PJJ dgn suami, saya terp4ksa jaga mertua 0KU, anak 5 orang. Alih2 suami kant0i perempuan sana sini. Alasan suami

Walaupun tengah berpantang saya juga kena menjaga orang di rumah. Dengan mertua yang 0KU, anak 5 orang, jumlah semua 10 orang. Suami takde sebab PJJ. Baru ni mertua terasa hati sebab saya dah tak nak jaga dia..

#Foto sekadar hiasan. Saya sudah berkahwin selama 15 tahun, sepanjang kahwin beberapa tahun duduk asing. Beberapa tahun saya tinggal bersama suami tetapi terp4ksa menjaga mertua yang 0ku dan kembali duduk asing tahun ini di mana suami jaga mertua, saya pula jaga anak seramai 5 orang.

Kekangan kerja suami selalu berpindah menyebabkan kami tidak boleh tinggal sama kerana anak – anak masih bersekolah. Saya juga ada merasa serik bila dituduh tidak mahu menjaga mertua semasa mertua kene ikut suami berpindah atas tuntutan kerja,

Disebabkan keadaan duduk asing saya minta suami menjaga mak ayahnya sendiri, saya jaga anak – anak. Sepanjang berkahwin suami beberapa kali kant0i bermesej, whatsapp dengan perempuan secara mesra. Memuji perempuan, mengajak keluar.

Saya memaafkan suami beberapa kali. Kepercayaan memang kurang dan saya insecure. Bila bagitau suami masalah saya dia kata saya tidak percaya dia, kene percaya suami ketika duduk asing. Saya cuba bertahan em0si setiap kali dia kant0i berfikir positif.

Kami juga membahagi bil untuk bayaran kegunaan rumah memandangkan saya juga bekerja. Saya juga memasak setiap hari di rumah memandangkan mertua tiada boleh makan luar kerana s4kit. Walaupun berpantang saya juga kena menjaga orang di rumah (10 orang 1 rumah) dapat saya simpulkan ada lebih 5 kali suami kant0i. Umur kami sudah 40-an.

Suami berpewatakan alim, mengaji, banyak nasihat, bantu jaga anak, tidak culas nafkah dan bil yang sepatutnya dia bayar, cuma dia ada akhlak buruk suka mesej dan berkenalan dengan perempuan walaupun saya dah banyak nasihat.

Alasan dia hanya manusia. Mungkin tak dapat mengawal nafsu kerana tidak menunduk pandangan. Saya juga mengalami perubahan fizikaI selepas melahirkan anak secara pembedahan 4 kali, itu antara penyebab kami jarang sekali mengadakan hubungan fizikaI. Sebulan ada sekali dua. Bila duduk asing lagi jarang.

Saya juga tiada masa untuk diri sendiri, sebab privacy saya terganggu kerana ramai orang di rumah, saya perlu uruskan baju yang banyak dan masak makanan yang banyak sepanjang mertua tinggal dengan saya. Di samping itu saya juga bekerja dan rasa m4kin rendah diri setiap kali suami kant0i.

Tahun kemuncak di mana suami kant0i aplikasi omei, berkenalan dengan ramai perempuan siap ajak keluar. (kami duduk asing, dia cuba ambik kesempatan), hendak pergi beraya rumah perempuan tersebut, satu – satu mesej dia saya baca dengan rasa kecewa sehingga saya dah mula rasa tr4uma.

Saya tak boleh pandang atau bercakap dengan suami. Saya jadi marah walaupun dah dekat 4 bulan kejadian tu.. Buat pertama kali saya minta suami ceraikan saya kerana rasa tak dihargai. Tr4uma saya rasa tak dihargai mungkin bermula dengan perasaan menjaga anak sendiri, menjaga mertua lagi,

Tiba – tiba dapat tahu suami mencari perempuan lain untuk suka – suka katanya sebab tak mampu kahwin padahal em0si saya tidak dipenuhi. Saya juga merasa serik menjaga mertua saya kerana ketiadaan privacy saya dan masa saya untuk diri sendiri,

Berbanding sekarang saya lagi selesa kerana tinggal dan urus anak lima orang sendiri. Saya dapat lakukan apa yang saya suka. Tapi saya sedia maklum mertua tidak mahu tinggal dengan anak lain memandangkan kami jaga mertua sangat baik semasa kami tinggal sama.

Sebab itu mertua rela tinggal dengan saya berbanding dengan anaknya sendiri walaupun tahu saya duduk asing dengan suami. Saya menolak dan meletakkan syarat saya hanya akan jaga mertua jika suami jaga bersama. Saya lakukan untuk menjaga mentaI dan em0si saya sebab saya sudah ada pengalaman tinggal asing dengan suami yang memerlukan jiwa luar biasa untuk berdikari menjaga anak – anak sendiri,

Disebabkan itu mertua terasa. Untuk makluman suami bercakap baik dengan saya, tidak pernah meninggi suara, tapi merasa agak janggal untuk bermesra sebagai suami isteri dengan saya kerana kami tinggal asing dulu, kemudian tinggal dengan mertua.

Agak kekok untuk romantis depan orang ramai. Walaupun saya dah banyak kali nasihat untuk lebih mesra dengan isteri. Jadi kami banyak buat hal sendiri, saya fokus jaga anak. Selepas kant0i saya rasa peng0rbanan saya berdikari, jaga anak sendiri, share bayar bil dan jaga mertua tidak dihargai.

Saya mula jarakkan diri sendiri, saya dah tawar hati untuk terus bersama suami. Suami tak mahu ceraikan saya. Saya tertekan kena taat dengan dia sebagai isteri. Saya tak pernah lagi tinggi suara atau herdik suami, cuma saya dah tak boleh nak hormat dan percaya suami.

Saya tak tenang uruskan rumahtangga dalam keadaan tinggal asing dengan suami. Saya sangat bersyukur saya duduk asing dengan suami, jadi saya banyak buat tak tahu hal suami untuk jaga mentaI dan em0si saya memandangkan saya perlu stabil untuk jaga anak.

Tapi saya rasa berd0sa sebab saya dah rasa taknak jadi isteri. Tolong bagi pendapat dan pandangan bagaimana saya nak neutral perasaan benci dan tawar hati pada suami. Bagaimana untuk bertahan sebab anak dan teruskan perkahwinan dengan perasaan macam ini? Pandangan saya, dia taknak lepaskan saya juga sebab anak, kami memang tak mesra pun sebagai suami isteri. Mohon bantuan.. – Hamidah (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Azra Azhar : Kak midah, cerai je la. Tu je ubat hati yang tak mampu melupakan. Kenapa saya cakap gini? Sebab saya ambik masa 2 tahun nak lupakan kecurangan bekas suami dan dalam masa yang sama dia masih lagi contact perempuan – perempuan baru.

Konon nak market diri. So tak mampu lagi nak tahan, dah la culas nafkah, konon tak romantik, tapi dengan perempuan lain bersayang rindu. Kak midah tuntut fasakh. Itu hak perempuan jika tak mahu bersuami lagi. Ada perempuan lain di belakang kita, tak menjaga keperluan em0si juga satu bentuk pend3raan. Cuma tak nampak kat mata kasar.

Kalau rasa mampu hidup 10 – 20 tahun lagi begitu, terus kan. Tapi kalau dah nekad, cerai lah. Hargai diri sendiri dulu, jangan harapkan orang lain nak hargai kita. Dan jangan terlalu baik sampai dipijak. MentaI health kak midah lagi penting dari semuanya. Kalau mampu hidup dengan anak – anak tanpa suami, buat la. F1ght for yourself.

Ummy Ain : Suami tu bukan nak isteri. Dia perlukan orang gaji / h4mba yang tak perlu dibayar gaji. Bertambah untung, ‘orang gaji’ dia sudi tong – tong separuh. Dah la tak dibayar, kena bayar kot atas. Untung besar. Banyak lah ruang dia nak mencari perempuan lain. Kadang – kadang, kita yang menzaIimi diri kita sendiri.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.