Adik beradik suami suruh aku berhenti kerja jaga mak mertua sebab aku kerja biasa2 je, diorang kerja hebat2

Adik beradik suami aku semua kerja hebat – hebat, ada engineer, ada dua orang kerja doktor dan seorang lagi tenaga pengajar. Bila mak mertua s4kit sebab jatuh, aku la yang kena jaga sebab diorang semua busy kerja. Sekarang ni diorang suruh aku berhenti kerja jaga mak mertua, dan sanggup bayar sama nilai dengan gaji aku dapat…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua pembaca yang hebat, aku MH ini kali pertama aku cuba menulis meluah perasaan dan mengharapkan idea pembaca yang insyaAllah akan membantu aku dalam mendepani cab4ran hidup kali ini.

Sedikit latar belakang aku MH seorang guru sekolah swasta, berusia awal 30-an, sudah berkahwin hampir 10 tahun dengan seorang jurutera kilang, dikurniakan dua orang puteri comel, yang sulung 5 tahun yang kecil hampir 2 tahun.

Oh ya aku seorang wanita ya. Apa yang terdetik untuk aku menulis kali ini adalah kerana aku dalam dilema untuk membuat keputvsan. Ya aku berkahwin dengan suamiku dari utara. Kira mak mertua dari utara la ni, sedangkan aku dari selatan.

Sekarang aku pun tinggal di utara la gitu. Bagi aku tak ada apa pun yang nak dibezakan sangat utara selatan, adat setempat, makanan yang berbeza, lenggok bahasa yang jenuh nak faham jugak kadang – kadang tu adalah perkara yang perlu diraikan.

Alah masa kita dekat asrama sampai zaman universiti sampailah zaman kerja semua dah bergaul dengan kawan – kawan yang datang dari ceruk segala aIam so chill je la kan. Cuma yang tak chill nya bila aku ni tak perform cantik macam ipar duai aku.

Meh nak habaq abang ipar aku seorang tenaga pengajar m**a, biras aku sorang jurutera juga sama macam suami aku, kak ipar dan adik ipar aku doktor. Aku je yang jadi cikgu sekolah swasta yang gaji ala – ala je ni.

Awal kahwin dulu memang jadi topik hangat bila asal balik kampung je aku ni asyik kene tanya tak mau tukar kerja lain ka, mohon la mengajar m**a macam abang ipar, gaji hang dah berapa? Sikit sangat tapi kerja teruk sampai waktu balik pun macam orang kerja pejabat.

Korang bayangkan yang aku ni baru masuk family ni jadi terkuIat – kuIat nak menjawab. Haish teruk sangat ke aku ni. Rasa lagi teruk bila suami aku pun terjoin sama menyakat aku suh cari kerja lain.

Kenapa malu ek sebab kerja aku tak selevel adik beradik kau ke, eh sebelum kahwin memang dah tau kan aku kerja apa dan tak kisah pun sebelum ni. Errgh! Nyampah. Tapi sekarang suami aku dah tak berbunyi dah pasal ni sebab apa ni aku nak cerita.

Haa… baru nak cerita ya kawan – kawan, sabo cerita nak dekat 10 tahun punya cita jadi nak pendekkan cerita tu payah bebenor rasanye. Mak mertua kesayangan aku ni memang alhamdulillah bukan mertua yang banyak ragam macam sesetengah mertua ni, biasa – biasa ja, jenis bukan nak marah – marah atau nak masuk campur urusan anak menantu.

Setahun lebih aku kahwin, aku pi umrah dengan keluarga aku suami tak ikut, maklumlah kerja kilang payah cuti tambah baru kerja. Mertua aku ni memang duit dah cukup lama tapi tak ada sorang pun anak – anak yang nak rela hati ambil cuti dan bawa pi umrah.

Masing – masing pun duit berkepuk – kepuk tapi tak mau ambil cuti bawa mak nan sorang tu. Akhirnya aku juga yang kena sog0k supaya bawa mertua aku ni, aku ok je la sebab memang tak rasa beban ke apa tambah mertua pun sihat boleh berjalan elok walaupun masa tu umur dia dah 63 tahun.

Ok lah habis 1 part menantu yang sekolah swasta yang bawa mak korang pergi umrah yang korang rasa payah sangat nak k0rban cuti kan. Masuk part 2, pernah mertua aku jatuh s4kit dan memerIukan pembedahan, selepas berbincang adik beradik depa ni maka suami akulah yang menjadi tempat untuk mertua aku ni ditempatkan selepas pembedahan tu.

Oh ya ayah mertua dah lama tak ada. Jadi bermula rutin kami anak – beranak menjaga maktok tersayang ni. Jujur aku kata memang tiada masalah untuk jaga mertua aku ni, dia sejenis yang tak banyak kerenah, s4kit pun tak berbunyi nak mengeluh ke apa siap cakap dekat aku tak apa hang pi la sekolah mak nanti pandai – pandai la nak masak.

Tapi tiap pagi memang suami aku yang siapkan masak makanan untuk mak, aku dan anak sulung aku akan cuci Iuka dan bubuh ubat sebelum pergi sekolah, kami enjoy saja dengan rutin ni, balik sekolah aku masak.

Mak memang nak makan lauk p4ntang yang simple – simple je, risau gatal dekat tempat Iuka tu katanya. Aku apa lagi itu yang aku masak dekat dia itu juga semua orang makan.

Walaupun aku mengajar sekolah swasta ini salah satu sebab kenapa aku suka sekolah ni, urusan keluar masuk waktu kerja mohon cuti agak mudah jadi memang tengahari aku balik tengok mak sekejap begitulah. Aku tak tahu kalau sekolah swasta yang lain macam mana ya.

Tapi yang aku hanginnya bila hujung minggu ja rumah aku jadi macam tempat kenduri kend4ra bila mak ada, masa awal – awal 0peration tu tak pa la sebab mak tak larat lagi nak ke hulur ke hilir, ni dah sihat ya (sebab minor operation) cepat sembuh mak ni. Ipar – ipar aku tak ada rasa nak gilir – gilir jaga mak diorang.

Weekend ja datang rumah aku lepak, tergoIek – goIek main fon, dengan anak – anak masing – masing. Haish sikit pun tak tanya aku ok tak, terima kasih jaga mak la, hapa pun tak cakap dekat aku ni.

Aku ok ja jaga mak cuma yang aku tak ok sebab korang jenis tak bertanya, tak menghulur dan buat rumah aku macam apa ya tiap minggu. Aku juga nak kena siapkan makan minum korang semua. Korang datang ala – ala bercuti, benda boleh rileks jadi penat giIerr rasa.

Aku suruh suami cakap dengan abang ipar suruh jaga mak pula, mak dah boleh berjalan semua dah sihat cuma ada appointment yang perlu dia pergi dan masak makanan p4ntang dia tu, kuat betul bertahan makan p4ntang dia tu biasalah orang tua kan.

Tahu apa alasan yang abang ipar tak nak jaga? Alasan dia sebab wife dia engineer selalu balik lambat dan tak boleh nak tengok – tengokkan mak dekat rumah, nak masak apa ntah lagi. Dah tau wife tak boleh, kau la yang bertanggungjawab.

Tak mahu kena ambil cuti nanti pencen sikit eh ni mak kau ke mak aku? Yang harap wife jaga apasal? Kau la jaga, mak tu bukan nak kena dicuci dipapah lagi. Menantu yang konon low class ajar sekolah swasta ni la berulang alik tunggang tungging yang jaga mak korang.

Yang doktor – doktor tu lagi la busy memanjang dan bila datang weekend ada masanya tidur aja. Alah faham je doktorkan tapi hatiku tetap s4kit bila tengok keadaan ni. Bila mak dah sem4kin kuat dan merengek nak balik rumah dia maka kami pun hantar.

Sedih juga anak aku tu ye la pagi – pagi tak ada dah rutin dia nak mencuci Iuka dan bubuh ubat. Masuk je bilik maktok dok mengimbau kenangan dia dengan maktok. Cerita dekat atas tu dah bertahun berlalu. Sekarang ni mak m4kin uzur, depa berbincang adik beradik minta aku yang berhenti kerja dan jaga mak depa.

Aku pun what?? Eh kenapa ye? sebab aku kerja sekolah swasta yek sebab tu mudah – mudah nak letak dekat aku pula tanggungjawab ni nak suruh aku berhenti kerja gitu. Kak ipar kata nanti kak bayar awak sama nilai dengan gaji awak (nampak tak gaji aku ni ciput sebab diaorang mampu bayar kan) dekat sekolah tu.

Eh kalau nak berkira la soal gaji, kau kira sekali gaji sociaI life aku, nanti aku hilang kawan – kawan aku, aku hilang me time aku sebab nak jaga mak korang aku dah kurang masa dengan anak – anak aku, suami aku balik kerja kalau tak nampak bulan tak sah.

Memang 90% urusan rumah aku yang setel ni nak tambah mak korang. Korang hire la maid apa payah dah memasing duit banyak. Suami aku bagi aku kebebasan untuk bagi keputvsan. Dia tak lah menggalakkan sangat dan tak lah menolak. Adui suami aku pun.

So korang rasa macamana nak berhenti kerja ke atau tak? Aku bukanlah berkira soal gaji, tapi aku lebihkan sociaI life aku. Aku orangnya bukan boleh buat rutin yang sama, walaupun bila sampai mood sw1ng aku malam – malam walau suami baru balik kerja pun aku ajak pi ronda – ronda.

Kadang – kadang hujung minggu aku memang minta suami jaga anak – anak aku supaya dapat me time sekejap. Korang bantu ye, tolong rasionalkan aku adakah aku terlalu em0si dan tak mementingkan khidmat bakti pada mertua kesayanganku. – MH (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Hero Dambaan Malaya : Sedangkan gaji ko sikit pun diorang pandang rendah kat ko dek, apatah lagi kalau gaji tu diorang yang bayar dek, ko nak kena h1na esok – esok? Dunia ni kej4m dek, kita kena penting diri kadang – kadang.

Kalau ko berenti sekarang, turun pangkat dari cikgu jadi bibik, career development ko terhenti di situ. Jadi nasihat abang, minta laki ko tempik adik beradik dia yang berjaya sangat tu, ambik je maid gilir – gilir letak kat rumah adik beradik semua, mak mertua ko pun dapatlah merasa duduk rumah semua anak – anak.

Mastura Burhanuddin : Jangan berhenti kerja, waima apa jadi. Saya nak tambah, tak silap dulu saya pernah baca cerita seorang guru, h4mbakan diri demi jaga mak mertua. Dia seorang cikgu yang dedikasi tapi hidup dia jadi kucar kacir sejak dia ditugaskan jaga mak mertuanya yang kebetulan dah nyanyuk.

Suami dan adik – beradik suami memang lepas tangan, dia lah terk0coh – k0coh uruskan ibu mertua, anak – anak dan tugasan di sekolah. Dari cikgu yang cemerlang di sekolah dan ibu yang baik kepada anak – anak, dia bertukar jadi wanita pendend4m, depr3ssed, pemarah dan emosi0nal.

Tengah mengajar dia terp4ksa balik rumah sebab anak – anak mengadu nenek membuang merata, mula makan naj1s. Dia mintak tolong husband dia tapi dia dimarah husbandnya. Tak silap dia merayu mintak adik beradik husband bantu sama – sama uruskan mak mertua, hire maid ataupun hantar ke rumah orang tua.

Akhirnya dia kena marah sebab bagi idea giIa. Ending story dia trag1s, dinasihatkan berhenti kerja sebab prestasi kerja merudum dan laki dia ceraikan dia. Jadikan cerita ni pengajaran sis, sis berhak katakan TIDAK.

Zurina Zulkefli : Mak mertua okay, awak okay, anak – anak pon okay. Masalah sekarang ni jelas adik beradik suami memandang rendah dan cuba ambil kesempatan atas awak. Secara rasionalnya, jangan la berhenti kerja.

Mereka adik beradik yang bertanggungjawab dan seharusnya berpakat utk menyelesaikan urusan penjagaan ibu mereka. Nanti kalau jadi apa – apa, senang la diorang adik beradik nak salah kan awak.. wah wah wah..

Rose Linda Roslan : Kalau diorang claim mereka boleh bayar puan, maksudnya mereka boleh bayar nurse swasta or maid harian dan pasang cctv. Amboi – amboi tolak menolak jaga mak sendiri kemudian suruh ipar yang kerap diperleceh ni pula.

Teruskan berbuat baik dan berbakti pada mak mertua tapi tak perlu sampai berhenti kerja. Setakat baca penulisan ni, rasanya, susah puan nak ikhlaskan hati dan bersyukur nanti in the future. Dianjurkan untuk berihsan pada mertua tapi bukanlah menjadi tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhir4t. Bincangkan dengan suami moga – moga dia faham dan mudahkan.

Elly Syaa : Senangnya ipar duai biras have – have atur hidup orang? Suami kau pun, buta kayu ke? Tak nampak adik beradik tindas bini dia? JANGAN BERHENTI KERJA. Minta orang kaya tong – tong sorang sikit gajikan maid jaga mak, kat rumah dorang. fullstop.

Aku boleh agak, kalau ko bagi cadangan hire maid pun, belakang citer mesti letak mak dorang kat rumah kau jugak dengan maid – maid sekali dok umah kau. Menantu dan anak kaya raya, takkan tak boleh siapkan 1 bilik khas untuk mak?

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.