Suami aku mengadu dekat mak dan ayah mertua. Aku dipanggil untuk bersemuka dengan ayah mertua. Dia tak tak bagi aku pindah, aku kena taat suami. Mak mertua pun mesej aku panjang – panjang. Dia kata aku tak puas di katil, mer0yan..
#Foto sekadar hiasan. Sekarang ini banyak yang aku lihat lelaki yang tiada fungsi di rumah dan paling teruk, nak kahwin tapi tak tahu apa itu tanggungjawab sebagai seorang suami, hanya sekadar menabur benih sahaja. Aku tulis sebagai pengajaran yang mana sedang mencari jodoh, sebelum berkahwin wajib tahu sisi ‘gelap’ bakal suami.
Aku berkahwin hampir 4 tahun, aku selalu dimomokkan perlu terima suami seadanya, perlu ikut segala arahan suami dan itu yang aku cuba terapkan dalam perkahwinan aku. Aku tak sempat bercinta malah kurang kenal suami aku, aku kenal suami aku di app cari jodoh islamik. Pastinya para – para pencari jodoh pasti tahu app itu.
Aku berhenti di sini hanya ingin bercerita bagaimana aku kenal suami aku. Suami aku anak tunggal dan tinggal bersama keluarga, maknya berkerja jauh di perantauan dan ayahnya sahaja di rumah membuat kerja – kerja kampung,
Sebelum berkahwin aku sudah dibagitahu perlu tinggal bersama keluarga atas alasan dia anak tunggal. Dan mulanya aku tidak bersetuju dan aku cuba memujuk untuk tinggal di kawasan berdekatan tetapi dia tidak bersetuju dan kami teruskan juga perkahwinan itu.
Aku fikir aku akan cuba memujuk selepas kahwin. Sangkaan aku boleh untuk pujuk selepas kahwin tapi rupanya perg4duhan besar berlaku dan perkara ini belum di ketahui ibu bapa suami. Perkara yang menyebabkan aku berkeras untuk pindah adalah, aku tidak selesa dengan keadaan rumah.
Rumah banyak kucing dan bau yang sangat tidak menyelesakan aku. Lupa aku nak bagitahu, aku tahu dia ada kucing tapi aku tidak tahu bagaimana keadaan rumah dia semasa itu. Aku fikir rumah dia bersih, tiada bau, sebab aku ada kawan yang banyak kucing tapi tidak lah seperti itu.
Pertama kali aku tidur rumah, tiba – tiba bilik air dihidangkan dengan t4hi kucing dan bau h4ncing dan depan pintu bilik tiba – tiba ada t4hi kucing, penjuru rumah ada k3ncing kucing yang sampai warnanya kuning kawasan itu.
Tahun pertama aku mengandung aku dah betul – betul str3ss dan rasa macam dah tak betul pun ada dan sampai aku ada masalah bersalin dan terp4ksa czer. Aku percaya ini takdir, aku terlalu stress sampai rasa nak buat benda buruk.
Aku cuba bersihkan tapi tak sampai satu hari kotor semula, terlalu banyak aku nak cerita sampai tak tahu nak tulis apa. Akhirnya aku melahirkan baby boy, aku masih dalam tempoh sabar dan aku masih memujuk suami aku untuk pindah.
Dan suatu hari, suami aku betul – betul tidak tahan dan dia mengadu kepada mak dan ayah mertua. Aku dipanggil untuk bersemuka dengan ayah, ayah kata aku tak boleh pindah sebab perlu ikut suami dan takkan nak tinggal ayah sorang – sorang di rumah.
Aku tak tahu nak cerita bagaimana keadaan aku tak selesa terlalu banyak part. Bayangkan air minuman di dalam peti sejuk di minum begitu sahaja. Sebelum ni aku minum menggunakan cawan tapi rupanya mereka minum begitu sahaja, ia sangat kotor.
Dan satu lagi bila makan suka bagi makan kucing atas meja dan meja jadi kotor. Bawah meja jangan kata sama juga bagi, kalau masak ya Allah kotor, aku betul – betul tak boleh nak tahan sebab terlalu banyak yang aku perlu sabar.
Aku pernah bagitahu suami aku nak lari, aku tak boleh duduk sini. Suami aku kata boleh lari tapi ingat anak – anak dia yang dapat. Aku sesen takkan dapat, aku takkan dapat hak jaga anak – anak. Seorang suami mengugvt aku dan aku pernah dipukuI kerana pertahankan hak aku.
Aku jadi b0doh seb0doh – b0dohya, mak mertua aku tahu, aku nak duduk luar, terus hantar mesej panjang – panjang kata aku tak cukup puas di katil sebab itu aku mer0yan str3ss. Dia kata aku itu ini, aku betul – betul tak boleh lupa setiap ayat yang ditulis, ianya sungguh meny4kitkan aku.
Dan ayah mertua ada bagitahu kalau keluar duduk rumah kereta segala tak boleh bawak sekali, sebab suami aku dia pakai kereta nama ayah mertua. Jadinya suami aku tak boleh kata apa – apa, aku sebenarnya tak kesah pun tiada kereta sebab pada aku ianya kebendaan yang boleh diusahakan.
Jangan dik4ta nafkah pun tak pernah cukup dah bagi minta balik nak beli itu ini, aku berkerja dari rumah dan income aku cukup untuk bantu suami aku tapi kami tak dibenarkan keluar rumah. Aku betul – betul rasa tertekan, betul terasa terani4ya.
Aku tak boleh bersuara, tak boleh bercakap untuk hak aku dan aku akan dik4takan tidak bersyukur. Tolong bantu aku, aku nak keluar dari perkahwinan ini tapi aku takut. Aku takut tak dapat lihat anak – anak aku. Adakah aku salah jika aku memilih untuk keluar dari rumah dan tinggal asing? Mungkin susunan cerita aku tunggang langgang dan ayat aku tidak sempurna aku minta maaf sangat – sangat. Sekian terima kasih… – SI PUTIH (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Norzaila Farahiyah : Simpan bukti bukti kena pukuI, segala mesej mertua, keadaan rumah tu ambik gambar. Kemudian boleh pergi check up untuk mental health ke apa sebab suami and family. Ni semua bole jadi bukti. Jangan tunduk dengan ugvtan tu. Dia nak takut kan je.
Azyand Azray : Ambil gambar dan video kawasan rumah serta gambar bukti (n4jis dan persekitaran yang kotor). Simpan mesej dari ibu mertua. Kalau suami pukuI tolong ambil gambar kesan Iebam tu dan jumpa Doktor untuk rekod serta buat report polis. Jangan rasa takut sebab dorang tahu kelemahan wanita ni semestinya anak. Apa – apa pun Puan kena kuatkan semangat dan sayangi diri sendiri dulu.
Saya rasa Puan pun mesti dah berusaha dan cuba untuk bersihkan persekitaran rumah jadi Puan dah cuba sehabis baik. Kami semua doakan Puan direzekikan kelapangan dan dipermudahkan segala urusan dalam membuat keputusan. Cukup – cukuplah perasaan kesian pada orang lain. Kasihan pada diri sendiri dulu. Take care Puan.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.