Kehidupan keluarga kami sangat bahagia tapi saya diuji dengan kehadiran bekas kekasih lama

Salam admin. Nama saya Aisyah. Bukan nama sebenar. 28 tahun. Dah berkahwin, dan ada cahaya mata seorang. Saya mengambil masa yang lama untuk menulis luahan ini. Rasa p3rit untuk menceritakan apa yang terjadi kepada saya.

Namun, setelah difikir berulang kali, saya rasa perlunya luahan saya ini untuk memberi sedikit pengajaran kepada semua pembaca. Saya percaya, rata – rata pembaca  mungkin dari kalangan wanita dewasa yang sedang melalui hidup berkahwin, atau mungkin juga sedang dalam usaha untuk memasuki kehidupan perkahwinan.

Saya telah berkahwin selama 4 tahun. Kami dikurniakan seorang cahaya mata puteri, sekarang berusia 3 tahun. Suami saya sebaya dengan saya. Dia bekerja sebagai seorang jurutera, berasal dari Kelantan. Manakala saya pula berasal dari Selangor.

Kami mula kenal sejak 5 tahun lepas. Ketika sedang melalui fasa mencari pekerjaan. Suami saya merupakan kawan kepada abang saya. Abang saya yang suggest untuk kenal suami saya. Katanya, suami saya adalah lelaki yang paling baik dia pernah jumpa.

Dari segi perangai dan agama, dan juga berpendidikan. Suami saya berasal dari keluarga yang berada dan sangat berdisiplin. Cuma kekurangan suami saya adalah, dia hisap rok0k.

Selepas setahun berkenalan, kami putvskan untuk bernikah. Keputusan kami disambut gembira oleh kedua – dua beIah ahli keluarga. Pada hari itu, saya berasa sungguh gembira. Namun, sedikit sebanyak, saya merasa agak risau dan takut. Ini kerana, suami saya tidak tahu bahawa saya sudah tidak ada dar4. Dia tidak pernah tanya tentang kisah silam saya. Sedangkan saya selalu staIk dan tr4ce kisah silam dia.

Pada waktu itu, saya rasa sungguh benci kepada bekas kekasih saya. Sedangkan saya tahu, itu juga berpunca dari kesilapan saya sendiri.

Semasa hari pernikahan, saya merasa sangat gugup. Apabila saya melihat suami saya tersenyum lebar ketika ingin akad nikah. Saya tidak mampu membayangkan betapa sedihnya dia apabila tahu saya sudah tidak ada dar4. Pelbagai usaha saya lakukan supaya suami tidak tahu yang saya tidak ada dar4 pada malam pertama.

Sehinggalah pada suatu malam, kami ingin bersama. Pada ketika itu, saya cuba meluahkan isi hati saya. Saya cuba memberitahunya tentang kisah silam saya. Namun, dia terlebih dahulu membuka mulut.

“Abang tahu apa yang Aisyah nak bagitahu abang. Abang takkan judge masa silam Aisyah, untuk hidup kita pada masa sekarang.”

Saya terdiam apabila dengar suami saya cakap macam tu. Saya langsung tak sangka, sebenarnya suami saya dah tahu tentang hal ni.

Saya memohon maaf kepadanya kerana tidak dapat menjaga kesucian saya. Apa yang membuat saya terharu adalah, suami saya langsung tidak terkesan oleh kisah silam saya. Saya sayang suami saya lebih dari apa sekalipun.

Kehidupan kami sungguh bahagia. Kami tidak lagi dihujani apa – apa masalah berat. Kewangan suami yang stabil dan sokongan keluarga beIah suami yang sangat kuat membuatkan saya rasa saya adalah wanita yang sangat bertuah.

Setahun kemudian, kami dikurniakan seorang cahaya mata. Suami saya sungguh gembira. Sudah lama dia inginkan seorang anak perempuan. Kasih sayang yang diberikan oleh suami saya memang tidak berbeIah bahagi kepada kami sekeluarga.

Seluruh ahli keluarga saya, sayang sangat suami saya. Kadang – kadang saya tertanya-tanya, kenapa Tuhan begitu bermurah hati memberi saya seorang suami yang sangat sempurna.

Semuanya kelihatan berjalan lancar, maka Tuhan memberikan kami satu ujian..

Pada tahun lepas, bekas kekasih saya mula hadir kembali ke dalam kehidupan saya. Dia hadir sebagai client saya. Kerana saya adalah agent sebuah syar1kat kenderaan.

Pada awalnya, kami berhubungan atas dasar business. Namun, dari hari ke hari, bekas kekasih saya mula meminta sesuatu yang lebih sebagai kawan.

Saya tidak menceritakan hal ini kepada suami saya. Saya risau dia akan susah hati. Saya yakin yang saya mampu untuk menjaga diri saya.

Namun itu cuma kata hati saya, pada waktu itu.

Kami berhubungan selama berbulan – bulan. Lama kelamaan, kami mula jatuh cinta kembali. Tanpa pengetahuan suami saya.

Saya mula bersikap kasar terhadap suami. Saya jarang meluangkan masa dengan suami saya. Saya jarang meluangkan masa dengan anak saya.

Saya kerap pulang lewat malam walaupun telah ditegur berulang kali oleh suami saya. Atas alasan kerja.

Suami saya bukan jenis yang mengongk0ng. Oleh kerana saya selalu menceritakan cita – cita saya untuk jadi berjaya, dia mendokong sepenuhnya usaha saya dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada saya. Mungkin itu adalah tiket kepada saya untuk melakukan hal – hal yang..terkutuk dengan bekas kekasih saya..

Saya tenggeIam di dalam hidup bermaks1at bersama kekasih saya. Kami mula melakukan hal – hal yang.. Jiwa, hati dan tubuh saya, saya serahkan kepada bekas kekasih saya. Pada waktu itu, tidak terasa sekelumit rasa bersalah pun kepada suami saya.

Kehidupan kami sekeluarga mulai renggang. Suami saya mula menunjukkan rasa tawar hati kepada kepada saya. Mungkin kerana saya kerap balik lewat malam dan selalu outstation. Kami juga telah lama tidak bersama. Kerja rumah saya serahkan kepada suami. Dia terp4ksa abaikan kerjanya untuk mengambil anak saya di nursery waktu petang dan menidurkan anak saya pada waktu malam.

Sehinggalah pada 5 bulan lepas, suami saya bersikap sedikit berlainan. Dia mula melayan saya dengan sangat baik. Dia kerap membawa kami sekeluarga ke tempat – tempat percintaan kami. Dia bawakan kami bercuti ke tempat idaman saya.

Dia curahkan kebahagiaan kepada saya melebihi dari apa yang bekas kekasih saya pernah lakukan kepada saya. Dia buat landskap di tepi rumah untuk saya berehat dan bersantai bersama keluarga. Dia buat home theatre untuk kami sekeluarga bersantai pada hujung minggu.

Saya merasa agak pelik dan hairan. Saya mula mengesyaki suami saya. Apa yang ada dalam kepala saya, adalah mungkin suami saya melakukan sesuatu hal yang meny4kitkan hati saya. Saya syak dia ada perempuan lain.

Saya mula stalk semua tentangnya. Melalui sociaI media, melalui rakan – rakannya, melalui keluarganya. Apa yang saya jumpa, adalah kosong. Saya check phone dia. Buka semua apps, tiada. Hanya carian googles tentang pembinaan landskap, decorate your home theatre, tempat peranginan, dan resepi memasak. Suami saya tiada apa – apa skandaI dengan perempuan lain.

Saya tertanya – tanya kenapa suami saya berubah sikap. Saya cuba berpura – pura tidur pada waktu malam untuk melihat sama ada dia text someone or not. Pun tiada.

Sehinggalah pada minggu lepas, saya cuba buka phone dia balik. Saya tengok semua gambar, call logs. Saya tetap tak jumpa apa – apa. Kemudian.. saya buka imessage.

Saya baca satu conversation suami saya dengan kawan baiknya dari kelantan. Isi conversation adalah dalam loghat kelantan. Apa yang membuatkan saya ingin tahu isi perbualan adalah, kerana ada nama saya di dalam conversation tu.

Saya mula baca dari atas. Dan terus ke bawah. Phone suami saya jatuh ke atas katil. Saya rasa sungguh bersalah. Dan terharu. Saya menangis.

Suami saya, mengadu kepada kawannya tentang kecurangan saya dengan bekas kekasih saya. Dia tahu apa yang saya buat selama ini. Setiap ayatnya dalam conversation tu, menggambarkan betapa sedih dan kecewanya dia terhadap saya. Saya rasa sangat berd0sa. Rasa sangat tercemar.

Suami saya.. dia berusaha untuk menggembirakan saya… supaya saya dapat melupakan bekas kekasih saya. Dia cuba menghiburkan hati saya. Cuba mengingatkan saya kembali terhadap kisah percintaan kami. Dia berusaha untuk menceriakan rumah kami, supaya saya lebih kerap berada di rumah…..

Saya rasa bersalah sangat. Rasa berd0sa sangat. Saya nak minta ampun dan memohon maaf kepada suami saya tapi saya malu untuk mengaku semua benda ni di depannya.

Dia mengadu kepada kawannya, dia tak nak confront saya tentang kecurangan saya sebab, dia risau akan berakhir dengan perceraian. Dia taknak bercerai. Dia tak nak anak kami hidup dalam keluarga bercerai berai. Dia taknak keluarga besar kami berasa sedih atas perceraian kami.

Saya menangis, rasa bersalah, berd0sa.. saya delete number bekas kekasih saya. Saya tinggalkan dia. Saya nak bersama keluarga saya. Saya nak bersama suami saya.

Pada hari selepas tu, saya tengok suami saya, tersenyum melihat saya. Dia peIuk saya seolah olah tiada apa yang berlaku. Walaupun saya tahu, dia sebenarnya tengah patah hati di dalam.

Saya rasa tak layak untuknya. Saya malu sangat. Saya putuskan untuk tidak menyentuh hal ni di depannya. Saya akan tumpukan diri saya sepenuhnya kepada suami dan keluarga saya. Saya nak dia tahu, saya dah berubah. Saya akan selamanya di sisinya.

Sampai ke akhir hayat.

Terima kasih kepada yang sudi membaca.

– Aisyah

Komen Warganet :

Khairunnisa Kamarudin

Semoga puan terus bahagia bersama suami. bahagiakan suami dan anak – anak puan. banyak kan bertaubat. Suami puan sudah memberi peluang dua kali kepada puan. Pada hemat saya, sangat susah lelaki nak terima isteri buat macam ni. Suami puan sungguh hebat dan sanggup menerima puan seadanya.

Jagalah, peliharalah. mohon bertaubat ye puan. sebab anak puan tu perempuan. Pahamkan maksud saya.

Jika saya jadi puan, saya berhenti kerja dan abdikan diri untuk keluarga.

Aziha Nuril

Risau takut suami curang ada perempuan lain. Stalk habis fon suami media sosiaI dia. Tak sedar diri sendiri duk curang sampai ke katil, takpe pulak?

Kalau rasa kerja tu akan heret ko balik ke d0sa z1na, berhenti cari kerja lain. Bekas pakwe ko still boleh cari ko sampai ke ofis kan? Bertaubat. Doa semoga Allah jaga iman suami isteri dan keluarga. Bersyukur dapat suami yang boleh terima sejarah hitam kita.

Siti Norliana Johari

Saya tak faham dengan spesies isteri yang mencurangi suami kerana perempuan in nature adalah setia, itu secara azali. Sifat semula jadi bersesuaian dengan hukvm Allah perempuan hanya boleh kahwin 1, mungkin akhir zaman kot?

Hafiz Aiman

JANGAN MELIHAT GOLONGAN MAKS1AT ITU SEBAGAI AHLI NER4KA .

Assalamualaikum dan salam takziah buat confessor . Apa yang saya tulis ini semata – mata untuk jalankan kerja – kerja amar makhruf dan nahi mungkar untuk diri sendiri dan semua.

Arw4h abi saya dulu bekas pegawai agama di penjara . Arw4h sentiasa menasihati anak – anaknya supaya tidak memandang pend0sa itu adalah pend0sa buat selama – selamanya dan ahli ner4ka . Kerana arw4h kata syurga itu penghuninya ramai dari golongan pend0sa yang bertaubat.

Arw4h abi kata kehidupan manusia di dunya ini ada 2.

1. Pada permulaan hidupnya dia hidup dlm kejahiIan tapi sebelum pengakhiran hidupnya dia hidup atas landasan ugama.

2. Pada permulaan hidupnya dia hidup atas landasan ugama tapi sebelum pengakhiran hidupnya dia hidup dalam kejahiIan .

Allah tidak menilai permulaan hidup manusia tapi Allah menilai pada pengakhiran hidup manusia.

Sebab itu kalau nak membenci manusia jangan benci dirinya kerana diri manusia boleh berubah tapi bencilah pada perbuatannya kerana perbuatannya itu membatasi ugama (Allah marah).

Malah dulu ketika arw4h bertugas di penjara . Arw4h pernah membimbing beberapa anak didiknya dari kalangan banduan akhir . Sebelum ke tali g4ntung hidup mereka sebagai ahli quran.

Perbuatan seperti puan lakukan ini adalah suatu kesalahan yang besar di sisi agama . Kaum isteri yang berz1na ini jika mengikut hukvm hudud akan dijatuhkan hukvman rej4m sampai m4ti 

Hukvman ini dilaksanakan kerana dapat menjaga maru4h, keturunan, Agama dan masyarakat . Serta ia juga mampu memberi peringatan kepada yang lain.

Bila melakukan perbuatan sebegini ia bukan memberi kesan pada diri sahaja tapi ia akan melibatkan persekitaran juga . Antaranya keturunan dan agama yang dianuti.

Apa – apapun selagi pintu taubat masih terbuka dan selagi nyawa dikandung jas4d . Selagi itulah diri kita ini mampu bertaubat.

Justeru, peluang untuk confessor bertaubat masih ada . Mohon confessor juga bertaubat dengan segera sebelum nyawa dijemput pergi buat selama – lamanya.

Confessor tahu tak confession yang confessor confess ini lebih baik dari confession jenis mengumpat .

Barakallah.