Lagi sebulan nak bersalin, anak dalam kandungan meninggaI. Rahim aku kena buang, suami pula curang dengan kawan baik aku

H4ncurnya hati bila suami melakukan perkara yang tidak senonoh. Tak perlu sebut, semua orang tahu. Saya menjerit panggil nama dia, dia punya terk3jut sampai terjatuh dari kerusi. Saya ambil HP, bertambah berkecai bila perempuan tu adalah satu – satunya kawan baik yang saya ada..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum kepada pembaca semua. Nama saya Senja dan tahun ini sudah pun berusia 35 tahun. Kisah ini adalah sedikit panjang dan ini kali pertama saya terasa nak bercerita. Saya sudahpun berkahwin dengan suami yang saya namakan Hadi.

Saya dan Hadi ni jauh bezanya, dia seperti burung yang terbang bebas mengelilingi langit, bagai merak dengan sayap cantiknya. Manakala saya hanyalah picisan yang menikm4ti keindahannya. Hadi ni seorang yang sangat peramah, selalu buat baik dan memang orang – orang sekeliling senang dengan kehadiran dia.

Berbeza dengan saya yang selalu rasa janggal, lebih senang bersendirian daripada bergaul dengan manusia. Kebanyakan orang tak perasan pun akan kewujudan saya. Personaliti, minat bahkan tenaga kami pun sangat berbeza.

Awal perkahwinan memang sangat menc4bar. Kami juga berkahwin atas aturan keluarga ketika itu. Selepas berkahwinlah baru kami belajar mengenali antara satu sama lain. Sememangnya sangat sukar dan perbincangan yang pada awalnya baik pasti diakhiri oleh perg4duhan.

Dua tahun perkahwinan, saya hamil dan ketika usia kandungan 6 bulan saya keguguran akibat tekanan kerja. Waktu hamil, saya ada d4rah tinggi. Kecewa? Sangat. Tak tergambar dengan perkataan. Saya salahkan diri saya setiap hari kerana merasakan saya ibu yang gagal.

Hadi juga sama kecewa tapi dia tidak pernah tunjuk depan saya. Masih ceria seperti biasa. Masih memberi seribu sokongan. Lepas habis berpantang, saya mengambil pil perancang sebab saya takut untuk hamil. Bagi saya, kalau saya tak mampu nak lindung anak saya sewaktu dalam perut, bagaimana bila dia dah lahir ke dunia nanti?

Hadi pula tak henti memujuk saya supaya ikhlaskan semuanya. Katanya bukan saya yang gagal cuma sudah menjadi aturan Tuhan. Selepas dipujuk, saya berhenti makan pil perancang. 7 bulan kemudian, saya hamil lagi sekali.

Kalini saya bertekad untuk jaga betul – betul sehingga sanggup berhenti kerja dan duduk di rumah. MaIangnya, saya keguguran lagi sekali ketika usia kandungan 8 bulan. Bila check denyutan jantung sudah tiada. Masa tu saya dah tak nampak apa – apa lagi.

Dunia yang berwarna kelihatan hitam. Saya menunggu sebulan dan melahirkan tanpa dapat mendengar suara tangisan anak saya. Saya menggigil memegang anak saya yang lahir tanpa nyawa. Cantik dan cukup sifatnya.

Maafkan ibu dan terima kasih sebab sudi singgah dalam perut ibu walaupun cuma sebentar. Urusan pengebumian juga sayu dengan tangisan daripada ahli keluarga. Berbeza dengan saya yang hanya melihat kosong tanpa tangisan.

Ada juga saud4ra yang berbisik – bisik mengatakan saya ni seperti patung sebab tak menunjukkan reaksi apa – apa. Kalau lah mereka tahu bahawa hati saya juga ikut m4ti, pergi bersama anak saya. Lepas kejadian tu, saya memang hadapi kemurungan teruk.

Hadi hantar saya pergi terapi dan doktor memberikan deskripsi ubat untuk bantu saya pulih. Saya hanya duduk termenung tanpa sedar siang berganti malam. Sepanjang itu, saya ternampak bayangan nampak anak saya.

Bukan saya tak redha, cuma rasa kehilangan tu terlalu kuat untuk saya tanggung. Masih terasa tend4ngan anak saya dalam perut. Waktu ini, Hadi juga sering marah saya supaya sedar anak kami dah meninggaI. Semua orang kata ini ujian dari Allah.

Saya tahu semua tu. Yang mereka tak faham perasaan saya sebagai seorang ibu yang hilang anak. 8 bulan saya kandung, hari hari saya bercakap, menyanyi, berzikir sama – sama. Cuma tinggal lagi sebulan sebelum dilahirkan ke dunia.

Tapi ujian daripada Allah tu tidak henti sampai di situ. Tak lama lepas tu saya kerap kali turun d4rah, badan berasa lesu kemudian Hadi bawa saya ke hospitaI. Doktor, sahkan saya ada fibr0id di mana keadaannya agak teruk dan doktor mencadangkan untuk operasi membuang rahim tapi satu ovari masih dapat diselamatkan.

Saya hanya mampu tersenyum kerana saya sendiri dah tak ada semangat untuk hidup. Waktu tu saya berfikir, ada lagi tak manusia dalam dunia ni yang lagi maIang daripada saya? Fast foward, saya lalui operasi tu dan ramai orang datang melawat bagi kata – kata semangat.

Ada pula yang membandingkan ujian mereka dengan saya. Semuanya saya telan sendiri. Selesai rawatan susulan, saya lebih banyak pergi ke usrah di masjid. Mungkin ujian ini asbab untuk mendekatkan saya kepada Tuhan. Setiap malam saya solat malam menangis – nangis.

Setiap hari cuba yakinkan diri bahawa takdir yang Allah dah susun ini adalah sebaik baik perancangan. Saya juga sem4kin tenang dan mula membaik perlahan – lahan. Saya dah mula buat semula rutin sebagai isteri, saya berdamai dengan takdir dan masa ni saya fikir ada sebenarnya yang lebih teruk keadaannya berbanding saya.

Saya lepaskan semuanya. Saya kembali menjalankan tanggungjawab yang saya tinggalkan. Keadaan Hadi juga sem4kin membaik di mana kami berjanji untuk saling menyokong. Jauh di sudut hati, saya bersyukur di saat Allah uji, Allah juga kurniakan suami yang tak putvs – putvs memberi sokongan untuk saya pulih. Sungguh, kasih sayang Allah itu tiada tolok bandingannya.

Saya menjadi suri rumah sepenuh masa. Hadi masih dengan celotehnya tentang dunia luar, saya pula akan menjadi pendengar setia. Sampai satu ketika, saya nak solat isyak, saya dengar ada missed call dari phone Hadi. Bila saya check tak boleh buka sebab password dah tukar.

Sesuatu sedang berlaku. Naluri isteri ni kuat sebenarnya. Saya biarkan sahaja sebab saya belum bersedia. Saya tidak pulih sepenuhnya dan saya baru mula menapak keluar dari segala keperitan. Saya tak nak menambah beban berat segulung batu.

Saya dalam fasa penafian. Saya sedapkan hati sendiri dengan mengatakan tak ada apa yang berlaku. Semua ni bisikan sy4itan semata – mata. Sy4itan pula disalahkan hahaha. Saya perhatikan Hadi selalu melekat dengan telefon.

Bila saya datang dekat, dia alih sikit kedudukan dia jadi agak terlindung dan saya tak nampak apa – apa di skrin tersebut. Lama kelamaan, saya tanya sahaja dia adakah dia curang dengan saya. Lagi pendam, lagiIah s4kit. Dia menafikan sekeras – kerasnya.

Saya tanya kenapa tukar password? Dia bagi beribu alasan yang tak logik dek akal. Kemudian saya minta untuk check telefon dia, Hadi mula marah kerana saya seolah – olah tak percaya dia. Malah, dia mengungkit keperitan dia menjaga saya sewaktu saya s4kit. Saya pula terIuka dengan kata – kata dia.

Hadi dan saya per4ng dingin. Langsung tidak bercakap. Setiap kali saya cuba memujuk dia jadi m4kin kasar. Gara – gara telefon? Atau sebab saya tak percaya dekat dia? Saya cuma nak kepastian supaya saya boleh hidup tanpa syak wasangka.

Mungkin saya yang berlebihan. Setiap hari saya berdoa supaya Allah tidak membolak balikkan hati saya mahupun Hadi. Saya memang selalu bangun antara jam 3 atau 4 pagi untuk solat malam. Waktu saya bangun, Hadi tiada maka saya turun ke bawah untuk mencari.

Saya ingat dia tertidur di depan tv. Memang itulah kebiasaannya. Lain pula yang jadi bila saya nampak Hadi duduk di ruang tamu dan berbual telefon. Tapi h4ncurnya hati saya bila saya nampak Hadi melakukan perkara yang tidak senonoh.

Tak perlu sebut, semua orang tahu. Saya menjerit panggil nama dia dan dia punya terk3jut sampai terjatuh dari kerusi. Dia diam membisu sambil menunduk kepala. Setelah lama diam dan saya kembali tenang, saya tanya kenapa dia buat macam tu? Siapa perempuan tu?

Dia hanya diam. Saya minta telefon dan dia secara sukarela beri pada saya. Saya buka whatapps dia dan lagi sekali terk3jut. Rasanya saya dah boleh dapat heart att4ck haritu juga. Hadi bercinta dengan kawan baik saya sendiri iaitu Sari.

Bukan itu sahaja, perbualan mereka begitu Iucah yang sampai saya rasa betul ke ni Hadi? Betul ke ni Sari? Kawan baik aku? Tik4m aku? Dengan suami aku sendiri?? Rasa dikhi4nati, sudahlah Sari tu satu – satunya kawan saya!

Sari dengan Hadi ni memang dah kenal lama, sejak saya kahwin. Perwatakan Sari ni sama persis macam Hadi. Extrovert, ringan mulut dan semua orang pun senang berkawan dengan Sari. Jadi kisahnya bermula bila Hadi minta tolong dengan Sari untuk bantu pulihkan saya ketika saya kemurungan akibat keguguran dan ketika rahim saya dibuang.

Berbual punya berbual maka tanpa sengaja terjatuh hati kerana personaliti yang sama. Hadi kata dunia bersama Sari penuh warna dan dia rasa bahagia. Ketika saya kemurungan, sejujurnya saya masih menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri tapi tidaklah seghairah waktu sihat.

Masa tu saya masih dalam proses pemulihan. Ramai orang kata, suami layak untuk berkahwin lain jika isteri tidak mampu memenuhi hak batin si suami tapi sekurangnya dalam perkara ini, saya masih mencuba bagi yang terbaik walaupun saya sendiri sedang berjuaang Iawan s4kit.

Hadi banyak meluahkan rasa ketidakcukupan tu dekat Sari. Maka jadilah perbualan Iucah tersebut. Katanya lagi, nafsunya kepada saya tidak kuat apabila tahu rahim saya sudah tiada. Dia juga kata dia mencari masa sesuai untuk jujur dengan saya.

Patutlah lepas saya sem4kin pulih dan ingin menjalankan tanggungjawab sebagai isteri, Hadi seringkali menolak. Saya nak bagitahu, walaupun rahim saya dibuang, tapi ovari masih ada untuk mengeluarkan hormon estrogen. Jadi tiada isu hak batin tak terlunas di sini.

Pedih ya dengar semua pengakuan tu. Sebelum ni saya tanya tapi dia menafikan. Adakah saya marah? Sangat dan terlalu sampai saya ambil keputusan untuk pulang ke rumah mak ayah. Jiwa saya ni bagai dit0reh dan ditabur garam.

Bertalu – talu mesej saya hantar kepada Sari namun dia hanya membaca. Saya pergi ke rumahnya dan dia tak keluar. Saya pendam semuanya sendiri. Saya akhirnya mengambil keputvsan untuk meminang Sari. Hadi tidak menolak atau teragak – agak semasa saya mengutarakan cadangan tu.

Saya kecewa juga, sekurangnya ambillah masa seminggu ke nak fikir. Ni tak, terus saja dia bersetuju. Seolah – olah menunggu greenlight daripada saya dan akhirnya dia dah lepasi saya sebagai halangan kepada perhubungan mereka.

Kedua pihak orang tua bertanya dan risau akan keputvsan saya. Mak mentua saya baik sangat. Dia siap cakap bermadu ni bukan perkara mudah, kita boleh cakap yang kita ikhlas tapi mengikhlaskan sesuatu yang kita sayang tidak semudah itu. Saya hanya mampu tersenyum.

Saya pun tidak rela tapi maksi4t sudah pun berlaku. Perkara itu disimpan rapi kerana melibatkan aib juga. Cukup mereka tahu, saya membenarkan Hadi berkahwin untuk zuriat. Tiada satu kata maaf daripada Hadi mahupun Sari. Seperti tiada d0sa antara mereka dengan saya.

Wujud ya orang tak tahu malu macam ni. Saya membawa diri sewaktu mereka berbulan madu. Betul, poIigami itu halal tapi ianyanya tidak menafikan keperitan seorang isteri yang melaluinya. Walaupun Hadi berjanji akan berlaku adil, tapi hakik4tnya mereka yang berpoIigami ini tidak akan mampu untuk adil sepenuhnya.

Sejak mereka kahwin, Sari masih berbuat baik seperti tiada apa pernah berlaku. Masih menganggap saya sebagai kawan baiknya. Dia siap melawak tak sangka kita kongsi suami, kalau tahu macam ni baik kita naik pelamin sekali dulu.

Sumpah dia ni tak ada common sense langsung. Saya tak tahu berapa banyak cara dah saya bvnvh Sari dalam fikiran saya. Hadi akan pulang ke rumah saya 3 hari dan 4 hari di rumah Sari. Katanya, Sari sedang cuba untuk hamil jadi masa perlu dilebihkan ke situ.

Dia minta untuk saya faham. Kalau Hadi balik rumah saya pun, dia sekadar wujud dekat situ. Asyik call dan bermesej dengan Sari. Saya ni macam tunggul kayu. Tahulah cinta mereka tengah hangat. Adakah saya tak pernah cuba g0da Hadi balik?

Macam – macam dah saya buat tapi tu lah tak ada respon. Rasa b0doh pula bila teringat semua benda yang saya buat untuk pik4t hati dia semula. Mungkin dia tak terg0da sebab saya wanita yang tiada rahim. Kami pernah keluar beli barang raya bersama tapi saya macam orang ketiga.

Mereka berpegangan di hadapan tinggalkan saya di belakang. Balik tu saya menangis macam orang giIa. Betullah, poIigami ni tak mudah. Hanya mereka yang kuat sahaja yang mampu tempuh. Saya banyak makan hati berulam jantung.

Kalau tak disebabkan saya masih makan ubat dan tak henti berdoa kepada Allah, dah lama agaknya saya t3rjun bangunan. Kenapa saya tak minta cerai je? Sebab dia cinta pertama saya dan saya takut hilang dia (walaupun waktu tu dia dah lepaskan genggaman tangan saya).

Macam – macam perkara berlaku dekat saya sampai saya rasa boleh ke saya hidup tanpa Hadi? Social circle saya dah lah kecil. Saya terlalu berg4ntung kepada dia. B0dohnya saya waktu tu, saya yakinkan diri saya yang Hadi masih sayangkan saya.

Agaknya sebab itulah, Hadi boleh berbuat sesuka hati dia. Kata ustaz, kuatnya ujian Allah itu menandakan kuatnya kasih sayang Allah kepada manusia. Kita kena tetap bersangka baik dengan perancangan Dia. Saya juga mohon maaf kepada Allah kerana saya bukanlah manusia yang terkuat untuk hadapi dugaanNya.

Maka saya minta untuk dilepaskan. Saya dah tak rasa bahagia. Hadi tak nak lepaskan saya dan setiap kali kami berg4duh dia akan ungkit kesusahan dia menjaga saya waktu saya s4kit. Bila saya kata yang saya dah bayar semua kesusahan dia dengan mengizinkan dia berkahwin lain, dia melenting.

Saya tak pernah minta untuk gugur dua kali, saya tak pernah minta rahim saya dibuang, saya tak pernah minta peny4kit kemurungan ni. Semuanya di luar kekuasaan saya. Siapa saya nak pertikaikan ujian Dia? Dan saya di sini masih menagih cinta Hadi. Bagai melukut di tepi gantang.

Kalau ada manusia yang paling marah dan kecewa dalam dunia ni adalah saya. Ditik4m, diabaikan, ditinggalkan. Akhirnya, saya menangis – nangis mengadu dengan ayah saya. Dah tak ada tempat lain untuk saya meluahkan.

Saya juga rasa berd0sa kerana membuka aib rumah tangga. Tapi ayah memahami dan ayah sendiri jumpa Hadi serta minta Hadi pulangkan saya kepada ayah. Hadi masih dengan eg0 dia. Saya tak faham kenapa dia masih nak simpan saya sedangkan dia bahagia dengan Sari.

Berita ni sampai dekat pengetahuan mak mentua saya. Kami berjumpa dan sedas tamp4ran hinggap atas muka Hadi. Semua orang terk3jut. Saya diam dan terkaku. Mak mentua minta Hadi lepaskan saya sebab dia tak mampu berlaku adil.

Rupanya ayah berjumpa dengan mak mentua dan minta anaknya melepaskan saya dengan cara baik. Kata mak mentua, kalau Hadi tak lepaskan saya maka Hadi bukan anaknya lagi. Sumpah macam sinetron. Tapi kalini edisi mak mentua dari syurga.

Hadi tak nak lepaskan saya sebab eg0nya tergur1s bila ayah sendiri datang berjumpa. Dia marah saya buka aib rumah tangga. Hadi siap suruh saya fikir semula, katanya dia je boleh terima keadaan diri saya. Katanya, lelaki mana je nak terima perempuan yang tak boleh nak hasilkan zuriat?

Nak tahu apa yang lagi s4kit? Hadi tak nak ceraikan saya sebab mak dia sayangkan saya dan mak dia belum dapat terima Sari sepenuhnya seperti saya. Jadi Hadi gunakan saya supaya mak dia boleh belajar sayangkan Sari. Macam mana saya tahu?

Sari mesej saya minta saya pertimbangkan keputvsan saya dan dia lah cerita semua isu yang berlaku antara dia dan mak mentua kami. Saya terfikir macam mana lah saya boleh cintakan Hadi si sampah yang dah tak boleh dikitar semula macam ni?

Kenapalah per4ngai dia m4kin teruk sampai saya sendiri macam tak kenal dah dia siapa. Saya pejamkan mata dan tetap inginkan penceraian. Kami tinggal asing dan saya duduk di rumah ayah. Kami pergi ke sesi kaunseling 3 kali.

Tak lama lepas tu, saya diceraikan. Sehingga lepas cerai pun saya tidak mendapat kata maaf dari Hadi. Cuma saya yang minta maaf dan minta halalkan semuanya. Dia masih marahkan saya kerana minta cerai. Penceraian itu dibenci Allah tapi kalau sebuah perkahwinan itu lebih banyak mendatangkan d0sa maka lebih baik semuanya diakhiri.

Hanya kata maaf dari ayah saya. Ayah minta maaf sebab dia jodohkan saya dengan Hadi. Kalau dia tahu semua jadi macam ni, dia takkan walikan saya. Mak mentua saya pun ada jumpa saya dan mohon maaf sebab gagal mendidik anak dia dengan baik.

Saya berkata dengan tenang bahawa sebelum kami bercerai, Hadi juga pernah bahagiakan saya. Tidak mungkin semua perkara antara kami tu buruk. Mungkin cuma jodoh kami tidak panjang. Manusia itu berbolak balik sifatnya.

Silap saya terlalu berg4ntung harap pada sesuatu yang tak pasti. Ini pengajaran terbesar dalam hidup saya. Bertemunya kerana takdir, mencintai dia adalah pilihan saya. Jadi, saya akan tanggung akibatnya. Saya menerima qada dan qadar Tuhan dengan hati yang terbuka.

Sampai situ sahaja jodoh kami. Hadi ada mencari saya untuk menjernihkan keadaan sebab dia keluar mahkamah dalam keadaan marah. Waktu taIak dijatuhkan pun dalam keadaan marah. Saya mengelak untuk berjumpa. Bagi saya, tidak ada apa lagi yang perlu dijernihkan antara kami. Tak perlu rasa simpati, kau yang memilih dia.

Menyesal pun tak guna, yang kurindu memori bukan dirimu lagi. Saya berdoa supaya Sari takkan rasa apa yang saya lalui. Semoga mereka berdua bahagia setiap detik yang mereka jalani. Dan aku maafkan tiap satu kesalahan mereka kepadaku, bukan kerana aku baik, bukan kerana aku kuat, bukan kerana aku melupakan.

Mengingatimu memerIukan tenaga yang berat, membencimu memudarkan warna hidup pada setiap hari – hari yang aku lalui. Maka sisa urusan antara kita aku serahkan kepada Tuhanmu. Cukuplah Dia sebagai hakim. Maka engkau aku lepaskan. Bukan untukmu, semata – mata untuk ketenanganku.

Pengajarannya, hidup ini jangan terlalu berg4ntung harap kepada manusia yang hatinya dipegang oleh Allah. Walau apa pun terjadi, seteruk mana pun ujian yang diberi kepada kita tetaplah kuat kerana janji Allah yang tidak akan menguji h4mbaNya di luar kemampuan mereka.

Pada akhirnya, hanya Allah yang kekal bersama kita. Boleh jadi kau membenci sesuatu, padahal ia amatlah baik untukmu, boleh jadi (pula) kau menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. – Senja (Bukan nama sebenar)

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.