Kami suami isteri diberhentikan kerja, pinjam duit RM100 dekat saud4ra. Sekali dia suruh bayar balik RM1000 sekali bunga

Suami wasap tuan rumah minta nak bayar hujung bulan bukan awal bulan seperti kebiasaannya. Dia terus angin dan terus datang rumah kami. Siap cakap dengan kami, “kalau tak mampu bayar, keluar! Ingat ini charity ke?” Tebal muka kami sebab semua jiran dengar jeritan Tuan Rumah..

#Foto sekadar hiasan. Kalau masa boleh diputar balik. Aku akan pastikan aku tidak akan mengulangi kesalahan ini. Pada tahun 2020 ketika c19 melanda semua dalam kesusahan. Aku baru sahaja mula bekerja masa itu. Tidak sampai 2 minggu, perintah berkurung dikeluarkan dan aku diberhentikan.

Suami aku pun sama. Diberi cuti tanpa gaji. Pelbagai cara aku lakukan untuk terus bertahan. Aku dan suami baru setahun lebih kahwin dan kami sudah memiliki cahaya mata berumur 3 bulan. Kamu bayangkan dengan pantang belum habis aku sudah mula bekerja.

Bila sudah berkerja c19 pula. Memang rasa macam jatuh terduduk terus. Rumah sewa kami tetap kena bayar. Pernah sekali, suami aku wasap tuan rumah minta untuk dipanjangan tempoh pembayaran. Maksudnya kami akan bayar hujung bulan bukan awal bulan seperti kebiasaannya.

Tuan Rumah terus angin dan terus datang rumah kami. Siap cakap dengan kami, kalau tak mampu bayar, keluar. Ingat ini charity ke? Tebal muka kami ketika ini, sebab semua jiran dengar jeritan Tuan Rumah. Tanpa berfikir panjang setelah, Tuan Rumah balik.

Aku bincang dengan suami untuk meminjam dengan saud4ra dulu. Mujur juga masa itu, aku ada buat part time cuci rumah orang. Kalau siapa duduk KL tahulah kerja ini dari apps mana. Dalam seminggu dapatla dalam RM150.

Lepas lah buat beli susu anak. Anak aku masa ni memang tak boleh minum susu lain. kena minum susu S26 juga. Dia dilahirkan pra matang dengan berat tak sampai 2 kilo. Aku pula masa itu, kering susu jadi tak boleh nak bre4stfeed.

Aku sudah cuba pelbagai cara untuk banyakkan susu badan namun tidak berjaya. Dalam kalut aku dan suami usaha kumpul duit untuk cukupkan duit sewa rumah. Aku teks bekas kekasih aku untuk minta tolong. Alhamdullilah dia tolong dengan kebenaran isteri dia.

Sebelum aku melakukan semua ini, aku sudah meminta keizinan dengan suami. Suami benarkan bila memikirkan kami bakal merempat jika tidak dapat sediaan duit sewa rumah. RM400 aku pinjam bekas kekasih aku. RM200 dalam simpanan aku dan lagi RM100 dari saud4ra beIah suami aku.

Yang menjadi sengsara kami sehingga kini adalah RM100 dari saud4ra suami. Tahun 2020 bulan 6 setelah 3 bulan c19 dan 3 bulan berturut tanpa gagal aku solat hajat dan tahajud untuk rezeki keluarga aku. Dan alhamdullilah suami aku dan aku di terima bekerja di sebuah syarik4t berlainan dengan gaji yang agak lumayan.

Disaat orang lain ditimpa musibah sehingga dibuang kerja dan hilang segalanya. Aku dan suami sebaliknya pula. Kami mampu beli rumah sendiri dan kereta sendiri setelah itu. Gaji pertama suami dan aku. Kami kumpul dan bayar semua komitmen yang tertunggak serta hutang kami.

Aku kira semua sudah selesai. Sehingga saud4ra suami aku menuntut RM1000+++ dengan aku setelah dia berg4duh dengan suami aku. Ya, RM100 yang kami pinjam itu menjadi RM1000++ dengan alasan dia pernah deposit kepada kami dengan jumlah tertentu beberapa kali.

Aku pada mulanya iyakan sahaja kerana dia begitu bersungguh mengatakan suami aku berhutang dengan dia dari sebelum kami berkahwin lagi. Sedangkan suami aku cakap tidak. Aku pula pada masa yang sama, checked semua bank statement kami dari tahun 2019 sampai sekarang.

Duit yang didepositkan hanyalah RM 100. Itu pun dia cakap tidak perlu bayar sedekah kepada kami ketika c19. Aku tunjukkan statement itu tapi dia berkeras cakap kami berhutang. Aku minta bukti dari saud4ra suami aku itu.

Dia gagal memberi bukti dengan alasan. Dia bagi suami aku ketika kami berg4duh besar dulu. Setahu aku, hanya Mak dan pak mertua aku, abang ipar aku sahaja yang tahu hal ini sebab hanya mereka yang boleh rentas negeri.

Hal ini agak lama kami tutup sampai aku sendiri yang buka mulut. Itu pun setelah beberapa bulan dan saud4ra suami aku yang ini mula bertanya itu dan ini. Kenyataan berkaitan hutang ini mula berubah – ubah dari mulutnya.

Untuk pengetahuan semua, kami bayar RM1000+++ kepada saud4ra suami aku dan dia masih lagi tidak berpuas hati. Dia ingin bukti kan dirinya betul. Pernah suatu ketika setelah dia berg4duh dengan suami aku, dia terus call aku pagi – pagi untuk meluahkan rasa tidak puas hati.

Aku hanya mendengar dan minta maaf atas sikap suami aku. Tiba – tiba dengan lancar sekali saud4ra suami aku cakap “MISKIN SANGAT KE SAMPAI TERDESAK MINTAK DUIT DENGAN SAYA? SAMPAI MAK AYAH M4TI PUN SAYA TAKKAN PERNAH TOLONG KAMU DAN TIDAK AKAN PERNAH AMBIK TAHU PASAL KORANG SEMUA. SAYA AKAN JUAL RUMAH MAK AYAH BILA MAK AYAH TIDAK ADA” ucapnya pada aku.

Kesan dari ucapan dia. Jiwa aku jadi kacau untuk suatu tempoh yang lama. Aku kutip hati aku yang h4ncur dan aku mula luahkan pada suami aku. Suami aku cerita kan apa yang berlaku sebenarnya. Aku pelik kenapa dia ucap pada aku yang langsung tiada kaitan dengan harta benda mereka.

Pagi itu suami aku ada hubungi saud4ra dia, bertanyakan perkara yang aku ceritakan pada dirinya dulu. Berkaitan dengan duit juga dan aku seperti dibuIi ketika bercuti bersama keluarganya. Mana tidaknya, duit hotel bayar bersama.. Alih – alih aku tiada bilik dengan alasan aku suka tidur di lantai bersama anak kecil aku.

Aku bayar sama untuk satu bilik bersama suami aku tapi masa itu, suami aku last minute cuti tak approve dan terp4ksa biarkan aku pergi bersama anak kami. Aku relakan diri aku tidur di lantai suatu ketika dulu bersama suami kerana kami ikut bersama pergi bercuti dengan mereka berkongsi duit bilik dengan mertua. Jadi kami kongsi bilik dengan mertua.

Aku tidak k3jam nak bagi mertua aku yang sudah tua tidur dilantai. Walaupun kongsi kami masih bayar separuh. Sudahla aku sudah terasa dengan mulut celupar anaknya. Dihalau dan dia larang sepupu lain mendekati dan berkawan dengan anak aku.

Disaat mereka tidur bersama. Anak aku menangis kerana dihalau untuk tidak berkawan dengan sepupu lain. Saat aku tulis kisah ini, aku masih lagi terasa dengan kata – katanya saud4ra suami aku itu. Aku block saud4ra aku dari semua media sosiaI aku.

Aku hide semua status aku dan benda berkait kami daripada dia. Jika pergi bercuti aku hanya akan pilih gambar aku dan keluarga aku sahaja. Jika terserempak, aku pura – pura sibuk dan elakkan untuk berada satu ruang dengan dia.

Setiap kali aku nampak dia, Aku teringat akan kata – kata dia. Setiap kali pergi bercuti juga aku akan cakap aku nak bilik asing dan aku akan booking sendiri. Cukup la setakat itu hutang aku dan suami dengan saud4ra dia. Jika anak aku ada terambil barang pemberian darinya aku akan pulangkan balik dan aku ganti guna duit aku sendiri untuk anak aku.

Ini menjadi pengajaran kepada aku dan suami. Catitlah sebanyak mana hutang kita dengan orang. Tapi jika kita ada penerima hutang maka kita akan dipijak selalu. Mulai saat itu segala benda berkait duit aku sangat berhati – hati.

Pengajaran untuk aku dan suami. Jangan terlalu mudah berhutang dengan saud4ra walaupun kita tahu kita akan bayar. Kerana walaupun hutang itu sudah lunas namun peristiwa ini akan diungkit sentiasa. Maaf panjang sangat sebab aku cuba melepaskan beban dari d4da aku. Sekian dari sengsara kerana hutang. – Oddah Hello kitty (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Syakriah Ishak : Memang betul kata tt. Setiap bayaran, hutang piutang perlu ada bukti bertulis. Paling tidak simpan dalam wasap sebagai bukti selesai urusan apa – apa bayaran sekalipun. Jika tidak, dapat jenis orang hati bermasalah, macam – macamcerita pelik yang keluar. Sepatutnya tt usah peduli dan layan. Sed4ra suami, biar si suami yang layan.

Noradila Ismail : Bagus tindakan awak. Usaha sendiri usah berg4ntung dengan orang. Lagi – lagi kalau terserlah sombong begitu. Orang susah bukan tiket untuk dih1na.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.