Kek kaca 20 kaki jatuh, Dato’ Alha Alfa redha.

Belum selesai lagi rasa teruja melihat dekorasi mewah majlis resepsi perkahwinan Dato’ Alha Alfa dan pasangan, rupanya ada peristiwa lain yang berlaku.

Seperti yang sedia maklum, Dato’ inginkan kelainan dengan kek kaca 20 kaki. Bagaimanapun, ketika sedang sesi bergambar kek kaca tersebut jatuh berderai. Menurut Dato’ mungkin kerana kek tersebut terlampau berat.

Apa yang bagusnya, Dato’ sedikit pun tidak marah dan anggap sebagai tiada rezeki. Mungkin ada rezeki lain yang akan datang. Positif sangat Dato’ ni, patut la rezeki mencurah. Menurutny lagi, pihak pengendali majlis telah membuat yang terbaik dan beliau amat berterima kasih kerana mereka telah merealisasikan impiannya.

takpelah rezeki takat tu je..saya tak marah pun hehehe beratus kali depa mntak maaf walupun dalam perancangan nak pacak kek tu tengah2 rumah..hahaha habis berderai semuanya ape pun abang @nasgreatidea_weddings memang superb kek tu..xpe kek boleh carik,..kenangan yang terjadi tu memory selamanya..sorry yang xdapat merasa kek tu..syukur xde orang kat belakang kalau tak jenuh berjahit muka nanti, kek ni punya berat maybe meja yang support tu pun dah menyerah diri dah tunggu masa je bergegar skit paammmm!! habisss~ macam manusia jugak..emsem camne pun hati rapuh jugak..

tq abg @nasgreatidea_weddings merialisasikan impian kek kaca saya.. punya ramai orang tolak sebab xnak amik risiko..now saya faham dah risikonya ..ape pun effort yang abg ambil untuk buat kek saya tu sangat saya hargai.. tqsm pada semua yang hadir semalam.. saya dan isteri amat menghargai.. mintak ampun mntak maaf jika ada kekurangan dari pihak kami..love u guys #alhaalindreams

Warga netizen memuji sikap Dato’ Alfa yang sentiasa positif dan peristiwa tersebut akan menjadi memori manis dimasa akan datang.

 

Dalam pada itu, pihak pengendali masih terdengar suara- suara sumbang berkenaan kejadian tersebut.


Abang yang kena ganti kek tu. Org lain yang bising. Meh sini tontong sorang singgit. Cover balik kaca berkecai tu

Biasa la tu, kita tak boleh tutup mulut orang. Yang penting Dato’ seronok dengan apa yang korang dah buat. Majli malam tu memang terbaik! Tahniah untuk team dan Dato’ Alfa


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..