Keluarga mertua layan saya baik masa saya jaga arw4h bapa mertua. Lepas arw4h dikebumi, mereka layan saya macam sampah

Baru je kebumikan arw4h, suami terus bersuara suruh saya cari kerja semula sebab katanya tak mampu nak tanggung anak – anak dah. Ipar – ipar dan suami dah mula lain macam dengan saya dan anak – anak. Takde lagi bahasa yang lembut, tiada lagi senyum manis macam selalu..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum dan selamat petang, minta admin hide profil saya. Saya nak kongsi tentang cerita kehidupan saya. Sebelum ni saya adalah ibu tunggal mempunyai 3 orang anak. 13 tahun juga la saya sendirian besarkan anak – anak saya.

Tanpa diduga jodoh datang dan saya bernikah 28/01/2022. Maka berhijrah la saya bersama suami baru ke Sabah, ikut suami. Anak – anak duduk dengan orang tua sebab sekolah, kiranya habis cuti akhir tahun baru pindahkan sekolah dekat Sabah.

Bila berhijrah ke Sabah saya cari kerja baru untuk sara anak – anak yang masih bersekolah menengah masa tu tapi tak lama saya kerja dalam 2 bulan saja kemudian suami suruh berhenti sebab minta jagakan bapa mentua, sediakan makanan untuk bapa mentua dan bagi makan ubat.

Jadi setiap hari dalam jam 10 pagi macam tu saya dah pergi rumah kakak ipar untuk bagi makan mentua dan temankan dia makan. Memandangkan saya tak berkerja, suami la bagi belanja kat anak – anak kemudian suami kata tak payah tunggu tahun depan untuk pindahkan anak – anak.

Jadi saya pun urus bulan 7 anak – anak datang Sabah. 2 bulan juga dorang tak sekolah sebab tak dapat penempatan. Kemudian saya tetap dengan tanggungjawab jaga mentua dan urus anak – anak. Bulan 1 tahun 2023 mentua dah tak boleh jalan sebab dia jatuh (tapi bukan dalam penjagaan saya masa tu) sebab saya jaga waktu siang malam kakak ipar yang jaga.

Kemudian arw4h bapa mentua ada d4rah beku di otak dan kena operate. Masa tu semua ipar – ipar berkelahi sesama sendiri sebab takde yang boleh jaga arw4h 24 jam. Jadi suami minta saya jaga, selepas operate arw4h tak boleh dah bergerak sendiri seperti sebelum ni, dia perlu bantuan kemudian saya la yang jaga 24 jam mula dari arw4h keluar dari hospitaI sehingga la arw4h hembuskan nafas terakhir pada bulan 4 2023.

Baru je kebumikan arw4h, suami terus bersuara suruh saya cari kerja semula sebab katanya tak mampu nak tanggung anak – anak dah. Kemudian saya pun cari la kerja tapi hampa tak dapat langsung. Saya dah berusaha tapi takde rezeki lagi, bagi saya mungkin ada yang Allah ingin bagi nampak pada saya.

Habis je kenduri arw4h 100 hari, ipar – ipar dan suami dah mula lain macam dengan saya dan anak – anak. Takde lagi bahasa yang lembut, tiada lagi senyum manis muka macam selalu. Suami saya plak sering abaikan saya dan hari – hari asyik marah kat saya, katanya tak pandai urus anak – anak padahal anak – anak saya dah besar tingkatan 3 dan 4. Dik4takan saya dan anak – anak menjadi beban untuk dia.

Sedih betul hati saya, s4kit sangat dan pernah sekali dia kant0i berwhatsapp dengan perempuan lain. Bukan sorang tapi 3 orang sekaligus, bersayang – sayang, berbaby – baby. Hati isteri mana tak s4kit, isteri mana tak cemburu sedangkan salah seorang perempuan tu tau suami saya tu dah beristeri. Dia ada datang masa kenduri arw4h 100 hari.

Masa kant0i tu suami marah betul dan suruh saya balik ke rumah orang tua saya dan dia nak kami bawa haluan masing – masing sebab suami kata ipar – ipar saya abaikan dia kerana saya dan anak – anak. Keluarga buang dia sebab saya.

Masa tu saya dah mer0yan giIa, sehari semalam saya menangis dan saya siap jumpa kakak ipar minta dia janganlah buang suami saya dan pulaukan suami saya. Janganlah kerana hal ni, rumahtangga yang saya bina musn4h sekelip mata dan saya katakan pada kakak ipar saya kalau anak – anak saya menjadi beban, biarlah saya hantar anak – anak saya ke tempat orang tua saya semula.

Saya minta dia nasihatkan suami saya supaya jangan buat keputvsan dalam keadaan marah sebab benda tu tiba – tiba. Tapi jawapan yang saya dapat dari kakak ipar tidak seperti yang saya harapkan. Kakak ipar saya kata, “saya tak boleh nak kata apa – apa. Ko balik la pergi tempat orang tua ko semula.”

Ya Allah, saya rasa masa tu down sangat. Saya tak boleh nak fikir dah apa – apa, tiba – tiba waktu suami balik kerja malam tu dia peIuk saya dan katanya dia cuma suka – suka dengan perempuan – perempuan tu. takde buat lebih – lebih.

Tapi yang buat saya lagi terkilan, dia burukkan saya di depan rakan sekerja dia, depan perempuan – perempuan tu. Katanya rumah kami ni umpama ner4ka. Sedih hati saya, kecewa tapi dalam masa yang sama saya sayaangkan MASJID yang saya bina ni.

Jadi setiap waktu solat saya minta Allah berikan saya kekuatan dan kesabaran serta bantu saya untuk pertahankan rumahtangga saya ini dari segala kemud4ratan. Alhamdulillah hari demi hari jiwa saya dah sem4kin tenang.

Bagi saya, buat la apa yang dia nak buat kerana bila sampai dia nak buang saya silakan tapi jangan salahkan saya bila saya kemukakan semua bukti kecurangan dia dengan perempuan – perempuan tu. Dia burukkan saya, sedangkan saya dah jalankan tanggungjawab saya sebaik yang mungkin dan saya tak pernah ada kawan pun dan berhubung dengan mana – mana orang lain kecuali dia dan family saya.

Dia nak berpisah dengan saya sebab apa. Saya cuba redha dengan layanan suami dan akak – akak ipar tapi saya selalu ingatkan suami. Saya kasihankan dia dan saya sayaangkan dia, saya dah boleh nampak pada masa akan datang.

Andai kata, bila bila dia jatuh s4kit atau ada apa – apa terjadi, saya yakin tak ada siapa yang boleh jaga dia. Sedangkan semasa arw4h bapa mentua pun, dorang berg4duh sesama sendiri apatah lagi setakat suami saya tu hanya adik. Bapa sndiri pun takde yang nak jaga.

Sekian cerita saya, minta kawan – kawan doakan agar rumahtangga saya ini terus berkekalan hingga ke jannah dan dijauhkan dari segala kemud4ratan yang boleh merosakkan rumahtangga saya.

Komen W4rganet :

Ain : Malas nak komen sangat dah nampak dan orang luar kat sini pun tahu awak tu hanya dipergunakan saja . Sayang??? Eh jap suami apa yang sayangkan awak kalau bersayang – sayang dengan orang lain? Anak awak dua orang tu dah besar kan, sana sini korang tarik, sekejap panggil duduk sekali sekejap suruh balik umah orang tua.

Bapak tiri macam apa eh, dan awak pun sama takkan tak sedar lagi. Kemaruk sangat dengan suami awak tu dah terang – terang keluarga dia t0ksik . Dan 1 lagi saya nak cakap, tak payah kesiankan laki awak, kalau s4kit pun lantaklah.

Awak tu kalau s4kit, nak tahu tak dia buat apa kat awak? Dia abaikan awak je terlantar la awak sorang – sorang. Duduk jauh tempat orang sentiasa jaga diri dan beringat ye. Saya bukan nak hamun awak, tapi saya tak nak awak dipergunakan hanya semata kesian dekat orang. Nak hamun saya balik silakan. Saya tak boleh komen elok – elok sangat sebab awak akan tetap dengan hati awak walaupun beribu orang komen yang sama pun.

Wawa Airisha Azira : Jangan malu untuk pegang title ibu tunggal sekali lagi. Hargailah diri sendiri sis.. Takkan sis langsung tak sedar yang diri sis dipergunakan untuk jaga orang tua je. Lagi satu sis sanggup pisah dengan anak – anak demi lelaki yang tak hargai sis. Kalau betul dia sayangkan sis, takdela bersayang sayang dengan perempuan lain. Dekat situ pun boleh nampak. Takkan sis nak perh4mbakan diri untuk orang camtu lagi.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.