Keluarga saya ajar jangan makan berbunyi. Tapi bila makan dengan suami, kuat bunyi dia makan. Saya rimas, geli.

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Lagi satu, kalau makan, mesti akan minun air banyak kali. Saya pula diajar minum selepas selesai makan. Tapi tidak pada suami. Makan, minum, makan, minum. Air kalau buat satu jug. Habis kat suami je.

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum admin. Sila hide nama FB saya. Terima kasih. Selama ni saya hanya menjadi CCTV dalam group ni. Saya tak pandai mengarang tapi saya cuba untuk luah apa yang terbuku di hati saya selama menjadi seorang isteri dan minta pendapat apa yang perlu saya lakukan. Sebab saya sangat str3ss hadap benda sama setiap hari.

Suami saya bekerja shift, seminggu kerja pagi, kemudian seminggu lagi kerja shift petang. Begitulah jadualnya setiap bulan. Hanya cuti sehari seminggu. Saya pula seorang surirumah setelah diminta berhenti kerja. Suami kata dia boleh tanggung saya dari segi kewangan, nafkah dan sebagainya.

Namun setelah berkahwin, segala – galanya bertukar 360 darjah tidak seperti yang suami katakan sebelum ini. Tanggungjawab sebagai seorang suami, ntah la. Tak tahu nak cakap. Bab nafkah sangat berkira. Bagi RM200 je tapi bila hujung bulan, minta balik.

Bila saya buat muka. Katanya dia beri RM200 sebagai nafkah dan tak perlu ganti. Kenapa dia hanya bagi RM200 untuk nafkah pertama? Ketika itu, akaun bank saya ada masalah dan minta suami transfer duit dia dulu ke akaun seseorang.

Tapi selepas transfer dan balik kerja, suami minta cash dengan saya. Bila saya cakap, untuk bulan pertama tiada nafkah ke? Suami hanya diam. Lepas tu dia cakap tak payah la ganti RM200 tu, anggap je nafkah. Sedih rasanya sebab baru berkahwin jadi saya tak tahu sangat bab nafkah.

Padahal sebelum berkahwin, saya ada tanya tentang nafkah. Katanya akan bagi jumlah sekian – sekian. Tapi lepas kahwin, tak ada. Dengan RM200 tu la, saya simpan sikit – sikit, beli keperluan sikit. Saya kadang – kadang akan ajak suami keluar makan, sebab saya bosan hanya duduk di rumah sepanjang berkahwin, jarang keluar.

Suami akan cakap, “kalau macam tu, baik tak payah beli barang dapur untuk seminggu kalau nak makan kat luar, membazir je beli tapi tak masak.” Ya Allah, sejujurnya saya terasa hati. Saya diamkan diri. Saya pergi dapur, tengok bahan apa yang ada untuk masak.

Selesai masak saya tak makan semeja dengan suami. Saya biarkan suami makan sorang – sorang sebab saya terasa hati dengan kata – katanya. Selain itu, saya dan adik beradik di ajar ketika makan, jangan makan berbunyi. Tak elok.

Tapi bila dengan suami, suami makan berbunyi. Saya banyak kali tegur tak elok makan berbunyi. Tapi suami makan berbunyi jugak. Saya jadi rimas. Terus sp0il mood saya nak makan bersama suami. Rasa geli pun ye jugak bila makan berbunyi ni.

Lagi satu, kalau makan, mesti akan minun air banyak kali. Saya pula diajar minum selepas selesai makan. Tapi tidak pada suami. Makan, minum, makan, minum. Saya rimas. Tegur pun tak jadi apa. Air kalau buat satu jug. Habis kat suami je. Alasan haus.

Saya hanya dapat segelas je. Yang lain habis kat suami. Kalau saya nak tambah air, saya kena buat air lain. Saya sabar lagi bab ni. Bab beli barang dapur pula, saya akan senaraikan apa yang perlu dibeli. Bila suami tengok senarai barang dapur, suami cakap, “kalau nak beli semua ni, habis la pokai.”

Padahal itu barang dapur yang asas. Sebelum ni, dia duduk bujang mana nak beli sangat barang. Ni kan dah kahwin, hidup berdua. Nak mulakan hidup baru. Saya rasa macam, ‘adakah aku ni beban?’ Suami asyik mengungkit zaman bujang je.

Dulu beli ayam seekor tahan seminggu lebih katanya, sekarang belum seminggu dah habis. Kali ni saya terasa sangat. Saya masak habis jimat dah taw. Lepas tu kalau saya hidang kat suami, habis dia makan tanpa tinggal sikit pun untuk saya makan.

Katanya lapar. Hurmmm… Ntah la. Serius saya tawar hati tentang perkara ni. Nak jimat tapi dia sendiri makan macam apa je. Bab nafkah batin pula, hari – hari suami nak bersama. Maaf, kalau saya cerita tentang ini. Saya betul – betul serabut, str3ss.

Bila selesai bersama je, suami akan cakap macam ni, “Sayang la ni, abang kena tidur lambat, dah la nak bangun awal,’ terdiam saya, padahal suami yang minta bersama setiap hari. Walaupun saya penat, saya layan juga. Tapi bila saya nak bersama dengan suami, dia pula asyik menolak dan mengatakan dia penat bekerja. Menangis saya. Hanya Tuhan yang tahu.

Sejak tu, saya bertekad saya tak akan bersama suami. Sebab saya dah jadi tak ikhlas. Saya tahu berd0sa besar kalau tak layan suami. Tapi setiap kali bersama, saya belum puas sepenuhnya, ‘selesai’. Bila saya tak layan, dia puaskan diri sendri.

Saya sedar. Tapi suami buat saya macam patung. Ada ke yang senasib saya? Saya dalam dilema. Saya tak boleh nak teruskan perkahwinan ni. Saya benci tengok muka suami. Hidup saya umpama orang gaji dalam rumah ni bukan isteri.

Arahkan saya masak itu ini, buat itu ini. Layan nafsu suami tapi bab nafkah berkira. Semua benda nak berkira, mentang – mentanglah saya ni surirumah macam takde harga. Apa perlu saya buat? Bukan tak tegur, bila tegur, suami akan melenting marah.

Sedangkan suami tahu itu salah dia. Apa perlu saya buat. Saya str3ss hadap perkara sama setiap hari. Saya penat. Rasa sayang dan cinta dan bertukar benci, nasiblah kami masih belum ada anak, kalau tak tahulah apa nasib anak saya dapat ayah yang berkira dengan berkeluarga.

Komen netizen :

Idaya Sulaiman : Bukanlah saya ni nak galakkan penceraian tapi bila hati dah tak ikhlas, rasa sayang tu dah bertukar jadi benci. Hari – hari sem4kin benci. Akak dah alaminya, alhamdulillah akak dah lepas darinya. Hidup single lagi baik.

Atas adik la untuk buat keputvsan nak hidup bersama atau berpisah. Tapi bagi akak, berpisah lagi baik sebab kalau masih nak bersama lagi jadi benci dan lagi tambah d0sa. Nak cuba baiki?? Kalau jenis orang yang nak berubah, takpelah tapi kalau jenis tak nak berubah langsung, sama je kesudahannnya. Yang lain jangan kecam ye, yang mengalami saja memahaminya

Pypy Lizzy : Puan, kita kahwin nak bahagia, tapi ini dah jadi ner4ka. Lebih baik hidup single, nak tergolek ke, terlentang ke, makan ke, tidak ke, nak berjimba sane sni. Takde siapa nak halang.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.