Lagi sy mandi, lagi rasa badan melekit kotor. Bila tengok dlm besen air baru sy sedar

Setiap kali balik rumah mertua saya berazam nak tolong kemaskan yang saya mampu. Saya  sungguh – sungguh sental tandas macam sental tandas rumah sendiri. Saya lap semua tingkap yang ada, sebab bukan berhabuk lagi dah, ada yang siap berminyak. Tapi lepas tuuuuuuuuuuu..

#Foto sekadar hiasan. Hai semua. Baru – baru ni saya ada terbaca seseorang meluahkan perasaan tentang keluarga mertua yang pengotor. Saya juga ada cerita lebih kurang sama. Nama saya Jidah, bukan nama sebenar. Saya dah berkahwin lebih kurang 2 tahun tapi masih belum dikurniakan anak.

Saya berkenalan dengan suami dalam masa yang sangat singkat. Tak sampai setahun sudah bernikah. Semasa dalam proses perkenalan, saya tidak pernah pergi ke rumah keluarga suami saya. Setelah bertunang pun, hanya beberapa kali sahaja saya pernah menziarah rumah keluarga dia.

Suami kerja biasa – biasa, semasa bujang dia tinggal rumah sewa dengan kawan – kawan. Jadi boleh faham la keadaan rumah bujang macam mana huru hara nya. Tapi tidaklah begitu teruk. Saya pula memang tinggal bersama orang tua sehingga lah saya bernikah.

Nak dijadikan cerita, sejak kecil saya dan adik beradik memang telah dididik untuk mengemas. Setiap hari kena menyapu. Pastikan sampah dibuang hari – hari. Cadar kena kemas. Rumah saya bukanlah tak ada habuk, tapi tidaklah sampai bersawang.

Dan sejak kecil lagi, abah saya selalu membasuh tandas. Paling malas pun sebulan dua kali. Sehinggalah abah jatuh s4kit (strok), barulah saya belajar cara cuci tandas sebab adik beradik semua jauh – jauh, saya saja tinggal dengan ibu bapa.

Mula – mula memang tak puas hati sebab tak bersih berkilat macam abah buat. Tapi saya belajar, berbulan belajar, supaya bersih macam abah buat. Yela, abah cuci tandas sejak saya kecil lagi. Makcik saya kata sejak bujang memang ayah suka cuci tandas.

Jadinya memang la dia pro. Abah selalu pesan, nak tengok orang tu pembersih ke tak, tengok tandas dia. Jadi saya memang pegang kata – kata abah. Kalau pergi kedai makan pun, saya suka cek tandas. Kalau kotor, memang last lah saya makan kat situ.

Tapi sayangnya, saya selalu cek tandas kedai makan, tapi saya lupa nak cek rumah bakal mertua. Yelah, datang pun boleh kira guna jari, sekejap pula tu, tak terfikir nak cek tandas. Setelah seminggu berkahwin, suami bawa saya pulang ke rumah mertua.

Sebelum ni saya selalu datang meng3jut, jadi tak kisah pun kalau rumah bersepah, sebab saya fikir rumah saya begitu juga bersepah kadang – kadang walaupun selalu kemas. Tapi kali ni memang betul – betul terk3jut. Sebabnya kedatangan saya dimaklumkan, tetapi rumah tetap bersepah hahahahha.

Kalau bersepah biasa – biasa tu tak apa. Ni masuk pintu saja dah boleh nampak jug dan cawan bekas air kopi yang dah keras, macam ditinggal lebih 3 hari. Baju tak berlipat berlonggok atas kerusi. T4hi kelawar penuh kat tangga.

Rumah mertua saya 2 tingkat. Saya tak tahu berapa lama dah t4hi kelawar kat situ. Bila waktu makan, saya tolong ipar saya sediakan makanan. Terk3jutnya saya kat rak pinggan boleh ada cicak dan lipas m4ti dah keras tak buang.

Sudu dan cawan jangan cerita la. Time nak guna, time tu la baru nak basuh dan semua ada kesan daki. Kalau tak memang semuanya kotor berkumpul. Boleh bayangkan tak kalau dah ditinggalkan berhari – hari? Hari tu memang tak boleh nak telan makanan mengenangkan cicak tu.

Was – was saya dengan semua peralatan yang digunakan. Bukan setakat peralatan, makanan pun saya rasa was – was dengan kebersihannya. Lepas makan baru saya terfikir nak tengok tandas tingkat bawah. Saya buat – buat la seperti buang air.

Tapi masuk saja tandas, saya rasa loya. Sah, memang tak pernah dibasuh. Sebabnya masuk saja dah boleh rasa lantai licin berlendir. Saya cuba tengok dinding. Bayangkan dinding mozek boleh berlumut. Botol sabun tak tahu berapa banyak dalam tandas tapi semuanya kosong.

Dalam hati saya dah berkata, “teruknyaaa rumah ni” walaupun saya tahu itu rumah mertua saya. Waktu petang saya cuba mandi di tandas tingkat atas pula, keadaan nya lebih kurang sama saja. Tapi m4kin saya mandi m4kin saya rasa tak bersih.

Sebabnya baru saya sedar, dalam besen air juga berlendir. Shower pulak tak berfungsi. Saya rasa seluruh badan berlendir. Sudahnya saya mandi guna paip direct. Cangkung la saya bawah kepala paip tu. Waktu malam nak tidur, baru saja saya baring habis naik gatal semua badan.

Saya fikir kenapa lah gatal semua ni. Rupanya tilam saya baring tu banyak sungguh pijat. Yela sedangkan t4hi kelawar pun tak sapu, memang la pijat di semua tilam dan bantal. Dengan suami sekali kena. Last – last saya dan suami tidur atas lantai saja, tak beralaskan apa – apa.

Bantal pun tak ada. Tak sanggup saya digigit pijat merata. Tapi tak dapat tidur nyenyak pun. Esoknya, masa dalam perjalanan balik ke rumah saya korek cerita sikit – sikit dari suami. Kenapa lah boleh teruk begitu keadaan rumah. Suami pun luahkan dia juga tak selesa tinggal di situ.

Sebab tu masa bujang dia sanggup menyewa walaupun tempat kerja dan rumah mertua tak lah jauh mana. Jarang dia balik ke rumah mertua. Sebab tu dia juga jarang bawa saya ke sana semasa saya tunang dia. Selepas dari tu, setiap kali balik rumah mertua saya berazam nak tolong kemaskan yang saya mampu.

Sebab saya fikir mungkin mertua saya tak larat kot (walaupun ada saja ipar saya yang dah berkahwin tinggal kat situ). Jadi saya belikan mop, penyapu, penyodok, berus, kain lap untuk rumah tu. Saya juga yang senang nanti kalau nak gunakan sebab sebelum ni hanya ada satu penyapu yang dah patah.

Saya pun sungguh – sungguh sental tandas macam sental tandas rumah sendiri. Saya lap semua tingkap yang ada, sebab bukan berhabuk lagi dah, ada yang siap berminyak. Pelik kan? Tapi lepas tuuuuuuuuuuu….. Saya dan suami berhenti dari kemaskan rumah mertua. Sebab apa?

Orang dalam rumah tu tahu kami akan balik pada hari sabtu, jadi hari isnin sampai jumaat semua tak buat apa – apa sebab sabtu saya akan kemaskan. Termasuklah tak basuh kain dan tak lipat kain. Jadinya saya tiba – tiba jadi bibik free di rumah mertua.

Ada sekali saya balik, lesung batu tak basuh dari hari isnin sebab saya akan cucikan nanti hari sabtu (ikut logik diorang). Kain baju kotor jangan cerita lah dia punya berlonggok. Masalahnya ipar duai saya yang tinggal kat situ ada yang dah berkahwin beranak pinak pun tapi per4ngai selekeh memang mengucap panjang saya.

Diorang jarang makan kat rumah dan selalu beli bungkus, jadi kebersihan dapur tu memang ke laut dalam la. Lama – lama suami kasihankan saya. Dia Iarang saya dari bersihkan rumah mertua. Dia jugak dah jarang bawa saya balik ke rumah mertua dan bermalam di sana.

Sebulan sekali sahaja limitnya. Dah setahun lebih rasanya saya tak bermalam di rumah mertua. Dan sejak PKP ni lagi lah dia tak bawa saya balik ke rumah mertua sebab lain daerah. Raya pun di rumah ibu bapa saya saja. Kadang – kadang suami hanya jemput mertua bermalam di rumah kami sahaja.

Tapi untuk kami ke sana memang big NO. Saya pun serba salah juga dengan suami, sebab itu adalah keluarga dia. Tapi suami sendiri yang memang dari bujang tak mahu tinggal di sana. Sebab kata suami, mereka bukan sekadar pengotor, malah pemalas.

Suami lagi sanggup berulang ambil dan hantar mertua ke rumah kami sekali sekala, dari duduk di sana lama – lama. Mertua pun tak pernah ajar ipar duai saya untuk mengemas. Buktinya rumah ipar saya yang lain pun lebih kurang begitu juga.

Mujur suami saya banyak membesar dengan keluarga angkat dia. Keluarga angkat dia la yang mengajar dia mengemas. Tapi bila nak mengemas di rumah sendiri memang tak boleh, sebab mereka pemalas nauzubillah dan suka ambil kesempatan.

Tapi sejujurnya memang saya tak boleh hidup lama di rumah mertua. Sebab saya dah terbiasa dengan keadaan bersih. Saya ada rutin harian, mingguan dan bulanan. Dari kecil memang ibubapa saya ajar semua tu. Kalau mertua di rumah saya pun dia pelik saya menyapu hari – hari.

Padahal bagi saya itu normal. Tak menyapu tu lagi lah pelik. Kalau ibu bapa saya tahu keluarga mertua saya pengotor begini, mesti mereka kecam. Nak ikutkan banyak saja lagi cerita pengotor mereka ni. Tapi biarlah simpan sahaja sebab rasa dah panjang sangat saya menaip.

Saya nak nasihatkan mereka pun dah tak ada cara lagi. Sebab jarak umur saya jauhhhhh lebih muda dari mereka. Mana ada orang dewasa yang nak dengar cakap orang berumur 20-an. Lagi – lagi bila beza umur melebihi 10tahun.

Betul tak? Tapi sesungguhnya memang wujud orang pengotor kat dunia ni. Yang benar, Menantu pembersih, – Jidah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet

SF Safiqah : Memula rasa TT ni berIagak pembersih. Tapi bila dia mention dia datang tolong bersihkan rumah mentua tapi akhirnya ipar duai ambik kesempatan jadi lagi pemalas, so aku rasa betul keputvsan dia stop tolong kemas.

Kalau suami ada duit biarlah dia yang keluar duit upah cuci rumah sebulan sekali ke. Cakap dengan suami, bayar cleaner tu tong – tong dengan adik beradik dia.. Sebab aku kesian jugak kat mak si suami tu dah tua – tua terp4ksa duduk dengan keluarga pengotor.

JAm MiElA : Teringat masa kecik. Mak selalu suruh kami adik beradik mengemas. Kebetulan semua prempuan. Lepas kakak sulung kawin, saya dengan kakak kedua mengemas rumah. Kakak tugas dia masak dan cuci pinggan. Saya sapu sampah dan mengemas.

So, setiap hari, mak saya akan suruh saya sapu rumah dua kali. Pagi sekali. Petang sekali. Pastu mak buat spot check. Kalau ada sampah or lantai berpasir. Memang kena la bebeI dengan mak. So, disebabkan taknk mak bebel, petang mesti saya mop dan make sure takde sampah.

Macam tu la hari – haro. Kadang – kadang tukar shift dengan kakak. Saya masak dan cuci pinggan. Dia menyapu sampah. Bila saya masuk universiti. Kakak kedua dah kahwin. Adik pulak kena buat sorang – sorang. Masak.. Mengemas.

Sekarang, bila arw4h mak takde. Rumah saya still sama macam dulu. Bersih. Kemas. Makanan sedap. Sebab adik pandai masak. Pandai kemas. Rumah saya sendiri pun kemas. Setiap hari saya mop. Sebab saya tak suka habuk. Point sy kat sini, kena terapkan kebersihan dari kecil. Kalau dah jadi buluh. Memang payah la nak lentur. Harap dapat bersabar la..

Aida Najwa : Dan aku mula bersyukur bila dapat mertua yang pembersih. Tapi kan satu je lah aku nak pesan, ajar anak tak kira jantina lelaki ke perempuan untuk buat kerja rumah. Dan jadikan mengemas tu sebagai habit mereka. Baru lah tak jadi time mak hidup je rumah bersih, once mak dah tak ada rumah berlumut terus.

Norashikin Abdul Rahim : Jangan ingat orang pengotor tak solat ya. Ada je saya jumpa jenis pengotor tapi diorang relax je ngan solat dalam tempat dan keadaan yang bagi kita kotor tapi diorang rasa tak kotor pun. Alim dan warak tapi pengotor tu susah nak hadam sebenarnya.

Patutnya lagi alim dan warak lagiIah pembersih. Nak tumpang solat pun fikir banyak kali. Nak pi toilet berwudhuk pun geli geleman, berlendir lantai. Kolah berlumut. Getah paip berdaki. Toilet bowl? Aduh. Pampers anak biar je berlonggok kat tepi dinding.

Ntah zaman bila punya. Solat kat dlm bilik. Sejadah dan telekung nyesal tak bawa dari rumah. Bila kita lipat semula telekung dan sejadah tu letak atas katil, boleh rasa katil tu cadarnya berpasir. Sama keadaan cam lantai bilik. Tapi jangan dihairan kalau diorang ni melaram bila keluar rumah.

Langsung terpedaya dibuatnya. Tipah tertipu, tipu tertipah la jawabnya. Kalau takleh nak jadi pembersih dan pengemas sangat sampai tahap sebutir habuk pun takleh…cukuplah jangan jadi pengotor. Terfikir gak, diorang memang dah immune ke ngan busuk dan kekotoran? Tak malu ke?

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?