Kami anak luar nikah sbb mak ayah tak pernah nikah sampai mak meninggaI dunia

Arw4h mak membuat pengakuan status kami semasa adik saya hendak bernikah. Atas sebab malu, arw4h mak saya guna jalan belakang, iaitu menggunakan wali hakim yang tak bertauliah untuk menikahkan adik saya dan suaminya di Johor.

#Foto sekadar hiasan. Kisah 1 : Dilema anak tak sah taraf. Salam admin. Mohon hide profile saya. Assalamualaikum buat semua rakan di facebook. Sebelum saya memulakan cerita, perlu saya terangkan bahawa saya, abang saya dan adik saya berstatus anak luar nikah.

Saya seorang perempuan. Ini diakui sendiri oleh arw4h mak saya. Mula – mula saya tak percaya sebab dah terlalu lama mereka bersama. Saya tanya pula pada mak sed4ra saya dan dia pun akui memang arw4h mak saya dan ayah saya tak pernah bernikah dari kami lahir sehingga arw4h meninggaI dunia.

Arw4h mak saya dan ayah saya sudah bersekedudukan lama sangat sehingga saya berusia 12 tahun. Saya mempunyai seorang abang yang tua setahun dan adik perempuan yang berusia muda setahun dari saya.

Pada usia 12 tahun, akhirnya mak dan ayah saya berpisah. Mak saya keluar dari rumah membawa saya dan adik perempuan saya. Arw4h membuat pengakuan status kami semasa adik saya hendak bernikah.

Atas sebab malu, arw4h mak saya guna jalan belakang, iaitu menggunakan wali hakim yang tak bertauliah untuk menikahkan adik saya dan suaminya di Johor. Akibatnya, nikah adik saya tidak didaftar secara sah dan mereka terp4ksa melalui pelbagai proses untuk mendaftar pernikahan demi mendaftar anak mereka.

2 tahun selepas adik saya bernikah, mak saya meninggaI dunia. 3 tahun selepas arw4h meninggaI, giliran saya pula untuk bernikah. Saya membuat permohonan untuk bernikah menggunakan wali hakim kerana status saya.

Namun hakim menolak permohonan saya dan mengatakan saya mesti bawa ayah saya untuk membuat pengakuan tentang status saya. Saya ingin minta bukti dari nikah adik saya pula, tiada bukti pengakuan arw4h di mana – mana mahkamah tentang status kami.

Akhirnya, saya cuba berbincang dengan ayah saya. Ayah saya menolak sekerasnya untuk mengakui status saya dia mem4ksa saya beritahu pada hakim bahawa mereka pernah menikah di Thailand dan tidak didaftarkan di Malaysia.

Jadi mereka tidak ada sijil nikah di Malaysia. Saya buntu sangat masa ni. Kenapa saya perlu menipu sampai macam tu? Saya takut sangat kalau saya ikut cadangan ayah saya, nikah kami jadi tak sah. Saya menangis depan hakim sebab saya terp4ksa menipu saya tak jumpa ayah saya.

Saya tahu hakim dapat kesan saya menipu, tapi beliau suruh juga saya membuat iklan di akhbar mencari untuk mencari ayah saya. Saya buat dan serahkan pada hakim. Akhirnya hakim meluluskan permohonan saya untuk menikah menggunakan wali hakim.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Saya sudah pun mempunyai 2 anak. Kini, masalah lain pula timbul. Surat bank tiba di rumah pusaka atuk saya meminta saya untuk menguruskan sejumlah wang arw4h di dalam bank. Saya pergi membuat tuntutan.

Bank pula suruh saya buat surat di pusaka kecil. Saya ke pusaka kecil, ditend4ng pula ke amanah raya kerana arw4h tidak mempunyai tanah atau rumah. Hanya sejumlah wang di dalam bank. Di amanah raya pula, saya berhabis duit dan masa untuk uruskan segala dokumen.

Rumah saya ke pejabat amanah raya mengambil masa sejam untuk sampai. Saya cuba menutup a1b ayah saya. Saya cakap arw4h mak dan ayah saya sudah bercerai. Tapi masa mereka nikah, mereka nikah di thailand dan tidak didaftar di Malaysia.

Jadi cerai mereka juga tidak didaftar. Jawapan amanah raya pula, mereka tidak boleh berbuat apa – apa. Kalau nak keluar juga duit, saya kena pergi buat surat faraid. Jadi bila dah buat surat faraid, kiranya ada juga la bahagian ayah saya walaupun mereka tak pernah ada apa – apa hubungan.

Saya rasa sangat – sangat tak adil. Saya kecewa. Kenapa la orang lain yang buat d0sa, saya pula yang disusahkan. Orang yang tak tolong uruskan harta boleh pula senang lenang dapat bahagian walaupun dia tak ade hak.

Saya bukan orang senang. Kadang lagi seminggu nak gaji, duit tinggal RM50 sahaja. Jadi dengan sedikit duit dalam bank, saya bole la langsaikan sedikit hutang – hutang arw4h. Boleh la buat upah haji untuk arw4h.

Boleh tak warga FB yang bijak pandai bagitahu, ade tak apa – apa cara untuk saya membuat pengakuan bahawa saya memang anak luar nikah? Supaya senang urusan saya akan datang. Jangan bagitau benda ni duniawi la, apa la, saya tak nak dengar.

Tolong beri jawapan yang saya nak, iaitu cara macam mana saya memang boleh sahkan status saya mengikut undang – undang dan sekaligus menolak hak ayah ke atas kami adik beradik dan mak saya. Terima kasih.

Kisah 2 : Proses Nikah Anak Tak Sah Taraf. Assalammualaikum. Aku Aminah. Berusia 30 lebih dan sudah berkahwin. Perkahwinan aku sudah hampir 10 tahun. Aku seorang yang bekerja di bidang pr0fessional dan menjawat jawatan yang baik dalam organisasi.

Ya, aku anak luar nikah. Bila aku tahu? Selepas aku bertunang. Aku dan suami tak melalui fasa bercinta. Kami memilih untuk bertunang dan menikah. Anggaplah sebagai suami kiriman Tuhan. Selepas bertunang aku uruskan document pernikahan.

Masa kecil dahulu, aku mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi dan aku tahu aku anak luar nikah. Tapi apalah sangat masa kecil, bukan faham sangat pun. Untuk pengetahuan korang, ic aku ada binti. Jangan tanya apa beza sebab aku pun tak tau.

Masa nak buat dokumen, aku bagi hint dekat ibu bapa aku. Kalau ada apa – apa ceritalah. Aku tak nak penikahan aku dimulai dengan pembohongan dan nasab anak – anak aku bermasalah. Dipendekkan cerita ibu bapa aku mengaku tentang status aku.

Menangis – nangis, peIuk civm kaki aku. Aku? Sedih. Marah? Tak. Tapi kosong. Aku tanya kenapa? SEBAB BUKAN MENANTU PILIHAN. Ya Allah ampunkan d0sa ibu bapa aku, ampunkan mereka ya Allah. Terimalah taubat mereka.

Kasihanilah mereka yang bersusah payah membesarkan aku. Jadikanlah iktibar. Jangan memberatkan urusan pernikahan. Lepas dah nangis, aku jadi rasional. Aku tanya berapa lama aku menyusu, 3 bulan. Alhamdulillah aku dan adik beradik lain consider anak susuan.

Sebab syarat anak susuan 5x kenyang berdasarkan kaunseIing aku pergi. Settle bab aur4t. Aku cakap biar aku settIe dengan tunang aku. Dan parents in law. Jangan campur tangan. Kemudian aku telefon tunang. Dah la tak kenal, ada pulak masalah.

Tunang aku suruh istikharah banyak – banyak. Aku tak kisah kalau pertunangan diputvskan. Yela. Sedar diri. Siapalah kita. Kemudian keluarga bakal mertua plak telefon aku, diorang tanya baik – baik, rujuk ahli agama. Aku cakap tak perlu telefon ibu bapa aku sebab aku tak nak mereka malu dan tertekan.

Lama guys. Berbulan – bulan tunang aku dan keluarga mertua perIukan masa untuk berfikir. Aku pulak? Hidup macam biasa. Kemudian diorang datang tetapkan tarikh. Aku malu. Aku balik kerja lambat. Aku saja melengah – lengah.

Bila sampai, aku senyum salam terus ke dapur. Tak tahu ape nasib pertunangan kami. Alhamdulillah mertua aku baik. Tarikh ditetapkan. Mereka berlapang dad4. Katanya aku tak bersalah. Kenapa aku perlu dihukvm? Mereka peIuk civm ibu bapa aku. Mereka sama sama galas a1b ni.

So apa aku buat? Aku pergi jabatan agama selepas ibu bapa aku buat pengakuan. Aku mintak kaunseIing. Ustazah terangkan pasal nasab, pewarisan harta, wali hakim, adik beradik susuan dan lain – lain. Selepas tarikh ditetapkan aku hantar dokumen.

Kemudian aku ke mahkamah. Masa ni ibu bapa dan tunang aku perlu datang. Dalam mahkamah, hakim interview. Masa ni aku nangis. Teresak – esak. Hakim cakap pada aku. Aminah, awak sangat istimewa. Nama awak pun istimewa.

Masa nikah nanti cari saksi yang beriman solat cukup waktu. Semoga perkahwinan awak diberkati Allah dan penuh rahmat. Terima kasih hakim. Terima kasih atas doanya. Kemudian aku macam pasangan lain. Aku tempah bridal photographer dan segalanya.

Aku menikm4ti proses ini dengan lapang dad4. Sebab tunang aku juga berlapang dad4. Alhamdulillah. Hari pernikahan. Aku menikah di masjid yang jauh dari rumah. Sebab itulah pertama kali kami berjumpa. Itulah alasan kami.

Tiada mic during akad nikah. Wali hakim pesan hanya pengantin dan saksi serta bapa mertua and bapak aku sahaja di depan dia. Alasannya, wali hakim tak sihat. Dia tak nak ramai kerumun. Ahli keluarga lelaki yang lain membuat bulatan di belakang pengantin.

Kerana bila nikah. Nama aku berbinti abdullah. Aminah binti abdullah. Alhamdulillah, kami meneruskan majlis macam pasangan lain. Ada majlis dua – dua pihak. Diraikan selayaknya. Hantaran? Hampir 10 tahun dulu, suami aku berikan hantaran 11k.

Bila ditanya kenapa? Hadiah. Ikhlas. Terima kasih abang terima saya seadanya. Malah menilai saya yang h1na di mata manusia ini dengan meninggikan martabat saya. Terima kasih. Semasa kaunseIing dengan ustazah. Aku bertanya sekiranya aku m4ti.

Talkin dibacakan. Pada siapa aku dibintikan? Sedih. Tengah type pun aku nangis. Ustazah kata, dibintikan dengan emak. Di akhir4t nanti nasab awak pada mak. Berkumpul dengan mak di syurga nanti. Ampunkan mak bapak aku ya Allah. Harta.

Untuk mengelakkan adik beradik aku tahu rahsia ni. Aku memilih untuk bersuara tidak mengambil apa – apa semasa perjumpaan family. Konon – konon aku berbesar hati nak memberi. Dan aku pesan supaya ibu bapa aku buat wasi4t mulut atau bertulis awal – awal.

Padahal aku tak layak. Di dunia ini aku tidak layak mewarisi harta. Dinafikan hak berbinti, hak pewarisan, hak memandikan jenaz4h bapa aku nanti. Allah.. Untuk mertua, terima kasih menerima Aminah. Memudahkan urusan Aminah.

Memberi Aminah keluarga baru dan tidak pernah membezakan aminah. Terima kasih mama baba. Terima kasih menutup a1b aminah. Untuk suamiku. Sesungguhnya abang suami kiriman Tuhan tepat pada masa. Abang menerima saya dengan lapang dad4.

Tidak pernah abang atau keluarga mengungkit asal usul saya. Malah saya bersyukur menjadi isteri abang. Abang dan anak – anak adalah nasab saya di akhir4t nanti. Izinkan saya menjadi penghulu bidad4ri abang di dunia dan syurga.

Terima kasih suamiku. Untuk anak – anak. Ibu melahirkan kamu dengan penuh rasa cinta. Ketika mempunyai anak lelaki. Ibu seperti tak percaya. Menyentuh kamu dengan wudhu tanpa membatalkannya membuatkan ibu rasa sebak.

Sesungguhnya kamu dar4h daging ibu. Membesarlah seperti pahIawan per4ng Allah, gagah perkasa, bijaksana berilmu dunia akhir4t dan meIindungi insan lemah. Jadilah sebaik – baik manusia di atas muka bumi ini. Jadilah insan yang soleh.

Buat kamu yang senasib. Anak luar nikah bukan sump4han. Ianya titik tolak kehidupan kita supaya menjadi lebih baik. Aku doakan semuanya dipermudahkan. Doakan aku dan juga suamiku mempunyai rumah tangga yang bahagia, anak – anak soleh dan dirahm4ti Allah.

Dijauhkan hutang dan diberkati rezekinya. Doakan juga parents aku. Sesungguhnya aku istimewa. Yang teristimewa, – Aminah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Faridah Shamsuri :  Masya-Allah. Saya suka luahan ni. Confessor seorang yang mat4ng dan berilmu dari segi sikap dan tindakan. Semoga menjadi pengajaran kepada yang lain – lain. Hari ini ramai yang lahir sah taraf namun sengaja menjerumuskan diri ke lembah yang h1na. Awak jauh lebih mulia jika kekal dengan jalan hidup yang mendukung syariat.

Riko Ry :  1. Status mak dengan sis bukan ibu susuan. Tak kira cukup 5x kenyang atau tak cukup 5x kenyang, keluar dari rahim mak = anak kandung mak. Nama pun kandung, sebab mak kandungkan sis. Tak wujud istilah susuan

2. Nasab anak luar nikah masa hidup ialah sebeIah mak, nasab masa m4ti pun sebeIah mak. Nasab anak sah masa hidup ialah sebeIah bapak, masa m4ti sebeIah mak. Yang ni m4ti nanti semua berbin/bintikan nama mak, takde letak nama bapak tak kira sah taraf ke tak sah taraf

3. Anak tak sah taraf bernasabkan mak, boleh warisi pusaka beIah mak

Noraini Damri : Saya rasa disebabkan awak tak menyalahkan ibu bapa awak tetapi berusaha meIindungi mereka, maka Allah memberi awak suami, mak dan bapa mertua yang memahami. Juga dipermudahkan segala uruskan perkahwinan. Tahniah for being so rational.

Dayang Ruzainah Zakaria : Tahniah confessor kerana memilih menjadi rasional walau hati r3muk redam. Menguatkan diri menyelesaikan urusan perkahwinan dengan redho dan takwa.

Awak menutup segala ceIa, awak membuka semua kebaikkan. Awak insan terpilih dan istimewa. Mudahan Allah Iimpahi rahmat dan keberkatan buat awak. Anugerahi kebahagiaan dunia dan akhir4t buat awak sekeluarga..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.