Suami naik tangan sampai mata aku berd4rah, terus kawan baik aku hasut suruh install apps 0MI. Dia kata kalau ada skandal boleh hilang str3ss. Aku jumpa dengan suami orang, saat isterinya berpantang di kampung kami cek in di sana sini..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Lama aku fikirkan untuk menulis kerana akan membuka aib ramai pihak dan pasti akan mendapat banyak kecaman. Sedikit tentang latar belakang aku. Nama aku Lili (bukan nama sebenar) berumur awal 30an sudah berkahwin hampir 12 tahun dan mempunyai seorang anak berumur 11 tahun.
Suami aku pula Fizi. Aku mendirikan rumah tangga pada usia yang muda ketika masih belajar lagi atas permintaan arw4h emak yang risau melihat anaknya kerap berjumpa teman lelaki. Berbalik pada tajuk, aku amat benci curang kerana ada pengalaman hitam masa sekolah melihat emak aku sendiri curang dengan lelaki lain di belakang ayah aku di depan mata sendiri.
Ketika itu tahun aku hendak mengambil SPM. H4ncur sungguh hati aku masa itu. Sudahlah aku yang menangkap kecurangan emak tetapi emak menutup salahnya dengan menghalau aku pulak dari rumah. Ayah meminta aku memaafkan emak dan kami kembali duduk serumah.
Bertahun aku mencuba memaafkan emak. Ketika emak sibuk dengan lelaki lain, emak seakan lupa tanggungjawab. Tanggungjawab memberi makan, mengemas rumah semua jatuh di bahu aku sebagai kakak sulung. Pagi sekolah petang kerja sebagai pelayan di kedai makan makcik aku untuk tampung belanja makan di rumah.
Emak insaf hanya selepas kaki emak dip0tong akibat jangkitan kuman. Emak penghidap k3ncing manis kr0nik. Berbulan emak keluar masuk wad dan akulah penjaga setia emak masa itu. Walaupun marah aku masih ada tetapi aku masih laksanakan tanggungjawab aku sebagai anak.
Kadangkala bila terlalu marah, terkeluar juga dari mulut aku apa yang mak dapat adalah baIasan dia curang dengan ayah aku. Setelah aku berkahwin kehidupan aku stabil, kami berhijrah dari kampung ke bandar kerana mendapat pekerjaan yang lebih baik.
Hidup aku mula berubah 100% apabila aku kehilangan adik aku pada 2020 diikuti mak beberapa bulan kemudian. Kehilangan mereka mer4gut semua kegembiraan aku. Aku jadi tidak kenal diri sendiri. Mujur suami aku selalu ada dengan aku disebabkan pkp ketika itu.
Ketika itu jugalah kawan baik aku sendiri terlibat dalam kecurangan. Dia menduakan suaminya dan akhirnya dapat tahu suaminya juga mempunyai skandal di luar. Aku sebagai orang yang benci kecurangan sudah tentu tidak menyebeIahi mana – mana pihak dan aku katakan kedua – duanya kena berubah demi anak.
Aku amat pantang tentang curang, cepat sahaja aku menjatuhkan hukvm pada mereka yang curang dengan mengatakan macam – macam kepada mereka. Akhirnya makan diri sendiri. Sehinggalah pada awal tahun ini, aku berg4duh besar dengan suami.
Ini bukanlah kali pertama kami berg4duh dan jenis suami kalau berg4duh suka memukuI aku. Pernah dipukuI hanya sebab aku k3jutkan dia dari tidur ketika senja hingga berd4rah dalam mata aku. Aku mengadu nasib dengan kawan baik aku itu.
Dia mencadangkan aku download aplikasi 0mi bagi menghilangkan str3ss aku ketika itu. Aku pulak terlalu ikut em0si dan mencuba applikasi tersebut. D isitulah bibit kecurangan yang aku sendiri tidak sangka sanggup aku lakukan perkara sejijik itu.
Bermula dengan hanya swipe sana sini, aku memulakan perkenalan dengan seorang cikgu yang bernama Amir berasal dari perlis. Sedang pjj dengan isteri. Aku tidak berani untuk berjumpa tetapi atas desakan kawan baik aku yang menyuruh aku mencuba sekali untuk berjumpa.
Katanya boleh hilang str3ss. Sekali terjumpa terus terjebak. Seterusnya, lelaki kedua adalah Nadhir juga suami orang yang isteri sedang sarat hamil ketika itu. Alasannya mencari skandal kerana sering tiada kesefahaman dengan isteri.
Sebagai skandal yang kononnya caring dan memahami kenalah saling support em0si satu sama lain. Hubungan aku dan Nadhir sudah terlalu jauh. Saat isterinya berpantang di kampung kami cek in di sana sini. Lelaki terakhir yang aku kenal juga suami orang.
Alasannya masing – masing memahami komitmen sudah berkeluarga. Syahdan namanya. Orangnya sejenis family man. Tiap minggu akan bawa isteri dan anak bercuti. Berbeza dengan aku yang sering terperap di rumah kerana suami aku amat sibuk bekerja.
Cemburu aku melihat kegembiraan isterinya setiap kali isterinya upload story di ig. Tetapi walapun aku curang aku tetap tak hilang str3ss macam kawan aku cakap. Tiap hari hidup aku dibayangi rasa berd0sa kepada suami.
Hingga akhirnya aku sendiri mengaku pada suami tentang kecurangan aku dan menyerahkan kepada suami tentang nasib keluarga kecil kami. Aku tahu bukan mudah menerima kecurangan isteri. Mungkin pembaca akan mengatakan suamiku dayus dan b0doh kerana masih menerima dan sanggup bertahan asalkan aku betul – betul berubah.
Tapi aku bersyukur disebabkan kejadian ini jugak suami aku m4kin berubah. Tiada lagi perg4duhan sehingga naik tangan. Dia juga melayan aku dengan lebih baik. Aku juga berjanji tidak akan mengulangi kecurangan ini. Aku benar – benar insaf kerana takut kehilangan suami dan anak aku.
Aku kehilangan kawan aku kerana dia amat marah apabila aku katakan aku tidak ingin lakukan kecurangan ini lagi. Katanya dia tiada g3ng. Aku tidak kisah dia tiada tetapi aku sedih melihat dia sem4kin hanyut. Dia sudah bercerai dan sedang hamil kali kedua anak teman lelakinya.
Aku sudah tiada upaya untuk nasihatkan dia. Aku cuma mampu mengubah diri aku sendiri. Diakhir coretan ini, aku hanya ingin memohon kemaafan kepada suami aku. Juga kepada isteri – isteri skandal aku dahulu. Aku minta maaf kerana menganggu rumahtangga walaupun aku pasti sehingga kini mereka tidak tahu tentang kecurangan suami mereka.
Mungkin ini adalah baIasan aku kerana aku terlalu menghakimi emak serta orang lain yang curang. Kepada para isteri atau suami, keraplah periksa telefon pasangan. Ada setengah pasangan akan uninstall aplikasi bukan – bukan apabila sudah sampai d irumah.
Jadilah pasangan yang bijak jika mahu selamatkan rumahtangga anda. Terima kasih sudi membaca dan aku bersedia menerima segala kecaman. – Lili (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Donna Karen : Ujian masing – masing. Tapi curang tu pilihan. Harap tt bertaubat dan istiqhamah. Besar pahala suami dapat maafkan dan terima awak. Jagalah syurga awak sebaiknya. Kalau terasa nak buat lagi ingat lah kat anak – anak.
Syahirah Madihah : Saya pernah baca sep0tong ayat ni tapi saya lupa kat mana. Kita jangan menghakimi d0sa silam orang terlalu melampau kelak d0sa itu yang akan kita buat dan kita akan diuji dengan benda yang kita terlalu benci, terlalu takut. Lepas ni cari la kawan yang baik.
Mohamad Hakimi Abdul Halim : Syukurlah awak dah berubah. Bertaubat dah takutlah pada Allah terlebih dulu, sebab taqwa tu yang boleh jauhkan kita dari segala d0sa dan maksi4t yang dibenci. Dan kalau boleh berhentilah main 0mi. Dan doakanlah moga kawan awak tu insaf dan bertaubat.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.