“Keadaan baby Danial sangat kritikaI. Malam ni jangan pergi jauh-jauh la ye” – Doktor

Malam tadi aktres Abby Abadi ada memuat turun perkembangan bayinya, Baby Danial. Menurut doktor bayi beliau sudah menggunakan penggunaaan maksimum mesin alat bantuan pernafasan. Selain itu, pihak doktor juga memberitahu bahawa anaknya dalam keadaan yg agak kritikal.

Tambahnya, salah satu tujuan beliau memberitahu pekembangan anaknya adalah untuk meminta semua orang sama mendoakan kesihatan anaknya itu.

Hari ke 9 & 10 (5/6Oktober 2019) Abah tak sempat menulis, jadi Mama tulislah untuk malam ni. Dah masuk 7hb, hari ke 11 dah sebenarnya umur Baby Danial. Hebat & kuat anak Mama Abah

Siang tadi, dapat call dari NICU, HBSB kata perlukan darrah Mama untuk masukkan dalam badan Baby Danial. Pastu bila bagitau kami di Lumut, kami dah maklum dah pihak NICU sebelum pergi haritu, & tahu stok darrah Mama ada lagi… dorang call semula bagitau takpe memang stok ada lagi. Boleh datang Isnin pagi.

Petang tadi hospitaI call lagi, bagitau ada Doc nak jumpa nak cakap pasal Baby Danial (Doc ramai, bertukar ganti) Masa tu Mama Abah dah sampai Tapah. Berdebar2 rasa bila kata Doc nak jumpa tu.. Rasa nk terus terbang supaya cepat sampai sebab dah terfikir macam2 dah

Sampai Sungai Buloh kul 1030pm tadi terus ke NICU… dari jauhh nampak dah kaki Danial bergerak2. Ya ALLAH bersyukur sangat2! Baby kami masih ada.

Terus meluru jenguk Baby Danial, basuh tangan terus pegang dia… berlinang airmata…

Doc datang jumpa tanya tahukan macam mana keadaan Baby. Pendarrahan, paru paru tak kuat bla bla bla.. & yang terbaru…. Baby Danial sudah 90% bergantung pada mesin umtuk bernafas……. maximum dah penggunaan mesin tu untuk baby seusia Danial. Jadi mmg conditionnya sangat kritikaI bla bla blaaa.. Malam ni jangan pergi jauh jauh la ye…kata Doc

Ya ALLAH………Sayu dengar bila Doc cakap macam tu… tapi dari awal pun beberapa org Doc cakap point yg sama juga, 50/50 peluang untuk hidup sebab Baby Danial lahir dalam keadaan yang sangat tidak bersedia… dengan berat hanya 535gram berbagai kemungkinan boleh berlaku

Tapi Saya & Suami kuatkan hati & tak putus berdoa & berusaha mengharapkan keajaiban dari ALLAH sebab ALLAH Maha berkuasa ke atas makhluknya

Tiada apa yang Saya harapkan dari Sahabat2 di sini. Mohon teruskan doa untuk Baby kami ye. Hanya DOA boleh ubah takdir dia. Ikutkan takut nak share keadaan Baby tapi kalau tak share, takde pulak yang mendoakan utk Baby kami nanti..

#SemogaAdaRezekiUntukPelukBabyDanial #MohonDoaBerterusanUntukBabyDanial #HanyaDoAbulehUbahTakdir #ALLAHUAKBAR #Gambardarigoogle

Kami percaya Baby Danial kuat dan sama-sama kita doakan baby Danial. InsyaAllah baby Danial akan terus sihat.


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..