Konon masa sebelum kahwin rajin k3jut suami bangun pagi, sekali mak mertua angkat call. Garang plak tu.

“Kenapa call pagi – pagi, ada apa – apa masalah ke? Awak ada apa – apa hubungan ke dengan anak saya.” Memang aku takut terus, aku cari alasan letak fon. Masa kami bertunang, lepas sarung cincin mak mertua sempat bisik dekat aku, serius ke nak kahwin dengan anak dia? Rupanya bila dah kahwin baru tahu suami ni anak mak, dan perangai mertua aku ni macam mana..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin boleh tak siarkan perangai mertua saya ni.

Sebelum kahwin dengan suami, ketika itu kami sedang berkawan, kononnya saya ni baik call suruh bangun pagi. Ada sekali call, mak mertua angkat. Dia tanya, “Kenapa call pagi – pagi, ada apa – apa masalah ke? Awak ada apa – apa hubungan ke dengan anak saya.”

Macam – macam soalan dia tanya, saya gugup, cakap nanti call semula sebab ada kerja nak buat dan sebelum off fon dengar mak mertua cakap, kenapa takut ke? Suara garang kot, siapa tak takut. Masa tu suami tak ada, dia tertinggal fon masa hantar adiknya pergi sekolah. Tak sampai setahun berkawan dengan suami, suami hantar rombongan merisik sekali dengan tunang.

Selepas sarong cincin dekat tangan saya dan salam, sekali mak mertua bisik dekat telinga, dah berapa lama kenal anaknya? Saya cakap setahun lebih, tipu sunat padahal tak sampai setahun kenal. Selepas tu mak mertua tanya lagi, serius ke nak dengan anak dia. Anak dia kerja biasa je, gaji cukup – cukup makan. Saya pun cakap serius. Dia cakap, kalau tak suka cakap awal – awal. Saya diam je.

Selepas kahwin baru la saya tahu perangai sebenar mak mertua saya. Saya berhenti kerja di ibu kota dan duduk dengan suami lepas lahirkan anak. Rumah kami dengan rumah mertua tak sampai 5 minit pun. Kami duduk asing sebab adik beradik suami semua lelaki. Suami seorang yang jaga batas aur4t saya dengan adik – adiknya. Suami anak sulung dan saya menantu pertama.

Mak mertua saya seorang yang pengemas dan pembersih. Setiap kali lepas masak, dia akan basuh atau cuci dinding yang terpercik minyak, lantai dia mop, tempat masak dia cuci dan dapurnya sangat – sangat kemas. Bayangkan kuali yang mula – mula guna masa mertua baru kahwin masih putih licin berkilat. Buktinya pembersih dan jaga barang elok – elok.

Bila saya tengok gerak geri mak mertua, saya tengok pula gerak geri suami, sebiji perangai macam mak dia. Selepas kawin baru la saya tahu, dia tu anak mak. Anak mak yang sangt rajin dan bertanggungjawab. Alhamdulillah, dikurnia mertua dan suami yang sangat baik. Mak mertua suka memasak dan saya tak berapa pandai masak. Masa bujang dulu saya sangat jarang masak.

Saya kerja dan ada tukang masak, bila balik rumah mak saya, mak saya yang akan masak sebab ayah saya suka masakan mak saya. Jadi dalam tempoh sebelum kahwin boleh kira berapa kali saya masak. Kalau mak mertua masak lebih, dia akan call suruh datang atau bungkuskan untuk saya. Ayat mak mertua saya, “mak masak simple je.” Tapi sekali saya tengok 3 atau 4 jenis lauk dia masak.

Seminggu 2 atau 3 kali mak akan ajak ke rumahnya untuk makan – makan. Mertua saya sangat pemurah, setiap kali gaji, ada je buah tangan untuk saya dan cucunya. Masa pant4ng, saya berpant4ng rumah mertua sebab anak demam kuning. Rumah mertua dekat dengan hospitaI senang ulang alik. Saya sempat pant4ng rumah mak saya 3 hari je yang selebihnya rumah mertua.

Alhamdulillah sepanjang pant4ng saya dilayan dengan baik. Sampai sekarang pun sama, layanan yang diberikan sangat menyentuh hati saya. Kalau g4duh dengan suami, mertua akan marah suami dan pujuk saya. Suami cakap, dia dianak tirikan. Macam – macam ujian kami sekeluarga, tapi kasih sayang mertua tetap sama, alhamdulillah.

Dulu mak mertua saya dapat mertua yang tak dapat terimanya masa kahwin dengan bapa mertua sebab mak mertua dari keluarga yang susah. Bapa mertua orang ada – ada juga jadi keluarga bapa mertua menent4ng perkahwinan mereka dulu. Sampai main sih1r menyih1r dekat mak mertua saya, supaya rumah tangga mereka berantakan. Bila saya ikut mertua berubat, dengar ustaz tu cakap, macam – macam keluarga bapa mertua buat untuk pisahkan merek tapi tak boleh Iawan kuasa Allah kerana jod0h mereka sangat kuat. Cuma sekarang baru la mertua dan adik beradik bapa mertua berlembut hati berbaik sikit – sikit dengan mak mertua.

Dia cakap dengan saya, dia tak nak jadi mertua yang jahat. Dia terima menantu dia seadanya dan anggap menantu macam anak sendiri. Mak mertua cakap tak nak saya jadi macam dia. Alhamdulillah saya dikurnia suami dan mertua yang baik. Mak mertua saya dapat pengalaman mertua dan ipar yang tak baik tapi tetap layan mereka elok – elok. Bila saya jadi menantunya pun layan macam anak sendiri. Raya pertama kedua saya raya rumah mak saya dan raya ke-3 baru raya rumah mertua.

Masa salam mak mertua, sekali mak mertua bisik dekat telinga saya, mak sayang sangat menantu mak yang sorang ni, nak menangis masa tu tapi saya gelak je. Saya pun sayang mak, terima kasih terima saya seadanya sebagai menantu. Terima kasih Allah untuk kurniaan ni walaupun sebenarnya ujian kami sekeluarga sangat la hebat. Kami orang yang terpilih untuk ujian ini, hanya Allah yang dapat menolong.

Terima kasih admin tolong siarkan perangai mertua sebelum dan selepas kahwin.

Komen Warganet :

Suhana Mohd Zain : Alhamdulillah… xsemua menantu bertuah dpt mak mertua seperti awak, ambil peluang yang ada nie berbakti n belajar jadi isteri n ibu yang hebat, kagum betul saya. Semoga diIimpahkan rahmat dalam keluarga awak.

Cik Ee : Betui sis kalau mak baik anak mesti baik.. Mak mentua saya bangun 4 pagi siap – siap ikut ayah pergi berniaga surat khabar, bila balik menjahit pulak. Anak dia sekarang bangun pukuI 5 pagi tolong saya baIut nasi lemak, pukuI 7 pagi bawak pergi tempat kerja niaga. PukuI 8 pvnch card masuk kerja terus. Nak kata lepas tanggungjawab kat saya tak pun. Duit ambik kat saya, hal – hal rumah semua dia urus..

DeeNa Mohammed Taib : Alhamdulillah, tumpang gembira dengan kisah sis… Tak ada apa yg lebih membahagiakan perempuan selepas berkahwinkan, apabila dikurniakan mertua yang sayang dan layan macam anak sendirikan.. Berbaktilah sebaik mungkin kepada mertua sis yer. Akak doakan hanya yang terbaik buat sis sekeluarga.

Ezatul Akmar : Mak mertua saya pon baik, layan saya macam anak dia. Kalau g4duh dengan suami, mak mertua mesti sebeIahkan saya dan bantu selesaikan masalah tu. Bersyukur sangat. Semoga Allah panjangkan usia mak mertua saya dan berikan dia rezeki yang berIipat kali ganda. Dan semoga Allah merahm4ti hidupnya.

Syafirra Salipok : Alhamdulillah rezeki yang jarang orang lain dapat. Teringat arw4h mak saya, macam ni lah perangai, sayang menantu lebih dari anak. Kata jer menantu nak balik, satu Jalan Bulang arw4h mak kecoh nak beli itu ini. Sempat menantu sulung lelaki jer. Tapi saya pasti kalau ipar – ipar perempuan ada mesti sama jer. Mak selalu beringat anak orang kat rumah dia adalah menantu, manakala anak dia di rumah orang pulak jadi menantu. Akhir usia mak, mak str0ke, setahun Iumpuh, abang ipar tu lah yang jaga kami sekeluarga, masa tu kami masih belajar.

Apa kata anda?