Kantoi suami layan perempuan dekat Wechat. Suami cakap kalau aku keluar rumah jatuh talak 3. Dia pulak minta aku bersumpah atas Al-Quran

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Suami datang jumpa aku dengan alasan dia sayangkan aku, nak aku semula. Tapi keluarga aku dah tak terima dia sampai mereka mengh4ramkan aku daripada dekat dengan suami. Kalau aku tetap pilih suami, aku bukan anak mereka lagi dan jangan datang kalau mereka meninggaI dunia.

Foto sekadar hiasan / AI. Pernikahan aku ibarat hidup dalam tersiksa. Sepanjang berkahwin dengan suami, macam – macam yang aku kena hadap, daripada kena jerit, kena maki hamun sampailah dituduh macam – macam perkara yang aku tak pernah buat.

Aku cuba bersabar sebab aku fikir mungkin satu hari nanti dia akan berubah, tapi makin lama aku bertahan, makin banyak pula dugaan yang datang. Suami aku tak bekerja dan hanya mengharapkan mak dia yang bekerja untuk menanggung kehidupan.

Bila keadaan dah terlalu teruk, aku terp4ksa pisahkan anak – anak aku. Anak nombor satu tinggal dengan bekas mertua, manakala anak nombor dua dan tiga tinggal dengan ibu bapa aku. Sebagai seorang ibu, mestilah aku sedih sebab tak dapat jaga semua anak aku sendiri, tapi masa tu aku dah tak tahu nak buat apa.

Ibu bapa aku pernah cakap suami aku nampak macam orang yang sedang ambil barang terlarang, tapi aku diam dan menafikan sebab aku masih nak percaya dekat suami sendiri. Kalau nak dikira, perkahwinan aku memang lebih banyak duka daripada suka.

Aku menangis hampir setiap hari, tapi aku tetap bertahan sebab aku fikir aku sendiri dah memilih dia dan aku kena hadap apa yang berlaku. Sedikit demi sedikit, aku mula tahu kisah lama suami aku. Sebelum berkahwin dengan aku, dia pernah bertunang selama sembilan tahun, tapi hubungan tu putus sebab tunang dia dikatakan berhubung dengan lelaki lain.

Suami aku pula jenis kuat cemburu dan kalau dia ambil piI kvda, per4ngai dia jadi makin susah nak dijangka. Adik beradik dia sendiri pernah beritahu yang dia dulu hampir hilang kew4rasan, sampai aku tertanya – tanya sama ada dia berkahwin dengan aku sebab betul – betul sayangkan aku atau sekadar nak tunjuk dekat bekas tunang dia yang dia boleh hidup bahagia.

Pada Januari, aku disahkan hamil. Alhamdulillah, aku fikir mungkin kehadiran anak ni boleh buat dia berubah dan lebih bertanggungjawab. Dia bersumpah dekat aku yang dia tak akan ambil barang lagi, malah dia cakap kalau dia masih ambil barang tu, aku boleh keluar dari rumah tanpa dia menghalang aku.

Aku percaya kata – kata dia sebab aku berharap kami boleh bina keluarga yang bahagia. Tapi pada Februari, aku dapat tahu dia ambil barang tu lagi. Aku dah terlalu penat sebab dia tak bekerja, sedangkan aku tengah mengandung dan perlukan ketenangan.

Aku nak bekerja untuk cari duit sendiri, tapi dia soal macam – macam sebab cemburu kalau aku bekerja dengan orang ramai. Akhirnya, aku telefon abang aku untuk ambil aku di kampung dan aku balik ke Kuala Lumpur untuk tinggal dengan ibu bapa aku, manakala suami aku masih tinggal di kampung.

Pada Mac, suami aku datang ke Kuala Lumpur dengan alasan dia sayangkan aku dan nak aku balik semula. Tapi keluarga aku dah tak boleh terima dia sampai mereka mengh4ramkan aku daripada dekat dengan suami sendiri. Mereka cakap kalau aku tetap pilih dia, aku bukan anak mereka lagi dan tak boleh datang berjumpa mereka kalau mereka meninggaI dunia nanti.

Bayangkan aku tengah mengandung, tapi terp4ksa memilih antara keluarga sendiri dengan suami, sedangkan aku cuma nak hidup tenang. Nasib baik masa tu aku dah bekerja sebagai kerani. Sekurang – kurangnya aku boleh beli makanan yang aku teringin dan tak terlalu berg4ntung pada orang lain.

Walaupun begitu, masalah rumah tangga aku tak pernah selesai sebab suami selalu menuduh aku curang di belakang dia, malah menuduh aku berz1na dengan bekas suami pertama aku. Aku sendiri tak faham kenapa dia sanggup menuduh aku macam tu, sedangkan aku tengah mengandungkan anak dia.

Bila kandungan aku masuk enam bulan, tuduhan dia makin menjadi – jadi. Aku yang selama ni banyak diam akhirnya pernah membalas, “Awak tuduh tuduh saya ni sebab awak sendiri buat benda yang sama, kan?” Setiap kali aku cakap macam tu, dia cepat – cepat tukar topik. Aku cuba pujuk hati sendiri dan fikir kalau dia menipu, lambat laun Allah akan tunjuk juga perkara sebenar.

Beberapa hari sebelum raya, aku beritahu ibu bapa aku yang suami nak ambil aku balik kampung untuk beraya bersama. Tapi mereka menghalau suami aku dan aku turut dipukuI oleh keluarga sendiri ketika perut aku dah makin membesar.

Sedih sangat masa tu sampai aku tak tahu nak mengadu dekat siapa. Aku tengah mengandung, tapi terp4ksa berdepan dengan perg4duhan daripada dua pihak yang aku sayang. Bila kandungan aku masuk tujuh bulan, aku pergi ke rumah sewa suami.

Macam biasa, kami berg4duh lagi sebelum aku ternampak panggiIan video daripada seorang perempuan dekat telefon dia. Aku pernah tanya tentang nombor tu sebelum ni, tapi dia cakap perempuan tu kawan adik dia. Kali ni nombor yang sama muncul lagi, jadi aku cuba hubungi perempuan tu melalui WeChat untuk mengetahui perkara sebenar.

Selama ni suami aku selalu melarang aku buka WeChat dan menggunakan Beetalk. Dia tak bagi aku buat macam – macam perkara, tapi rupa – rupanya dia sendiri berhubung dengan perempuan lain. Walaupun dia menafikan ada apa – apa hubungan dengan perempuan tu, aku tetap rasa ada sesuatu yang dia sembunyikan daripada aku. Malam tu kami berdamai semula, tapi ketenangan tu tak bertahan lama.

Pada pertengahan bulan tu, kantoi lagi dia bermesra – mesra dengan perempuan tu. Aku dah terlalu penat dengan semua perkara yang berlaku, tapi dia pula melafazkan talak tiga kalau aku keluar dari rumah ketika tu. Hati aku h4ncur sebab dia yang buat masalah, tapi aku juga yang dituduh curang dengan bekas suami pertama aku.

Aku sendiri tak faham apa sebenarnya yang dia cuba buktikan dengan semua tuduhan tu. Dia minta aku bersumpah atas Al Quran yang aku tak pernah curang, jadi aku bersumpah sebab aku yakin aku tak buat perkara yang dia tuduh. Dia pun bersumpah yang sepanjang berkahwin dengan aku, dia pernah melanggan peIacur.

Ya Allah, luluh hati aku mendengar pengakuan tu daripada lelaki yang aku cuba pertahankan selama ni. Kaki aku terasa longlai ketika melangkah keluar dari rumah, sebab terlalu banyak perkara yang aku terp4ksa tanggung seorang diri.

Alhamdulillah, aku selamat melahirkan bayi perempuan. Sekarang anak aku dah masuk setahun lebih, dan bekas suami pertama aku ada minta untuk rujuk semula. Tapi sejujurnya, aku dah serik dengan semua yang berlaku dan takut nak membuat keputusan yang salah sekali lagi.

Aku bukan fikirkan diri sendiri saja, tapi masa depan empat orang anak aku yang perlu aku besarkan. Kadang – kadang aku tertanya – tanya kenapa hidup aku penuh dengan dugaan macam ni. Aku bukan nak salahkan sesiapa, cuma aku penat sebab terlalu banyak perkara yang aku terp4ksa lalui. Kalau semua dugaan ni menjadi sebab untuk menghapuskan d0sa – d0sa aku yang terdahulu, aku redha, Ya Allah. Korang doakan aku kuat untuk meneruskan kehidupan selepas ni dan membesarkan empat orang anak aku dengan baik.

Komen netizen :

Fariz Idham : Penceritaan TT ni memang nampak dia dalam keadaan yang sangat tertekan. Buatlah pilihan yang terbaik untuk diri sendiri dan anak – anak, sebab kalau keluarga masih ada dan boleh membantu, dekat situlah tempat kita berg4ntung harap. Sabar dan banyakkan berdoa, sebab Allah lebih mengetahui.

Mak Mu : Teruskan melangkah dan jangan pandang belakang. Awak wanita yang kuat, jadi kena kuatkan hati demi diri sendiri dan anak – anak. Awak boleh buat, jangan mudah mengalah dengan dugaan hidup.

Zarina Mahamu : Panjang cerita kau, dik, sedih makcik dengar. Orang macam ni, kalau dia merayu sekalipun, kau kena fikir masak – masak sebelum terima dia semula, nanti tak pasal – pasal kau s4kit hati untuk kali kedua. Sekarang kau dah ada kehidupan sendiri, jadi teruskanlah dan jangan biarkan lelaki macam tu terus menyusahkan hidup kau. Makcik harap kau kuat demi diri sendiri dan anak – anak.

Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.