Sedih kena perli sinis dengan adik-adik ipar sebab mengandung anak ke-6 pada umur 40

Adik – adik ipar ada masalah untuk dapatkan zuriat. Bila mereka tahu saya mengandung anak ke-6, masing – masing mula tak puas hati. Mereka perIi di FB kata tak malu umur dah tua pun masih lagi nak mengandung. Malah ada yang doakan agar saya susah nak bersalin untuk kali ini..

#Foto sekadar hiasan. Salam Admin.. mohon hide profile saya.. Saya just nak luahkan perasaan dan mohon kata – kata semangat dari pembaca – pembaca di luar sana. Saya dah mempunyai 5 anak dan ikutkan saya dan suami rasa memang dah cukup memandangkan umur pun dah mencapai 40-an.

Walaupun kesemua anak saya perempuan dan ada yang mencadangkan cuba lagi sekali mana tahu dapat anak lelaki pulak tetapi saya kata No, cukup lah 5 orang perempuan ni. Anak bongsu saya baru berumur setahun dan walaupun saya merancang betul – betul, dengan kuasa dan kasih sayang Allah, saya dapati diri saya hamil lagi anak ke 6.

Saya mempunyai 3 orang adik ipar perempuan yang sedang TTC, sorang dah ada anak 2 tapi sedang berusaha untuk tambah, sorang lagi dah ada anak sorang, memang tengah usaha juga untuk tambah dan sorang lagi dah kahwin lebih 5 tahun masih belum direzekikan anak.

Bila mereka dapat tahu saya mengandung lagi, timbul rasa kurang senang di hati masing – masing sebab selama ni mereka yang berubat dan ikhtiar macam – macam untuk hamil tapi masih belum dikurniakan rezeki. Mereka selalu perIi – perIi di media sosiaI, share artikeI – artikeI mengenai keburukan tidak merancang or beranak dekat – dekat.

Keburukan mengandung di umur 40an etc. Pada awalnya saya fikir mungkin sekadar share untuk pengetahuan mereka, tapi lama kelamaan berdasarkan perbualan mereka di ruangan komen sesama sendiri saya dapati sebenarnya mereka tujukan pada saya.

Macam – macam la diperkatakan, antaranya tak malu ke masuk Iabour room doktor pun terk3jut tengok mak dah beruban, ada juga yang cakap saya seperti berIumba – Iumba nak menunjukkan tahap kesuburan saya kepada mereka yang susah nak lekat.

Ada juga yang cakap lepas ni saya boleh cakap besar la konon keturunan saya semuanya subur – subur tak payah usaha apa – apa pun senang lekat, ada juga kata – kata sinis seperti dah tua – tua kerja beranak je nanti bila hantar anak sekolah orang tak tahu mak ke nenek yang hantar dan macam – macam lagi laa.

Segala perIi dan cakap – cakap mereka buatkan saya rasa sangat down. Saya memang sembunyikan kandungan saya dari pengetahuan kawan – kawan. Di pejabat saya pakai baju besar – besar sebab saya rasa segan bila terkesan dengan kata – kata mereka.

Tapi setelah kandungan nak masuk 7 bulan saya rasa, saya perlu enjoy this moment kenapa nak sor0k – sor0k sedangkan rezeki Allah bagi kita patut sambut dengan rasa bersyukur. Saya tidaklah membuat pengumuman apa – apa cuma saya suka tengok gambar – gambar baby comel dan saya akan share di FB saya dan kadang – kadang bila terbaca artikel tentang cara penjagaan bayi yang paling latest, saya share untuk panduan saya di kemudian hari.

Mula dari itu ipar – ipar saya bertambah tak puas hati, perIi – perIi lagi cakap jangan poy0 bila kau mengandung nak umum seluruh dunia yang kau subur, macam la kau sorang mengandung kat dunia ni etc2. Semua perkataan meny4kitkan hati dan ada juga yg mendoakan agar proses kehamilan dan bersalin saya jadi sukar kali ni.

Dan baru – baru ini ibu mertua saya pun ter4cun dek kata – kata mereka, kerana sebelum ini saya memang bersalin di hospitaI swasta sebab guna GL company tempat suami bekerja, cumanya kuota anak hanya untuk 5 orang sahaja.

So anak ke-6 ni kami kena tanggung sendiri, saya dah bincang dengan suami tentang kos, pilihan bersalin di hospitaI lain dan option – option lain, suami kata tak salah pun sebab dia memang mampu. Suami memang nak saya bersalin dengan Dr yang sama sambut kelahiran anak – anak kami tapi ibu mertua saya telah telefon suami saya bgitahu jangan bersalin hospitaI swasta dah kali ni buang duit.

Senang je bini tu tiap kali bersalin orang layan macam permaisuri biar kali ni bersalin hospitaI kerajaan pulak supaya bini dapat belajar cara susah. Saya tak faham kenapa adik – adik ipar dan mertua saya berfikiran macam tu.

Walhal saya mengandung memang kali ni Allah betul – betul nak bagi lagi. Saya tiada niat pun nak berIumba – Iumba atau menunjuk – menunjuk. Senang Iekat atau tidak bukan sesuatu pekara yang boleh dibangga – banggakan.. ini soal rezeki.

Kadang – kadang sedih bila mengenangkan bila saya mengandung, saya kena sor0k – sor0k tak perlu bagitahu orang lain, tak perlu rasa enjoy, tak perlu nak tunjuk saya happy, tak perlu dilayan seperti permaisuri, dan sebagainya. Tapi andai kata mereka pulak mengandung, perlu dihebahkan dan diraikan seluruh dunia.. kenapa kena macam tu?

Tolong TTC, kenapa perlu ade perasaan macam tu? Kenapa perlu s4kitkan hati orang yang Allah kurniakan rezeki anak berderet ni? sedangkan itu bukan yang mereka pinta? Mohon kata – kata  semangat dan maaf kalau ada yang menggur1s hati.

TTC bukan perasan anda yang sensitif sahaja orang lain perlu jaga, sekali sekala fikirkan juga perasaan orang disekeIiling. Terutamanya yang tak tahu menahu pun mereka meny4kitkan hati kamu – kamu secara tak sengaja. TQ admin..

Komen Warganet :

Ciksu Noor Hidayah : Patutlah susah lekat anak, hati busuk. Ignore ajelah sis, tua ke muda dah rezeki sis kan, enjoy your moment ni, jangan str3ss – str3ss. Moga dipermudahkan kelahiran sis kalini ya.

NorAshlin Abd Rahman : Disebabkan mulut ipar duai awak macam tu lah, mereka belom diberi rezeki anak, wallahualam, percayalah setiap anak ada rezekinyer masing – masing. Bersyukurlah, jaga baik – baik amanah Allah.

AmiEra RosLi: Semoga terus tabah dan dipermudahkan urusan puan untuk bersalin kelak. Jangan fkir sangat tentang orang – orang sekeliling yang negative dan berhati busuk ni puan, sebab kita ibu – ibu yang tengah mengandung dan berpantang ni tak boleh str3ss – str3ss sangat. Puan juga tolong doakan semoga ipar – ipar puan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah, tak jadi perangai macam ibu mereka.

Amy Nadia Khalida: Maaf andai bahasa saya kasar. No wonder adik – adik ipar awak payah nak lekat rezeki zuriat. Mulut pun tak reti jaga, apetah lagi kalau ada anak nanti. Allah bagi rezeki pada awak lagi sebab tahu awak mampu nak hadap ujian yang datang sekali tu.

Saya pun pernah rasa apa yang awak rasa. Memang tak sama tapi hampir serupa. Sampai saya rasa, saya ni bod0h. Yang saya kandungkan ni anak dari hasil yang halal. Bukan har4m. Kenapa sampai nak sor0k – sor0k?

Bukan tak cuba merancang, tapi rancangan Allah lebih hebat. Tak perlu lagi amik peduli tentang kata – kata orang luar. Cukup suami awak sentiasa di pihak awak, sudah cukup. Semoga semua urusan awak dipermudahkan di dunia hingga akhir4t. Insya Allah aaammmiiinnn.

Suria Usahawan : Sis be strong jer, teruklah ipar duai sis, PHD beIaka ek. Ada ke nak jeles pasal rezeki anak. Itu kejadian Allah juga tak perlu jeles, kalau mereka jeles lagilah Allah tak kasi rezeki kat mereka tu. Sis ign0re je, jaga diri dan baby. Keep positif. btw sis panel KPJ ke? Kot  sama dengan saya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.