Kerana cemburu sanggup bakar kedai Along. Along bagi bukti CCTV dekat polis, bila polis tangkap rupanya..

Setiap kali datang kedai, Angah akan cakap, ‘nanti bankruplah, terbakar.” Ada sekali tu aku tengah jaga kedai, Angah hasut pelanggan yang datang jangan datang kedai takut terbakar. Sampailah satu hari, pelanggan call kata kedai terbakar…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Apa yang aku kongsi ni kisah nyata yang terjadi dalam keluarga aku sendiri. Awal tahun 2000 kak long aku dengan abang ngah aku ada beli tanah. Waktu ni orang tu jual terdesak dalam 10 ribu ringgit.

Angah aku dengan along aku pun kongsi dan beli tapi waktu tu duit tak cukup dalam RM2000 jadi mak dengan ayah aku tambah kasi cukup RM10,000. Tahun demi tahun dan akhirnya selepas lebih 10 tahun. Akhirnya tanah tu berjaya di jual total dia lebih kurang RM115,000.

Waktu dah selesai jual duit dah masuk memang seronok lah kami sekeluarga mana tak seronok kami tak pernah dapat duit banyak macam tu. Akhirnya, mak dengan ayah aku decide RM10,000 dibahagikan dekat aku, diorang ambil RM5,000. Manakala baki RM100,000 tu bahagi dua angah dan abang aku.

Mak dan ayah aku cakap diorang tak ada nak beli apa. Haji dan Umrah Alhamdulilah dah tunaikan. Aku pun RM10,000 tu suka lah dah kira banyak lagipun aku baru start belajar tahun tu. Selesai pembahagian duit kak long aku cakap dengan angah aku apa kata kongsi duit dan meniaga sama.

Tapi angah aku tak nak dia cakap “tak reti lah long meniaga ni simpan buat beli rumah je lah” ayah dengan mak aku pun waktu tu cakap terpulang nak guna buat apa duit tu. Along aku dia cakap kalau boleh nak meniaga tapi ayah aku dah ingatkan nak meniaga cari orang pandai yang boleh bantu sebab kita ni bukan keluarga yang pandai meniaga.

Selepas setahun tiba – tiba dapat news yang angah aku buka kedai makan. Kami terk3jut juga sebab dia tak cerita langsung. Bila bagitahu waktu kira perasmian jemput orang datang makan. Kami satu keluarga macam kalau nak meniaga kenapa tak kasi tahu sebab along aku pun nak meniaga.

Angah aku cakap nak meniaga sorang tak kalut dan g4duh. Along aku pun dia tengah plan nak bisnes tapi dia cakap tengah structure kan financial dia tengah fikir dan banyak lagi kiranya dia dah ada plan details. Angah aku dia cakap buka kedai makan ni spontaneous.

6 bulan kemudian akhirnya along aku dia kumpul satu keluarga cakap dia dah ada plan nak bisnes apa. Dia nak buka kedai dobi, waktu tu semua terk3jut sebab benda ni mahal bukan murah. Tapi along aku cakap dia ada saving dan jual semua barang lebih kurang RM15,000 dan RM50,000 tu dia tak sentuh lagi.

Dia pun dah apply loan bila tengok terk3jut juga sebab banyak. Senang cerita total cost dia semua lebih dari RM100,000. Waktu ni along aku macam tanya angah aku nak invest tak tapi angah aku reject dia cakap tak nak nanti bankrupt.

Along aku pun dia selama berbulan tu ke hulu ke hilir selesaikan dobi dia. Dari renovation, dari lesen, yang paling penting segala mesin tu. Aku tak tahu kenapa tapi waktu ni angah aku tak habis – habis cakap pasal nanti along aku bankrupt, rugi, kena tanggung hutang siap cakap “angah taknak eh nanti kena bayar hutang along” ayah aku waktu tu geram juga dia cakap “doakan lah yang elok sikit”.

Aku ingat lagi pergi melawat tempat dobi tu angah aku sebeIah aku selamba bisik “nanti meletup habis bankrupt” giIa betul cakap macamtu. Kak long aku tengah busy uruskan yang abg ngah aku dengan dia punya “gurauan” yang along aku akan bankrupt aku yang dengar pun naik bingit sampai terlepas “angah jaga je kedai makan angah tu”.

Selepas makan kos ratus ribu akhirnya siap dobi along aku. Kami pun satu keluarga ni rasmikan basuh baju pertama dekat dobi along aku. Along aku pernah cerita dia cakap dalam radius 20-30KM tak ada satu pun dobi dekat sini.

Angah aku tak datang dia cakap sibuk. Aku pun dengan along aku merata pergi tempat hulur flyer semua sambil promote. Tengah duduk dekat dobi along aku ni. Along aku tanya duit yang RM10,000 tu dulu dah habis guna ke.

Aku cakap ada lagi, along aku pun dia suggest aku beli vending machine letak dekat dobi dia. Sebab dobi dia tak ada vending machine nak beli tapi duit memang dah cukup – cukup makan dia cakap. Kami pun berdua bila belek dekat internet jumpa vending machine harga dalam 6 – 7 ribu.

Aku pun call waktu ni aku pergi Facebook tanya ada tak orang macam pakar boleh check kan vending machine ni bagus ke tidak. Kira aku nak bayarkan upah dia jadi macam consultant aku lah gitu. Ada akak ni sorang dia pun follow waktu ni dia memang try dari A-Z siap tengok kondisi vending machine tu.

Dia try banyak giIa lepastu dia cakap dekat aku mesin ni bagus lagi. Aku dengan along upah lori bawa mesin tu. Lepastu pergi serata tempat cari kedai yang jual air harga dia murah tu. Aku ingat boleh beli sikit macam nak try tapi kena beli banyak baru boleh dapat harga murah. Penuh satu kereta ye air tin.

Dah selesai dah susun letak harga semua. Dobi along aku bulan pertama dan kedua kurang sikit dah masuk bulan ke-4 baru waktu ni laju, sebab waktu ni musim hujan. Sejak tu memang dobi akak aku boleh dik4takan ramai dan lagi satu 24 Jam setiap 6 jam along aku akan datang check periksa mana yang patut.

Aku pula datang nak check air habis ke tidak, restock semua air Alhamdulillah kalau aku datang memang 80% habis. Tapi ada sekali ni angah aku datang. Waktu ni along aku tak ada, tapi aku sebab tengah restock air. Geram aku dengan dia punya mengada – ngada tanya setiap orang yang basuh baju dekat situ “tak takut ke nanti dobi ni meIetup?”

Lepastu siap cakap “basuh baju dekat rumah kak lagi untung sini rugi mahal makan masa lagi” sambil sinis cakap “laku ke air kau tu rosak mesin tu menangis nanti”. Aku sejujurnya tak tahu apa yang abang ngah aku ni dengki sangat.

Tapi along aku punya dobi Alhamdulillah sentiasa ramai sampai dia tambah lagi 2 mesin basuh dan 2 dryer. Aku pula dari satu vending machine dah ada 2 satu untuk air dan satu lagi untuk macam jajan. Yang mesin jajan keropok coklat apa semua itu mahal sikit yang itu aku share dengan along aku.

Tapi lepas setahun lebih nampak lah yang along aku punya dobi. Lepas tolak segala macam cost setiap bulan untung bersih tetap jejak belas ribu. Kalau yang vending machine pun Alhamdulilah setahun untung bersih jejak 5 digit juga.

Bagi aku yang macam along aku hebat sangat sebab lokasi dobi dia. Lokasi dobi along aku ni kalau boleh dik4takan kawasan paling selamat. Crime rate dia memang sangat rendah along aku sendiri cakap waktu survey tu dia try cari info macam tu.

Lagi satu kawasan sekeliling ni memang penuh orang dan rancak. Dengan kedai makan yang buka sampai pagi, lepastu 7 eleven, kIinik 24 jam dan lain – lain kira kawasan tu memang tak sunyi sebab itu malam pukuI 12 tengah malam atau 1 – 2 pagi masih ramai orang basuh baju dekat dobi dia.

Along aku selalu dia akan datang check dobi dalam pukuI 7 pagi, lepas zuhur, lepas maghrib dan pukuI 12 tengah malam tengok check apa ada lagipun dia ada letak nombor telefon kalau ada masalah apa boleh call 24 jam dia boleh datang.

Selalunya aku akan teman along aku datang waktu lepas maghrib. Kalau sabtu ahad baru aku teman yang waktu malam. 1 tahun kemudian, kedai makan angah aku bankrupt, kedai dia tak laku. Sekali dapat tahu rupanya dia dah tutup kedai jadi dekat Facebook nampak lah dia ada jual barang yang meniaga tu semua.

Mak aku pun tanya kenapa tutup dia cakap tak laku mak ada orang sih1r. Macam – macam alasan lah senang cerita dia. Kami ni setakat dengar je sebab masalahnya angah aku ni dia buka kedai makan tak kasitahu kami, tutup kedai pun tak kasi tahu jadi kami ni sebenarnya tak tahu.

Sampai beberapa bulan kemudian waktu ni dekat twitter ada anon akaun ni tulis pasal tempat kerja yang dia kerja gaji selalu lambat, lepastu kerja semua kena buat, nak aesthetic lawa dan macam – macam. Viral sekejap je tapi bila aku tengok dari gambar dan hint terang sangat ni kedai makan angah aku. Gaji 2 bulan tak bayar. Sampai staff dia datang rumah ye.

Waktu ni along aku ada dekat rumah jadi dia pun sebab risau diorang ni kacau mak dengan ayah kami. Along aku pun bayarkan gaji bekas pekerja angah aku ni 2 bulan sebab diorang memang dah tunjuk bukti angah aku tak bayar.

Along aku bayarkan sambil ofcourse ada receipt dan ada video sekali kasi bukti gaji dah bayar. Dan tweet tu pun dah kena take down sebab dah dapat gaji. Mak dengan ayah aku pun cakap dekat angah aku bayar kan balik nanti duit along sebab dia dah tolong bayarkan.

Angah aku dengan sombong dalam telefon cakap “aku tak suruh pun dia bayar, siapa suruh dia bayar memandai je tu pekerja aku nanti aku bayarlah”. Btw bukan sikit ye. Pekerja angah aku tu 5 orang yang datang, gaji 4 orang tu RM1500 x 2 Bulan dah RM3000 sorang x 4 dah RM12,000. Yang lagi sorang pula gaji RM2000 x 2 dah RM4000.

Along aku bayarkan total RM16,000 untuk pekerja angah aku. Lepastu dia cakap “lantaklah siapa suruh kau bayar aku tak suruh” berdegil cakap. Padahal orang tu siap datang rumah. Along aku cakap biar kan je asal benda dah selesai.

Selang 6 bulan kemudian, dobi along aku terbakar. Nasib baik ye sebab ada sorang customer ni dia selalu basuh baju dalam pukuI 2 – 3 pagi. Dia nampak dekat meja tu terbakar cepat – cepat dia pakai fire extinguisher yang ada dekat situ padamkan.

Dia pun call along aku dalam pukuI 3 lebih. Cakap “kak ni dobi akak ni meja dengan kerusi terbakar” along aku apa lagi ajak aku teman pergi sana. Kami dua orang ni pergi tengok bila nampak tu memang aduh cuak giIa bukan apa benda tu dah nak merebak kena dekat mesin basuh memang habislah.

Along aku pun kasi duit dekat customer dia tu cakap terima kasih sebab tolong. Aku dengan along bersih dan kemas kan mana yang patut. Bukan setakat meja dan kerusi ye terbakar. Haritu kira kawasan tu sunyi sikit sebab baru raya ke-3.

Aku dengan along check cctv dari awal sampai akhir. Jelas nampak ada orang ni dia pakai helmet full face dan bawa barang bakar meja dobi tu. Nasib baik dekat luar pun ada terang nampak nombor flat motor tu. Kami pun report polis bagi video bukti dan tak sampai seminggu polis call cakap dia dah tangkap.

Sekali kau tahu siapa abang ngah aku. Dia pinjam motor dan helmet kawan dia, polis datang rumah tuan motor tu kawan dia. Bila polis tanya dia pun bagitahu waktu kejadian yang pinjam motor tu angah aku. Bila nampak tu angah aku dia cakap “aku tak sengaja long tolong aku” tapi waktu ni memang nampak along aku dia punya marah geram dan sedih.

Plan kami awal sekali nak viralkan video dari cctv. Tapi along aku cakap kalau dah dapat tangkap baru kita viralkan. Tapi bila dapat tahu yang buat jen4yah tu d4rah daging kau sendiri memang terus terkesima. Bukan setakat meja dan kerusi dia bakar, tapi vending machine pun dia pecahkan sekali.

Mak dengan ayah aku pun bila dapat tahu mengucap panjang, mak aku sampai menangis ye sebab dia tak sangka adik beradik sendiri yang ani4ya. Kami pun serahkan tugas seterusnya pada polis memang lah tak lama mana dia dekat sana. Tapi kami satu keluarga terus terang kecewa dan sedih.

Selama ni ingat setakat cemburu macam tu takpelah adik beradik kan. Tapi bila sampai berd3ndam nak baki tempat yang aku dan along aku cari rezeki rasa macam perit. Kena khi4nat dengan d4rah daging sendiri. Along aku pun sampai menangis ye tanya dekat angah aku tanya dia kenapa dan apa yang dia tak puas hati dan tak senang.

Aku dan along dah duduk rumah lain. Tapi waktu cuti raya balik lah rumah mak ayah, angah aku pun ada juga balik tapi memang tak sama macam dulu. Along aku kalau dulu kira senang ajak berbual dekat angah aku semua tapi sekarang dia setakat dengar je dan diam.

Ada juga angah aku minta maaf tapi itulah maafkan cuma rasa kecewa tu tetap tak boleh padam. Along aku dia selalu kongsi dekat aku yang kalau dobi tu terbakar, meIetup, kena apa – apa dekat customer atau kawasan sekeliling tu dia tak dapat bayangkan impak dia macam mana sebab dobi tu banyak giIa benda mudah terbakar.

Along aku sendiri bagitahu dia dah lama maafkan angah aku cuma itulah dia setiap kali teringat balik dia ada rasa satu perasaan marah dan risau macam apa akan jadi kalau customer dia haritu tak datang dan basuh baju. Aku pun bila fikir ngeri. Punca dia pula d4rah daging sendiri.

Aku minta maaf kalau apa yang aku tulis ni panjang sangat. Pada aku kalau kita rasa cemburu dekat adik beradik sendiri itu normal. Tapi jangan melampau sampai terbawa perasaan. – Muiz (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Zieraz Zain : Senyum je baca confession ni. Macam kisah sendiri, d4rah daging boleh sangat negatif dan selalu cakap ‘ko tu nanti bankrup… ko tu akan bankrup…’ sebijik macam dalam cerita ni. Tapi maIngnya kehidupan dia yang tah hapa – hapa sampai sekarang. Viral pun benda aneh – aneh sampai kena ugvt dek orang.

Najah Mazni Ishak : Allahuakbar… Perit saya baca, apatah lagi tt sekeluarga yang menanggung. Ni bukan kes jealous dah ni, ni kes hasad dengki khi4nat. Bab lain saya tak berani sentuh, dan ini bukan bertujuan menghasut.

Tapi cadangan saya, better tt and along especially along sentiasa berjaga – jaga. Selain langkah – langkah keselamatan lain yang dah sedia dibuat, amalkan sekali ayat pendinding. Takut kena cara ‘lain’ pula. Maaf cakap, walaupun orang Melayu ni orang Islam, tapi maIangnya Melayu lah yang paling suka guna sih1r – sih1r ni.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.