Kerana cinta ditolak, Halim hantar surat dan fitnah aku dah tak suci pada ayah di kampung

Aku kahwin dengan lelaki pilihan keluarga tak sampai sebulan terus bercerai sebab aku benci lelaki. Tapi sekarang aku kenal dengan suami orang yang nampak alim. Aku benci dia tapi bila dia datang rumah aku, aku jadi b0doh sampaikan kami terIanjur setiap minggu..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua admin tolong hide fb aku sebab takut ada yang tahu siapa aķu. Kisah aku bermula selepas tamat SPM, aku asal dari keluarga yang sederhana tak susah dan tak kaya.

Lepas SPM aku amik keputvsan untuk cari kerja ingin berdikari dan tak nak meyusahkan orang tua. Aku kerja kilang di negeri P seorang diri aku merantau. Kompeni tempat aku kerja ada hostel, jadi aku tak payah susah – susah cari rumah sewa kerana tiap bulan duit gaji dah dip0tong untuk hostel.

Gaji aku masa tu RM800 je operator di kilang elektronik. Aku seorang gadis yang gemar bergaul tak kira la dengan lelaki ke perempuan sebab bagi aku berkawan biar ramai baru kita boleh cari pengalaman dan kenal siapa kawan siapa musvh.

Masa tu budak kelantan kalau pergi mana – mana pun akan glamour dan memang aku boleh la dik4tegori dalam golongan yang ada rupa tapi aku tak s0mbong aku tak pilih kawan janji orang nak kawan aku on je.

Dalam ramai – ramai dari group pantai timur tu ada sorang kakak la dari Pasir Mas, dia duduk sebilik dengan aku, Dia la tempat aku luah segala masalah sebab aku ketika tu baru 18, dia dah 30 tahun tapi tak kahwin – kahwin.

Akak tu selalu nasihat aku pandai – pandai la berkawan dengan lelaki nanti jangan terlaIai sangat sebab lelaki ni jenis sula ambik kesempatan. Aku akui ramai kawan – kawan aku ada lah lelaki sebab kami duduk di line yang samakan, jadi kami dah macam adik beradik.

Ke mana – mana pun selalu bersama. Aku sebenarnya b0ros dan tak lokek untuk belanja kawan – kawan bila gaji. Tapi aku tak lupa tiap bulan mesti aku simpan untuk bawa balik gaji aku untuk emak dan keluarga.

Setelah 6 bulan kerja aku ambik cuti balik kampung banyak la jugak duit gaji yang aku simpan aku bawa pulang untuk mewahkan keluarga. Keluarga aku kan orang kampung mereka takut jadi apa – apa kat aku kat tempat orang sebab aku sorang je anak perempuan.

Tentu la keluarga bimbang. Setelah 6 hari cuti aku kembali semula ke tempat kerja, dalam ramai – ramai kawan aku tu ada la sorang mamat ni angau kot kat aku tapi dia tak pernah cakap atau pun berkelakuan pelik tapi bila aku cuti lama dan kembali semula berkerja.

Dia cakap rindu la aku tak datang kerja. Aku cintan – cintan nih tak main la sebab niat aku untuk kerja cari duit untuk keluarga je tak ada masa nak bercinta lagipun aku muda lagi 18 tahun je. Aku terus terang dekat mamat tu nama Halim (bukan nama sebenar) orang Kedah.

Mungkin Halim malu aku terus terang tolak cinta dia. Hari tu jugak Halim hantar surat berhenti kerja. Semua kawan – kawan marah cakap aku nih eg0 la cakap lepas la. Aku apa peduli sebab hati aku tak minat untuk bercinta.

Tapi mamat tu bukan berhenti setakat tu je, dia hantar surat dekat ayah aku cakap dia dah buat macam – macam dekat aku. Kira bahasa kasar aku dah tak suci lagi la. Orang tua mana yang tak bimbang bila tahu aku dah macam tu.

Aku di panggil balik segera sebab abang aku cakap mak aku s4kit. Mereka tak cakap pun pasal surat yang Halim hantar tu. Aku ambik cuti kec3masan cakap ibu aku s4kit dan bagi surat yang abang aku hantar tu pada bos aku dan cuti aku diluluskn.

Malam tu jugak aku ambik tiket bas balik kampung. Sampai rumah macam – macam soalan diIemparkn pada aku berbakul – bakul sump4h seranah aku terima. Aku yang tak tahu apa – apa jadi bingung tak terkata.

Sebab aku tak faham kenapa mereka marah sangat dekat aku. Abang long aku tunjukkan surat yang Halim hantar pada ayah aku, terduduk aku baca. Dulu mana ada teknologi macam sekarang hanya surat dengan public phone je sebagai penghubung.

Ayah aku suruh aku berhenti kerja dan duduk je kt rumah. Aku ikut je tanpa bantahan sebab aku tahu kalau meIawan pun aku tak menang. Aku senyap je, 4 bulan aku jadi penganggur di rumah nak keluar mesti abang aku teman.

Ada kawan – kawan abg aku datang rumah lepak aku segan tak keluar malu anak d4rakan. Dalam ramai – ramai kawan abang aku tu ada sorang yang aku suka tiap hari ada je dia bawa makanan untuk aku.

Dia bagi duit untuk beli baju aku ambik je orang nak bagi bukan aku minta. Lama – lama aku jadi sayang kat dia, kalau dia tak datang rumah mesti aku jadi rindu. Kami jadi rapat dan dia keluar ke seberang untuk kerja cari duit sebab kami dah janji nak kahwin sebab aku jadi terlalu sayang dekat dia.

Keluarga aku tak tahu kami bercinta dan kami sering berhubung melalui surat. Setahun dia di seberang aku dapat berita dia dit4ngkap basah dengan anak tuan rumah sewa dan dip4ksa nikah sebab budak tu dah bunting.

Aku jadi macam orang sasau tak tahu nak buat apa aku lari keluar negeri kerja tanpa pengetahuan keluarga. Bila sampai Selangor baru aku tulis surat pada abang aku yang aku dah selamat sampai Selangor dah kerja.

Di sini la aku jadi jahat kawan dengan ramai lelaki tapi aku tak buat benda – benda tak elok hanya keluar makan je. Aku jadi benci lelaki bila ada yang nak tackIe aku. Aku terus reject dan tinggal begitu je.

Memang perempuan langkah tak panjang, aku diperk0sa oleh salah seorang teman aku. Dia menangis minta maaf dengan aku, dia ingat aku ni dah rosak sebab berkawan dengan ramai lelaki. Dia merayu minta maaf dan nak bertanggungjawab tapi aku tinggal dia macam tu je.

Nasib baik aku tak mengandung. Telupa nak bagitahu result SPM aku cemerlang dan aku boleh sambung tingkatan 6 tapi aku malas nak sambung belajar dan nak kerja. Sekarang teman – teman sekolah aku dulu semua dah berjaya dapat jawatan tinggi dalam pekerjaan sebab aku bukan budak b0doh.

Tapi tindakan aku yang b0doh dan sekarang aku dah kahwin dengan lelaki pilihan orang tua aku tapi tak kekal lama hanya bertahan sebulan je aku jadi benci lelaki dan aku minta cerai tapi suami aku tak mahu ceraikan aku.

Aku naik mahkamah untuk daftar cerai suami tak datang dan aku terp4ksa bayar t3bus taIak 3k. Sekarang aku janda tapi berkawan dengan suami orang yang nampak alim tapi jahat selalu. Depan orang nampak baik tapi selalu berz1na dengan aku.

Yang peliknya bila jauh aku benci dan jijik dengan kelakuan jahat dia tapi bila dia datang rumah aku jadi b0doh dan serah je tubuh aku untuk puaskn nafsu ser4kah dia. Nasib baik sekarang PKP dia tak dapat rentas daerah.

Kalau tak boleh dik4takn tiap – tiap minggu dia mer4tah tubuh aku. Aku tak tahu macam mana nak menjauhkn diri dari dia. Minta kawan jangan kecam aku sebab aku tak tahu kenapa aku jadi bodoh dengan dia serah tubuh aku. – Nur (bukan nama sebenar)

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.