Saya kerja shift 12 jam tapi suami tetap wajibkan saya masak 3 kali sehari. Bila saya berhenti kerja, begini pula jadinya

Saya tahu gaji suami tinggi mampu nak sara saya tapi dia setiap bulan hanya beli ikan selayang, ikan kembung, telur, itu saja lauknya tiap bulan. Setiap hari makan nasi dengan ikan, saya dah jemu. Saya pun teringin nak makan sedap – sedap. Sekarang saya teringin nak makan durian. Dia kata mahal..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Saya Nurul, sudah berkahwin. Usia perkahwinan kami baru saje setahun jagung. Baru lagi la katakan tapi saya sudah merasa menyesal membuat keputusan untuk berkahwin. Sebelum kahwin saya hanya bekerja kilang shift pagi 7am-7pm, selepas kahwin saya masih bekerja di tempat yang sama tapi setelah 2 bulan berkahwin saya resign sebab saya kepenatan.

Mari saya cerita kenapa saya penat. Suami saya jenis yang suka bawak bekal pegi keje, biasa saya akan sediakan sarapan dan lunch untuk bekal dia dan saya. Seawal 4.30 pagi saya dah bangun ketung ketang kat dapur, saya ni kurang pandai masak jadi agak lambat saya kat dapur tu masak breakfast dan lunch.

Jam 6.20 pagi saya dah gerak dari rumah ke kilang yang makan masa 20 minit untuk sampai, saya naik motor sendiri. Masa saya keluar bekerja suami belum bangun lagi. Dia biasa 8.30 baru kuar rumah, kadang – kadang jam 9 pagi baru kuar.

Hari – hari rutin yang sama berjalan. Setelah sebulan saya mula rasa penat dengan rutin harian saya. Saya kerja kilang 12 jam berdiri, sampai rumah jam 8 malam kelam kabut nak solat maghrib, nak masak untuk dinner plak, sekalian siapkan bahan untuk masak esok pagi lagi.

Nak sapu rumah lagi, rumah saya ni sehari tak sapu berhabuk sangat, mandi dan rehat kejap. Bila suami balik saya layan dia makan plak, siapkan hidangan makan malam pastu urut dia. Bagi sesetengah orang biasa saja rutin harian saya tapi bagi saya ianya sangat memenatkan, saya keje, semua keje rumah saya yang buat.

Saya kerja berdiri 12 jam, kaki memang s4kit sangat, balik keje penat sangat dengan bawak moto menyelit sana sini, jalan jem, tapi balik kerja kene sambung buat kerja rumah lagi. Kadang – kadang rasa malas nak masak bekal, nak masak untuk dinner saja.

Mulut suami memang cakap tak p4ksa saya masak, tak p4ksa saya kemas rumah perfect sangat tapi bila saya tak masak dia buat muka. Bila ada kain yang berg4ntung kat ampaian (ampaian dalam bilik saja, rumah flat), dia tanya bila saya nak angkat tapi dia langsung tak membantu, mulut saja bising.

Saya mengadu kat suami, saya penat, suami suruh saya berhenti kerja. Dia cakap nak kerja boleh, jangan abaikan tanggungjawab saya sebagai isteri, Maksudnya rumah kene perfect kemas, masak hari – hari, sediakan dia breakfast, lunch dan dinner.

Dia kata tu pilihan saya nak kerja sebab dia boleh saja tanggung saya, tak dinafikan gaji dia tinggi. Jadi saya dilema, kalau tak kerja saya takde duit sendiri, tak boleh makan seda p- sedap dah, tak boleh nak beli barang yang saya teringin.

Suami tiap bulan hanya beli ikan selayang, ikan kembung, telur, itu saja lauknya tiap bulan, nafkah untuk saya dia bagi RM100. Kalau tak keje, memang saya pokai la. Bukan tak bersyukur tapi gaji suami saya tu mampu nak belikan lauk – lauk lain jugak. Tapi dia yang berkira sangat.

Kadang – kadang saya terasa bosan asyik makan ikan saja, nasi saja hari – hari. Teringin jugak nak masak benda lain tapi tula mampu tengok resepi saja la sebab bahan tak cukup. Sekarang saya dah 8 bulan jadi surirumah sepenuh masa, kurang penat tapi saya terp4ksa menahan keinginan saya, saya ni kuat makan, suka makan tapi terp4ksa tahan diri sebab tak suka nak meminta minta kat suami, dah terbiasa usaha sendiri.

Saya menabung duit nafkah 100 sebulan tu baru saya boleh makan sedap – sedap. Beli barang – barang yang saya teringin, barang dapur dan rumah terutamanya. Sekarang ni musim durian, saya hanya mampu tengok saja orang makan, saya teringin tapi saya pokai dah, mintak kat suami.

Dia kata mahal pastu dia tak boleh makan durian. Bila saya sorang – sorang saya akan terfikir yang buruk – bruk tentang suami, saya mula rasa dia tak sayang saya yela suami pun jarang manja – manja kat saya, keinginan saya pun dia tak pernah nak tunaikan.

Saya tak minta dia belikan saya beg jenama mahal – mahal, baju mahal – mahal. Saya cuma teringin nak makan makanan selain nasi dengan ikan, saya bosan. Terfikir jugak nak buat bisnes macam. Orang lain, nak ada duit sendiri, tak harap duit suami dah tapi saya ni bukan aktif dalam sosiaI media, saya introvert, saya malu nak post apa – apa.

Saya selalu jadi cctv saja, kira takde pun yang kenal saya, saya pandai kerja jadi kuIi saja. Tapi suami pentingkan diri tak menyokong saya, dia lebih suka saya duk umah layan dia macam raja, jadi dia tak payah fikirkan pasal rumah dah, rutin dia pegi kerja balik kerja saja.

Balik kerja tidur, tak peduli pun kat saya ni. Bila dia nak ‘bersama’ baru dia datang peIuk saya, belai saya. Kadang – kadang saya terasa macam bibik kat rumah ni, terasa macam saya ni cuma tempat dia lepaskan nafsu bukan sebagai seorang isteri.

Saya menyesal kahwin tapi saya masih harapkan suami berubah dan ambik berat tentang diri saya. Saya saja kene selalu ambik hati dia, tapi dia tak pernah usaha nak bahagiakan saya, nak belikan saya makanan sedap – sedap.

Terlalu bercatu dalam makanan, saya tak faham kenapa dia macam tu, sedangkan saya tahu gaji dia lebih dari mampu nak beli kan saya makanan sedap – sedap tapi dia saja yang tak nak belikan, kedekut. Saya yang tak reti bersyukur atau suami yang kedekut ea.

Saya cuma nak meluahkan isi hati saya, saya menyesal kawen. Hidup bujang lagi seronok, patut ke saya minta cerai saja dengan suami ea. Saya dah tak rasa bahagia, saya str3ss hari – hari tengok muka dia, rasa nak marah saja dengan dia, rasa geram s4kit hati saja dengan dia. Sekian luahan hati seorang surirumah yang tak berharga di mata suami. – Nurul (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ezza Mysara : Nak check BP jap lepas baca confession ni. 1st. Pergi cari kerja balik. Yang lebih fleksibel. Cari keje biasa – biasa pun ok dah asalkan tak penat sangat. Duduk rumah je tak membantu dengan suami macam ni huhu.

2nd hujung minggu tu masak banyak – banyak lauk pastu frozenkan. Nanti hari biasa tinggal panaskan je. At least hari biasa prepare untuk masak breakfast je. Tapi kalau tetiba laki tu cakap tak suka makan makanan frozen, bolehlah masukkan beliau dalam peti ais.

Shikin Ilyas : Bab layanan nak tip top. Bab nafkah dia bagi ala kadar je. Siapa ajar dia kerja rumah kerja isteri semata sampai isteri terp4ksa berhenti kerja untuk pastikan kerja rumah tip top? kerja rumah tugas suami yang mana kalau isteri buat atas ihsan atau atas arahan suami, patut dapat upah.

Cer tanya ada tak orang yang sanggup buat segala kerja rumah macam yang sis buat tu dengan gaji 100. Untung banyak betul dia ya. Bagi mas kahwin, bayar 100 sebulan dapat orang gaji plus pelayan batin. Suami camni, jadi suri rumah penat, bekerja pun penat.

Cuma bila bekerja penat pun at the end of the month ada duit untuk belanja. Penat suri rumah dapat la 100. Fikir baik – baik sis. Nak hidup lama lagi dengan orang macam ni.

Nazira Mylisa : Entahlah dik. PergiIah pejabat agama, buat aduan online, mintak jumpa kaunselor. Takut lama – lama TT boleh dapat depr3ssion. Sebab nampak sangat tak gembira Dan bahagia. Perkahwinan tu adalah Cinta dan persahabatan antara dua orang manusia lelaki Dan perempuan. Kalau tak de rasa cinta, gembira dan seronok dalam sesuatu perhubungan buat apa dipertahankan. Itu anak belum keluar lagi. Dah lahir nanti lagi penat.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.