Lagi sebulan nak kahwin, keluarga pihak lelaki batal perkahwinan sebab kant0i bakal isteri tak tahu masak

Kawan aku memang dah nekad nak kahwin dengan perempuan tu, dan diorang ik4t tali pertunangan selama 3 bulan. Mak dia kata boleh la nak kenal dengan lebih rapat lagi bakal isteri anak dia. Satu hari mak si lelaki ajak tunang datang rumah, rupa – rupanya dia nak test perempuan tu tahu masak ke tak. Masa ni la maknya tahu, tunang anak dia tak tahu masak, terus suruh batal perkahwinan…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, mohon postkan confession ni sebagai pengajaran utk semua.

Cerita yang aku nak kongsi ni bukanlah pasal aku. Tapi pasal kawan aku yang sepatutnya bernikah syawal ni tapi cancel sebab si perempuan tak pandai masak. Ya, bunyinya agak kolot bagi aku jugak.

Ceritanya bermula bila aku menjadi orang tengah untuk kawan aku dan bekas tunangnya ni. Aku yang perkenalkan mereka. Aku kenal perempuan tu, memang baik orangnya, bab agama pun lulus dah. Bab muka pun boleh tahan. Pandai bergaul dengan orang tua. Dengan budak kecik pun dia pandai bergaul maybe sebab dia datang dari keluarga yang besar.

Lepas aku perkenalkan mereka, memang jatuh hatilah kawan aku ni dekat perempuan ni (kawan aku jugak). Yela, kita mestilah nakkan yang terbaikkan untuk kawan sendiri dan aku pun memperkenalkan mereka berdua sebab aku rasa dua – dua cocok, dua – dua sama baik, sama padan. Nak dijadikan cerita setelah beberapa bulan (hampir setahun jugak, 7-8 bulan kot?) diorang ada la berkenalan, berkawan, kenal hati budi masing – masing yang lelaki ni pun ada juga datang bertandang ke rumah perempuan ni, kira nak cvri hati family and mak ayah perempuan la. Aku la tukang temannya.

Family perempuan semua okay dengan yang lelaki. Part tu tak ada masalah dah. Melihatkan kepada ‘lampu hijau’ daripada family si perempuan ni, kawan aku pun ambil keputusan untuk mengahwini si perempuan. Dia pun bincang dengan aku, aku pun kenal dia ni memang bertanggungjawab dan mat4ng orangnya. Tak jadi masalah untuk dia kahwin walaupun kami baru 23 tahun waktu tu. Aku pun kata “Okay kalau kau rasa betul nak kahwin dengan dia” Dia punya muka toksah cakaplah senyum sampai telinga bila parents dia pun bagi green light untuk dia kahwin.

Maka datanglah rombongan meminang si perempuan, masa ni aku teman kawan aku, dia tak ikut, mak ayah dengan sed4ra mara dia je pergi. Dia punya tak senang duduk tu masyaAllah! Berdebar agaknya nak tahu si perempuan terima ke tak. Aku tak tahulah perasaan tu macam mana, tak rasa lagi hahahaha. Okay so mereka ni pun bertunang laa. Tempoh pertunangan dah ditetapkan selama 3 bulan. Maknya kata sempatlah dalam tempoh tu nak berkenalan dengan bakal menantu perempuannya tu.

Aku dengan kawan aku ni rapat, almost everything kitorang share sama – sama, so sepanjang dia bertunang tu aku la tolong dia selesaikan apa – apa masalah. Sepanjang tempoh pertunangan diorang tu, mak kawan aku ni selalu jugak jemput si perempuan datang rumah, diorang spend time sama – sama sebab nak berkenalan la kannn. Tiba – tiba sampailah satu kali ni, ada baki lagi sebulan sebelum diorang nikah, bulan puasa la ni, memang kalut jugak lah aku tengok kawan aku nak siapkan semua benda.

Mak kawan aku ajak si perempuan datang rumah. Kali ni bukan spend time macam biasa, kali ni dia interview si perempuan pasal masak. Kawan aku ni pandai masak. Masa tu lah maknya tahu.. tunang anaknya ni tak pandai masak! Bagi aku benda kecik je tu. Tapi tak tahulah maybe sesetengah orang, benda macamni sangat penting untuk dia. Mak kawan aku ni takde la hangin ke apa, cuma dia ada sindir kata buat apa la nak bini tak pandai masak nanti suami je kena masak. Aku masa dengar tu cam “Ek eh makcik ni” muka kawan aku pun berubah macam tak percaya mak dia nak kata macamtu.

Kawan aku ada back up tunang dia, tapi mak dia memang berkeras tak suka orang tak pandai masak. Berg4duh jugaklah kawan aku ni dengan mak dia. Kata maknya kakak ipar kawan aku semua pandai masak, bolehlah nak diharap. Kalau yang tak pandai masak nanti balik tak masak, anak dia nak makan jugak isteri dia masak. Aku tepuk dahi je masa tu. Kawan aku tak mampu nak kata apa dah. Cancel la kahwin semata – mata sebab perempuan ni tak reti masak. Lagipun siapa selesakan nak kahwin kalau mak sendiri tak suka dengan pasangan kita?

Aku pulak yang em0si time tu. Sebab bagi aku, masak ni semua orang boleh belajar kot? Masterchef kids pun wujud, maknanya semua orang boleh belajar masak. So kalau dia tak reti masak tu, apa masalahnya? Suami dia la tolong ajarkan dia masak, and why not guna peluang tu untuk mak mertua ajar anak menantu dia masak? Dalam masa yang sama boleh rapatkan hubungan. Kan?

Zaman dah berubah kot. Kadang – kadang perempuan sekarang tak reti masak bukannya apa, kau bayangkan la dia duduk kampus, duduk kolej, mana la boleh nak masak dekat bilik? (unless jenis yang buat kerja gelap memasak dalam bilik tu lain la atau duduk rumah sewa, boleh masak) Dekat kolej beli je makanan. Tu tak campur lagi faktor lain macam dia jarang balik kampung sebab kolej dengan rumah terIampau jauh, tambang nak balik mahal, berapa kali je setahun dia balik rumah merasa pergi dapur? Dan lagi ada jugak yang bila cuti berbulan tu pergi kerja part time, balik kerja mak dia dah sediakan pun makanan, Sabtu Ahad sekadar tolong – tolong sikit kat dapur je tu pun tak cukup lagi untuk buat seorang perempuan tu terus pandai masak (aku taulah ni semua kakak – kakak aku, aku perhatikan memang macam ni lah).

Waduh. Makcik, kadang – kadang bukannya orang tu tak teringin nak belajar masak, tapi kalau masa takde macam mana? Kakak – kakak aku bila dah kerja duduk jauh dari family, pandai je diorang masak. Balik kampung sebut je nak makan apa semua dah pandai masak dah. Sebab apa? Sebab bila dia dah duduk jauh tu dia pandailah nak survive, rajinlah dia nak masak sendiri. Aku em0si betul sebab kawan aku a.k.a anak dia sendiri pandai masak, takde hal la pandailah budak tu ngajor wife dia masak.

Kadang – kadang mak mak ni over tau tak? So sekarang ni kawan aku bujang lagiIah. Takpelah bukan jod0h dengan perempuan tu kot. Nasib baiklah masa cancel tu secara baik, tak ada masalah g4duh – g4duh and dia pun berkawan je lagi macam biasa dengan bekas tunang dia tu. Dari dulu aku geram kalau dengan mak – mak yang suka bangkitkan benda remeh camni. Dia punya zaman lainlah. Sekarang zaman lain.

Akhir kata janganlah korang atau parents korang jadikan benda remeh ni masalah besar. Masak tu bukannya tak boleh belajar wei. Nanti dah kahwin kau belajarlah masak dengan pasangan kau. Bukan susah pon. Lelaki pun satu hal, aku malu betul dengan kaum aku yang suka merendah – rendahkan perempuan tak pandai masak. Eh ko dah kenape? Bukan tanggungjawab dia sekadar nak kasi kau makan. Apa salahnya kalau kau pun nanti masak sama – sama dengan wife kau? Sebab aku pernah jumpa lelaki yang melayan isteri dia macam h4mba, bukan sebagai isteri. Kerja nak suruh isteri masakkkk je dia tak tolong yang dia tahu perut dia buncit dengan makanan.

Please la hadam apa yang aku cuba sampaikan.

– kawan anak makcik

Komen Warganet :

Syikin Mohd Yusof : Bukannya aku nak berIagak ke apa, cuma nak berkongsi. Aku dulu darjah 5 dah boleh masak nasik goreng. Sejak aku tengok ayah aku masak kangkung goreng bila ayah balik dari outstation kat Sabah. Aku tengok ayah aku masak, terdetik kat otak aku, aku nak masak nasik goreng. Aku tumbuk cili bagai, tak sangka first time aku masak nasik goreng habis licin. Dan sejak tu banyak gak timbul idea aku nak masak apa yang aku nak masak, bagi semua orang rasa.

Waktu tu memang seronok sangat, budak darjah 5 dah boleh masak. Tapi kan aku nak goreng telur plak tak pandai. Alhamdullilah, sekarang dah boleh, sekurang-kurangnya kena ada basic. Kenal dulu, kuali, senduk, pisau dan semua alat dalam dapur.

Tengok ape yang mak masak, tanya macam mana nak masak, belajar. Aku suka nak masak tapi tak suka sangat kemas rumah. Masak just simple je, janji sedap dan boleh makan. Tak pandai masak, pegang pisau, potong bawang ke potong sayur ke tolong mak masak tu maksud aku. Nanti bila dah kahwin boleh belajar dan asah skill memasak.

Ella Abdul Rashid : Tak pandai masak boleh belajar asalkan ade usaha. Saya pun dulu tak pandai masak, cuci ikan pun pakai sabun, siap gosok gigi ikan lagi tpi bila belajar inshaAllah pandai. Sekarang ni nak makan apa je pandai masak. Tinggal order je dari husband. Tambah lagi sekarang perempuan banyak belajar tinggi dan kerja, tak ada masa nak masak. Nanti dah kahwin pandai la diorang belajar. Tak apalah dah tak ada jod0h mereka berdua.

Apa kata anda?