Mak mertua aku memang anti dengan orang yang tak masuk Universiti dan mak aku selalu jadi m4ngsa h1naan dia. Oleh sebab dia h1na mak aku yang tak masuk U, aku nekad baIas d3ndam belajar sampai PHD tapi aku kikis duit dia, dan suruh mertua bayar segala yuran..
#Foto sekadar hiasan. Salam semua, korang bila baca tajuk pon dah boleh agak betapa clichenya cerita ni. Apa yang aku nak kongsi adalah bukan tentang aku dan mak mentua sebab korang dah boleh agak, tapi lebih kepada macam mana aku hadap bila mendapat mertua yang ‘menjadi – jadi’.
Jadi, mertua aku sangat la cerewet dan boleh dik4takan queen control, aku cakap ‘boleh kata’ sebabnya dia tak dapat control over bapa mertua dan bapa mertua pon jenis tak layan apa pon mertua aku cakap. Dia ada je hal sendiri, balik rumah lewat malam.
Oh, untuk pengetahuan korang, aku tinggal dengan mertua, masuk tahun ni dah hampir nak 5 tahun. Mak mertua aku ni jenis suka bebel, suka mengarah dan suka keluarkan ayat “oh ye, takpala mak awak ajar macam ni ye. Yela mak awak kan tak masuk universiti.”
Apabila setiap kali aku buat sesuatu yang tak menepati citarasa dia. Contoh, mak mentua suruh aku masak, jadi aku masak la. Benda yang normal misalnya masak lemak cili padi, ayam kicap, sambal, kari, sup, kurma, gitu – gitu la yang simple.
Tapi expectation mak mentua aku ni lain, dia selalu cakap, “nasib badan la menantu tak pandai masak.” Akhirnya lepas aku masak dia mesti akan masak sejenis dua lauk jugak sebab ntah, agaknya tak boleh nak telan apa yang aku masak kot.
Contoh masakan, kari ikan cencaru dengan ubi keladi sup telur ikan, telur mata burung puyuh. Pastu dia cakap, “ni macam ni orang KL masak, tak pe la, awak tak reti semua ni, sebab mak awak tak ajar kan, nak buat macam mana awak tak biasa.”
Kemudian diakhiri dengan ayat, “ye la, mak awak kan tak masuk universiti.” Selalu perkara ni berlaku bab masak la berbanding perkara – perkara lain. Aku akui, memang sentap sepanjang setahun dua di awal perkahwinan, selalu sangat dengar macam tu.
Pengh1naan untuk mak aku, aku tak dapat terima dan aku pon tak cerita dengan suami sebabnya kalau aku cerita pon, apa bezanya yang suami aku boleh buat? Suami aku sedia maklum dengan mulut laser mak dia dan bebelan tu sebab tu suami aku selalu buat kerja sangattttt banyak.
Hujung minggu memang la dia kerja half day, tapi dia selalu akan kerja lebih masa. Aku tahu dia nak elakkan konflik dengan mak dia (walaupun dia tak pernah pon cakap, tapi aku boleh agak). Suami aku akan sampai di rumah lingkungan pukuI 9 malam dan dia akan makan apa – apa je yang aku masak dan yang mak dia masak. Dia tak pernah merungut.
Kalau ada hari – hari dia nampak aku tension sangat, aku tak perlu bagitau pun dan dia pun tak tanya. Dia cuma akan cakap lebih kurang macam ni, ”mak ada cakap apa – apa ke dekat awak? Saya mintak maaf mak saya macam tu.”
Jadi, bila aku tengok suami aku dengan keletihan macam tu, aku pun tak sampai hati nak mereport dekat dia. Hari Ahad je kami akan habiskan masa bersama – sama, pergi mall contohnya, supaya aku pon tak perlu masak, mak mentua aku pon tak cakap ayat bisa dia tu dan aku pun tak s4kit hati.
Mak mentua aku ni sangat la suka control sampaikan kerja suami aku pon dia control. Aku pun tak tau taaktik apa dia guna, agaknya sebab dia belajar dekat universiti dulu , dia akan dapat berhubung maksudnya kenal dengan boss suami aku.
Jadi, dia akan mintak la apa – apa dari boss suami aku ni. Contoh terbaru ni, dia mintak boss suami aku sediakan satu kereta company untuk suami aku guna memandangkan suami aku banyak kena travel. Suami aku baru kerja dekat company tu tak sampai 2 tahun kot, orang lain pun engineer jugak tapi tak semua la company bagi kereta.
Sebelum ni, suami aku kerja kat tempat lain, tapi ada ke mak mertua aku ni pergi mintak dengan boss dia naikkan gaji la dan mintak supaya suami aku diberi cuti padahal masa tu dia dah janji nak rotate dengan orang lain.
Jadi, aku tak tau apa yang berlaku tapi dua – dua company sebelum ni, tak lama lepas isu tu, suami aku berhenti kerja dan pergi company lain. Aku pon tak nak tanya sebab aku tau dia str3ss. Selagi dia masih waaras dan terkawal, aku akan sentiasa di sisi dia.
Ada satu kali tu, masa suami aku mula nak beli kereta dulu, dia pun beli perodua Myvi. Sebagai kereta pertama, aku pon rasa tindakan tu wajar sebab gaji pun belum banyak lagi walaupun kami dah ada penjimatan yang banyak tak perlu bayar sewa rumah di KL ni.
Tapi apa yang jadi, mak mertua aku, call aku dan ser4ng – ser4ng aku melalui telefon, “eh, kau eh yang ajar anak aku beli Myvi, kau tau tak anak aku tu engineer? Dia patut beli Honda city atau pun hari tu dia da janji nak beli Kia Forte.”
Pastu panjang lagi la dia membebel dan macam biasa akhir ayat dengan ayat yang kat atas tu, “mak awak tak masuk universiti.” Agak – agak korang beng4ng tak kalau ada kat tempat aku, beng4ng jugak kot kalau kau normal.
Sebenarnya aku tak nak ingat dah benda – benda ni, sebab masa aku menulis ni, aku akan teringat segala macam kata – kata ni dan buatkan aku s4kit hati. Dah tentu aku pun tak cerita benda ni pada sesiapa pun kecuali rakan – rakan rapat aku.
Dan nasihat dorang, ‘kau anggap je mak mentua kau tu post-natal blues, kalau tidak ko yang akan str3ssed out.” Ya, aku ambik nasihat dorang tu. Sebab tu, semua orang yang kenal dengan mentua aku, selalu curi – curi tanya aku, “Mak okay?”
Aku tau, tu permulaan dorang nak pancing aku bukak cerita macam – macam. Tapi, disebabkan aku mengamalkan nasihat kawan – kawan aku tu, aku pers3tankan semua tu, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Macam aku cakap, selagi suami aku ok, aku abaikan je sebab suami aku sendiri maklum tabiat mak dia tu.
Cuma dia (aku rasalah) tak tahu pasal ayat kegemaran mak mentua aku tu. Walaupun aku memang benci giIa perkataan yang keluar dari mulut mak mentua aku tu, ada perkara yang aku sentiasa pujuk hati:
1. Aku selesa dari segi tempat tinggal di rumah mak mentua aku, tak perlu kongsi bilik air, ada parking kereta sendiri dan aku tak perlu beli apa – apa sebab semua dah ada. Walaupun aku tak boleh decorate macam aku nak, itu ini semua tapi abaikan. Aku boleh simpan duit dan setiap tahun dapat pergi melancong.
2. Kadang – kadang walaupun dia masak benda pelik pada aku tapi dengan ayat, “mak, leha try buat macam mak masak tu, tapi tak jadi.” Maka, mak mentua aku dengan rela hati masak. Jadi aku makan je la, tak perlu nak susah – susah nak masak semua, sebab kadang – kadang bila balik kerja letih sangat.
3. Mak mentua aku, jenis mengarah, dia cari dan tanya, better declined dari never tried macam kes mintak gaji lebih kat suami aku tu walaupun aku serius rasa suami aku memang down bila mak dia masuk campur. Tapi aku pujilah semangat dia tu bila nak mintak markah prestasi lebih dekat boss aku.
4. Mak mentua aku bukan jenis yang percaya benda – benda tahyul, ini paling penting. Ramai jugak kawan – kawan aku yang tersiksa dengan mentua macam ni. Anak kena asma pun disuruhnya jumpa b0moh tengah malam daripada pergi emergency untuk neb.
5. Mak mentua aku tak pernah push supaya kami untuk ada anak walaupun dah 5 tahun kami menunggu.
6. Suami aku kerja banyak sebab tak nak dengar mak dia bebel dekat rumah, jadi banyak dapat OT. Kadang – kadang dia kerja jauh – jauh, aku ikut kalau boleh cuti dan aku dapat anggap aku bercuti tanpa keluarkan duit sangat. Sebab everything dah dibayar, Cuma ye la bosan jugak bila suami kerja, aku terperap je. Sekarang ni aku pon dah sambung PhD. Bila aku ikut suami, ada la kerja aku boleh buat dan terisi.
7. Mak mentua aku ni agaknya, anti sangat dengan orang yang tak masuk universiti, dia sentiasa suruh aku belajar – belajar dan memang aku tau aku ambil kesempatan. Aku gunakanlah mak mertua aku ni bila ada yuran atau upah orang utk collect data semua, korang boleh agak biasiswa dari siapa.
Jauh dalam lubuk hati, aku rasa hip0krit sangat. Aku sedih dan marah bila dengar ayat, “mak awak kan tak masuk universiti” tapi mak aku jalankan tanggungjawab dengan baik untuk besarkan aku dan adik beradik yang lain.
Walaupun dia tak masuk universiti, dia la orang kepercayaan orang – orang kampung berkongsi suka duka. Pembela kucing jalanan yang setia, pendoa pada aku dan suami. Benda ni memang mak mentua aku takde, dia sangat lantang, apa – apa yang dia anggap sebagai ‘gangguan’, dia akan caras awal – awal lagi.
Tapi mak aku, sangat berdiplomasi, walaupun dia tak pergi universiti. Oh ya, mak aku bukan tak kerjaaa dek non, walaupun surirumah pon pekerjaan okay. Mak aku bekerja, dan bersara sebagai ketua di salah sebuah organisasi kerajaan.
Cumanya dia ni naik sikit – sikit, secara amnya memang tak masuk universiti, tapi dia da pergi beratus – ratus advanced course. Eh! Aku em0 balik pulak, cuma tak nak la jatuhkan air muka mak mentua aku. Dia ni bukan bos pon, just EO je, tapi dengan degree.
Dah menulis ni, baru aku perasan, agaknya dia beng4ng kot dia ada degree tapi tak jadi bos, mak aku takde degree dapat pulak jadi boss. Tapi zaman kan berbeza, polisi kerajaan pon berbeza – beza, rezeki masing – masing la.
Itu jelah yang aku nak luah. Aku rasa marah geram tapi ada juga kebaikannya. Tak semua yang kita nak dapat, jadi aku kena sabar je lah dan hadap per4ngai mak mertua aku tu. Yang menulis, – zal
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.