Keluar duit KWSP konon nak buat berniaga tapi lesap dalam sehari. Duit dalam bank aku ada RM12 pun suami sanggup ambil

Aku tak puas hati, aku geledah telefon bimbit dia. Wang yang aku dahuIukan untuk bayar Unifi, berjumlah RM230 tapi dibayar RM106 sahaja. Dia guna main jvdi online. Pagi tadi aku dapat tahu lagi, dia rembat duit dalam akaun aku RM12..

#Foto sekadar hiasan. Aku tidak tahu lah aku ini sejenis b0doh atau pun bebal. Aku yakin kalau perempuan – perempuan lain di tempat aku, mesti sudah lama lari ada suami seperti ini. Bukan untuk membuka aib, tapi rasanya kekuatan dan kesabaran aku m4kin lama sem4kin rapuh. Apatah lagi kepercayaan aku terhadap suami.

Ya, bermulanya sewaktu aku bujang dulu, aku pernah terlanjur dan mengandungkan anak tidak sah taraf iaitu anak sulung aku. Allah itu Maha Penyayang, hampir setahun aku di pusat pemulihan akhlak, aku ditemukan dengan jodoh aku, iaitu suami aku yang sekarang.

Aku amat bersyukur meskipun aku ini ada sejarah yang amat buruk, tapi masih ada lelaki yang sudi menerima sisi hitam hidup aku. Beberapa tahun hidup kami tiada masalah. Memang dari segi kewangan kami tidaklah mewah, tapi cukuplah aku katakan, setiap dua minggu sekali, kami dapat makan di luar bersama anak – anak.

Dugaannya bermula semasa PKP berlangsung dulu, aku melihat kelakuannya berubah sepenuhnya hari demi hari. Tidak perlulah aku beritahu sebabnya kenapa. Cukuplah sekadar aku dan dia tahu puncanya dari mana. Aku gadaikan emas pemberian ibu aku.

Aku sudah Ianggar amanah ibu aku untuk tidak sesekali jual atau gadai emas tersebut. Tapi memikirkan anak – anak yang bakal kelaparan, tiada makanan dan keperluan yang m4kin menyusut, aku terp4ksa memilih mereka daripada emas dan amanah.

Cukuplah, aku sudah conteng arang di muka ibu bapa aku. Tidak perlu lagi aku susahkan mereka dengan kesukaran hidup kami dengan meminta ehsan agar mereka mendahuIukan wang untuk membantu kami. Aku juga merasa terpinggir dengan ketidakhadiran mereka selepas aku habis berpantang (melahirkan anak kedua iaitu anak bersama suami yang sah), pun mereka sudah tidak menjenguk kami anak beranak.

Tidak pasti kerana kekangan waktu atau memang tidak menganggap anak – anak aku sebagai cucu mereka. Tapi memang mereka tidak rajin naikkan gambar tentang anak aku di media sosiaI berbanding cucu – cucu yang lain.

Suami mula berubah. Pernah terkantoi dengan aku, dia mengambil bahan terIarang jenis ais, atas alasan masalah yang dia ceritakan, aku cuba tutup perkara itu sebeIah mata. Bukan sebab sayang, tapi demi tidak mahu keruhkan keadaan sebab dia bukanlah pen4gih yang tegar.

Aku tahu sebab setiap kali dia ambil barang itu, pasti dia tidak dapat makan dan tidur normal seperti orang lain. Itu satu hal. Yang kedua, selepas dia diperkenalkan dengan permainan jvdi dalam talian, aku sangat – sangat marah kerana selagi duit ada walaupun RM10 dalam akaun bank aku, mesti akhirnya hilang juga, sama ada ke akaun bank dia atau pun ke akaun jvdi terus.

Tapi aku tahu, dia jadi begitu sebab mahu tutup segala hutang – hutangnya yang dipinjam sana sini. Dia kehilangan kerja bermula bulan lima lepas kerana tempat kerja kontraknya tidak mahu menyambung kontrak kerana ekonomi yang merosot.

Jadi bila dapat kerja tempat lain pun dengan gaji yang agak lumayan, aku pun tidak tahu kenapa dia tidak dapat buat yang terbaik untuk kekalkan kerja tersebut. Mungkin silap aku kot, tergesa – gesa mahu pasang IUCD pula selepas perancang depo buat hormon aku agak tidak stabil. Memandangkan bapa mentua aku tidak dapat hantar aku pada waktu itu.

Bermula dari situlah, dia tidak bekerja. Walaupun dapat kerja sebagai penghantar pun, hanya selama sebulan sahaja. Kami tidak tahu kenapa masalah datang bertali arus tanpa henti. Tapi bila keadaan kembali reda, dan masalah – masalah tersebut sudah selesai, tidak pula dia ingin memohon kerja di mana – mana.

Kalaulah aku boleh tinggalkan anak – anak pada pengasuh, masalah utama di sini adalah kewangan, kami tidak mampu membayar pengasuh untuk aku keluar bekerja. Di samping kurang kepercayaan pada pengasuh tersebut dan sebab anak bongsu aku masih menyusu dan dia agak tidak biasa dengan botol kerana selalu menyusu badan. Maka terkubvrlah hasrat aku untuk bekerja dan memiliki duit sendiri.

Kami kerap berg4duh dan banyak kali juga aku suarakan ingin berpisah dengannya, tapi dia juga tidak mahu melepaskan aku. Aku mendapat ilham untuk berniaga baju kanak – kanak, tapi perIukan modal untuk itu. Aku suarakan padanya dan dia bantu aku dengan permohonan i-Lestari sebab aku tidak mahu menambah beban untuk dia mencari dana bagi aku mulakan perniagaan aku.

Tapi sebaik sahaja lulus dan duit tersebut masuk ke dalam akaun bank aku, cepat pula duit tersebut menyusut dalam sehari sahaja. Katanya dia akan bayar tiga kali ganda dari jumlah duit tersebut kerana dia ingin menjual motornya.

Katanya dia sudah tidak perIukan motor tersebut kerana dia melihat perniagaan ini lebih penting, untuk ekonomi aku dan kalau aku berniaga di rumah, bolehlah dia mencari kerja dengan tenang. Tapi ceritanya tidak habis di situ.

Aku tidak puas hati, aku geledah telefon bimbit dia. Wang yang aku dahuIukan untuk bayar Unifi, berjumlah RM230, hanya dibayar sebanyak RM106 sahaja. Jadi bermakna di situ dia telah menipu aku. Dan duit selebihnya dimasukkan ke dalam akaun jvdi. Aku jadi terkesima.

Esoknya aku cuba buat – buat bertanya walaupun aku tahu hakik4t sebenarnya. Dia cuba berdalih, katanya bil menjadi RM230 kerana bayaran hendak masuk dua bulan sudah tertunggak dan disusuli cas pemotongan dan lain – lain, tapi dalam nada marah.

Terus aku p0tong, aku pun tanya, “Kenapa hendak marah – marah pada aku? Aku hanya bertanya sebab aku tidak faham cara pembayaran dan cara kira bilnya macam mana.” Terus kami bersikap biasa saja kerana tidak mahu berg4duh (penat juga tiap – tiap hari bertengk4r ini).

Dan aku dapat tahu pula, kereta dia sudah beri pada seseorang, mungkin sebagai cagaran untuk suatu pinjaman yang aku sendiri tidak tahu untuk apa. Minggu lepas sepatutnya aku hantar anak ke kIinik kerana ada temujanji, berhari – hari sudah aku ingatkan dia. Tiba – tiba sampai hari pemeriksaan, tidak jadi pergi.

Sehari sebelum katanya kereta tidak dapat dihidupkan (padahal orang lain tengah guna, dia ingat aku ini bodoh tidak tahu pasal itu, duk kata kereta parking di bukit bila aku tanya kereta di mana). Lepas itu kata hendak pinjam kereta jiran kononnya, ehh, alih – alih pagi itu tidak jadi pula sebab jiran kononnya ada hal.

Kemudian aku keluar buang sampah ternampak saja kereta jiran itu di blok sebeIah. Akhirnya aku faham sendiri, yang dia memang tidak berniat nak hantar kami ke kIinik. Akhirnya, aku hubungi kIinik dan beritahu tidak dapat datang kerana kereta tidak mahu hidup.

Tambah lagi, pagi itu aku dapat tahu lagi dia rembat duit dalam akaun aku RM12. Tiba – tiba beng4ng dengan aku, dikembalikan balik tunai RM12. Dia ingat masalah boleh selesai macam itu sahaja. Kalau hendak pinjam, boleh saja beritahu, tapi suka hati ambil hak orang, aku tidak suka sangat – sangat.

Kalau letak kata laluan pada aplikasi perbankan atas talian pun pandai pula meng4muk suruh buka balik, jadi, hendak atau tidak aku ini buka lah balik. Sumpah, aku m4kin tidak faham dan tidak kenal dah suami aku yang sekarang.

Dia memang orang yang lain sekarang. Tapi sebab aku sedar diri, aku ini perempuan yang h1na, jadi aku bertahan lagi dengan dia. Hendak balik rumah ibu bapa, tidak boleh, ibu bapa aku tidak mahu terima aku. Malah dia ugvt aku, kalau berpisah dengannya, semua anak – anak dia ambil kerana tidak percaya aku boleh jaga anak – anak sebaiknya.

Sedangkan cebok anak sendiri pun boleh dibilang dengan jari sepanjang anak – anak membesar ini. Semua aku uruskan. Entahlah, aku hendak cerita lebih – lebih, nanti aku dik4takan b0doh juga, hendak juga tinggal dengan lelaki begitu.

Aku terfikir, kalau aku tidak bertahan dengannya, ke mana lagi aku hendak pergi? Silap hari bulan, aku jadi teruk balik seperti dulu. Jadi, aku terp4ksa sembunyikan ini daripada pengetahuan keluarga aku dan keluarganya.

Sumpah, aku sudah tidak larat hendak berbaik sangka. Tapi aku kena juga berbaik sangka demi menjaga kesihatan hati yang ters4kiti. Dan demi anak – anak juga. Maaflah kalau terlalu panjang luahan hati aku kali ini, sebab sepanjang tahun ini, banyak benda yang aku pendam.

Kali ini aku terp4ksa lepaskan pada seseorang. Hendak cerita pada kawan? Sejak kahwin, semua sudah lesap. Kalau ada pun yang jenis mulut becok, tidak tahu simpan rahsia. Cukuplah hal aku di pusat pelindungan pun dicanangnya pada orang lain, BFF kononnya.

Lepas kantoi, hingga detik ini aku tidak lagi berhubung dengannya. Memang aku tidak percaya dah pada dia. Kalau dia mengaku, aku akan bagi peluang kedua, tapi tidak. Dia yang buat aku memilih untuk buang dia dalam hidup aku.

Jadi, sekarang aku jalani hidup dalam keadaan tekanan tanpa ada tempat aku meluahkan kecuali pada Allah dan di atas sejadah saja. Aku mohon agar Allah angkat segala kesukaran yang menghinggapi kami dan menggantikannya dengan kemudahan dalam urusan kami sehari – hari.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.