Kalau aku tinggal tilam anak dalam kereta tu, memang tak bawak naik cuci la. Laki aku senang cakap, owh tak ingat, owh tak suruh pun. Eh spesis korang ni makan, ber4k boleh ingat, benda macam ni hilang ingatan? Itu rutin setiap minggu kot!
#Foto sekadar hiasan. Hi. Nama aku Nia. Seorang isteri dan ibu dengan dua orang anak yang masih kecil 3 tahun dan 10 bulan, juga seorang isteri yang bekerja. Aku nak meluah sebab dah tak tahan sangat. Tadi drive nak datang kerja pun aku meleleh airmata sebab jem. Rasa nak Ianggar je semua kereta kat depan.
Rutin aku setiap hari, pergi kerja jem, balik kerja pun jem. Sampai tempat kerja lambat, jadi balik pun lambat la, tadi thumbprint 8.45. Kalau korang cakap keluar la awal, badan aku dah tak mampu nak bangun awal. Tidur aku tak pernah cukup, sekadar ayam – ayam sebab anak yang kecik tu masih bangun malam 2-3x.
Paling awal pukuI 6 aku gagah nak bangun. Tu pun kena masak bekal untuk anak – anak sebab pengasuh tak sedia makanan. Beg baju, botol susu aku dah siapkan malam tadi. Laki aku selagi tak 6.30am tak bangun. Siapkan dan mandikan anak tu kerja dia.
Aku pagi – pagi otak dengan badan terus gear 5 ya, sebab nak kena kejar masa. Laki aku pergi tempat kerja 10 minit jer sebab tu boleh hegeh – hegeh, aku jadi lambat sebab anak aku siap lambat. Paling awal 7.15am gerak. Paling lambat 7.30am.
Kadang – kadang kami laki bini car pool kadang – kadang pergi asing. Tapi kebanyakan laki aku nak turun sekali sebab banyak barang dengan nak pegang anak. Dengan dia nak tumpang pergi kereta dia alasan parking jauh.
Entah la, aku sampai cakap, “tau tak awak tu lelaki, patutnya kudrat lagi banyak la dri bini, jalan jauh sikit pun berkira.” Aku ni duduk rumah atas langit. Turun naik bawak beg budak – budak ni memang bercinta la walaupun ada lif.
Beg baju, beg makan, beg laptop aku, beg susu aku, angkut baby lagi, tu belum kena bawak balik tilam setiap hujung minggu. Kalau aku tinggal je dalam kereta tu, memang tak bawak naik cuci la cerita dia. Bawak balik saja.
Laki aku senang cakap, owh tak ingat, owh tak suruh pun. Eh spesis korang ni makan, ber4k boleh ingat, benda macam ni hilang ingatan? Tiap – tiap minggu kot. Aku sampai penat dah nak ulang. Habis jerit depan – depan, pun nak kena ulang lagi.
Kepala otak aku ni pun banyak benda nak fikir. Ntah la penat!!! penat!!! Sampai rumah selalu 6.30 – 7pm. Kalau laki aku OT (tak berbayar) aku la jemput anak. Sekarang kan petang – petang selalu hujan. Aku memang rushing giIa sebab kalau dah hujan payah nak naik rumah.
Kalau nak tunggu dalam kereta sampai hujan redha, habis la tergendala semua kerja nanti. Masuk rumah letak baby kejap terus on mesin basuh. Lepastu siapkan baby nak tidur. Kalau lambat dia meraung lagi payah nak tidur.
Dengan si kakak nak makan, kena masak lagi, kenapa tak beli je? Parok la nak beli tiap – tiap hari. Aku kerja pun sebab gaji laki aku ciput sangat. Campur gaji aku pun cukup – cukup makan je. Sebab perbelanjaan tol minyak pergi balik kerja pun banyak.
Macam aku cakap atas tadi laki aku OT. Tu bukan OT pun, dia stay back sebab work overload. Kadang – kadang dia bawak balik kerja. Memang satu habuk kerja rumah dia tak buat la. Kat rumah dia cuma tolong mandikan anak dengan tengok anak (sambil tengok fon buat kerja).
Yang ke hulur ke hilir aku la. Punggah beg. Kemas beg. Basuh bekal, basuh botol susu, Basuh periuk pinggan masak pagi tadi. Lipat baju anak untuk esok. Tu la rutin aku. Kalau aku biar. Sumpah sampai esok macam tu. Yang s4kit otak esok pun aku jugak, kalau aku suruh laki aku, still tanya ni kat mana tu kat mana. Mana nak letak.
Bilanya aku nak rest kejap weh? Puas cakap ada mata guna cari la, aku penat tau tak? Me time? H4ram, sebok nak mengekor. Sah – sah la kena angkut anak sekali kalau laki aku ikut. Me time apanya macam tu. Aku pernah balik lambat kejap sebab singgah aeon beli barang. Suami dah bunyi kat mana.
Sampai rumah nak emo dekat aku sebab dia kena urus anak. Aku sabar je nak menyumpah. Yang kau berjuta kali balik lambat tu tak pe pulak. Working moms out there, please share any tips with me. Otak aku ni boleh fokus pagi – pagi sebab cari coffee je. Kalau tak dapat coffee memang habis menerawang ke laut dalam. – Nia (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Sitisarah Isa : Memang sangat – sangat penat mental dan fizikal bila bekerja, urus anak – anak, urus rumah. Macam saya hari Ahad tu siapkan semua, kemas rumah contoh vacuum, mop lantai, cuci toilet. Sebab hari bekerja saya memang tak akan kemas sebab dah penat kerja.
Siapkan baju anak – anak untuk seminggu terus, siapkan baju kerja semingu terus. Jangan p4ksa diri sangat nanti akan str3ss. Buat je rutin seharian kita tu dengan positif. Me time saya adalah masa drive nak ke tempat kerja lepas hantar anak – anak.
Saya akan pasang lagu kuat – kuat nyanyi dalam kereta haha. Kat ofis masa break especially hari Jumaat saya akan keluar then makan apa yang teringin untuk me time. Part suami mana yang suami dah terbiasa buat sebagai routine contoh basuh baju, buang sampah saya akan biarkan je supaya dia tahu tu tugas dia.
Sedangkan tanggungjawab suami lebih besar dari setakat buang sampah dan basuh baju. Ini semua didikan orang dulu – dulu. Takpelah, kita sabar, redha paling lama dalam 10 – 15 tahun, semoga berkat kesabaran kita dapat Syurga. Semoga kita diberi kesabaran untuk hadap rutin yang sama setiap hari.
Siti Sara Mohd Roslee : Tips paling mudah sebenarnya ignore je si husband dan start manage masa tanpa mempedulikan kewujudan dia. Tapi tu sebenarnya bagi lesen untuk dia bersenang lenang la. Tapi orang macam ni kita yang double penat kalau nak menyuruh.
Masak siap – siap hari ahad untuk seminggu, kemudian setiap hari panaskan je. Siang ahad tu, lipat baju sepasang siap untuk seminggu bagi setiap anak dan segala keperluan. Keluarkan modal sediakan barang untuk seminggu terus.
Guna satu hari je untuk cuci semua. Kalau ada lima beg, lima set barang keperluan Monday to Friday. Eh senang cerita semua recycle seminggu sekali je dan gunakan lah air fryer bebanyak. Perap la barang basah siap – siap. Maksudnya ada lauk dah siap masak dan ada barang basah dah siap perap.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.