Habis madu sepah dibuang. Setelah semua duit aku habis, dia tinggalkan aku dan berpaling kepada lelaki lain. Manakan sama gaji 30k dengan gaji 3 ribu. Aku hanya kuIi. Aku sampai kena masuk wad giIa..
#Foto sekadar hiasan. Hari ini aku teringat kembali tentang Iuka lama yang masih belum sembuh, tentang kekecewaan dan keb0dohan diri sendiri dalam mengenal cinta. Sekarang aku sudah berumur 34 tahun, namun masih bujang.
Ini bukan kerana aku memilih untuk hidup sendiri, tetapi kerana tr4uma mendalam yang ditinggalkan oleh pengalaman cinta yang lalu. Sepanjang hidup aku, aku telah mencintai tiga orang wanita dengan sepenuh hati.
Namun, semuanya berakhir dengan kekecewaan. Aku bukanlah orang yang kuat menghadapi penipuan atau permainan perasaan. Dan mungkin kerana sifat aku yang rapuh, aku jadi mudah dipermainkan oleh mereka.
Perempuan yang terakhir, yang berasal dari pantai timur, meninggaIkan Iuka paling dalam dalam hidup aku. Peng0rbanan cinta aku padanya tak terkira. Tidak hanya hati yang r3muk, tetapi seluruh hidup aku turut berantakan.
Aku menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk dia, termasuk duit faraid peninggalan bapa aku. Demi kebahagiaan dia, aku rela berk0rban sedangkan dia hanya memandang aku sebagai sumber duit. Hinggakan ketika aku jatuh s4kit akibat tekanan mental yang mendalam, dia langsung tak peduli.
Keadaan mental aku sem4kin merosot, dan aku terp4ksa beberapa kali dirawat di hospitaI. Namun, aku tak sepenuhnya menyalahkan dia. Walaupun dia telah mengkhi4nati aku, aku sedar bahawa aku yang b0doh mempercayai janjinya.
Aku terlalu yakin bahawa dia akan menjadi isteri aku dan hidup bersama. Tetapi, realitinya berbeza. Bagi dia, cinta tidak cukup; yang lebih penting ialah kemewahan dan kebendaan. Setelah semua duit aku habis, dia tinggalkan aku dan berpaling kepada lelaki lain.
Ketika itulah aku benar – benar merasa pepatah “habis madu sepah dibuang” tepat menggambarkan situasi ini. Bukan hanya wanita yang bisa menjadi m4ngsa, lelaki seperti aku pun boleh ditinggalkan setelah segalanya telah diberikan.
Aku cuba meIawan rasa kecewa dan ego sebagai lelaki dengan memohon dan merayu kepada dia supaya berkahwin dengan aku. Aku menangis di hadapannya, berharap dia memahami betapa besar cinta aku padanya.
Meskipun dia telah menipu dan mengh4ncurkan hati aku, aku tetap mencintainya. Aku berjanji padanya untuk memberikan kebahagiaan, tetapi baginya cinta itu hanya mainan. Dia memerIukan kemewahan yang berkekalan, sesuatu yang aku tak dapat berikan.
Akhirnya, dia memilih lelaki lain yang memiliki perniagaan sendiri dan pendapatan yang jauh lebih tinggi. Aku yang bergaji kecil sebagai kuIi, hanya mampu memandang dari jauh. Lelaki tersebut lebih mampu memberikannya kehidupan yang dia dambakan.
Di saat itulah aku menyedari, kadangkala cinta tidak cukup untuk menandingi wang dan kekuasaan. Manakan sama gaji 30k dengan gaji 3 ribu. Aku tersungkur dalam kesedihan, namun siapa aku untuk melawan ketentuan ilahi?
Aku hanya insan yang lemah. Kadangkala aku merasakan tidak lagi mampu bertahan. Setiap hari aku bertanya pada Tuhan, apa salahku? Kenapa Tuhan mempertemukan aku dengan orang – orang seperti dia? Aku hilang arah dan tidak tahu bagaimana untuk bangkit semula.
Namun, ketika termenung, aku tiba – tiba terfikir tentang wanita – wanita yang pernah kehilangan maruah dan kehormatan akibat lelaki yang tidak bertanggungjawab. Aku sekurang – kurangnya hanya kehilangan wang dan pekerjaan.
Mental aku mungkin terganggu, namun masih ada jalan untuk sembuh dan bangkit semula. Tapi bagaimana pula dengan wanita yang telah kehilangan harga diri mereka? Tr4uma yang mereka lalui lebih dahsyat dan mendalam, hingga ada yang terp4ksa hidup dalam kesedihan dan penyesalan sepanjang hayat.
Aku mula sedar betapa ujian yang aku lalui sebenarnya ringan berbanding mereka. Di sebalik segala Iuka dan kehilangan, aku masih beruntung kerana tidak sampai kehilangan maruah. Ramai wanita di luar sana yang menjadi m4ngsa janji palsu dan akhirnya dibuang setelah kehormatan mereka dir4gut.
Ada yang kehilangan keluarga, ada yang terp4ksa membesarkan anak sendirian, dan ada yang tiada pilihan lain selain menjual diri demi sesuap nasi. Betapa pedihnya hidup mereka akibat perbuatan lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Aku rasa malu sebagai seorang lelaki. Malu kerana ramai lelaki yang tidak menjaga maruah wanita dan bertanggungjawab atas perbuatan mereka. Aku ingin memohon maaf bagi pihak lelaki yang telah merosakkan hidup kalian, wahai kaum hawa.
Aku sedar, sesetengah wanita yang ditinggalkan juga menangis dan merayu, memohon lelaki tersebut untuk bertanggungjawab, namun mereka tetap dibuang setelah kehendak lelaki itu dipenuhi. Buat kaum lelaki, ingatlah bahawa hati wanita bukanlah mainan.
Janganlah kita menjadi perosak kepada mereka. Nafsu dan godaan dunia mungkin menggoda, tetapi ingatlah, setiap perbuatan itu pasti akan ada baIasan pada akhirnya. Kita harus mengasihi dan melindungi wanita, bukan merosakkan hidup mereka.
Dan buat kaum wanita, berhati – hatilah. Jangan terlalu mudah percaya pada janji manis seorang lelaki. Hargailah maruah diri kerana ia adalah satu – satunya harta yang tidak dapat diganti. Kehilangan lelaki mungkin meny4kitkan, tetapi kehilangan maruah akan menghantui hidup kita selama – lamanya.
Janganlah kita hidup dalam penyesalan akibat kesilapan sendiri. Pengalaman ini mengajar aku untuk lebih menghargai diri sendiri dan memahami bahawa hidup harus diteruskan walau sepahit mana pun masa lalu. – Amir (Bukan nama sebenar)
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.