Ibu mertua menyucuk ajak aku ke Cameron Highland pula. Mulanya aku memang fikir, kalau setakat ibu dan ayah mertua, aku mampu la nak sponsor, Tiba – tiba dia mula merancang ajak segala adik ipar aku dan keluarga masing – masing..
#Foto sekadar hiasan. Hi semua. Assalamualaikum. Nama saya Chempaka atau Chemp, bukan nama sebenar. Saya dah berkahwin dengan suami yang saya namakan Abang Jai yang ketika itu duda 5 tahun, ada anak tiri 2 orang hero, yang sulung berusia 14 tahun, yang kedua berusia 10 tahun.
Hasil perkahwinan saya dengan suami dikurniakan 2 cahaya mata kembar, kini 3 tahun perkahwinan kami. Kak Su, bekas isteri Abang Jai baik dengan aku kerana setiap kali giliran Abang Jai meluangkan masa bersama anak, Kak Su akan hantar ke rumah kami. Kami akan melepak di kopitiam kadang kala.
Mereka bercerai bukan kerana benci, bukan kerana orang ketiga. Tapi kerana ibu mertua yang kami akan gelarkan ibu. Semuanya kerana percutian, berjalan. Sebelum itu, saya dan keluarga saya memang rapat. Kami akan keluar bercuti bila ada masa bersama makcik, sepupu.
Kebiasaannya 3 keluarga dengan 2 buah kereta. Pergi bercuti, pergi berkemah, pergi piknik dan sebagainya. Tapi masing -masing keluarkan kos sendiri. Jika ada didahuIukan, masing – masing akan ada ‘common sense’ untuk bayar kemudian.
Sebab kami semua tahu kami bukan orang senang tapi kami nak berjalan bawa anak – anak yang masih kecil. Suami saya kerja mekanik saja di bengkel kecil. Gaji pun tak sampai RM3k kadang – kadang sebulan. Ketika bujang dia ada beli rumah, hutang rumah masih belum habis bayar. Bayar kereta lagi, ada hutang bengkel kereta juga,
Nafkah anak – anak Kak Su, nafkah anak – anak kami, bil api air dan dapur hujung bulan tinggal untuk bagi bernafas saja. Kalau ikut keluarga saya berjalan, memang saya akan keluarkan duit. Tiada duit suami saya gunakan sebab itu keluarga saya. Jika suami keluar duit pun mungkin untuk makan.
Saya kerja sebagai kerani dengan gaji 2k sebulan. Dengan duit itulah saya bayar pengasuh anak, barangan anak dan kumpul untuk berjalan. Biasanya keluarga saya akan plan awal agar sempat kami merancang masa dan wang. Jadi sempatlah saya tepikan sebulan 100 – 300 untuk duit berjalan.
Memang akui suami lebih banyak habiskan masa dengan keluarga saya. Ke mana – mana, berjalan, balik kampung. Padahal setiap kali gaji saya tanya dia, ada nak balik kampung tak? Kalau dia takde duit, saya bagiIah duit minyak RM50 pergi balik dan tol RM30. Cukup je. Tapi yang tak cukup, bila dah sampai sana.
Saya kongsikan satu kisah yang memang buat saya ralat. Kami masatu duit hanya cukup – cukup. Kami tetap balik kampung sebab adik beradik suami semua balik. Suami anak sulung dari 3 orang dan semuanya Masalahnya bila dah berkumpul macam tu, ibu dan ayah ni plan semua last minute.
Tiba – tiba ajak berjalan ke melaka, tiba – tiba ajak ke situ ke sini. Mula mengungkit yang saya asyik keluar je dengan famili saya bila lagi nak luangkan dengan famili sini. Tapi dia mengharap anak menantu yang bayar. Ada satu kali kami ikutkanlah dengan fikiran takpela layan orang tua.
Saya ingatkan suami saya nak keluarkan duit sebab itu keluarganya tapi hujung – hujung saya kena bayar. Mereka arahkan saya yang cari homestay. Saya cari dan bayarlah dulu sebab memang itu saya buat kalau keluar dengan keluarga saya. Mereka pun cakap takpela nanti ‘tong – tong’.
Usai bayar saya terus share resit dalam group mengharap keluarga adik ipar bayar. Ibu ayah takpelah. Adik ipar dan keluarga mereka hanya seen saja. Total bayaran homestay untuk 2 malam lebih RM2000. Homestay yang ada private pool ya mereka minta.
Ralatnya rasa hati bila kena guna saving sendiri. Saya minta pada suami. Suami saya kata saya kedekut dengan keluarga dia. ‘Eh dengan keluarga saya pun abang takde nak keluar duit,’ saya kata. Dia senyap. Saya telankan. Ada satu ketika di kampung mereka nak makan lunch di luar. Ok saya ikutkan. Dari jauh saya nampak ibu yang bayar.
Saya memang dah taubat tak nak bayar untuk semua. Sudahlah makan nasi beriani masatu. Takkan saya nak bayar untuk 13 Orang. Saya fikir suami dan adik beradik suami ni takda common sense ke. Saya siku suami, dia cakap dia dah hulur RM50 tadi sebelum keluar rumah sebab itu saja dia ada. Ok la saya diamkan.
Lepas makan lunch tu, ayah mertua saya ajak pula makan petang di satu gerai yang katanya viral, saya pun ikutkan lah. Masatu tinggal kami ber 7 sebab keluarga ipar saya ada hal di kawasan lain. Saya fikir ini kalau makan ni mesti ibu lagi keluar duit.
Sepanjang saya kahwin jarang jika keluar makan saya nampak ayah yang bayar kecuali kalau dia kata dari rumah dia nak belanja. Jadi saya yang tawarkan diri untuk bayar sebab saya rasa alah setakat makan petang goreng – goreng dengan laicikang berapa sangat dengan tadikan dah kenyang?
Saya cakap pada suami takpelah ini saya bayar. Makan petang je. Wah sekali masing – masing nak makan pizza ye. Terk3jut saya. Saya pun ambik ABC je. Saya dah buat kira – kira macam nak menangis rasa. Saya berkerut pandang suami.
Total bayar untuk makan petang di warung biasa dalam kampung tu saja sudah RM89. Saya telan jela. Ibu banyak kali bercerita yang ada sepupunya ajak berjalan. Sepupunya sponsor semua. Dari tempat tinggal, ke makan – makan. Saya cakap wah seronok ye berjalan.
Mulalah ibu menyucuk aku untuk ajak dia ke Cameron Highland pula. Mulanya aku memang fikir oh kalau setakat ibu dan ayah ok kot. Tiba – tiba dia mula merancang ajak segala adik ipar aku dan keluarga masing – masing.
Aku masih fobia kes Melaka haritu. Inikan lagi nak ke Cameron Highland. Aku jawab boleh je tapi duit bagi awal la nak booking homestay. Nanti kat sana nak ke mana – mana tak bolehlah Chemp nak bayar untuk semua. Terus ibu tarik muka. Ah pening kepala Chemp! Apa pendapat korang semua? – Chempaka (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Nurin Fatihah : Baik tak pergi daripada mer4na diri, makan hati huhu. Kalau sebelum ni rumahtangga boleh h4ncur kerana keluarga suami tu tak must4hil akan jadi lagi kalau dah macam ni caranya huhu. Aduhai. Semoga saya jadi ibu yang tidak menyusahkan dan membuatkan anak serba salah mcm ni..
Hidup kena ukur baju di badan sendiri. Nak mewah nak sedap duit sendiri. Jangan harap orang lain waima mak ayah atau anak – anak sendiri sebab masing – masing ada struggIe masing – masing.
Salina Gunawi : Saya dah serik dan sekarang belajar jadi orang kedekut. Pengalaman dah mematangkan saya. Kalau nak jumpa kat food court je bayar asing – asing sebab kalau kat restoran time bayar dia pusing jalan je jadi kita yang settlekan. Hahaha… no more.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.