Kawan baik aku m4kin berlagak sejak join MLM. Aku cuba nasihat dia, terus dia melenting sampai tahap h1na mak aku

Dorang tanya macam mana nak dapat duit balik, aku cuma boleh jawab cuba la minta dengan Nana tapi aku rasa memang takkan dapat dah. Memang dua orang tu jadi serabut la, dah kami baru je mula kerja, gaji bukan banyak mana pun, kena tipu pula tu.

Esoknya, kawan aku yang ada bagi duit pendahuluan tu ada bagitahu aku, semalam dia ajak Nana dan laki tu keluar sebab nak minta balik duit yang dia bayar tu. Yang laki tu boleh h1na kawan aku tu, dia kata sampai bila nak kerja gaji ciput macam ni?

Ehh setakat gaji awak seribu lebih tu mahal lagi tali pinggang LV yang saya pakai ni.. Fuhh berdesing telinga weii dia kata lagu tu. Kawan aku jawab balik, kalau dah boleh pakai tali pinggang mahal, maknannya boleh la kan bagi balik duit dia.

Laki tu jawab memang takkan dapat la, kira โ€œBurnโ€. Marah la kawan aku tu kat Nana. Aku kata kat kawan aku tu, patutla semalam Nana balik marah – marah aku pon.. Tiba – tiba je balik m4ki aku macam – macam, kata aku tak puas hati dengan dia, dok buat t4ik kat bisnes dia dengan canang cerita kat semua orang tempat keje.

Aku bagitahu dah Nana yang aku tak dak cerita kat sapa pun, mana la aku tau dorang tau dari mana. Dorang sendiri yang cari aku tanya macam – macam, maknanya dorang dah tau awal dah. Dia yang kalut cari downline, salahkan aku pulak bila semua pakat tau dia buat bisnes, adoii.. Sampai kesudah Nana tak percaya kat aku.

Dipendekkan cerita, lepas semua orang tempat keje tau yang Nana buat MLM, semua orang macam pakat pulaukan dia, masa tu aku tengok dia kesian sungguh. Dia pun nampak str3ss je. Macam dah tau yang dia kena tipu kot, haha.

Dan betul tekaan aku, balik je keje dalam dok scroll fb aku ada ternampak post dia kat group insan – insan yang kena tipu dengan g3ng MLM ni, aku lupa dah nama group tu. Kalau cari ada lagi kot. Dia tulis yang dia nak jual semua barang – barang yang dia dapat tu murah – murah sebab nak duit balik dan dia ada cerita juga kat situ yang dia kena tipu. Dahla dah buat loan puluh ribu bagi semua kat laki tu.

Lagi la aku jadi kesian kat dia. Tapi tula, walaupun dia dah sedar tetap juga bila jumpa aku dia macam tak suka sungguh tengok aku, dalam tak suka dia tu aku perasan juga. Sebelum ni kalau dia tengok aku dia macam jeling la buat muka la, tapi haritu dia ternampak aku dia tunduk dan pandang tempat lain. Macam nak mengelak pun ada.

Tapi nak mengelak macam mana, dah kami punya tempat kerja memang tak boleh lari jauh. Terkurung dalam 1 tempat je jadi pergi mana – mana tetap jumpa jugak. Haritu kebetulan dia kerja sorang kat 1 tempat tu, aku pergi kat tempat dia terus aku tarik dan peIuk dia, aku tanya la sampai bila kita nak bermusvh macam ni? Kan dah tau kebenaran, cukup laa. Aku rindu persahabatan kita dulu.

Dalam dok bercakap tu memang kami dua nangis kat situ. Aku kata lagi kat dia, aku minta maaf sungguh pasal sebelum ni, tapi sumpah bukan aku yang bawa cerita pasal dia. Dia kata dia pun minta maaf juga sebab duk kata macam – macam kat aku sebelum ni, lagi – lagi kat mak aku.

Dia kata bukan tak nak tegur aku, tapi dia malu sebab dia betul – betul kena tipu dan tak nak percaya kat aku dulu. Lepas dari hari kami bermaafan tu, aku dengan Nana dah ok balik. Kami kawan, tapi bukan kawan rapat dah.

Aku tak tau la nak bagitau macam mana perasaan aku ni, bagi aku boleh je aku dengan dia jadi kawan, tapi nak jadi baik sangat macam dulu tu tak kot. Lagi – lagi sekarang aku dengan dia sama – sama dah pindah tempat keje.

Sekarang ni bila aku tertengok je fb dia, dalam hati aku masih ada je doa untuk dia. Aku cerita ni pun bukan sebab nak aibkan dia, jauh sekali.. Niat aku cuma 2, nak bagitahu yang aku sebenarnya rindu kenangan masa aku dengan dia jadi bff dulu, hiking, shopping, teman aku dating dan banyak lagi la..

Yang kedua, aku nak pesan kat adik – adik yang baru atau lama kerja gov, t4rget g3ng dorang memang nak yang mudah buat loan dan mudah diperdaya. Jangan la mudah sangat percaya dengan skim cepat kaya ni. Mana ada cara mudah dapat duit ooii. Mudah hilang kawan ada la.. Haha.

Memang la gaji kita sikit, rasa nak berjoli lebih, nak tambah pendapatan ko pergiIah buat grab ke food panda ke, meniaga buka gerai ke apa bila habis kerja or cuti tu. Nak malu buat apa, kita yang nak pakai duit. Sekian. โ€“ Lili (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

ู†ูˆุฑ ุฏูŠุงู†ุง ุฃุญู…ุฏ : Kerana sesuatu produk ini jugalah,aku terjerat dengan loan. Benci bila dikenang kembali, sungguh b0doh aku rasakan. Sampai sekarang memang tak dapat lupakan, walaupun orang tu kaya, harta banyak. Ketahuilah sesungguhnya aku terani4ya. Dek kerana nak downline, aku yang baru di sektor pekerjaan tak pasal – pasal dah ada hutang.

Salina Gunawi : Macam kenalan saya tiap minggu ajak pergi The Mines dengar talk. Saya beri alasan hujung minggu nak lepak sebab penat kerja. Dia dok perli takkan tiap – tiap minggu penat. Jiran – jiran lain pun dia ajak juga.

Rupanya dia join MLM Penapis air. Bayar 20K dapat 10 penapis air. Lepas tu kena cari down liner. Rumah dia dah penuh dengan penapis air patutlah dia desak kami suruh join. Sorrylah pada saya kalau begini tak kaya pun tak apa.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.