Kembar ini membuat kejutan menyanyi untuk ibubapa mereka ketika Majlis Konvokesyen

Musim konvokesyen kali ini memang macam-macam cerita dan drama yang kita lihat. Hari ini tuIar di twitter sekali lagi graduan dari Universiti Malaya membuat kejut4n membuat persembahan nyanyian lagu Mariah Carey, Hero.

Video nyanyian yang tuIar dikongsikan sendiri oleh @wafahisamudin dan telah mendapat ulang siar sebanyak 3700 kali. Di dalam video tersebut dia membuat persembahan bersama kembarnya Alia Hishamudin yang juga merupakan penerima sijil Master bagi jurusan undang-undang. Tahniah Alia!

Memang merdu betul nyanyian dua beradik, dan pemilihan lagu tersebut memang sesuai ditujukan buat ibubapa yang selama ini menjadi hero untuk anak-anak. Boleh dilihat rata-rata yang menghadiri Majlis Konvokesyen tersebut terpegun mendengar suara mereka berdua.

Menurut Wafa, sebelum persembahan dia amat gementar dan cuba untuk tidak menangis.

Before our performance, i was shaking so hard and trying not to cry. I wasn’t sure if I’d be able to sing without crying. My voice was shaking, but I did it. Weeeeeee

Rata-rata netizen memuji nyanyian mereka berdua. Cukup pakej bangga mak ayah mereka.

Jom hayati lagu nyanyian dua beradik ni.


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..