Kerana d3ndam sanggup jadi isteri kedua

Lagi 3 minggu nak kahwin, tunang kena tangkap basah dengan kawan sendiri. Akhirnya aku dapat status isteri kedua. Malam selepas majlis kahwin, aku tetapkan syarat buat suami yang buatkan dia menangis dan sujud depan aku.

#Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau cerita aku ni diterima. Aku buat confessions ni sebab aku rasa nk share dengan korang semua apa yang aku rasa.

Tengok tajuk pun mesti korang fikir. Bini kedua ni selalunya per4mpas. So aku nak cerita dulu macam mana aku boleh dpt title ‘isteri kedua’. Umur aku masuk 25 tahun. So korang nak tahu macam mana aku dapat title ni? Suami aku kena tangkap basah dengan madu aku iaitu kawan kerja dia sedangkan kitorang dah bertunang dan tinggal lagi 3 minggu nak nikah. Ya 3 minggu lagi gais. What a sad life. Aku dapat berita ni sebabkan aku dengan suami aku dan madu aku (kawan kerja dia kan) kerja 1 company yang sama. Cuma beza aku kerja dalam office. Dia dan madu aku banyak travel dan dorang 1 team.

Masa malam dia kena tangkap basah tu aku memang tak tahu la kan cuma aku ada rasa tak sedap hati bila dia tak call atau mesej aku 1 hari. Esoknya aku masuk office petang sebab aku halfday. Bila aku masuk je semua orang dekat department aku pandang aku dengan pandangan aku tak dapat tafsir. Aku mula ingat aku ada buat salah. Tapi tetiba dapat call dr manager HR suruh jumpa dia. Dari situ la aku tahu suami aku dah bernikah dengan madu aku. Aku? Jantung aku gugur waktu tu. Tapi yang aku tahu air mata aku sikit pun tak jatuh gais. Cuma aku rasa r3muk hati aku. Rasa s4kit yang mana air mata pun tak mampu nak keluar. Oh ya masa kena tangkap basah tu diorang tengah outstation la.

Macam mana boleh jadi macam ni ? Aku rasa aku yang terlalu baik hati.. Hurmm.. baik hati macam mana ??? Aku dah lama tahu madu aku suka dekat suami aku. Sebab aku perempuan. Kita perempuan ni sense dia lain sikit kan. Boleh tangkap dengan cepat. Tapi aku baik hati. Aku cuma cakap dengan suami aku. Hati – hati jelah dengan madu aku tu. Jangan sampai tersuka bila dah kerja sama – sama tu. Tapi tak sangka la tangkap cint4n jugak diorang berdua ni.. Aku tahu suami aku dulu suka tumpang kereta madu aku sebab suami aku pakai motor pergi kerja tapi kalau pergi luar negeri. Suami aku banyak tumpang kereta kawan – kawan team dia. Jadi madu aku salah sorangnya lah.

Pernah jugak sekali madu aku jemput suami aku bawak pergi balik kerja around 1 bulan kot sebab suami aku punya motor rosak. Aku dengan rasa baik hatinyaaaaaa (sekarang baru rasa kebod0han dia) okay je bila madu aku buat macam tu. Katanya suami aku, madu aku je yang sanggup nak jemput hantar dia. Aku ada fikir lain tapi aku t3pis perasaan tu sebab aku rasa tu je jalan yang ada. Yelah aku pun tak nak fikir panjang sangat sebab nanti boleh bawak g4duh pulak dengan suami. Aku tak nak cerita panjang sangat pasal ni. Tapi inilah juga antara salah 1 sebabnya diorang boleh bercinta belakang aku.

So next apa yang berlaku lepas diorang nikah tu. Mak ayah aku nak batalkan semua majlis dan keluarga pihak laki pun redha kalau aku nak batalkan. Tapi aku? Baik hati lagiiiii (geram dengan diri sendiri) sebab nak jaga dua – dua beIah pihak punya muka. Aku mintak teruskannnnnnn. Yes gais. Aku teruskan. Bod0h sangat aku rasa. Aku tak tahu la kenapa aku boleh bertindak macam ni. Cuma waktu tu aku banyak mengalah. Mungkin sebab aku tak dapat fikir panjang dah. Aku tak nak semua malu. Aku tak nak menyusahkan siapa – siapa. Jadi aku tetap teruskan pernikahan aku dengan suami aku. Yupp tahun lepas bulan 1 aku sah jadi isteri kedua suami aku. Macam tu lah aku dapat title isteri kedua. Setelah 7 tahun bercinta 8 bulan bertunang. Akhirnya aku jadi isteri kedua. Hahahaahahaha. Path3tic thing happen in my life.

Aku sebenarnya dah tawar hati dengan suami waktu akad nikah. Aku rasa kosong. Bukan ini yang aku nak. Aku betul – betul tak dapat terima kenyataan aku kena hadapi benda ni. Tapi aku buat fake. Aku buat lagak aku yang aku OK. Tapi sedangkan semuanya tak ok. Malam lepas majlis. Aku terus buat beberapa perjanjian dengan suami. Orang kata kalau ada 2 isteri ni. Kena adil ye dok ? Tapi aku kategori baik hati dan tawar hati aku cakap aku nak dia duduk dengan aku 1 hari je dalam sebulan. Hari apa yang dia nak duduk tu ikut lah dia nak bila. Tapi selebihnya memang aku tak kasi dia masuk rumah. Kami dah ada rumah sewa gais dan nasib baik rumah atas nama aku dan kunci semua aku pegang.

So dia memang tak boleh buat apa. Nafkah tu ikut mana yang dia mampu. Aku pun tak kisah sangat sebab aku ada saving aku sendiri dan aku ada pendapatan tetap. Dan ada lain – lain. Malam dia dengar perjanjian aku tu. Dia nangis teruk. Dia mintak maaf sujud dekat kaki aku. Aku tak nangis pun. Aku pandang dia macam tin kosong je. Lalu sepi je dekat telinga aku dengar dia teresak – esak. Dan malam tu juga aku sanggup tidur dalam bilik air gais. Sebab tak nak dia sentuh aku. Aku tahu aku dah jadi isteri yang derh4ka masa first nikah. Tapi aku boleh buat apa. Aku pun manusia biasa. Yang sedang terIuka hati dan perasaan.

Setahun lebih dah aku dengan suami aku macam ni. Kami memang macam orang asing. 1 hari yang dia duduk dekat aku tu hanya cukup syarat je. Aku balik kerja dia tak balik lagi. Aku akan tidur bilik no 2 dengan kunci pintu. Aku tetap masak dan basuhkan baju dia. Esoknya dia akan balik dekat madu aku. Aku sekarang lagi banyak berdikari. Semua aku uruskan sendiri. Suami pun bagi nafkah. Aku simpan je duit tu. Sebab aku tahu madu dengan suami aku lagi memerIukan duit lagi – lagi madu dah nak hampir dengan due date. So incase diorang tak ckup duit. Aku boleh pulangkan balik duit suami aku tu. (Baik hati lagi kan aku ni ?)

Penerimaan keluarga. Masa mula – mula dulu. Mak ayah aku dengan adik beradik aku memang langsung tak nak pandang muka suami aku. Apatah lagi nak berborak. Dan raya tahun lepas dan tahun ni aku raya dengan family je tanpa suami. Aku kan isteri kedua. Korang faham jelah. Apa boleh buat. Dah nasib. Side mentua aku dengan ipar aku. Alhamdulillah diorang semua sayang aku. Mungkin sebab serba salah anak dan abang diorang buat aku. Tapi aku banyak kali cakap. Benda dah lepas jangan diungkit. Mak mentua aku manjang nangis je kalau jumpa aku. PeIuk aku. C1um aku. Aku tahu hati kecil mak mentua aku masih lagi rasa bersalah. Tapi aku nak diorang redha je. Biar aku je rasa macam ni. Masa first – first aku tengok family in law aku layan madu aku agak teruk. Tapi aku pujuk diorang jangan buat macam tu sebab dia manusia jugak. Aku?? Dari first sampai hari ni aku tak pernah bercakap pun dengan madu aku.. Balik kampung suami pun, aku akan tidur hotel dengan adik ipar perempuan aku. Mungkin sebab adk ipar aku sama baya dengan aku. Jadi aku selesa dengan dia. Thank you ima for understanding me..

And actually ayah aku ada cakap dengan suami aku. Kalau rasa tak mampu jaga dua isteri. Pulangkan balik anak dia. Suami aku terkedu sebab aku tak pernah pun nak mintak cerai atau fasakh. Bagi aku biar dia sendiri tentukan. Hak berceraikan hak lelaki. Aku ada jugak tunggu kata – kata tu dari dia. Tapi tak ada pun so aku pun buat d0nno jelah. Cuma bila bapak aku ada cakap macam tu dia ada tanya aku. Apa pilihan aku. Aku cakap terus terang pada dia. Aku pun tak rasa hubungan ni kekal sampai bila – bila. Jadi aku serahkan kata – kata tu dekat dia. Dia nampak faham tapi tak tahu la kan. Dia faham ke idok. Secara jujurnya. Aku pun tak ada rasa sayang dengan dia. Hubungan kami atas nama suami dan isteri je. Tapi bagi dia. Aku tak tahu la kan.

Aku sekarang masih lagi boleh bernafas sampai hari ni. Alhamdulillah. Allah bagi ujian ni pasti ada hikmahnya. Walaupun ramai kata aku tak nampak ada suami tapi aku tetap jugak mintak kebenaran kalau nak keluar ke apa. Hubungan aku dengan madu memang tak pernah baik. Madu pernah bercakap dengan aku tapi buat macam angin lalu. Aku tak jahat gais. Cuma aku tak rasa nak berbaik lagi. Hati aku ni masih lagi berbekas. Mungkin sampai bila – bila pun takkan pulih. Hubungan dengan suami pun macam dengan madu. Cakap benda yang perlu je. Tak ada mesra macam org lain. Masing – masing banyak senyap kalau balik rumah mentua dan kampung dia. Dia ada jugak banyak kali tarik perhatian aku. Tapi macam aku cakap kan . Aku rasa betul – betul kosong. Apa je dia cuba buat tu semua aku pandang nothing. Empty. Aku banyak dengan kehidupan aku sendiri je. Sikit pun aku tak sentuh kehidupan suami dan madu aku. So akhirnya. Aku jadi macam ni lah. Seorang isteri kedua yang sedang bangun sikit – sikit untuk jadikan diri ni kuat.

And korang boleh tak tolong doakan supaya hati aku terus kuat untuk berjalan ke hadapan tanpa jatuh ? Macehhhh if you do that. Aku harap ada pengakhiran yang adil untuk aku. Aku tak reti bercerita guys. So kalau ada berterabur tu. Maafkan lah sayaaa. Untuk perempuan di luar sana. Mungkin hari ni hari korang buat macam tu pada org macam aku tapi dunia sentiasa berpusing girlssss. Watch outttt. Untuk yang seiring dengan jalan cerita aku. Jom lah kita sama2 naik menghadapi dug4an ni.

Mungkin kesilapan kita yang lalu buatkan Allah jadikan ujian ni sebagai peringatan. Siapa tahu ? Moga semuanya baik – baik sahaja. Moga Allah sentiasa jaga kita. Aminn. Untuk lelaki di luar sana. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Tapi jangan siksa perempuan macam binatang. Kalau kau yakin kau nak. Kau buat betul – betul. Kalau tak nak tak payah. Kan senang? Jangan nak tunjuk handaI sangat.

Ok tu sahaja aku nak luah n beri nasihat. Thank you korang sudi baca luahan yang tak seberapa ni.

Yang benar,

~Isteri kedua

– Nurul

Komen Warganet :

Nabilah Zaki

Oklah lepasni madu beranak, kau offer diri jaga anak madu kau pulak. Bagi laki kau dengan madu kau teruskan honeymoon. Lepastu, kau pulak susah payah carik duit besarkan anak tiri kau. Bagi laki kau dengan madu kau spend duit diorang untuk joIi katak. Teruskan confessor, sesungguhnya anda sedang melakukan amal jariah. Pasal kebahagiaan diri sendiri tak payah fikir sangat, sebab semua dah h4ncurkan hari laki kau kawin lain. Hah dah tak payah susah susah cantum balik. Biar je h4ncur. Yang layak bahagia madu dengan laki kau je. Kau suka mend3rita kan. Teruskan. Tep0k sket

Mohd Iqbal Sirajudin

Aku tak faham apa yang kau cuba buat. Kau nak baIas dend4m? Kau nak orang bersimpati dengan kau? Berjaya tak? Aku rasa tak! Sebab yang banyak s4kitnya adalah kau juga.

Bila kau teruskan perkahwinan dengan lelaki yang curang, yang dah berkahwin pun dengan kekasih gelapnya, tu pun dah nampak tak kena. Kemudian boleh pula, letak bermacam syarat, dan akhirnya kau rasa suami kau layan kau macam binatang? What the *t0ot*!!!

I cannot brain, lah dey!! Don’t go on f1ghting a Iosing battIe. Get out of it, and go find some other battIe worth f1ghting for.

Naza Rahman

Sedarla diri Nurul!!!! Jangan bazirkan masa muda dengan kehidupan macam ni. Dapat tak? Perasaan marah, dend4m, s4kit hati aje. Lepaskan la. Biar dia bahagia dengan isteri dan baby baru lahir. Bukan satu hin4an pon berstatus J jika tiada langsung perasaan sayang, hormat, kasih pada suami. Hentikanla d3ra perasaan sendiri. Tak ade guna nya pon.

Awak ada kerja, aset dan pendapatan tetap. Bahagia kan diri sendiri dan keluarga. Tindakan awak ni sebenarnya meIukakan hati kedua – dua keluarga secara halus. Setiap kali nampak kelibat awak, hanya kesian, simpati, sedih ada di hati mereka. Bangunla. Biarla kedua – dua keluarga lihat yang awak bersemangat, ceria dan bahagia dgn kehidupan.

Jangan sia – siakan kehidupan ni. Nikm4ti selayaknya seperti orang lain.

Khadijah Muhammad

Kamu berhak untuk bahagia, sampai bila kamu nak habiskan masa dengan cara ini? Sehingga umur 40thn, 50thn? sia – sia sahaja. Lelaki seperti itu tidak layak untuk kamu.. pergilah.. carilah kehidupan baru dik, saya doakan kamu kan jumpa yang baik sama baiknya seperti kamu… amin…

Saya tak pasti, saya rasa adakah kamu masih menyayangi suami kamu dan berharap dia menceraikan madu kamu? emmmm.. saya rasa lelaki tamak, kalau boleh mereka mahukan 4… hahahha… kalau ada 2, jangan mimpi dia nak lepaskan kamu dengan mudah kecuali kamu minta. Sebelum dapat tittle isteri derh4ka, sebaiknya fikir baik – baik… kamu ada 2 pilihan sahaja. Teruskan dan maafkan, atau lepaskan. Lelaki modal mereka DERH4KA sahaja, mereka takkan nampak peng0rbanan seorang isteri.

Ann Fardan

Kau bukan baik dik. Kau kej4m, kau ani4ya diri sendiri. Kau zaIimi perasaan mak bapak yang susah payah besarkan nak lihat kau bahagia end up jadi macam kayu mereput tunggu masa. Sebenarnya kau lah yang masih sayang pada mangkuk jah4nam tu sampai kau tak boleh move on. Kerana terlalu sayang dan tak percaya dia boleh khi4nat kau. Kau ik4t kaki dia dengan perkahwinan yang hanya valid atas sekeping kertas…

Kau masih indeniaI harapkan dia sama macam dulu tapi kau tak nak usaha apa – apa. Kau bukan sahaja bod0h dik tapi kau terlalu kecewa hingga eg0 kau masih mahu bersama dia. Sedangkan dia tak ada lagi rasa kasih tu pada kau kecuali atas rasa bersalah. Kalau akak jadi kau lepas kena tangkap basah tu akak Iempang dua – dua tu kemudian akak batalkan perkahwinan sebab maru4h dan harga diri kita lebih utama dari malu majlis tak jadi. Kau rasa madu kau respect ke kat kau? Dia sedang gelak – gelak bahagia dia bijak dapatkan apa dia nak.

Mertua family in law tu semua baik sebab rasa bersalah anak diorang buat dajaI. Esok dah ada cucu mereka akan lupa kisah madu kau dulu dan juga akan terlupa kewujudan kau dik. Sebelum orang tak peduli kita baik angkat kaki blah… Macam laki kau tu kat chow kit pun banyak dik. Pesan akak malu letakkan ditempat yang betol kerana bahagia kita terletak pada bagaimana kita letak harga diri kita. Kau nak dia respect dan giIakan kau balikkan sebenarnya sampai dia tinggalkan madu kau kan???? Then move on… Cari orang lain masa tu baru dia sedar apa yang dia hilang dan dend4m kau akan benar – benar berbaIas..

Apa kata anda?