Kami tak ready dapat anak kedua, dari lahir nangis tak tidur malam. Suami hilang sabar kurung anak dlm bilik

Aku tak sengaja mengandung anak kedua, bila dia lahir buat per4ngai tak tidur malam. Setiap malam, aku pukuI punggung baby kuat sampai dia melalak baru dia nak tidur. Kuat sangat. Lama aku dan suami sabar, lepas habis pantang per4ngai masih sama, sampai suami tak tahan kurung dia dalam bilik..

#Foto sekadar hiasan. Aku seorang ibu kepada sepasang anak. Yang nombor dua termengandung ataupun ayat famous, eks1den. Yang sulung baru 2 tahun masa tu. Aku tak ada masalah dengan yang sulung asalnya, tapi ujian aku dan suami bermula lepas dapat anak nombor dua.

Adik lahir secara ca3sarean, tumpah d4rah. Duduk di nicu seminggu, sebelum sambung warded sebab kuning tinggi. Adik seorang anak yang tak tidur malam, ya. Siang nyenyak malam berjaga. Berjaga buntang mata. Kena dukung baru senyap.

Tapi aku penat, suami pun penat. Lepas bersalin suami dah mula kerja tapi aku la yang mengadap dia sorang – sorang di rumah. Sampai satu hari tu aku macam berhalusinasi atau tak pasti, yang aku ingat aku berjaga malam dan siang tu adik akhirnya tidur, dan aku baru nak lelapkan mata tapi aku ternampak satu susuk lalu depan bilik aku.

Tak fikir panjang aku kemas baju baju aku dan adik, aku telefon abah suruh ambil aku. Lama aku duduk di sana. Bila aku dah habis pantang aku balik rumah semula. Adik masih tak tidur malam. Sabar kami akhirnya memuncak, setiap kali malam nak buai adik, pasti punggung adik kena pukuI sampai melalak baru dia tidur.

Kuat? Sangat kuat. Hari – hari? Ya hampir hari – hari. Dia belum setahun dah kena kurung dalam bilik oleh suami, tapi bila aku tegur suami dia suruh aku pula cuba handle. Aku pula handle yang sulung jadi aku pun tak larat.

Suami aku sangat penat sebab dia seorang yang bertanggungjawab. Balik kerja cepat – cepat uruskan rumah. Basuh baju, sidai baju, basuh botol, basuh pinggan, uruskan yang sulung ambil dari pengasuh. Bila malam jadi penat eh anak pulak taknak tidur.

Aku pun dah habis cuti bersalin jadi aku pun sama juga balik dari office sama – sama menguruskan. Tu cerita dulu. Tahun ni adik dah 3 tahun, masih lagi susah tidur malam tapi sekurang – kurangnya dah tak berbuai yang nak kena hadap setiap masa.

Bila adik dah 3 tahun, abang pun dah besar kan, bergabung pula per4ngai mereka. Mengucap panjang pun belum tentu meredakan kemarahan. Aku diberi peluang untuk bekerja dari rumah sebab pandemik. Jadi aku la yang jaga mereka sejak kuarantin.

Diorang berdua terlalu aktif sampai nurse kIinik cakap anak aku terlepas kandang. Lompat sana sini pegang sana sini tak boleh didukung menjerit berlari. Dekat rumah pun sama per4ngai. Cakap sekali dua elok – elok tak nak dengar, kena jerit baru dengar.

Kecik lagi dah rasa pen4mpar, t3ndang, t4mpar semua. Aku rasa bersalah sangat sebab asyik pukuI, cubit, marah – marah sampai aku selalu muhasabah diri tapi susah, susah aku nak sabar sebab terlalu sukar nak kawal.

Diorang tahu apa yang tak boleh dibuat tapi diorang buat. Ada satu masa tu adik tumpahkan air, aku ambil kain cepat – cepat nak lap eh yang abang cepat saja tekan tekan laptop aku tengah buat kerja. Tahun ni abang dah masuk pre-school tapi setengah hari saja, nampak juga perbezaan dia lebih matang, bertoleransi dan mendengar kata tapi suka tolak adik, pukuI adik.

Dah fasa endemik, aku pun nak masuk office semula. Doakan pengasuh baru anak – anak aku di kalangan orang – orang yang baik dan penyabar. Tak terkira dah berapa kali aku pukuI anak – anak aku, aku tengok anak orang lain okey saja.

Duduk diam saja kat luar. Makan pun senang. Anak aku hmm. Makan satu suap berlari sana sini, yang abang kalau kat kedai makan tak tumpah kan air tak sah. Sampai orang tanya tak pandai makan sendiri lagi ke? Kalau pembaca semua ada idea cara nak didik yang lebih berkesan boleh la sharing.

Aku takut aku dah terlambat, cara aku dan suami mungkin terlalu kasar hingga mereka dah lali. Kami banyak follow parenting tips tapi nampak tak berkesan, bila buat baik dengan abang pasti dia tak hargai. Jadi kami penat.

Penat yang sampaikan cukup la dua anak ni saja. Hari – hari aku dan suami usaha nak jadi lebih baik, lebih sabar tapi kebanyakan masa tak ada yang anak – anak aku buat yang menyeronokkan. Semua nak kena marah. Menjerit tepi telinga orang, panjat tangga jatuh kepala jatuh punggung tapi buat jugak lagi, ambil air kat sinki tumpahkan atas lantai.

Mungkin perkara biasa pada ibu – ibu yang lain. Tapi aku dan suami hanyalah ibubapa yang penat bekerja, yang tiada kesabaran, yang masih belajar dalam mendidik anak. Di bulan yang mulia ini, aku mohon doa kalian semua supaya kami menjadi ibubapa yang lebih tenang, sabar dan bijak dalam mendidik anak – anak. – Sabariah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Maryam Jamadi : Saya cadangkan puan dapatkan bantuan terapi cara kerja (occupational therapy) untuk menghadapi masalah kedua – dua anak puan. Melalui pembacaan cerita puan, saya suspek

Anak pertama: Mungkin ada masalah sensori dan tingkahlaku

Anak kedua: Masalah tidur atau mungkin ada isu sensori juga

Untuk terapi kerajaan, puan pergi sahaja KK terdekat dan minta rujuk kepada doktor pakar kanak – kanak. Nanti doktor pakar akan refer ke unit terapi berkaitan. Cuma kebiasaannya waiting list agak panjang, kalau nak cepat cari pusat terapi swasta.

InsyaAllah OT dapat bantu masalah yang dihadapi oleh anak puan. Bila puan faham keadaan anak, insyaAllah lebih mudah puan nak urus em0si dan kendalikan anak. Semoga urusan puan dan suami dipermudahkan.
Maryam Jamadi – Pediatric Occupational Ther4pist

Siti Nuraida : Mungkin puan suami isteri kerja, pastu balik ambil anak. Pastu rehat je kat rumah. Baju hantar dobi sekali seminggu. Makan tapau lauk. Masak nasi je. Cuci rumah hujung minggu. Sebab saya rasa puan suami isteri terlalu penat. Sebab tu puan dan suami bertukar rupa. Buat yg mampu je dulu.

Robiah Ismail : Errghhh…baca pun dah tercunggap – cungap. Tak dapat bayangkan hari – hari kena hadap. Dugaan besar dalam membesarkan anak – anak, mungkin saja bila mereka dah besar sedikit keadaan akan bertambah baik.

Saya lihat dulu – dulu, sepupu – sepupu saya yang berper4ngai begini, memang tak boleh bawa berjalan. Bila benar – benar semua dah pandai kawal diri dan jadi pemalu. Tidaklah seperti semasa kecil tak diam walau  seminit. Melompat menjerit bagai. Tidak salah bawa anak – anak dapatkan pengesahan doktor sekiranya ada yang tak kena. Kalau dah disahkan tiada apa – apa, memang dugaan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?