik dia ni dahlah ramai ada 10 orang tapi dia ajak tak sampai 10 orang untuk 1 meja jer.. Bapaklah berkira dengan adik beradik sendiri.

Sedangkan family beIah isteri dia bermeja – meja dia sediakan untuk family sana. Kami ni kecik hati sangat. Aku sendiri tak pernah berpeluang nak pergi majlis kenduri anak – anak paklong sebab terp4ksa mengalah dengan makcik – makcik yang beriya nak gi majlis dia siap bawak anak dorang.

Lagipun, nak gi majlis kat hotel ni kena ikut tema pakaian. Kalau setiap kali majlis kena pakai ikut tema, manalah kami mampu nak beli baju ikut tema semata – mata untuk hadir ke majlis resepsi anak dia. Sekarang kalau jumpa sepupu – sepupu aku (anak paklong) ni, semua dah berkahwin dan kerja hebat – hebat, padahal SPM diorang b0doh – b0doh je.

Taklah bijak sangat berbanding kami anak – anak B40 ni ramai yang straight A’s dan banyak A SPM tapi sebab kami ni B40 tapi belajar pun terima course yang dapat dalam IPTA je. Ramai dapat biasiswa alhamdulillah tapi sekadar IPTA dalam negara jelah, sementara anak – anak paklong semuanya belajar overseas sebab PAMA sponsor.

Yelah paklong banyak duit, anak – anak SPM lulus syarat minimum pun boleh masuk universiti hebat – hebat dekat UK. Sekarang semua dah jadi engineer, pilot, doktor sedangkan kami yang excellent SPM ni, siap ditaja dengan biasiswa ni semua tak dapat kerja dalam bidang pun hahaha.

Akhirnya kerja mengarut je, tak berkait langsung dengan degree. Sengitkan nak bersaing untuk jawatan yang sama, tambah – tambah pulak ramai yang main kabel sekarang hmmm.. Pastu bab nak cari partner kan, paklong aku ni sangatlah memilih calon menantu anak dia.

Semua menantu dia anak datuk, anak tan sri. Aku pernah dengar dia berleter kat anak dia, “Janganlah cari perempuan yang tah pape. Malulah daddy. Carilah yang semenggah sikit, yang setaraf dengan kita,” semenjak tu aku sedar bahawa benarlah kata orang – orang tua, sekufu itu penting.

Mungkin ada T20 yang tak memandang darjat dan harta, tapi aku boleh simpulkan, orang sebegini cuma satu dalam sejuta. Dorang nak tidur dekat rumah kayu usang mak sendiri yang panas tu pun tak sanggup, apatah lagi nak bermenantukan menantu yang susah dengan rumah yang tak selesa.

Jiran kampung aku pun sama jugak, sekarang merupakan pengarah di sebuah kementerian dalam kerajaan dengan pangkat Datuk Seri. Anak – anak dia sendiri tak kenal sepupu kat kampung ni, diorang hanya kenal sepupu sebeIah mak dia je.

Aku rasa lelaki ni kalau kahwin dengan perempuan kaya, memang boleh jadi lupa diri kan, sampaikan mak kat kampung pun setahun sekali je mampu ziarah, tu pun hari raya je. Itu pun nasib ada hari raya, kalau takde raya, rasanya bertahun – tahun pun tak kisah tak balik.

Arw4h nenek aku kan sepanjang hari semasa hidupnya selalu cakap dia rindukan along (paklong) sebab masa dia s4kit tu paklong tak pernah jenguk dia sampailah dia meninggaI. Masa arw4h nenek dah jadi jen4zah, barulah paklong dan anak – anaknya munculkan diri.

Tu pun tak semua anaknya datang sebab ada yang kerja oversea. Tapi aku sedih la juga terkenangkan betapa nenek aku rindukan anak sulung kesayangannya yang jarang pulang ke kampung. Dan sampai meninggaI pun rindunya tak tertunai pun untuk tatap wajah anaknya untuk kali terakhir. Al-fatihah untuk arw4h nenekku.. – Mia Sara (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Mazliana Addin : Macam kejuutan budaya je. Tapi ramai je kawan – kawan aku T20; elok je per4ngai. Aku ada kawan anak sorang tan sri, arw4h ayah dia dulu memang 1 Malaysia kenal, huk aloh.. Down to earth je anak beranak dorang.

Macam pelik jugak TT ni.. Setakat makan dalam mall tu ape yang kerlasss sangat? Biasa – biasa je.. Aku walau B40, kais pagi makan pagi, selalu je bawak anak – anak makan dalam mall dan satu lagi mana ada orang jadi doktor guna duit.. Nyawa orang kot, bukan nyawa kucing. Nak jadi vet pon kena pandai tau TT. Check jugak hati sendiri.

Fasya Bashil : Husband kita T20 pun tapi kita balik kampung mesti makan tepi pasar, jalan – jalan kat pasar lama. Bawa abah sekali. Jumpa kawan – kawan lama abah. Baru puas hati bila balik kampung. Orang kata benda – benda nostalgia lagi – lagi pasar pagi kat batu pahat di samping abah dan kawan – kawannya adalah momen yang kita paling sukaaaaa.

Nur Izzah Atira : Semak hati. Kadang – kadang jadi tak rapat tu bersebab. Bila dah tak suka, semua benda orang tu buat jadi buruk di matakan? Istighfar. Makan tepi jalan, tengok bil dan terbeliak mungkin sebab harga lebih kurang macam makan dekat restoran / tempat yang lebih bersih dan selesa rasanya tu.

Tak tidur sekali, kadang – kadang mungkin sebab jaga aur4t. Faham je la tidur tu kadang – kadang serupa apa entah kan. Lepas tu boleh je cuba nak rapat dengan diorang, takde la diorang mendap sangat lepak kampung.

Mendap rasa lepak takde orang sembang / layan hm.. Kadang – kadang hidup ni tak boleh dengar sebeIah pihak je. Kadang – kadang side TT ni dia cerita macam ni. Tapi, nanti mana tahu bila dengar cerita side sana, diorang cakap yang elok – elok je pasal TT sekeluarga.

Jadi nak doakan semoga dipermudahkan segala urusan TT sekeluarga, terhindar dari peny4kit hati, terlindung dari fitnah akhir zaman, bahagia dunia akhir4t, sentiasa dalam Lindungan dan Rahmat Allah hendaknya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.