Sepanjang dia mesej aku tu, dia sangat memaksa ye nak pinjam jugak. Aku memang tak rasa nak bagi. Tak lama lepas tu, dia update status kat fb, tulis yang dia dah lewat period beberapa hari. Kewangan tak stabil tapi sibuk nak beranak lagi??
#Foto sekadar hisan. Salam semua. Aku Cempaka, telah berkahwin dan dikurniakan seorang baby girl yang sangat comel dan pandai. Jadi selepas aku berkahwin, aku berkawan jugak lah dengan isteri kepada kawan – kawan suami aku ni.
Mula – mula aku macam boleh ngam, tapi lama kelamaan, aku rasa macam tak boleh go dengan sorang antara kami berempat ni. Jadi untuk dipendekkan cerita, kami bersalin dekat – dekat. Dan anak kami berempat pun tak jauh beza, ada yang beberapa bulan dan ada yang beberapa hari.
Antara kami berempat, dua antara kami bekerja, dan aku dan seorang lagi, yang aku namakan Ros ni, tak bekerja. Aku sebenarnya bekerja sebelum ni. Tapi disebabkan anak aku m4kin membesar, aku berhenti sekejap untuk fokus menyusu badan sepenuhnya dan besarkan dia.
Tapi, sebelum aku berhenti, aku memang ada sedikit simpanan kec3masan, dan boleh dik4takan ada beberapa barang kemas sebagai aset kalau sesak. Tapi mintak jauh lah, harap – harap semuanya cukup dan tak perlu untuk gadai.
So aku nak cerita pasal si Ros ni. Ada satu hari tu, kami pergi lepak berempat di rumah salah seorang kawan suami aku ni. Kebetulan rumah dia tu dekat dengan tempat makan yang aku memang teringin nak makan, aku pun ajaklah diaorang ni untuk lunch di sana.
Yang Ros ni cakap, dia takde duit, next time lah. Dia cakap juga, dia terp4ksa tukar susu anak dia daripada yang mahal kepada yang murah sebab kos sara hidup sekarang. Suami dia sorang je yang bekerja pulak tu. Aku pun macam fikir – fikir, alah berapa RM lah sangat makan kat kedai tu, memang aku niat nak belanja je diaorang sebab serious kedai tu memang murah.
Jadi kami pun pergi makan dan ok lah semuanya takde pape berlaku. Selang 3 hari daripada hari lepak kami, Ros ni message aku. Katanya nak minta tolong. Aku dah seram sikit ni. Hahaha. Aku macam dah boleh agak, apa benda dia nak minta ni kan. Rupanya dia nak mintak pinjam duit aku.
Aku sejenis yang memang tak akan bagi orang pinjam duit sepanjang aku hidup. Kalau orang tu betul – betul susah, memang aku sedekah je. Sebab aku tak nak mengemis dan tak nak rasa tak best bila orang tak bayar balik duit aku.
Korang faham kan perasaan aku.. Weh sepanjang dia mesej aku tu, dia sangat sangat memaksa ye nak pinjam jugak. Dan macam – macam alasan lah dia bagi untuk pinjam duit tu antaranya susu anak dia habis. Aku macam tak boleh brain, takkan suami kau tak beli susukan.
Plus, kau kata kau menyusu badan, anak pun dah lebih setahun. Entahlah aku malas nak fikir, dan akhirnya aku tak bagi pun pinjam. Sebenarnye aku tak bagi dia pinjam sebab aku rasa macam dia nak ambil kesempatan kat aku setelah dia tengok kehidupan family aku dan mungkin selepas aku belanja tu dia ingat aku kaya?
Hahaha, aku pun tak tahu. Tapi aku memang tak rasa nak bagi. Jadi tak lama lepas tu, dia update status kat fb, tulis yang dia dah lewat period beberapa hari, dan mengharapkan dia mengandung. Aku macam jammed kejap. Ko ni biar betul???
Dah lah susu anak pun ko tukar daripada mahal ke murah, pastu ko tahuuuu kewangan suami ko tak stabil, lagi ko nak beranak? Aku betul – betul tak boleh go lah dengan orang – orang macam ni. Aku faham kalau ko nak tambah umat, tapi tanggungjawab tu no 1.
Untung pengetahuan pembaca, dia sejenis tak boleh handle anak dia ye. Kalau anak dia meng4muk memang laki dia je mampu handle. Ko sendiri tulis ko str3ss jaga anak sorang – sorang, lagi nak tambah anak. Aku bukan apa, aku banyak dah tengok anak – anak yang dizaIimi mak ayah, takde tempat yang selesa pun untuk tidur, em0tional t0rture, asyik kena marah dan jadi tempat lepas geram bila takde duit.
Ko pun tahu benda tu tapi sekarang dah zaman 2023 ni ko tak boleh ke pikir? Haihh aku memang tak boleh nak faham ape pemikiran dia. Aku mula perasan yang aku dah tersalah berkawan. Pemikiran diorang ni serious aku tak boleh nak hadam.
Diorang jenis takpe anak ada rezeki, tapi tak usaha pun nak cari rezeki tu. Dan aku pun mula jauhkan diri sebelum otak aku terbelit dengan pemikiran diorang ni. Jadi nasihat aku utk ibu bapa berakal di luar sana, PLAN lah family tu.
Baby tak bersalah, tak nak pun dilahirkan serba tak cukup, jadi kita yang berakal ni, janganlah menambah kalau tak mampu. Bahasa kasar sikit ye, kalau miskin, buat cara miskin. Jangan kau tambah masalah kat dunia ni. Kbye. Daripada, Kawan yang concern, dan tak boleh brain dengan manusia gini. – Cempaka (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Ezd Airaniez : Apa sis cakap ni betul terutamanya part merancang keluarga tu. Tapi harapnya kalau nak sound, cakap belakang – belakang jela ya. Sebab hidup orang lain – lain. Ada yang memang merancang, tiba – tiba dapat anak.
Jadi ujian hidup orang lain – lain. The best is kalau tak suka memang eloklah jarakkan diri. Kalau kesian doakan orang tu. Semoga Allah swt berikan kita ujian yang kita mampu hadap. Aamiin
Anna Kirana : Its commonsense untuk semua orang fikir apa terbaik sebab sendiri tanggung, aku skeptical dengan orang yang dok mer0yan str3ss anak – anak lasak tak leh handle, kos sara hidup, segala mak nenek kesusahan dok cite kat orang and yet ko asik la beranak.
Macam tak pernah fikir untuk planning. Dulu – dulu mungkin ok anak ramai sebab social media tak seteruk sekarang, ekonomi dan kos sara hidup macam hape sekarang ni kan beras pun mahal dek. Tapi sekarang kalau anak ramai mentaI fizikaI material emotional kena fikir.
Jangan sampai menyusahkan orang sekitar dll. Jangan nk ikut Dr Sheikh Muszhapar anak ramai tu ko tengoklah cara hidup dia kemampuan dia. Dia sendiri suami terbaik tolong handle 7 anak. Kalau laki sehebat itu silalah beranak 10 sekalipun kan?
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.