Kerana anak hilang ‘sekejap’ di pasaraya, suami lafaz taIak tiga dalam tak sedar

#Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua… Aku tidak tahu nak luahkan di mana perasaanku. Ibarat nak diteIan m4ti mak nak diIuah m4ti bapak… Begitulah s4kit dan tersiksanya aku sekarang.

Aku isteri kepada Am (bukan nama sebenar). Am seorang yang penyayang, pemurah dan baik hati. Aku bahagia bersuamikan Am, aku dikurniakan anak – anak yang baik dan pintar. Am seorang jurulukis di sebuah syarik4t pembinaan manakala aku seorang guru tuisyen Matem4tik dan Sains, hanya mengajar di rumah. Bohong la jika aku mengatakan bahawa rumah tangga aku sentiasa aman dan damai tanpa ada masalah, ada masanya perg4duhan kecil juga berlaku jika aku dan Am berseIisihan faham dan pendapat, biasanya ianya hanyalah tentang anak – anak.

Am paling pant4ng jika dia balik kerja, melihat anak – anak dalam keadaan yang com0t dan tidak terurus. Rumah bersepah atau tiada makanan di atas meja, Am masih boleh terima malah akan membantuku untuk menguruskannya bersama, tetapi jika berlaku sesuatu kepada anak – anak di atas kecuaian aku, Am pasti akan marah tetapi bukan di hadapan anak – ank. Memang sudah menjadi pegangan kami untuk tidak melibatkan anak – anak ataupun keluarga lain.

Jika kami bert3ngkar, kami akan keluar rumah berdua. Bila temui jalan penyelesaian baru kami akan pulang dan akan berIagak seperti tiada apa yang berlaku. Aku faham kenapa Am begitu. Masa kecilnya, Am diabaikan oleh orang tuanya, dia dibesarkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan. MentaI dan fizikal Am did3ra, p4rutnya masih ada sehingga kini jelas kelihatan jika Am tidak berbaju. Am tidak mahu anak – anaknya mengalami nasib yang sama.

January, hari itu ibarat mimpi ng3ri bagi kami berdua.

Petang itu, anakku yang sulung mengadu, kelengkapan asramanya tidak lengkap. Aku mengajak Am untuk keluar ke bandar. Memandangkan aku membawa ibuku yang Iumpuh separuh badan itu bersama, Am tidak menemaniku dan anak – anak masuk ke ‘mall’ kerana menemani ibu di dalam kereta. Maka aku memimpin si adik yang ku panggil baby berusia 2 tahun. Anak keduaku pula yang berusia 7 tahun dipimpin oleh along yang berusia 15 tahun.

Selesai membeli barang keperluan asrama along, si abang merengek meminta untuk dibelikan KFC. Aku melihat duit di dalam beg hanya ada dua keping note 50 dan aku meminta along menjaga adik – adiknya sementara aku pergi ke ATM yang berada tidak jauh daripada kerusi anak – anakku duduk untuk mengeluarkan duit. Ia berlaku agak pantas sekali, tiba – tiba along datang sambil berlari memimpin si abang dalam keadaan menangis ke arah aku yang masih beratur panjang.

” Ummi baby hilang… Tadi ada, pastu dah tak da… Along dah cari… Tak jumpa…”

Aku terdiam kaku. Rasanya kaki sudah tidak pijak ke bumi, baru beberapa minit tadi aku memegang tangan sikecil itu dan kini dia telah hilang…! Namun aku gagahi juga berjalan. Betapa lekanya aku, cuainya aku dalam menjaga anak – anak. Aku terus menghubungi Am namun tidak dijawab. Aku nekad tidak akan keluar daripada pusat membeli beIah itu selagi tidak temui anak perempuanku yang bongsu itu. Setitis air mataku tidak mengalir bimbang jika tiba – tiba aku lemah.

Aku cuba lagi menghubungi Am namun hampa… Masih tidak dijawab. Tingkat demi tingkat aku pergi namun tidak juga kutemui anakku itu.. Nama anakku berg3ma di setiap sudut. Aku menj3rit memanggil seperti hilang akaI dengan harapan si anak menyahut.

Tiba – tiba, 30 minit kemudian aku mendengar pengumuman ada kanak – kanak dalam lingkungan 4 tahun ditemui memakai gaun biru bunga – bunga. Ya… itu anakku, berkali – kali pengumuman itu berg3ma dan aku yakin itu adalah anakku. Mungkin anakku itu tinggi dan m0ntel disangkanya berusia 4 tahun. Sedangkan dia baru mencecah ke usia 2 tahun pada July yang lepas.

Setibanya di bahagian pengurusan, aku terus bersujud syukur kerana benar, itu adalah anakku.

Setelah mengucapkan ribuan terima kasih, aku segera ke kereta. Rupanya Am berada di luar kereta kerana merok0k. Patut la telefon tidak berangkat. Sesampainya di sisi si ayah, tiba – tiba anak ku yang kedua menjerit…

“Walid… Tadi baby hilang, nasib baik jumpa kat pejabat…”

Aku lihat wajah gembira suamiku melihat aku dan anak – anak keluar dari pintu lift bertukar menjadi pucat dan tidak bermaya. Dia terduduk sambil meraut wajahnya. Aku menyuruh along membawa adik – adik masuk kereta. Aku ingin menjelaskan pekara sebenar dan ingin memohon maaf. Aku tahu aku bakal dimarahi dengan teruk tetapi aku sudah bersedia memandangkan itu adalah berpunca daripada kecuaianku.

“Sayang… Betulkah yang diumumkan tadi anak kita…?”

Tanya Am perlahan. Aku mengangguk dan memegang tangannya untuk memohon ampun kerana cuai. Am menarik pantas tangannya. Aku tergamam…

Am merenung mataku sedalam – dalamnya… Aku tidak dapat menangkap apa yang cuba Am sampaikan.

“Tadi… Waktu pengumuman itu diumumkan… Berkali – kali… Abang jadi marah sebab kes kecuaian ibu bapa. Sayang tahu kan abang paling pant4ng kalau dalam bab – bab kecuaian ibu bapa melibatkan anak – anak…?”

Am terhenti di situ bagi menelan air liurnya seolah – olah apa yang bakal diluahkan ini amat payah dan p3rit.

“Abang terlafaz taIaq…!”

Aku tergamam…

“Abang kata… ‘kalaulah bini aku tu, taIak tiga aku bagi… Sibuk nak shopping sampai anak pun tak terjaga’… Pengumuman kata kanak – kanak berusia 4 tahun sedangkan baby baru 2 tahun… Ya Allah…”

Dengan berat hati Am menghabiskan kata – katanya.

“Mudahnya abang menghukvm tanpa mendengar penjelasan saya…”

Aku merenung wajah Am yang penuh penyesalan. Tapi apakah daya, telajak perahu boleh diundur, telajak perbuatan badan menanggung. Aku mengajak Am pulang walaupun hatiku r3muk seribu. Aku lihat air jernih bertakung di kelopak mata Am walaupun dia cuba untuk sembunyikannya dan aku, semampunya cuba untuk menahan tangisan walaupun hatiku telah mer1ntih dan mer4ung. Aku tidak mahu anak – anak dan ibu tahu aku dan Am tidak boleh bersama lagi.

Aku mengajak Am ke Jabatan Agama Islam untuk bertanya kepada yang lebih arif dan jika itu lah takdirnya aku redha. Namun Am menolak, dia belum bersedia untuk melepaskan aku dan minta supaya aku bersabar sehingga along habis PT3. Demi kebaikkan bersama aku bersetuju. Bimbang nanti along pasti akan tertekan jika dia tahu punca penceraian ummi dan walidnya adalah kecuaian dia…

Sejak peristiwa itu, along tidak pernah berhenti memohon ampun dari aku. Dia mengaku dia cuai kerana membaIas whatsapp kawan dia sehingga terlepas pandang adiknya. Berkali – kali aku nyatakan bahawa dia tidak bersalah dan itu hanyalah ujian daripada Allah swt ke atas h4mbanya. Hampir 4 bulan aku dan Am tidak sebumbung. Jika anak – anak bertanya, aku akan mereka pelbagai alasan dan cerita kenapa walid tidak tidur dengan ummi dan kenapa walid tidak berada di rumah bila waktu malam.

Rahsia ini tiada siapa yang tahu Aku pendam sehingga tiba waktunya dan aku tidak pasti adakah aku kuat atau tidak untuk terima hakik4t bahawa aku akan kehilangan satu – satunya lelaki yang selama ini amat menyayangi dan mencintaiku. Aku juga harap dia tabah dan bersedia bila tiba masanya nanti. Aku tahu dia juga seperti aku, bertahun kami harungi suka duk4 bersama. Dari sekolah menengah hingga ke menara gading didaki berdua.

Disaat aku menulis luahan hatiku ini, aku sedang s4kit, tidak berdaya… Am hanya mampu memandang dari jauh, tidak mampu menyentuhku seperti waktu – waktu dahulu. Tidak lagi mampu menjirus aku mandi seperti masa – masa lalu menjaga aku sewaktu aku berpant4ng anak – anak ku dari along hinggalah baby. Tidak lagi boleh memicit kepalaku dan mengurut badanku… Aku tahu along hairan, tapi apa yang mampu aku buat. Ibu ada bertanya, kenapa suamiku tidak seperti dahulu layanan padaku. Aku cuma mampu berkata.

“Dia penat buuu…”

Ibu diam namun aku tahu jauh disudut hati tuanya… Dia masih belum berpuas hati…. Allah… TaIak 3… Kenapa tidak satu atau dua yang suamiku ucapkan… Kenapa Allah… Ujian apakah ini, Am adalah yang terbaik untukku… Cukup sempurna sekali pemberianMu untukku… Kenapa bergini pengakhiran kami… Kenapa bukan ajaI yang memisahkan kami… Allahu Akbar…

– Ummie

Komen Warganet :

Redzuan Abd Manaf

Puan.

Kalau puan membaca komen paksu ni pertama sekali paksu nak bagitau puan sangat kuat sebab tu Allah bagi puan ujian. Keduanya suami puan pun manusia, sedangkan Iidah pun lagi tergig1t inikan pulak mulut orang jantan. Kadang – kadang kami tak berniat tapi itulah benda kalau nak jadi tetap akan jadi jugak dengan izin Tuhan. Dan ketiga ini point yang paksu nak sampaikan walau paksu pun belum punya pasangan. Kenapa perlu ambil masa yang agak lama untuk ke pejabat agama, rujuk ke Mahkamah Syariah atau jumpa pihak – pihak yang berkenaan. Islam ni mudah dan tak pernah menyusahkan.

Mungkin ada jalan penyelesaian. Jangan siksa jiwa dan hati banyak insan. Pendapat paksu.. ada eloknya puan dan suami berterus terang, bincang dan buat keputusan. Paksu yang baca luahan puan pun rasa terb3ban. Inikan pulak puan dan suami puan. Jumpa orang yang berkelayakan. Tanya sebab paksu pernah terbaca betulkan kalau paksu salah.. dalam islam dia ada part – part yang mengharuskan taIak berapa 1,2 atau 3 itu jatuh dengan niat atau tidak jadi tolonglah puan, pergi Pejabat Agama dan tolong jangan biarkan masalah puan ni berIarutan. Betul puan fikirkan anak – anak akan ada peperiksaan, tapi pada paksu puan silap dalam mend3ra perasaan puan, suami dan anak2 yang akan tahu juga kemeIut rumahtangga puan.

Paksu merayu kalau puan membaca komen paksu yang agak panjang mengalahkan lelaki yang ada isteri dan anak – anak ni kan.. tolonglah jumpa orang yang arif dan bab cerai dan taIak ni kan. Puan dan suami pun akan lebih tenang kalau perkara ni dapat diselesaikan. Moga ada kebahagiaan yang muncul kembali selepas sedikit ujian dari Allah sebagai peringatan.

Ruzaini Fauzi

Maaflah… Puan tak rasa ke puan dengan suami pentingkan diri sendiri. Dalam puan tak sedar mungkin anak puan merasakan disebabkan dia puan dan suami sem4kin jauh. sebab kecuaian yang tak disengajakan puan dan suami mampu pandang dari jauh. Kesian anak – anak dan ibu puan. Pergi la pejabat agama. Maaf kalau terkasar bahasa

Ezanie Putri Zanieda

Bab jatuh taIak ni hanya Hakim je boleh s4bit jatuh atau X. Puan boleh report ke pejabat agama. Pej agama Akan buka report kes puan. Baik pergi dengan kadar segera. Kalau misalan Kata taIaq Tak sah sebab Tanpa niat Dan sebagainya.. pon xboleh juga Bila tidak duduk sebumbung.

Mak Enon Pinkie

Pergi je lah mahkamah, jumpa orang yang lebih arif untuk pastikan status. Apa nak tunggu – tunggu? takut anak terganggu, anak pun duk asrama, bukannya dia tau. Pergi pun bukan anak yang drivekan kereta, jangan tangguh – tangguh. Lain le korang memang dah tak sayang.

Neuro Shewazni

Astaghfirullahalazim. Pergi lah selesaikan secepat yang mungkin. Talaq 3, bukan 1, bukan 2.

Pengajaran buat saya juga. Lepas ni kalau ada dengar apa2 buat pertama kali, saya takmau menghakimi orang tanpa tahu hujung pangkalnya. Bersabar dalam berkata. Selesaikan secepat mungkin. Benda dah jadi. Apa yang jadi lepas ni sama-sama hadapinya

Apa kata anda?