Memang cikgu – cikgu pilih kasih berdasarkan taraf kehidupan ke? Dia pandang aku selalu buat muka menyampah, tengok atas bawa macam aku ini sampah. Hari itu juga aku kena baling fail, kena koyak kain, tarik tudung..
#Foto sekadar hiasan. Salam semua pembaca. Belum tulis detail, jari dah mengigil tak tahu kenapa. Aku Melati berusia 24 tahun berasal dari pantai timur, aku pun tak tahu nak jelaskan tentang apa mungkin ini hidup aku yang menyedihkan atau takdir Allah yang tak sudah ujiannya.
Aku jenis suka pendam segala benda, sampai makan diri juga. Aku jadi pendiam, tak suka tempat ramai orang, pergi mall aku rasa nak pitam dan sesak nafas sampai sekarang. Masa aku kecil 11 tahun kehormatan aku diragut dengan kenalan ayah aku, dia kena hukvm dan aku alami tr4uma yang teruk jika jumpa lelaki yang bermisai.
Waktu sekolah rendah aku selalu dibuIi sebab selekeh, geng – geng cantik malah budak geng badan besar – besar pun tak nak kawan dengan aku, aku orang susah pakai kasut baju sama tiap tahun. Budak lelaki selalu ejek aku “kusut’, diorang ejek juga pasal kes aku, sampai aku selalu menangis nak pergi sekolah dan mereka pandang aku macam jijik sangat,
Waktu sekolah rendah ada seorang cikgu perempuan memang tak suka aku. Salahnya mungkin aku anak orang susah dan tak menarik dekat mata dia, dia panggil aku tanya kes r0g0I itu, lelaki itu buat apa dan macamana cara orang tu buat? Soalan dari seorang cikgu ye?
Budak – budak lelaki kampung selalu ejek ayah panggil nama yang bukan – bukan bila aku lalu depan mereka, ayah tak ada apa salah mereka just nak bahan aku. Waktu sekolah menegah keadaan masih sama aku dibuIi, tak ada kawan sangat, tapi aku mula pandai kemaskan diri, tapi bila orang tahu sejarah tak ada siapa nak dekat juga.
Aku ada beberapa orang kawan sahaja waktu sekolah menengah, selebihnya kawan sekolah lain yang tak tahu sangat pasal aku, waktu sekolah menengah ada cikgu lelaki tak suka aku, aku tinggi subject english dia tuduh aku meniru.
Aku b0doh dia perli aku, aku tak tahu dia nak apa, selalu sangat maIukan aku dalam kelas. Memang cikgu – cikgu pilih kasih berdasarkan taraf kehidupan ke? Dia pandang aku selalu buat muka menyampah, tengok atas bawa macam aku ini sampah.
Aku tak pernah bercinta, tak ada siapa nak aku, tapi aku ada dua orang kawan baik lelaki, yang selalu back up aku dalam apa jua keadaan, waktu tingkatan 3 Haikal pindah sekolah ke kajang. Tinggallah Afiq seorang, waktu ini aku teruk bab buIi dan aku jadi bendahari kelas, kutip duit dan bagi pada penolong kelas belikan barang tapi dia makan duit itu, aku report cikgu.
Hari itu juga aku kena baling fail, kena koyak kain, tarik tudung, sampai ada yang naik buku lima, mereka 4 orang. Waktu ini Afiq selamatkan aku, aku menangis teruk hari itu sampai rumah kena marah dengan mak tengok keadaan baju semua,
Macamana nak beli duit tak ada, mak kata tak payah pergi sekolah dahulu, aku diam sahaja tak nak tambah beban mak. Waktu akhir tingkatan 4, Afiq meninggaI kena langgar kereta api. Waktu ini aku kemurungan teruk, kawan baik aku.
Aku tak pergi sekolah, macam orang giIa sebulan juga. Akhirnya mak bincang dengan kakak dia untuk tukar sekolah aku ke kuala lumpur, aku ingat semua berakhir dekat sini. Pergi sekolah kuala lumpur, kena buIi juga sebab budak sekolah aku sosiaI, rambut karat dan aku bertudung labuh, baju nila.
Diorang tengok rambut aku, dan memang tak suka lah, rambut asli tak ada karat. Budak – budak lelaki kelas ramai cuba dekati aku, sebab mereka tak kenal aku kan. Lagi budak perempuan jadi benci pada aku, sampai tahap aku melangkah ke sekolah dalam keadaan menangis sebab takut, mereka lebih ramai dari sekolah lama.
Mereka baling botol vicks dekat kepala aku, mereka sembur sos ikan pada aku, pangkah kaki aku, ani4ya letak r0kok dalam beg aku, gunting tali beg aku. Keluarga mak cik aku ini agak alim, sangat jaga agama, waktu rumah dia aku kena kongkong juga, kalau balik jam 2, 2.15 mesti sampai rumah dah.
Pakaian kena tutup aurat even ke sekolah. Bangun lambat memang teruk kena bebel, tapi sebab dia aku pandai masak, pandai mengemas, mak aku jenis suka buat kerja seorang diri, dia tak nak orang tolong. Aku tamatkan sekolah walau dalam keadaan tersiksa dan aku sambung belajar dalam bidang perubatan.
Waktu kat tempat belajar aku dapat ramai kawan baik, kawan – kawan ajar aku make up, lawa – lawa.. ajar aku macam – macam benda baik. Tapi selama aku belajar, mereka tak pernah tahu dari A – Z yang aku alami, walaupun aku anak orang susah aku tak pernah beritahu.
Aku berdrama sama taraf dengan diorang. Walau susah ayah tak abaikan duit aku tiap bulan, dia usaha adakan juga. Waktu ini aku ada sedikit keyakinan dalam diri yang dah hancur dari kecil, aku pergi reunion sekolah lama dan sekolah baru, aku transform diri aku agar cantik depan mereka dan mereka terk3jut jumpa aku.
Geng yang buIi ada minta maaf tapi aku susah maafkan, ada yang dah berpurdah tapi bagi aku macam topeng sy4itan dengan apa dia buat dahulu. Lelaki bujang kampung aku masing – masing cuba dapatkan nombor aku dari adik, tapi aku tak akan lupa apa diorang buat dekat aku dari kecil, ada dua family masuk meminang.. kelakarkan dulu kecil h1na aku macam – macam.
Aku penat dengan kehidupan aku, aku cemburu dengan kehidupan orang lain, mungkin ada yang kata kena bersyukur, tapi awak tak duduk dalam kasut saya. Awak tak tahu d3ritanya saya bertahun – tahun, dan saya tak cerita terlalu dalam sebab terlalu s4kit. Sampai sekarang s4kitnya masih saya rasa, Doakan saya agar selalu kuat. Terima kasih.. – Melati (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Bai Zure : Semoga urusan melati dipermudahkan Allah. Jadi dari yang berjaya dunia akhir4t. Apa yang dah berlaku dulu dalam hidup melati bukan salah melati. Bergaullah dengan rakan – rakan baik tu. Jika melati str3ss cuba dapatkan bantuan. Memang susah nak melupakan. Semoga masa akan menyembuhkan Iuka di hati melati. Kak doakan melati diberi ketenteraman jiwa, berjaya dunia akhirat. Hugss
Suriani Yahya : Sebenarnya adik adalah insan terpilih untuk melalui ujian ini kerana Allah tahu adik boleh melaluinya. Setiap orang ada misi jiwa yang tersendiri. Kemungkinan misi jiwa adik adalah untuk merawat jiwa – jiwa yang s4kit.
Allah bagi latihan khas buat adik. Umpama askar perlu dilatih dengan beratkan. Proses latihan seterusnya adik perlu sembuh sebelum adik boleh merawat orang lain. Langkah pertama adik telah jalankan iaitu meluahkan rasa keperitan itu.
Kemudian adik perlu maafkan semua orang yang s4kit dan Iukakan hati adik. Jangan bimbang kifarah tetap berjalan. Tidak perlu berd3ndam. Sayangi diri adik dengan menjaga keterampilan diri dan lakukan perkara yang adik suka.
Apabila adik sudah dapat meluahkan tanpa rasa sedih dan s4kit hati, itu bermakna proses penyembuhan sudah berlaku. Anggap sahaja kepedihan dan kesedihan itu adalah latihan berharga untuk menguatkan adik kerana tanpa tekanan yang kuat, tidak mungkin unsur karbon bertukar menjadi berlian.
Begitu juga dengan manusia bagaimana seseorang itu bangkit dan terus bangun walau dihenyak untuk menjadi insan yang positif dan menerangi alam ini.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.