
Aku dan suami dah mula pelik, mulanya sehari tapi sekarang dah masuk hari ke-8, dorang buat muka tak malu. Siap masak, guna mesin basuh dalam rumah. Aku dah geram sampai bawak polis datang rumah. Kawan suami boleh cakap, dia pun ada hak tak nak keluar..
#Foto sekadar hiasan. Salam admin dan semua w4rga pembaca. Aku sekadar nak kongsi cerita aku. Jadikan iktibar dan jangan takut untuk bersuara demi hak kita. Aku sudah berkahwin dua tahun dan tiada masalah besar bersama suami, sekadar g4duh – g4duh kecil tu adalah.
Cuma seminggu ni aku dan suami rasa tak selesa. Pada hari Sabtu lepas, kawan kampung suami datang rumah bersama isterinya. Suami sendiri tak tahu bila kawan dia kahwin. Masa dia datang, aku dan suami ada di rumah dan kami sambut mereka sebagai tetamu.
Mereka datang bersembang dengan suami lebih kurang sejam macam tu dan lepas tu balik. Keesokan harinya, kawan suami datang lagi. Kebetulan masa tu aku dan suami nak keluar pergi beli barang basah untuk masak tengah hari. Bila kami balik dari pasar raya ke rumah, kawan suami dan isteri masih ada dalam kereta di luar rumah. Jadi kami jemput mereka masuk.
Masa mereka masuk ke rumah, aku tertanya – tanya kenapa mereka bawa beg besar. Waktu tu aku tak syak apa – apa lagi. Suami pun tanya kawan dia ada apa dalam beg tu. Dia kata dalam beg tu ada baju, mereka nak tumpang tidur di rumah satu malam.
Suami aku izinkan mereka tumpang dengan janji mereka hanya satu malam je. Keesokan harinya aku dan suami kerja dan kami akan keluar rumah pada pukuI 8.30 pagi. Malam tu suami dah berpesan pada kawan dia yang kami akan keluar rumah pagi untuk pergi kerja. Tapi pagi tu mereka tak keluar – keluar dari bilik.
Suami ketuk pintu panggil mereka dan bila kawan dia buka pintu, kawan dia cakap dengan suami yang dia letih dan mengantuk jadi mereka akan keluar rumah petang nanti. Masa tu aku cakap pada suami supaya suruh mereka keluar sebab aku dah mula rasa sangsi dan pelik dengan kawan suami ni.
Suami minta aku bersabar dan dia terp4ksa cuti hari tu untuk duduk di rumah. Pendapat aku, tak manis untuk kami suami isteri keluar bekerja dan ada orang lain yang bukan ahli keluarga kami dalam rumah. Selain itu juga aku takut kalau mereka selongkar rumah aku dan ambil barang – barang rumah.
Bukan kata aku berlagak atau sombong tak ikhlas untuk tumpangkan kawan suami, tapi aku berfikiran jauh dan suami juga setuju dengan aku. Cuma suami tak sampai hati nak berkeras untuk suruh mereka keluar dari rumah. Petang tu aku balik kerja naik Grab balik ke rumah dan mereka masih ada dalam bilik.
Suami cakap mereka keluar sekali je untuk beli makan dan janji dengan suami nak keluar lepas Maghrib. Tapi sebenarnya itu alasan je. Dari hari Ahad malam sampai semalam, lebih dari lapan hari mereka menumpang rumah kami. Suami dah berkali – kali cakap dengan kawan dia supaya keluar sebab aku dan suami kerja jadi dia tak nak ada sesiapa di rumah.
Tapi kawan dia memang tak faham dan langsung tak ada perasaan malu. Selama seminggu aku perasan dia guna barang kami di rumah semasa kami bekerja. Waktu rehat, suami akan balik ke rumah sebab dia risau kalau apa – apa jadi dalam rumah.
Suami juga cakap mereka masak dan basuh baju. Bila dengar suami balik, mereka lari masuk bilik tinggalkan semua. Aku jadi naik angin dan tak boleh bersabar. Semalam adalah hari yang aku rasa iman aku dan suami sangat nipis. Kami pergi balai polis buat laporan dan polis datang.
Kami ingat bila kami buat macam tu, mereka akan keluar. Tapi mereka berlakon depan polis dan cakap mereka ada hak sebahagian dari rumah ni. Masa tu jantung aku macam nak gugur dan aku rasa nak Iempang je kawan suami. Aku tak pasti hak apa yang dia cakap.
Datang rumah aku baru seminggu, buat macam rumah sendiri tanpa segan silu. Dah cakap secara baik untuk keluar rumah pun masih tak faham bahasa lagi. Polis pula masa tu tak nak masuk campur hal kami dan suruh selesaikan secara baik.
Apa yang aku nampak, mereka memang tak ada niat nak keluar pun dari rumah tu, sikit pun tak ada. Jadi suami ugvt nak viralkan gambar mereka dan nampak mereka takut tapi masih tak berganjak dari rumah. Dengan saksi polis, aku naik bilik, mereka kemas baju dan barang masuk dalam beg dan aku campak keluar rumah sebab aku rasa tak tahan sangat. Aku perIukan privasi dalam rumah kami.
Aku marah dengan sikap kawan suami dan isteri yang biadab, tak hormat aku dan suami sebagai tuan rumah. Suami tak pernah panggil mereka untuk duduk dalam rumah kami, tapi mereka sendiri yang datang rumah kami menumpang macam muka tembok.
Akhirnya suami aku naik angin dan halau mereka suami isteri juga malam tu dan alhamdulillah mereka keluar juga. Dia marah suami aku, cakap berlagak, lupa diri, takut bini dan macam – macam perkataan yang keluar dari mulut dia.
Aku dan suami bersyukur sangat dan kami sangat tr4uma untuk terima manusia jenis biadab dan tak tahu malu macam ni. Aku cuma nak ingatkan, jangan sesekali menyusahkan orang. Jangan hidup meminta – minta serta tagih simpati orang lain.
Setiap keluarga ada masalah mereka yang tersendiri, selesaikan masalah tanpa menyusahkan orang. Aku perhati kes macam ni banyak berlaku. Datang rumah orang buat muka tak tahu malu, buat hati kering. Tak semua orang suka kita duduk rumah dia berhari – hari, minggu – minggu, lebih – lebih lagi dengan manusia jenis biadab dan muka tebal. Sekian sampai sini sahaja cerita aku. Aku harap dia baca dan jadikan iktibar. Dia dah rosakkan persahabatan dia bersama suami dengan sikap biadab dia tu.
Komen Netizen :
Mahsha Trading : Kawan boleh je halau. Aku pula kena dengan family mentua. Rumah kami, penyelenggaraan kami, dari A sampai Z kami yang tanggung, tapi lagak macam pemilik. Buat macam kami yang menumpang. Pindah empat rumah tapi masih dapat cari sebab ibu bapa mentua kami yang jaga.
Alasan datang nak melawat, tapi terus duduk sampai bulan jadi tahun. Hanya lepas kedua – dua ibu bapa mentua meninggaI baru kami pertahankan rumah. Apa alasan, nak melawat jom ke kedai makan, tapi bukan masuk rumah. Fobia sepuluh tahun tu.
Elly AimaMuda : Errmmm… sama macam kes kawan tuan suami aku juga. Kena halau dari rumah lama dan tak cukup duit nak bayar deposit cari rumah lain. Dia hubungi suami cakap nak tumpang sekejap je di rumah sewa yang kami buat tempat pejabat.
Rumah tu kami sudah sewa lapan tahun, kami pindah ke rumah baru tetapi kami masih menyewa rumah lapan tahun itu sebagai tempat pejabat kami. Suami izinkan dengan syarat benarkan dia dan keluarga duduk menumpang sekejap sementara dia dapat rumah lain dan kami masih mahu gunakan sebahagian dari rumah dua setengah tingkat tu.
Bila dia dah masuk situ, habis dicampak keluar semua barang – barang kami padahal dia tahu barang – barang kami masih banyak di situ. Dah masuk tak bayar apa – apa, rumah tu dia siap cat dan tampal kertas dinding sampai siling lagi. Malah dia buat macam rumah dia sendiri pula.
Nak halau dia keluar kesian sebab dia kata tak ada duit dah. Cat dan pasang kertas dinding ada duit pula. Akhirnya kami yang terp4ksa lepaskan rumah sewa yang kami buat pejabat itu. Semua barang – barang kami angkut dan sebahagian besarnya barang kami rosak sebab dia letakkan di tempat luar yang kena hujan panas.
Ya, kami sangat geram dan marah. Apa yang kami boleh buat ialah teruskan hidup dan lepaskan je rumah tersebut kepada pemilik. Dia nak sangat duduk rumah tu kan, tapi baru dua bulan kot dia duduk situ. Minggu lepas kami terima berita yang dia kelam kabut minta pinjam duit sana sini dari kawan – kawan lain untuk bayar rumah sewa tu. Cepatnya kifarah. Allahu. Betul lah, hidup kita ni tak akan tenang kalau kita ani4ya orang. Moga jadi pengajaran untuk dia dan juga kita.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.