Sorang kawan aku ni, selalu dia nak tunjuk kaya dekat FB. Dia selalu update gambar menunjuk T20. Dia kata ada kereta sampai 30 buah, rumah banglo. Tapi hakik4tnya aku tahu dia miskin duduk rumah flat dengan anak berderet. Jahat ke aku kalau nak tunjuk gambar miskin dia?
#Foto sekadar hiasan. Aku geram. Ye itu rasa hati aku sekarang ini. Tak tahu lah samada rasa geram aku ini normal ke tak. Harap aku mendapat nasihat di sini. Kalau apa yang aku rasakan ini salah, nasihatilah aku dengan komen – komen yang molek ye.
Aku ni jenis hati tisu. Mudah nangis tepi bucu katil kalau baca komen – komen yang melampau. Aku emak emak surirumah. Hobby aku salah satunya melayari facebook. Main suka – suka je lah. Tak adalah sampai lupa masa lupa tanggungjawab.
Aku suka like dan baca komen, tak suka komen dekat mana – mana group atau page. Suka komen men support kat facebook rakan. Sekali sekala aku akan post jugak tentang kehidupan aku. Adat posting kat facebook, mestilah kan aku nak letak sebiji dua gambar yang terbaik.
Pendek kata, aku snap 10 gambar yang aku up 1 gambar je. 1 gambar je yang aku anggap sempurna dan menepati cita rasa aku. Aku mempunyai agak ramai rakan kat facebook. Dalam ramai – ramai rakan ni, ada sorang rakan yang menarik hati aku.
Setiap postingan dia, selalu nak tunjuk dia kaya raya dari golongan t20. Ayat dia selalu tunjuk dia kaya. Gambar – gambar dia selalu tunjuk dia kaya. Dia suka kalau orang puji dia kaya. Dan dia tak segan – segan ugvt orang nak repotkan orang tu pada polis lah, upah peguam lah kalau ada orang buat hal dengan dia.
Pantang kena tegur. Tapi suka tegur dan maIukan orang lain depan – depan. Suka jadi tok hakim dan tok ustadzah yang terpaling bijak. Apapun dia boleh ulas. Kerap bagi – bagi kredit dan duit kat group. Jadi sem4kin ramai orang puji dan percaya dia.
Konon banyak rumah dekat malaysia ini. Banglo ada. Apartement mewah ada. Rumah teres berderet. Kereta dekat 30 buah. Mak mentua dato datin ada company sendiri. Kenapa aku geram? Sebab itu semua palsu. Fake.
Kehidupan dia yang sebenar adalah pemiskin tegar. Suami kerja tak tentu. Anak banyak berderet. Diam dekat rumah flat kos rendah. Itu pun sewa. Gambar – gambar yang selalu dia pakai adalah gambar gugel ataupun curi dari facebook orang lain.
Dia lebih rela biarkan anak – anaknya makan bercatu tak kenyang asalkan dia boleh bagi – bagi kredit dan duit dekat grup. Sem4kin aku geram apabila ramai yang percaya gambar – gambar gugel dan gambar curi itu adalah gambar sebenar dia,
Sehingga ramai juga lah pasangan suami istri yang awal mula aman damai menjadi g4duh berbalah dan berujung pada perceraian akibat bandingkan dengan kehidupan fake member aku ini. Gambar dia dalam kereta selalu tukar – tukar kereta.
Memang lah tukar – tukar kereta, sebab dia naik grab. Dia tak ada kereta. Tapi tak ada sesiapapun yang tahu hakik4t ini. Dia pandai menyorokkan rahsia dia. Baju beli kat bundle, dia akan cakap itu beli kat butik pavilion.
Gambar rumah dari agen – agen perumahan, dia akan rembat kemudian dia up dekat group dan dia akui yang itu adalah rumahnya. Macam itu juga dengan gambar – gambar makanan restaurant, hotel, barangan branded, semua lah.
Untuk cover, sebab tak pernah tayang muka pada gambar – gambar itu, dia akan up gambar masa dekat kfc. Tambah aku geram dia selalu nak tiru aku. Cara aku cakap, komen, background keluarga aku, keluarga mentua aku, sampai suami pun dia nak tiru bulat – bulat.
Sifat – sifat suami aku, apa suami aku buat, fisikaI suami aku, semua tentang suami aku, dia tiru. Konon suami dia macam itu. Dia canang cerita itu kat mana – mana. Padahal suaminya tak macam itu. Jauh beza. Sekali dua, aku anggap kebetulan.
Tapi kalau selalu dia buat macam itu, takkan lah aku butakan diri dan masih cakap yang itu semua suatu kebetulan. Ya, aku tau kehidupan sebenar dia. Aku telah berjaya menemui rumahnya, kehidupannya yang sebenar.
Dalam semua bilangan member dia, tak ada 1 orang pun tau kehidupan sebenar dia selain aku. Bagi aku, apa yang dia buat adalah salah. Aku tau semua orang nak posting yang terbaik dekat sosiaI media, tapi kalau ambil gambar milik orang lain, dan diakui gambar itu adalah miliknya, bagi aku itu adalah satu penipuan.
Dan hebatnya lagi, aksi dia tu tak pernah kant0i. Dia betul – betul berada dalam zone selesa menipu orang lain. Membuat porak peranda rumah tangga orang lain. Merasa diri dia hebat dan gah di facebook. Masa awal – awal mula dulu aku tak kesah sangat. Kubuur masing – masingkan..
Aku menjadi geram semenjak dia rajin meniru aku. Dan aku sem4kin geram, bila tengok rumahtangga member lain banyak yang bermasalah kerana postingan fake member ini. Cara dia tulis ayat, betul – betul boleh psik0 sesama wanita supaya push suaminya masing – masing untuk memberikan hidup sama macam member aku ini.
Yang aku juga geram, sanggup dia rolling duit pemberian aku untuk modal sedekah dia kat group lain, supaya sem4kin ramai orang yang dok puji – puji dia. Walhal aku bagi sedekah supaya anak – anaknya tak kelaparan.
Kalau aku tak bagi duit, aku bagi barangan. Dia akan pakai duit belanja dari suami dia untuk modal bagi – bagi dekat grup. Dia tak belanjakan duit itu, sebab aku dah bagi barang. Aku meluat. Ingin aku tepek gambar kehidupan sebenar dia dekat mana – mana group yang dia follow. Jahatkah aku kalau aku berbuat itu? – Aku (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Wan Saliina Wan Mamat : Blok je lah sis, apa nak layan dah, waima kalau sebenarnya awak bersaud4ra dengan dia sekali pun jarakkan hubungan tu tak payahlah baik – baik sangat. Memang ada je manusia begini tapi dalam situasi ini sebenarnya ujian untuk diri kita sebenarnya dalam kita tak sedar.
Macam mana kita nak tangani orang – orang begini tanpa kita mendapat d0sa. Block, tak payah ambik tahu langsung, tak payah lah bantu, banyak lagi orang yang asli susahnya untuk awak bantu di luar sana.
Cik Syima Kasim : Ada je antara friend kat fb yang selalu pos yang dialah terpaling bahagia dan terpaling kaya punya segala. Saya unfollow je dia.. tak perlu nk tau pasal hidup dia, dan apa yang dia nak tunjuk kt fb tapi dia still tau pasal hidup saya dan masih kawan. Semua kat tangan kita. Nak hidup tenang – tenang je lantak pi la dia.
Nazira Mylisa : Kenapa awak perlu runsing ye? Buat tak tau sudah. Biaq pi dia lah nak tipu ke apa. Unfollow dan block je dia. Jadi macam Saya. Dekat FB tak de fren pun. Buka FB cuma nak baca confession dan tengok reels je. Tik tok sama, IG pun sama. Seketul kawan pun tak de.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.