Kawan suami pelik tengok saya, dia tegur nampak lain sebab dah bertudung sedangkan saya dari dulu pakai tudung

Dari sebelum kahwin saya tanggung suami sebab dia kata dia orang susah. Satu hari, kawan suami tegur saya, katanya dia hampir tak kenal saya, sebab sekarang dah bertudung! Suami terus bawa kawan dia ke tepi. Dalam kereta saya minta penjelasan tapi suami elak. Ketika itu saya ugvt nak tanya kepada kawannya..

#Foto sekadr hiasan. Nasihat emak dalam rumahtangga mesti hormat suami, bincang dan pakat baik – baik, sebab dari perbincangan akan terjalin kebahagiaan untuk kebaikan keluarga, mungkin kita tak nampak sekarang, tetapi akan dapat lihat setelah beranak pinak beberapa tahun kemudian.

Berpegang kepada nasihat itu saya rasa selepas 5 tahun berkahwin memang nampak sedikit kebahagian dalam keluarga kami. Tetapi bila saya renung cuma usaha saya sahaja kerja keras bahagiakan keluarga tetapi tidak dari suami saya Sham.

Mulanya saya tak nampak tetapi selepas dia dapat kerja yang baik keadaan mula berubah sedikit demi sedikit. Rasanya biarlah saya bercerita dari awal siapa Sham bekas suami saya ini, supaya pembaca boleh paham cerita dan pengalaman pahit yang saya lalui satu demi satu, hingga akhirnya saya hampir – hampir bangkrup dan hampir kena buang kerja.

Bila mengingatkan peristiwa ini saya rasa memang saya b0doh dan buta mata. Lulusan university ada ijazah, patutnya bijak, tetapi saya buta sebab tidak ada pengalaman dalam kehidupan yang penuh dengan ranjau dan duri ini.

Saya kenal Sham ketika dia bekerja di sebuah kedai buku dan potokopi. Dia peramah, cekap bekerja. Bila tanya katanya dia ada diploma tapi susah dapat kerja jadi di sini dia abdikan diri. Terpik4t dengan kebaikan, keramahan akhirnya tak pasal pasal saya kant0i jadi makwe dia. Tak sampai setahun kami berkahwin.

Masa nak kahwin terus terang dia beritahu tak ada duit, nak buat hantaran, gaji ciput, rumah tak ada cuma sewa bilik. Sebab adik beradik ramai dan dia perlu hantar pada emaknya duit untuk bantu adik – adik supaya dapat terus bersekolah.

Bila dia terus terang, simpati saya pun jatuh ke bumi jadi kesian. Bincang dengan emak. Kata emak dia tak minta hantaran tinggi, kalau ada RM2K pun cukup. Sedih juga, ketika itu rata – rata hantaran perkahwinan kalau tak lebih RM10 orang tak terima.

Tapi nak buat macam mana hati terpik4t dengan mamat tak berduit ini. Akhirnya saya nikah di dewan masjid. Selesai. Yang hadir cuma keluarga terdekat, tak ada majlis bersanding tepung tawar, kompang apa lagi pencak silat maupun muzik iringan, yang ada cuma doa selamat, Alhamdulillah.

Tapi peliknya tidak ada seorang pun saud4ra mara Sham termasuk ibunya hadir. Bila saya tanya, katanya mereka orang kampung, bukan tahu jalan nak ke pekan. Mereka orang susah. Bila suami mengaku tak berduit, semua urusan rumahtangga saya lah pikul.

Dalam tak berduit lahir anak sulung perempuan. Sham puji saya kerana sabar, katanya akan ada rahmatnya nanti. Dan dia sentiasa merendah diri kerana tak ada kerja tetap. Dia pujuk saya carikan dia kerja dengan jabatan kerajaan, kalau dia senang saya pun senang juga.

Nak jadikan cerita ada sebuah jabatan perIukan pekerja sementara dengan kadar segera, untuk 2 ke 3 tahun. Sham dapat kerja itu, bukanlah dia seorang ada ramai lagi. Tak sampai 2 tahun bekerja kerana peramah dan rajin, dia diserap kepada kerja tetap. Alhamdulillah.

Kemudian saya minta tengok sijil diploma dia untuk mohon jawatan lain. Dia mengaku dia tak ada diploma. Terk3jutnya saya, mengapa dia mengaku ada diploma, katanya dia tak mahu dipandang h1na. Dalam pada itu anak pun bertambah jadi 2 orang.

Nak jadikan cerita ketika bawa anak ke kIinik saya bertemu kawan lama dan suaminya kenal Sham. Suaminya tegur saya, katanya dia hampir tak kenal saya, sebab sekarang dah bertudung! Pelik jugak, sebab sejak sekolah saya bertudung. Bila pulak saya tak bertudung?

Ketika itu saya cuma senyum, Sham bawa kawannya ke tepi. Dalam kereta saya tanya Sham siapa perempuan yang tak bertudung tu? Sham mengelak tapi saya terus mendesak. Jika tidak saya akan tanya isteri kawannya.

Akhirnya dia mengaku dulu dia pernah berkahwin dulu tetapi sudah bercerai dan dia ada seorang anak. Terk3jut berok saya. Dalam hati saya mula bertanya apa lagi yang Sham bohongkan saya. Kerana hati mula curiga, saya ajak Sham balik kampung jumpa emaknya, sebab sejak kahwin dah 4 tahun saya tak pernah kenal emaknya. Sham gelabah.

Saya beritahu Sham lebih baik dia bercerita yang sebenar, daripada saya tau sendiri. Sebab sudah terbukti 2 pembohongannya. Pertama dia mengaku ada dipoloma tapi tak ada. Kedua dia pernah kahwin dan ada anak tapi mengaku bujang.

Akhirnya dia mengaku emaknya ada di Kajang. Esoknya kami berbual panjang. Emaknya juga terk3jut Sham dah kahwin dan ada 2 anak kerana dia dah lama Sham tak balik dan mereka tak berjumpa sebab Sham berhutang dengan emaknya.

Sungguh tak sangka rupanya Sham kaki temberang, meraih simpati ceritakan kesusahannya. Rupanya selama ini saya ditipu. Kalau dia bercerita yang benar mungkin saya tak s4kit hati. Selama 6 tahun berkahwin dapat 2 orang anak, sayalah yang urus makan minum keluarga.

Bukan itu saja malah saya sediakan, pakaian, duit poket dan r0kok. Sebab saya tak mahu suami kita orang tengok sengkek. Dan saya bantu hingga dia dapat kerja tetap dan berpencen. Sebelum itu, saya diper4ngkap disuruh pinjam bank berjumlah RM50K bila dia merayu nak buka kedai jual alat tulis dan potokopi.

Mula – mula saya pinjam bank RM20K tapi dah 2 tahun tak bayar lagi. Tapi dia boleh gajikan pembantu uruskan kedai dan dia gajikan pembantu untuk uruskan kedai, katanya ada kemajuan jika dibesarkan. Dia pernah bawa dan tunjukkan saya kedainya, saya nampak ada pembantu lelaki.

Nampak ok dan saya yakin dia boleh buat bisnes itu kalau tak dapat kerja tetap. Lepas tunjuk kedai, dia suruh saya buat pinjaman lagi katanya dia perlu besarkan lagi bisnes untuk jual buku kanak – kanak dan beg sekolah. Tak banyak katanya, cukup RM30K lagi.

Awalnya memang keberatan, sebab sesen pun dia belum bayar ansuran hutang bank, kalau benar kedainya maju. Tapi alasannya perlu guna duit pusingan. Atas dasar percaya kepada suami, yakin kemampuannya dan mahu dia meneruskan perniagaan walaupun secara kecil, saya pinjam dengan bank lagi.

Ketika itu saya rasa bebanan hutang saya sudah amat berat, belum masuk perbelanjaan makan minum di rumah, duit susu anak, duit kereta, dan sebagainya. Tetapi Sham beri jaminan bila bisnes berjalan lancar dia akan ansur bayar hutang bank.

Sham juga berjanji tidak akan mensia – siakan pertolongan saya selama ini. Katanya dia ingat bagaimana dia susah dulu. Sayalah belikan pakaian, sediakan makan minum dan berkahwin dengannya. Dia ingat peng0rbanan saya.

Kerana itulah juga bila Sham balik lewat malam saya yakin dia uruskan perniagaan kecilnya. Saya ingat nasihat emak kita mesti hormat suami, bincang dan pakat baik – baik, sebab dari perbincangan akan terjalin kebahagiaan, mungkin tak nampak sekarang tetapi akan kelihatan setelah beranak pinak.

Jadi kepercayaan saya pada Sham bertambah 100 peratus. Tetapi kuasa Allah itu amat besar, nak jadikan cerita satu hari adik lelaki saya bercerita dia nampak Sham makan malam dengan seorang wanita. Katanya ini bukan kali pertama, dah beberapa kali, hingga dia betul – betul yakin baru dia beritahu saya.

Mendengar cerita itu hati saya macam kena b0m. Serta merta muka jadi merah, dan lidah kelu berkata – kata. Adik terus bercerita tetapi saya antara dengar dengan tidak, sebab tak percaya Sham boleh ani4ya saya. Mana boleh dia ada wanita lain, takkan rakan sekerja, sedangkan dia baru setahun diambil bekerja dengan jabatan kerajaan. Tak mungkin!

Melihat saya kelu terdiam, adik terus berkata kak, “People do change, kak!’’ hari ini dia baik, esok mungkin sebaliknya. Percayalah kak, saya tak bohong, dah lama saya perhatikan dia, sekarang saya tak boleh diam diri lagi, saya nak beritahu kak, tolong ingatkan dan nasihatkan abang Sham, dia dah kahwin dan ada anak.’’ Kata adik lagi.

Dengan titisan air mata saya minta adik tunggu hingga Sham balik, saya mahu dia berterus terang dan saya mahu saksikan drama ini. Dan seperti yang diduga, malam itu Sham menafikan apa juga tuduhan adik, saya kelu untuk berkata kata.

Tetapi bila adik tunjukkan bukti gambarnya dalam telefon yang sempat dirakam, Sham cuba nak tumbvk adik tapi adik lebih pantas. Malam itu juga Sham keluar rumah sebab bencikan adik. Dan marahkan saya tak membelanya.

Dua hari Sham tak balik. Tetapi dia masih datang kerja, telefon dim4tikan. Lima hari kemudian Sham balik bungkus pakaiannya terus keluar rumah. S4kitnya hati bila soalan saya tak dijawab. Saya tak mahu datang ke tempat kerjanya sebab tak mahu kerohkan suasana.

Dan saya tak mahu urusan keluarga di bawa ke pejabat. Saya cuma minta penjelasan Sham tapi dia diamkan diri dan keluar rumah. Patutkah dia buat macam ni. Telefon tak berjawab. Alih – alih 2 bulan kemudian saya dipanggil ke mahkamah syariah untuk proses cerai.

Tak ke saya terk3jut. Hampir pengsan. Orang yang saya percaya selama ini boleh tinggalkan saya tanpa sepatah kata. Pelik sungguh. Saya minta adik selidik. Rupanya selama ini saya yang biayai perniagaan wanita itu. Saya pinjam duit bank untuk bantu Sham, tapi Sham bagi pada wanita tersebut. RM50K bukan sikit.

Licik betul per4ngai Sham. Bila dia kenal wanita itu? Apa hubungan mereka? Sanggup Sham tipu saya. Rupanya selama ini dia berbohong memuji saya tetapi hasratnya mahu buat bisnes dengan wanita lain. Bila dia dapat segalanya, dia tinggalkan saya dengan anak – anak.

Di mahkamah lepas lafazkan cerai, dia terus keluar dengan wanita tersebut, tanpa sedikit pun menoleh kepada saya dan anak – anak. Nasib emak ada, kalau tidak tentu saya pengsan kat mahkamah. Menangis dah kering air mata.

Yang saya s4kit hati, hutang bank sapa nak bayar? Oleh kerana saya selalu telefon tak berjawab, maka saya ugvt Sham saya akan jumpa bos dia untuk p0tong nafkah anak. Awalnya memang dia buat muka b0doh. Tetapi lepas 3 bulan kemudian Sham letakkan jawatan. Hilang entah ke mana.

Dengar cerita dia jual bisnes pada Bangla tapi Bangla tu kata dia cuma bekerja, bos dia orang Cina. Peristiwa pahit ini sudah lama berlaku. Tapi Iuka di hati ini masih berd4rah lagi tetapi dalam kesempatan ini saya nasihatkan kaum wanita, tak kira anak d4ra atau ibu tunggal, hati – hati dengan orang ‘jual’ cerita susahnya untuk tarik simpati kita. Tak tahu apa niatnya. Cukuplah pengalaman pahit ini saya lalui sendiri.

Sepatutnya saya ikut nasihat adik jumpa dan kenali keluarga Sham sebelum kahwin. Sebab zaman ini ramai orang sanggup berbohong untuk kepentingan sendiri. Kini hidup saya tambah susah, anak nak tanggung dan hutang bank kena bayar, berapa sen aja duit gaji yang tinggal, kadang kala adik bantu belikan beras, gula tepong dan ayam, saya bersyukur ada adik berdik yang sudi bantu, jika tidak tentu saya anak beranak m4ti kering,’’

Demikian nasihat Ellena kepada gadis dan ibu ibu tunggal jangan jadi seperti dia. Bukan senang nak berkahwin, lagi susah uruskan keluarga. Jadi fikirkan kebaikan untuk diri sendiri dulu, bukan simpati memb4bi buta.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?