Masa ayah bersara, keluarga ayah kacau ayah minta duit sampai habis semua duit ayah. Tak cukup dengan tu, diorang masih kejar lagi ayah, suruh ayah jual harta yang ada. Dorang buat ayah supaya ambil wang berniaga mak..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Luahan ni adalah tentang ayah saya. Sepanjang saya hidup, saya rasa mak saya tak pernah rasa gaji ayah saya yang ada banyak ribu jugak tiap bulan. Bahkan ayah saya sendiri pun tak nikm4ti wang tu. Sebab wang tu semua dia bagi dekat diorang.
Semua orang pikir kami sangat beruntung, keluarga harmonis, pandai – pandai, sekolah bagus, wang ada, semua ada. Tapi orang tak tahu kalau kami dapat semua kemewahan ni dari wang mak saya sahaja, except for school fees.
Mak saya cikgu je pun tapi dia berniaga. Mulai berniaga dari dekat gudang rumah, sampai Alhamdulillah sekarang dah ade boutique yang lebih dari cukup untuk bayar wang kuliah saya di sini (note that I am an International Student here).
Ayah saya pun ada baiknya jugak, he is willing to give EVERYTHING for our education. Alhamdulillah saya dan kakak saya dulu boleh belajar dekat sekolah international yang mahal, mungkin korang tanya untuk apa? Tak sayang duit ke?
Sebab kami tak nak wang ayah jatuh ke keluarga dia semua dan kami tak punya apa apa di sini. Yang membuat saya lagi marah ialah orang tu bukannya keluarga dekat pun. Dari ayah saya kecik, dia dah menjadi tulang punggung keluarga.
Dia kerja hari – hari, kerja kasar cari duit untuk keluarga dia dan sampai ayah dah menikah dengan mak saya pun diorang masih kacau ayah saya untuk mintak duit. Padahal diorang pun dah besar, dah kerja tapi tak pernah cukup.
Ayah saya kena santau dengan orang dari dia muda lagi masa baru kahwin dengan mak dan orang itu adalah keluarga dia sendiri. Mak saya cakap dulu, masa mak saya muda lagi keluarga ayah saya (termasuk nenek) layan mak macam pembantu.
Diorang mencuba jauhkan kitorang (anak dan istri) dari ayah kami. Sebab diorang nak harta! Macam dekat sinetron kan?! Diorang jugak letak benda – benda syirik dekat makanan biar mak saya b0doh. Mak jatuh s4kit, ada dalam 2 tahun jugak lah masa saya kecik dulu.
Dia s4kit fizikal dan jiwanya, she consulted psychiatrist every week for years yang Alhamdulillah boleh menguatkan jiwanya. Masa ayah saya dah bersara, family dia ganggu dia giIa – giIa sebab ayah baru je dapat wang yang sangat banyak pada masa tu dari pencen ayah saya bekerja.
Cukup untuk beli 2 ke 3 rumah. Tapi sayangnya, sampai sekarang kita tak punya rumah lagi, masih tinggal dekat kedai mak saya. Ayah saya tak pernah nak dengar apa mak saya cakap. Kalau mak saya nasihat A, dia akan pergi pada yang bertentangan, Z.
Something yang sangat bertolak belakang dengan apa yang mak saya nak. And they always f1ght over small things. Ayah saya cuba banyak perniagaan guna duit buat modal tu sampai habis dan tak ade yang berhasil. Ayah sikit pun tak sokong perniagaan mak, sebab ego.
Wang ayah yang banyak tu dah habis, korang ingat keluarga ayah tak nak kejar – kejar ayah lagi kan? Korang salah, diorang masih kejar lagi ayah, suruh ayah jual hartanya, diorang buat ayah supaya ambil wang berniaga mak masa mak tak tahu
Mereka cuba untuk buat mak dan ayah bercerai sampai mak tak bawa apa – apapun harta dari rumah. Ayah dibuat macam boneka guna s4ntau tu. Tu lah kalau agama tak kuat, benda buruk mudah masuk dekat badan kita.
Dari masa saya duduk dekat sekolah rendah lagi, saya dah redha. Saya dah dapat bayangkan mungkin saya akan jadi anak dari keluaga yang bermasalah, mungkin orang tua saya akan bercerai dalam waktu dekat. Mungkin ayah saya akan kahwin lagi tapi saya tak sanggup bayangkan kalau dia punya keluarga baru dan langsung tak pedulikan kami lagi.
Alhamdulillah, semua yang ada dalam bayangan saya ini tak terjadi. Semua ini berkat mak saya, doa beliau tak pernah putus untuk kami semua. Dia mesti bangun untuk tahajud, tahajud dah macam solat wajib dah. Bab ngaji dan solat ni memang mak tak pernah tinggal dari masa gadis lagi, tak boleh bayangkan kalau agama mak pun tak kuat macam ayah.
Kami pun salah jugak, kitorang tau ayah s4kit sebab s4ntau tu. Kami bukan tolong dia malah kami jauhi dia. Kami semua pergi study dekat luar bandar dan tinggalkan mak dengan ayah je di rumah. And almost every year, there are times where they don’t speak to each other for months.
Boleh bayangkan tak, suami isteri yang semestinya selalu bincang. Kami percaya Allah, tapi kami tak ada usaha. Kami biarkan je diorang tarik ayah kami macam tu. Kitaorang tak tau macam mana nak lawan tapi sekarang kami semua dah besar.
Setelah 35 tahun dalam kondisi macam ni, kami baru start cari ubat untuk ayah. Kami pergi ke ustaz – ustaz untuk ubati Ayah. Alhamdulillah sekarang ayah dah perlahan – lahan pulih. Dia belum sembuh total sebab dia dah banyak sangat makan benda – benda tak elok tu dan dah lama sangat benda tu ada dalam tubuhnya.
Alhamdulillah saya dah boleh mula rasa rindu dekat ayah, dah terasa macam punya ayah. Mak saya sangat takut mengenai masalah pasangan hidup ni. Sebab mak tak nak kami pun dapat hidup yang macam mak jalani ni, kerana kami takkan sanggup.
Akak dan Abang saya pun dah menikah, Alhamdulillah Allah bagi pasangan yang baik untuk diorang. Tinggal saya sahaja yang tak berkahwin lagi, and she has started worrying around now for my future. Mohon doakan yang terbaik untuk saya dan keluarga.
Komen W4rganet :
Fatima Mohd : Alhamdulillah saya boleh nampak sis Redha akan jalan yang Allah bagi ni, saran saya ialah sis dan keluarga jangan putus – putus berdoa untuk ayah sis, ingat Allah. Allah tak akan mencuba seorang h4mba di luar batas kemampuannya kan?
Semoga sis dan keluarga akan dimudahkan secara kewangan dan satu mesej untuk semua perempuan di luar sana, Berkerjalah! Tak semestinya kerja dekat ofis. Cari wang di mana – mana yang halal, kita tak pernah tau macam mana suami yang kita akan dapat nanti.
Tapi semoga kita semua dapat yang baik – baik belaka, amiiiin. And lastly, semoga diberikan yang terbaik untuk masa depan hubungan keluarga sis. Kalau memang mak sis nak divorce, pikirkanlah baik – baik. Biasanya perempuan yang terlibat dalam affair ni nak wang je.
Sis sayang ayah sis kan? Sis tak nak dia tua nanti dah takde wang lagi dia dicampakkan kan? Kalau ayah sis susah, sis jugak yang s4kitkan? Jangan lepaskan ayah sis, dah 20 tahun lebih kalian boleh bersabar, takkan ke depan ni tak mampu?
Show him that you care, sis jangan bosan – bosan call ayah sis, tanyakan khabarnya, dah makan ke belum. I know, it may be hard in the beginning sebab nak call je pun macam tak sudi kan? Tapi cobalah, sambil doakan ayah sis agar terbuka dan lembut hatinya. Ingat sis, dan yang inipun pasti akan berlalu.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.