Jangan ingat lelaki je kaki kikis, perempuan pun kaki kikis. Bila minah ni ajak keluar, aku ikut. Dia plak ajak lepak kedai hispter je, tapi setiap kali aku yang bayar. Lepas lepak, nak pinjam duit pulak. Aku bagi sampai jumlah ribu..
#Foto sekadar hiasan. Petang ni, rasa macam lapang sikit. Jadi aku nak throwback kisah lama. Lagipun ada yang suruh aku hantar confession kat sini. Aku bagi masa 30 minit kepada diri untuk menaip, akhirnya dekat sejam jugak termasuk edit.
Selalunya dalam cinta, betina kena game dengan jantan. Meh sini, aku cerita, camner jantan pun boleh kena game dengan betina. Beberapa tahun lepas, aku pernah heart-break (patah hati) yang sangat teruk. Okay, sebenarnya aku dah beberapa kali putus cinta yang selalunya diikuti dengan perasaan sedih.
Putus cinta yang aku nak cerita ni lain, sebab lepas putus tu, aku rasa macam nak bvnvh orang. Sedikit mukadimah background aku, supaya korang dapat gambaran. Aku ini bekas budak lurus. Nama mat salehnya, “Nice Guy”.
Lurus – lurus pun, normallah untuk ada perasaan. Masa kat university dulu, kalau aku tercerita sikit bab perasaan, boleh pulak berkata, “Eh kau pun boleh suka kat perempuan ke?” Masa tu, aku rasa nak tunjuk middle finger pun ada.
Mentang – mentang aku ulat buku, apa dia ingat ulat buku tak berahi nak makan? Camtu juga dalam bab berpasangan, ulat buku pun ada perasaan. Dipendekkan cerita, setelah 2 – 3 kali patah hati, ada sorang minah dia follow akaun sosiaI media aku.
Minah ni satu sekolah dengan aku dulu, kami ada je chat sejak lepas sekolah walaupun on – off, dari zaman MSN Messenger, YM, Gtalk. Korang namakan. Last sekali zaman Whatsapp lah. Jadi daripada Whatsapp tu, akhirnya kami berjumpa kembali.
Mungkin masa tu, aku jenis kegersangan emosi. Jadi bila ada minah ajak keluar, aku pun on je, bagai orang ngantuk disorongkan bantal. Selalunya aku ngorat tak pernah jadi, friendzoned all the time. Nice guys boleh faham perasaan ini.
Atau mungkin ada girls yang minat, tapi aku pula tak minat. Normal lah. Selagi dua – dua tak klik, takkan ada lah date. Jadi, minah school mate ni, aku tak jangka per4ngai sebenar dia. Tabiat dia, dia akan ajak aku lepak, lepas tu sembang kerja dan kehidupan dia kat kedai – kedai hipster cam MekDi atau Setabak. Seingat aku lah, setiap kali lepak, aku je yang bayar.
Lepas lepak, dia akan wassap aku, nak pinjam duit. Aku yang masa tu, b0doh jugak, syok sendiri. Ingatkan minah tu ajak lepak sebab dia syok kat aku. Rupanya nak meminjam dalam RM50 ke RM100. Zaman transfer online je beb.
Lepas duit dah masuk, dia akan hilang, dia macam serius nak kat aku, sebab ada je gurau – gurau pasal kahwin, bakal dapat “roommate” baru lah dan macam – macam lagi. Kalau aku yang masatu dah tau apa yang bakal terjadi, memang dah lunyai dia tu. Seb baik tak tau kan.
Sebab aku ingat dia serius, aku siap jumpa mak dia kot kat tempat kerja mak dia, mintak kirim makanan kepada minah tu. Yang peliknya sejak aku jumpa mak dia, dan kemudian ayah dia, dia m4kin kerap menghilangkan diri dari aku, sampaikan aku rasa lebih senang nak communicate dengan mak dia berbanding dia.
Bila dah lama sangat kejap ada kejap takde, aku nekad stalk. Bukannya aku tak tau, dia ada skandal dengan student dia. Masatu, dia kerja tutor, pensyarah kat satu private uni. Student dia tu pulak, aku dapat tau, jenis pandai buat duit, jual property, main forex la, pastu jadi kepala g3ng mat motor.
Jarak umur depa, tak payah cakap la, dekat nak 10 tahun. Aku masa tu, baru lepas setahun dua grad, hidup tak stabil lagi, tapi sanggup jugak keluar duit bila dia mintak. Jadi aku dapat agak yang dia ni memang tengah berskandal dengan mamat tu.
Tapi aku diamkan je, tak tanya apa – apa pun. Bak pepatah, kalau sudah cinta, t4hi pun jadi coklat. Itulah ibaratnya. K, masa dah nak abis. Satu hari, dia ajak aku lepak MekDi. Cam biasa, aku belanja dia makan. Masatu, dia pulangkan balik buku teks yang aku pinjamkan kepada dia untuk adik dia. Kebetulan adik dia amik course yang aku pernah amik kat uni.
Nampak tak… Sampai adik dia pun aku tolong! Macam biasa, lepas jumpa, dia ghosting mesej aku 2 minggu. 2 minggu kemudian, tetiba mesej aku. Masatu, aku tengah drive dari Pantai Timur, job kat situ. Dapat je mesej, time drive jugak aku baca.
“Boleh tak kalau kita tak cerita pasal tunang – tunang semua ni buat sementara waktu,” dia mesej. “Kenapa ya? Ada apa – apa ke yang tak kena?” aku baIas. “Aku rasa aku tak bersedia lagi lah,” dia baIas. “Emm… ok, takpe lah camtu. Tapi, hutang jangan lupa,” lebih kurang aku baIas, padahal dalam hati punyalah kecewa sampai rasa nak jadi playboy. Gagal lagi!
Dipendekkan cerita, lepas berbaIas ringkas mesej tu, cam biasa, dia ghosting lagi. Dia block semua soc-med aku. Dah terlambat, aku sempat tau soc-med mamat skandal dia tu. Memang sah, mamat tu upload kat IG Story yang dia berjaya men-tackle lecturer dia, ajak minum kat café hipster yang mahal mana – mana tah.
Sejak tu, aku anggap minah tu macam binatang. Dia tulis kat blog dia, buruk-burukkan aku, kata aku “b***h”. Tapi, who’s the real bod0h here? Aku kumpul jejak – jejak skandal depa berdua di alam maya, aku track balik semua transaction aku kat dia yang cecah 1K.
Kemudian, satu hari aku confront dengan wassap kat dia. Sejak tu, hampir semua jejak mayanya hilang. Tau takut. Kuikui… Memang masa tu, aku nice guy. Aku layan je apa yang dia request. Tapi, dia pun bukan nice girl. Dia manipulasi perasaan aku supaya aku mengeluarkan duit untuk support life-style dia yang acah – acah glamer padahal budak – budak baru nak up, dah tua baru nak huha huha berjimba sana – sini.
Akibat ditipu Gold Digger 1K tu, tiap – tiap kali teringat dia je aku rasa nak pukuI orang. Bukan sebab duit beb, tapi sebab kepercayaan yang dikhi4nati. Sebab nak cool down rasa beng4ng tu, tiap -tiap kali marah, aku workout.
Memang lepas tu, berat aku banyak turun, siap jadi taff lagi, cuma takde sixpack lah. Kadang – kadang, aku workout waktu malam. Lepas workout, saja aku merayau ke rumah famili dia. Rasa cam nak campak botol cat merah pun ada. Mujur kew4rasan masih ada. Takkan sebab salah dia, famili pula jadi m4ngsa.
Benda ni dah lama berlaku. Aku pun dah tak de lah rasa nak bvnvh orang bila teringat minah b0doh Gold Digger tu. Lagipun, sekarang dah ada orang yang sayang aku for who I am. Alhamdulillah. Thanks bae 😛 Tapi hutang aku tak lupa beb.
Kot la Gold Digger tu terbaca confession ni, Al-Mulk yang kau baca tiap – tiap malam tu takkan dapat halalkan hutang 1K kau (entah ye tidak dibacanya Al-Mulk, ke gebang?). Kau sedekah la kat sapa – sapa, tapi aku takkan halalkan hutang tu. Bila kau kena malapetaka, aku nak kau ingat takkan ada sebab yang lain, ini kifarah kau. Jangan sebab d0sa kau, nanti anak kau yang “merasa”.
Pengajaran: 1. Nice guys, sila jadi nice men. Betul, bukan salah korang jadi “budak baik” ni, kadang – kadang famili terlalu mengongkong keputusan korang, tapi berhati – hati. Kat luar sana, banyak playgirls.
2. Girls… Aku tak tuju kat semua ok, tapi yang playgirls aka Gold Digger tu, hati – hati sket. Kalau kau nak menjaIang sangat, alang – alang tu menjaIang lah kat Dato’/ Tan Sri. Jangan buIi nice guys, sebab mungkin nice guys yang pernah ko buIi bakal menjadi Dato’/ Tan Sri yang akan menge-game-kan anak – anak perempuan korang one days. – Mantan Nice Guy (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Aifaa Amirah : Jangan terk3jut even lelaki pun boleh jadi gold digger. Pengalaman sed4ra sendiri. Yang kelakarnya lelaki tu tak hensem pun, badan gempal dan berkulit gelap. Sed4ra aku ni plak lawa berkulit putih. Disebabkan sed4ra aku jenis tak pandang rupa maka bercinta sampai 5 tahun habiskan duit bayar maintenance kete la pinjamkan untuk bisness yang tak wujud pun. Alih – alih dia tinggal sed4ra aku pi patah balik kat ex dia.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.