Saya pelik kenapa kawan baik saya nak cerita luahan perasaan dekat isteri saya. Katanya tak selesa, habis mesej dengan isteri orang lebih selesa. Satu hari tu, saya balik awal, saya tak bagitahu isteri..
#Foto sekadar hiasann. Assalamualaikum admin dan sahabat pembaca. Saya seorang suami dan masih bersama dengan isteri. Kami tinggal di Selatan negeri. Alkisahnya, saya berjiran dengan kawan lama yang saya kenal sebelum saya berkahwin.
Saya namakan kawan ini sebagai Timun (lelaki, bukan nama sebenar). Tiga tahun lepas, kawan saya hadapi masalah rumah tangga apabila isteri beliau, saya namakan sebagai Za (bukan nama sebenar), menuntut cerai tetapi saya tidak tahu atas sebab apa kerana Timun tidak pernah bercerita masalah rumah tangga dia hingga sekarang.
Saya pun tak pernah nak bertanya dengan lebih lanjut, biasalah lelaki kan. Timun juga tidak pernah buka mulut tentang masalah rumahtangga pada saya sehinggalah satu hari saya terbaca wasap telefon isteri saya. Timun dan Za rupanya ada berhubung dengan isteri saya berkenaan masalah mereka.
Apa yang saya kesalkan Timun sepatutnya menghubungi saya, bukan isteri saya. Saya mengalah. Saya anggap mereka berusaha untuk memperbaiki hubungan rumah tangga antara Timun dan Za. Tetapi perasaan saya selalu meminta untuk tidak terlalu percaya.
Pada satu hari saya melihat telefon isteri saya sewaktu beliau tidur. Saya lihat Timun berwasap dengan isteri saya hingga larut malam. Saya juga lihat ada beberapa kali perbualan telefon. Kalau tak silap saya hampir jam 1.00 pagi.
Tak ke sangat mencurigakan bagi seorang lelaki dan juga isteri orang bercakap telefon pada waktu ini? Macam mana lagi saya nak bersangka baik? Kebetulan saya ada urusan luar pejabat pada hari tersebut dan balik ke rumah tanpa maklum lebih dahulu pada isteri saya.
Esoknya saya bertanya dengan isteri kenapa layan wasap dan panggiIan dari Timun. Katanya tak ada apa, bukan ada perasaan pun. Hanya sekadar rakan. Tambah isteri saya, dia kata dah anggap keluarga Timun macam keluarga kita.
Dia kata Timun perIukan seseorang untuk bercakap. Meluahkan masalah rumahtangganya dulu dengan pasangan. Saya tanya kenapa Timun tak mau hubungi saya, bercerita dengan saya. Isteri kata Timun segan nak mula cerita pada saya dan tak selesa bercerita dengan saya.
Saya tanya kenapa Timun segan dengan lelaki tapi tak segan dengan perempuan. Sehingga sekarang tiada jawapan untuk itu. Setelah kejadian tersebut, suasana reda seketika. Tiada lagi wasap dan panggiIan yang saya lihat dalam ‘history call’ dan wasap.
Rupa – rupanya sangkaan saya meleset. Isteri saya tertangkap apabila saya balik kerja awal, jam 1.00 petang, segera saya semak telefon isteri saya. Ada banyak wasap dari pagi dan 1 panggiIan dari Timun kerana isteri saya tak sempat padam perbualan dan tak sangka saya akan pulang awal hari tersebut.
Memang betul saya lihat tiada perbualan wasap yang menjurus ke arah perselingkuhan tapi antara seorang lelaki dan seorang wanita berbual, lama – lama tak must4hil akan terpesong juga. Tapi mana tahu sebab sebelum ni isteri saya dah pandai delete segala perbualan mereka cuma hari tu je terkantoi.
Kami berper4ng besar, tapi saya masih berfikir secara w4ras. Keadaan tenang kembali. Tiada lagi wasap – wasap atau call. Atau mungkin isteri saya tidak jujur pada saya, terpulanglah. Saya keluar rumah cari rezeki, tinggalkan isteri di rumah lengkap untuk kehidupan kami sekeluarga.
Pada akhir tahun 2022 sekali lagi isteri saya tertangkap, kali ini saya baca wasap dari Timun seolah – olah nak mengajak kepada perbuatan kurang elok. Timun ada bercakap berkenaan perempuan. Timun kata pada isteri saya, dia lebih senang ada skandal dari mencari seorang isteri.
Di akhir wasap tersebut Timun ada bertanya pada isteri saya lebih kurang begini ayat ya: Kau tak ikut macam aku ke? Patutkah Timun bertanya soalan itu pada isteri saya. Walaupun saya lihat tiada lagi jawapan dari isteri saya selepas ayat tersebut tapi saya rasa sesuatu yang kurang menyenangkan dan apakah tujuan Timun menghubungi isteri saya pada waktu – waktu saya keluar bekerja.
Jadi tak salah kalau saya anggapa hubungan rahsia mereka ni tak pernah terputus pun, cuma isteri saya pandai sorok. Jika benar jujur, kenapa tidak tunggu bila saya ada di rumah. Atau lebih mudah datang rumah waktu saya ada di rumah.
Lagipun, saya yang lebih kenal dulu dengan Timun, saya adalah kawannya dulu. Kenapa dia pilih untuk bergurau, bermesej dengan isteri saya. Kalau orang yang w4ras mampu berfikir dengan logik, tak perlu kot mesej dengan isteri orang.
Apa patut saya buat pada Timun? Memutuskan silaturahim itu berd0sa tapi rumahtangga saya, saya perlu jaga. Yang saya pelik isteri saya tak suka bila saya berbincang hal ini. Sebaliknya dia cuma kata, tidak apa – apa, jangan cemburu buta. Sehingga sekarang Timun nampaknya m4kin jauh dari saya. Mungkin dia dapat tahu dari isteri saya, bahawa aktiviti Timun telah saya ketahui. – Burger Ramly (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Kasih Jewels : Lebih baik bagi amaran pada isteri tu. Kalau tak melayan tak menjadi. Ni si isteri pon sama naik ulat bulu. Kawan tak kawan, ni dah bukan kawan yer, ni si bakal pemakan isteri anda. Tak payah duk buat kawan lagi dan kalau keterlaluan memang boleh ambil tindakan seterusnya.
Zakiah Abdul Mutalib : Dont be lurus encik. No such thing as putus hubungan kalau itu mud4ratkan marriage kamu, better cut off immediately. Banyak benda boleh cegah dari awal. Isteri pun 1, per4ngai apa macam tu melayan lelaki lain. Siap dah pandai delete – delete history semua. So fishy and this leads to cheating.
Siti Sariff : Tak mengapa putus hubungan silaturrahim, sebab kau orang bukannya sed4rah sedaging. Salah istilah di situ. Dan bagi I, jika terputus persahabatan pun lebih elok. Tak logiknya isteri you nak jadi kaunselor rumah tangga orang pula. Merepek!
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.