Kita sbg isteri jgn tunjuk sgt kita berduit. Kami tak pernah beli barang bau kedai. Semua secondhand

Aku ada rumah yang aku beli 8 tahun lalu tetapi disewakan kerana faktor tempat kerja kami yang jauh. Ada simpanan lebih 30k, ada pelaburan, malah suka membeli barang kemas sejak dulu. Tetapi semua nya senyap – senyap sahaja kecuali pembelian rumah. Suami pernah hilang kerja, aku yang bantu. Tapi aku tulis nota “HUTANG” dan tampal di pintu almari bilik kami.

#Foto sekadar hiasan. Nama aku Murni, seorang pegawai kerajaan dengan Gred 44. Berusia 36 tahun dan mempunyai anak – anak. Aku terpanggil untuk menulis sebagai respon kepada luahan seorang suami yang beristerikan doktor.

Yang mana beliau mencatat setiap hutangnya pada isteri. Aku sudah 13 tahun berkahwin, dengan seorang suami yang mempunyai pekerjaan tetap tetapi tidaklah bergaji setara aku. Apa yang ingin aku kongsikan adalah berkenaan sikap suami aku.

Walau dia tahu, gaji aku besar, tetapi dia tidak pernah bertanya apa yang aku buat dengan gaji aku. Di awal perkahwinan, aku hanyalah penganggur. Dari sekecil benda semuanya mengharapkan suami. Walau bagaimanapun, selepas memperoleh pekerjaan, aku tetap meneruskan hidup seperti biasa walaupun aku mampu untuk bermewah dengan gaji aku.

Maklumlah suami tidak pernah ambil kisah apa yang aku mahu beli. Aku berprinsip begini, hidup mengikut kemampuan suami. Aku juga tidak lah begitu pemurah sebagaimana sesetengah isteri yang sukarela membayar itu ini.

Awal – awal lagi aku beritahu pada suami, makan pakai aku dan anak – anak adalah tanggungjawap dia. Aku tak kisah untuk berbelanja pada hal – hal lain, tetapi jangan sampai dua perkara ini dia tak dapat sediakan. Alhamdulillah untuk itu.

Cukup semuanya. Aku redha sahaja dengan suami yang beli peralatan secondhand. Kami tidak pernah beli benda baru yang betul – betul bau kedai. TV, peti ais, mesin basuh, periuk nasi, seterika, semuanya suami beli di kedai secondhand terutama di cash converter.

Barang anak – anak juga begitu. Stroller, car seat semuanya second hand. Aku tidak pernah merungut pun, walaupun aku mampu untuk beli yang baru. Aku terima dengan gembira malah meraikan sikap suami yang pada aku bijak berbelanja.

Kalau tak berkenan pun diam sahaja. Jangan memperlekeh suami. Aku beranggapan begini, kita sebagai isteri, jangan tunjukkan sangat yang kita ini berkemampuan, berduit atau berharta. Aku ada rumah yang aku beli 8 tahun lalu tetapi disewakan kerana faktor tempat kerja kami yang jauh.

Ada simpanan lebih 30k, ada pelaburan, malah suka membeli barang kemas sejak dulu. Tetapi semuanya senyap – senyap sahaja kecuali pembelian rumah. Aku beli kereta second hand secara tunai, cukup lah untuk pergi kerja, sebab aku tidak mahu tinggi komitmen.

Selebihnya, aku tidak mahu membebankan suami dan aku tidak mahu menjadi kelihatan “besar” di mata suami. Kami masih tinggal di rumah sewa yang dibayar suami setiap bulan. Siapa yang tak nak tinggal di rumah sendiri, tetapi aku mengambil sikap syukur dan redha.

Alah, sekurang – kurangnya kami tinggal berasingan dari keluarga. Bebas menentukan cara hidup kami sendiri. Suami aku, walaupun tidak bergaji besar tetapi rajin. Dia berniaga secara online menjadi ejen dropship, malah kadang – kadang menjadi runner.

Ada sajalah kerja partime yang dibuat asal dapat menambah pendapatan. Kerja – kerja rumah juga dilaksanakan dengan baik. Daripada membantu menjaga anak, mengemas, menggosok baju, mencuci pinggan, malah mengemop lantai adalah biasa dilakukan.

Hanya memasak saja yang tak berapa pandai. Dengan sikapnya yang begini, aku sangat bersyukur malah tidak berkira untuk berbelanja dalam rumah tangga kami. Setakat belanja kasut sukan RM 3 – 4 ratus itu apa lah sangat jika dibanding dengan sikapnya yang ringan tuIang dalam keluarga.

Sejak ada anak – anak, aku juga ada menanggung percutian keluarga sekali – sekala. Biasanya aku menggunakan alasan seperti “nanti dapat duit kutu, saya nak bawa anak – anak ke tempat sekian – sekian” Tetapi tidak lah selalu.

Macam yang aku nyatakan tadi, tidaklah aku menunjuk sangat yang aku ini berduit. Adalah biasa sebuah rumahtangga itu diuji. Aku juga tidak terkecuali. Fasa seperti suami pernah hilang pekerjaan, suami tak dapat buat OT, kereta meragam masuk bengkel, wang tak cukup sampai hujung bulan pun pernah terjadi.

Aku lah yang membantu suami. Tetapi aku tak akan menawarkan diri untuk membantu dengan begitu sahaja. Selagi suami tidak buka mulut untuk pinjam duit aku, memang aku buat tak tahu. Aku tulis semuanya dengan ayat yang besar “HUTANG” dan tampal di pintu almari bilik kami.

Walaupun aku tak pernah tuntut semula. Tetapi suami tetap membayarnya dengan cara yang lain. Seperti membayarkan bil telefon, mengisi minyak kereta, top up touch n go. Sikit – sikit dia akan menanda “sudah bayar” Begitu lah.

Perkongsian aku ini mungkin nampak biasa – biasa sahaja bagi sesetengah orang. Tetapi aku sudah melihat ramai rakan – rakan aku yang dipergunakan oleh suami mereka terutama apabila melibatkan wang. Hingga ada yang diblackIist, terp4ksa membayar pinjaman peribadi sehingga pencen dan di kejar Along hingga ke tempat kerja pun ada.

Semuanya berpunca dari banyak faktor. Cinta cinta juga, tetapi jangan sampai memusn4hkan diri kita kemudian hari. Jangan bagi ruang dan peluang untuk suami mempergunakan kita sampai ke satu tahap yang kita akan mer4na.

Untuk adik – adik bujang di luar sana, mungkin serba sikit boleh sambil iktibar dan pengajaran bahawa dalam perkahwinan, kita kena low expectation. Redha dan syukur dengan setiap pemberian suami. Memanglah kita ada keinginan.

Malah mungkin sesetengah orang berpendapat, rugi lah kalau kita penat bekerja tetapi tidak dapat menikm4ti hasil. Tak dapat bergaya, tak dapat beli apa yang kita suka, malah terp4ksa pula berbelanja untuk keluarga. Bukan itu maksud aku, yang aku maksudkan ialah perkahwinan perlu ada sikap bertolak ansur.

Juga perlu win win situation. Bukan soal siapa bread winner, siapa power atau siapa kaya. Suami, jangan ambil kesempatan pada isteri. Jangan mempergunakan isteri. Isteri yang bahagia, bukan asbab kayanya seorang suami.

Tetapi bahagia kerana suami yang bertanggungjawab, menghorm4ti, beIas ihsan dan sentiasa menyenangkan hati. Lebih utama, suami yang faham agama. Semoga bermanfaat. – Murni (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nurul Asyiqin Nazarudin : Sangat setuju, kesimpulannya jadilah isteri dan ibu yang bijak dalam membantu suami mengemudi rumahtangga, sebab tu sebelum kahwin pelajari la ilmu rumahtangga. Jangan hanya mengharap suami sahaja, diri sendiri kene bijak supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Sheikh Al Juhani : Ini bukan redha dan syukur kak oii, ini h4ng tak redha atas apa yang h4ng jalani kehidupan dengan suami. Banyak point yang h4ng cerita tu menunjukkan yang h4ng ni macam tak redha dan berkira nak mamp0ih t4ik hidung masin dengan suami.

Isteri yang baik ni apatah lagi dapat suami yang baik, sesekali dia tak nak sebenarnya membebankan suami dia. Rumah ada nak bebankan suami keluar duit sewa rumah pasaipa. Kalau suami h4ng duduk pun ampa anak beranak lagu mana pun nak jadi aset h4ng jugak.

Appaaragh..Banyak lagi ni nak cakap tapi takut menc4rut..Aiiii. Lain kali h4ng tak payah tulis dah cerita lagu ni. MeIuat kami nak baca..

Fauziatul Durra Ahamad Fauzi : Ramai tak bersetuju tapi saya bersetuju. Hati manusia boleh berubah. Kita tak tahu apa jadi sebaliknya kalau semua sukarela ditanggung oleh tt. Nak elak lelaki dia jadi biawak hidup memang kena tegas.

Zaman sekarang tengok saja berapa banyak confession laki – laki jenis ni. Tu yg confess, yang tak confess? Takde salahnya pun dia nak buat acuan hidup rumah tangga dia begitu. Cara dia tak sesuai untuk anda tak payah ikut. Simple. Hidup ini pilihan.

Fazidah Abdul Kadir : Setuju 100% memang kena be a bit “crueI” to be kind. Jangan dipergunakan atau beri peluang untuk dipergunakan. Memang dalam Islam pun duit isteri, isteri punya, duit suami dia mesti guna untuk nafkah dan bayaran makan pakai keluarga.

Memang macam tt, tak payah lah nak baik – baik sangat bagi duit bagai, kot belakang mengata lagi teruk Kan tak dapat apa langsung, buat baik berpada – pada kepada siapa sahaja.

Shuhadha AJ : Rata – rata yang komen cakap tt kedekut, harta tak bawa m4ti pun, apa salah sedekah untuk keluarga etc etc. Korang takde kat tempat tt, hidup dia dikeliIingi biawak hidup. Sebab tu dia berhati – hati.

Kalau korang ada suami yang penyayang, pemurah dan tak ambik kesempatan. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Tapi betul la dia ckp tu. Pesanan buat bakal – bakal isteri, jangan tunjuk sangat anda boleh jadi breadwinner in the family. Kelak bukan anda je dapat problem, dengan anak – anak sekali kena tempias – m4ngsa.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?