Kami satu dewan galak kutuk cikgu, tiba2 kami dengar suara pelajar perempuan menangis teresak-esak

Tiba – tiba seorang abang yang lain bangun, ikut sama mengumpat cikgu yang aku benci tu. Rasa seperti ada sokongan, aku sem4kin galak mengata, mengeji dan mengumpat cikgu tersebut termasuklah mengh1na fizikal cikgu tersebut. Sedang aku rancak bercakap, kami semua dik3jutkan dengan tangisan yang kuat..

#Foto sekadar hiasan. Bismillah.. Aku seorang ibu diusia awal 30an. Aku tidak pasti adakah pengakuan ini akan disiarkan oleh admin atau tidak, tapi harapnya sudilah admin menyiarkannya agar ringan sedikit bebanan di hati.

Apa yang ingin aku ceritakan adalah kisah yang berlaku berpuluh tahun yang lepas sewaktu aku masih seorang remaja, secara tepatnya pada 2003. Pada ketika itu aku baru melangkah kaki ke sekolah menengah. Seperti sekolah – sekolah yang lain, sekolah aku juga mewajibkan agar setiap murid menyertai unit beruniform.

Maka aku menyertai satu unit beruniform yang agak aktif keluar berkhemah. Setelah beberapa bulan, pengerusi kelab telah membuat satu program perkhemahan dan mewajibkan semua ahli baru untuk menyertainya.

Tujuannya sebagai pengenalan program kepada kami. Aku akur dan tidak membantah, lagipun tempatnya hanyalah di pantai negeri aku tinggal dan hanya mengambil masa 2 hari 1 malam sahaja. Sampai di sana, kami diberi penerangan tentang aktiviti – aktiviti yang akan dilakukan.

Fasilitator kami semua pada masa itu adalah abang dan kakak tingkatan 5. Aku lupa adakah ada cikgu pengiring yang menyertai sama atau tidak, yang aku ingat kebanyakan aktiviti dirancang oleh abang dan kakak fasilitator kami.

Semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah tiba waktu malam. Disebabkan beberapa kekangan maka aktiviti yang sepatutnya dijalankan pada malan itu terp4ksa dibatalkan. Disinilah penyesalan aku bermula. Malam itu kakak dan abang fasilitator minta kami berkumpul untuk mengelakkan kami merayau.

Oleh kerana tiada aktiviti dan untuk mengelakkan kami semua bosan, mereka membuat keputvsan untuk bermain permainan “Truth or Dare”. Tiada pertaruhan yang pelik – pelik pun dilakukan. Semuanya normal sehinggalah nama aku dipanggil.

Aku diberi pilihan untuk pilih “Truth” atau “Dare”, dan aku memilih untuk memberitahu kebenaran. Entah macam mana, terpacul soalan “Dalam banyak – banyak cikgu, cikgu apa awak paling tak suka?”. Mulanya aku agak berat untuk menjawab soalan itu tapi itu permainan dan aku perlu jawab untuk mendapat mata.

Maka aku dengan jujur memberitahu nama cikgu yang aku benci. “Kenapa?” tanya pulak abang yang lain. Suasana senyap, semua menantikan jawapan dari aku. Aku nyatakan sebabnya, dan secara tiba – tiba seorang abang yang lain bangun dan ikut sama mengumpat cikgu yang aku benci tu, biasalah pelajar lelaki ada yang nakal – nakal sedikit.

Merasa seperti ada sokongan, aku sem4kin galak mengata, mengeji dan mengumpat cikgu tersebut termasuklah mengh1na fizikaI cikgu tersebut. Macam – macam aku hamburkan lebih – lebih lagi bila penonton cuma gelak – gelak dengan apa aku kata.

Aku pun tak tahu kenapa aku benci sangat cikgu tu sedangkan cikgu tu tak pernah berkelakuan buruk atau memberi masalah pada aku, cikgu tu cikgu yang baik je sebenarnya, sentiasa semangat untuk mengajar walaupun pelajar seringkali memperolokkan beliau.

Sedang aku rancak bercakap, tiba – tiba kami semua dik3jutkan dengan tangisan yang kuat yang datang dari kalangan penonton. Seorang pelajar perempuan yang lebih kurang baya – baya aku teresak – esak menangis. Kakak – kakak mula cemas dan meluru ke arah pelajar tersebut.

Rupa – rupanya pelajar tersebut adalah anak kepada cikgu yang aku kutuk tadi. Beliau merasa amat sedih melihat ayahnya dih1na sedemikian rupa di hadapan semua pelajar. Sungguh aku tak tahu anak cikgu ada di kalangan kami.

Kakak – kakak tarik pelajar itu ke tepi untuk memujuk, dan aktiviti kami pada malam itu diberhentikan serta merta. Kami disuruh untuk masuk tidur. Esoknya kami semua kemas dan pulang ke sekolah. Perkara itu berlalu begitu saja, tiada kata – kata maaf dari aku kepada pelajar perempuan tersebut.

Difikiran aku yang tidak matang pada waktu itu, aku tidak membuat sebarang kesalahan. Semua orang berhak menyatakan apa yang difikirannya tanpa perlu memikirkan orang lain. Itu yang aku fikir pada masa itu. Kat sekolah pun aku tidak pernah terserempak dengan pelajar tu jadi peristiwa malam tu memang aku lupakan terus, berlalu seperti angin.

Sekarang aku dah dewasa, dah matang. Tiba – tiba Allah kembalikan semua memori itu dalam fikiran aku. Aku terduduk, aku rasa berd0sa yang amat sangat. Aku ada anak dan aku terfikir macam mana em0si dan mentaI anak aku jika ada seseorang memperlakukan dia seperti yang aku buat.

Aku rasa aku pembuIi, aku telah membuIi seorang budak perempuan tanpa aku sedar. Peristiwa silam tu menari – nari dalam minda aku tapi aku tak dapat nak minta maaf pada m4ngsa. Nama cikgu itu pun aku dah tak ingat apatah lagi nama budak perempuan tu.

Hari – hari aku doa dalam solat agar Allah ampunkan d0sa aku, semoga tidaklah aku m4ti dalam keadaan tidak sempat meminta maaf pada manusia. Aku doa agar anak aku tidak mengulangi apa yang aku buat, dan tidak juga menjadi m4ngsa buIi orang lain. Aku betul menyesal.

Tujuan aku bercerita sebagai ikhtiar terakhir untuk meminta maaf kepada budak perempuan itu. Awak, jika awak ada terbaca cerita saya dan awak masih ingat setiap perinci kejadian malam itu, saya betul – betul minta maaf.

Saya nak awak tahu yang awak ada ayah yang hebat, cikgu yang komited dengan kerjayanya. Maafkan saya untuk segala yang buruk – buruk yang telah saya tuturkan. Saya tahu permintaan maaf sahaja tidak mungkin mampu mengubat hati yang telah dalam tercaIar, tapi saya betul harap awak dapat maafkan keb0dohan dan ketidakmatangan saya.

Saya menyesal sangat Untuk pembaca sekalian, doakan agar d0sa aku diampunkan Allah dan anak cikgu serta cikgu tersebut maafkan aku ya. Sekarang aku sedang didik anak aku agar menghorm4ti perasaan orang lain, moga – moga beliau membesar menjadi manusia yang disenangi semua, Aamiin…

Terima kasih sudi baca luahan aku yang tidak seberapa. Semoga syurgalah tempat terakhir kita semua kelak. – Bekas Anak Murid (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Sarimah Sigai : Saya pun pernah juga jadi macam ni. Tapi saya tak buruk – burukkan cikgu. Saya cuma cakap kat kawan saya, “siapkan keja sekolah, nanti cikgu tak merajuk”. Tak sangka pula ada yang menyampaikan kepada cikgu sampai cikgu sangat berkecil hati.

Beliau minta siapa yang cakap tu munculkan diri dan minta maaf. Tapi saya pengecut dan saya diam je. Sampai la satu masa. Saya dah dewasa. Dah beranak pinak, saya teringat balik insiden tu. Saya cari nama cikgu dalam FB kawan – kawan saya.

Bila dah jumpa, saya cari nombor telefon dia. Dan suatu hati tu, saya beranikan diri untuk call dan minta maaf. Saya perkenalkan diri dan ceritakan balik kisah tu sebab cikgu pun dah tak ingat. Saya minta ampun dan maaf dengan rendah hati.

Saya dengar suara cikgu pun ok je. Takde marah atau nada yang tak best. Beliau tergelak – gelak dengar cerita saya. Beliau cakap, tak sangka beliau garang sangat sampai saya takut nak jumpa dia masa tu.. Lepas minta maaf tu, lega sangat hati saya. Memang sangat – sangat lega dan tenang. Alhamdulillah..

Amiyra Ibrahim : Sedihnyaa rasa bila ayah kita dih1na dikhalayak ramai. Terbayang ayah sendiri sebab ayah aku pon cikgu. Bapak dia mesti dah maafkan punya. Tapi kalau aku jadi anak dia. Belum tentu aku dapat maafkan. Jadi tr4uma dlm hati, terasa hati dihir1s – hir1s.

Zaleha Abdul Razak : Teringat saya pada kisah yang berlaku pada saya tahun lepas. Ketika baru nak masuk ke sebuah pusat kemahiran. Nama program majlis suai kenal. Tapi kami kerap kali di marah, dihukvm. Bukan saya melebih lebih, malahan ada fasilator juga di belakang mengatakan ketidakpuasan hati terhadap cara rakannya handle program tersebut.

Bayangkan seorang mak macam saya, 0bese sedikit tertiba di suruh tekan tubi. Disuruh lompat bintang sehingga seragam semuanya. Nak dapat seragam tu lama ye. Ada je silap sebab kami ramaikan. Baru kenal pulak tu. Selagi tak seragam selagi tu takleh stop lompat bintang.

Di suruh makan gula lolypop bergilir – gilir dari mulut sorang ke mulut sorang tak kisah laki pempuan. Di suruh jilat serbuk maggie mi bergilir – gilir. Kesian sungguh dengan geng barisan belakang sebab bekas serbuk tu sampai ke dia dah habis basah dengan air liur.

Disuruh keliling bangunan berjalan itik naik turun tangga. Esok nya kaki kes4kitan. Totally rasa dibuIi. Tapi kita b0doh, tak berani nak Iawan. Tapi pada malam terakhir tu, kami diminta tulis siapa fasilator yang kami tak suka.

Jadi saya express apa saya rasa. Saya tak m4ki hamun. Saya nasihat since fasi tu agak – agak sebaya saya jugak. Dan lucunya, fasi tu tak boleh terima teguran saya. Siap baca surat saya kuat – kuat depan semua sambil buat muka mengejek dan dia terus bad mood malam tu.  Eleh! Tegur sikit dah k0yak. Haaa panjang lebar conffesion saya.. Haha.. Sebab ingat balik rasa tak boleh move on lagi. S4kitnya tuh di sini.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?